Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Yeahh..Nampak tak gambar masjid tu..Nama masjid tu Masjid Tengku Tengah Zaharah, beritahu nama ni mesti tak ramai yang kenal kan. Tapi, kalau sebut Masjid Terapung, barulah mengangguk-angguk kepala tanda kenal lah tu. Hehe.
Lokasi di sini lah kitorang pilih untuk berkelah. Perjumpaan kali terakhir bersama kawan-kawan, sebelum masing-masing membawa haluan sendiri untuk mencapai cita-cita, namun ukhuwah tidak akan sesekali terputus. InsyaAllah.
Dalam jam 10.30, kesemua kami seramai 9 orang akhirnya sama-sama tiba di tempat yang telah dijanjikan. Kemudian, bawak turun semua makanan yang ada dan ditempatkan di satu pondok di situ ( sengaja pilih berdekatan dengan taman mainan..hehe). Lepas dah habis punggah barang, nak buatkan air dulu. Lastnya, ada sorang hamba Allah ni lupa nak bawak gula. Aishh. Terpaksa lah tukang bawak kereta tu drive kereta pergi ke Mydin untuk membeli gula.
Masa ni lah, yang tinggal kat pondok tu seramai 5 orang, pergi ke taman mainan tu, then main buaian. Haha, main buaian lagik. Kemudian, apabila diorang balik dari beli gula tu, saya dan Amalina pun dengan rajinnya membuat air. Ceh, macam susah sangat. Ina, berapa senduk gula yang kita letak? 10 senduk kan? Huhu, mujur gak kawan-kawan cakap sedap.
Lepas dah siap buat air dan aturkan makanan, duduk dalam halaqah, kemudian teruskan dengan rancangan awal kami untuk membaca Ma'thurat. Alhamdulillah, dimulai saya sebagai ketua, erm, rasa macam nak menitis air mata membaca doa Rabitah. Terasa sangat dengan indahnya ukhuwah kami keranaMu ya Allah. Allahuakbar, Subhanallah...Sesungguhnya, sudah sukar untuk saya temui ukhuwah yang sebegini selepas ni, dengan kengkawan yang sebegini.
Sambil makan, kami berbual-bual, sambil sakat menyakat. Dah puas makan, sesi bergambar plak. Hehe, biasa lah. Untuk dibuat kenangan. Kemudian, dah masuk waktu Zuhur, kami semua gerak ke Masjid Terapung untuk solat Zuhur la, tak kan solat Asar plak.
Sekali lagik, kamu buat satu halaqah sambil berpegangan tangan dan berpelukan ( semua perempuan ye ). Untuk kali terakhir sebelum kami semua pulang, masing-masing menyampaikan pesanan kepada kengkawan yang lain. Yang paling ditekankan ialah penampilan kami selepas ini agar kami tidak terus lagha. Saling ingat mengingati sesama sendiri andai kata ada yang terlagha.. InsyaAllah..
Tak tahu apa dah nak menaip kali ini. Badan dah penat sangat, kepala pun dah agak pening. Hehe. Inilah gambar kengkawan saya. Sorang sahaja yang tiada dalam gambar, sudah tentulah tukang snap gambar. Haha.
Mahu diperkenalkan? ..Hehe. Bukan mengikut turutan dalam gambar ye..Yang ada dalam gambar tu ialah...
Aina ( Noneng ) , Afina ( Pina ) , Amalina ( Ina ) , Najwa ( Wawa ) , Nadiah ( Nad ) , Siti, Sarah, dan Syaffiyyah ( Epy )..
Di manakah gambar tuan punya blog ni? Haha.. Dia ada di depan gambar ni, tengah snap gambar kengkawan dia..dan perhatikan perbezaan gambar di bawah..haha..
Saat aku kesunyian,
Kenangan lalu terimbau,
Masih segar dalam ingatan,
Saat kita sama-sama kehujanan,
Saat kita sama-sama ketawa gembira,
Saat kita sama-sama merintih kesedihan,
Saat kita sama-sama menuruni lembah & ranjau berduri...
Teman,
Andai aku bisa mengubah waktu,
Akan ku putar kitaran Bumi,
Agar detik manis mampu berulang kembali,
Dan kekal selamanya...
Teman,
Ketahuilah bahawa aku terlalu rindukan kemesraan bersama..
Sedetik indah bersama membawa kerinduan berpanjangan...
Wallahua'lam...
10 komenan anda..la la:
Salam
boleh x i berkenalan dengan yg bertudung pink itu,afina ke?hohoho..lariiiiiiiiiiiii
haha.. puteri eyh.. ade yg nk kenal ngan tudung pink? ramai tuh.. yg ane.. hahaha.. pina ke? kwn2.. rindu same kamu semua..
haha..tak ar bukan pina la..
tak leh kabo ar nama sapa, kekgi bro izat tahu dah...
orang kan dah cakap, nama yang diberikan tu tak mengikut susunan dalam gambar..hehe
tau2 sape.. bleh agak.. hehe.. faham2.. kwn kite yg sorang lagi..
Alamak,tak ikut turutan ke?xperasan,hahahaha..yeah,jadilah wanita solehah yer,jangan nanti masuk Universiti,semua nya dah tunggang terbalik,abang dah x larat nak tengok species2 macamtu..dekat sekolah,pijak semut tak mati..Nauzubillah..=)
eh pink ramai dalam tu..3 orang tu..hop ane se??
tak boleh kabo ar yang mana sorang..haha..mujur ramai pakai pink, pinky betul..
thanks bro izat, ain ingat lagik pesanan bro izat sebelum ni..insyaAllah..hehe
Amboi akhi Izat. Minat yang warna pink ke? Hahaha. Ramainya yang berwarna pink. Takkan nak angkut semua, Izat? Hahaha~
Moga2 doa Izat berkekalan dengan korang semua supaya terus istiqamah mengekalkan identiti muslimah meskipun melangkah ke alam universiti. Doa Adawiyah juga bersama anda semua. Amiin...
=)
Ya Allah.. izinkan kami semua istiqamah dijalanMu.. Amiin.. Semoga persahabatan kita semua kekal hingga ke syurga sana.. Amiin.. InsyaAllah..
tak ade rezeki ambe nak ikut korang picnic ari tue..tapi takkan lupakan korang smue..sukses sokmo!!(^_^)
Post a Comment