Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Selamat bertemu kembali. Erm, susah betul nak online dua tiga hari kebelakangan ini memandangkan internet nie buat hal pulak. Internet ni senget. Hehe. Kejap OK, kejap KO. Kejap beres, kejap rebes. Haha, mari mana ntah ayat tu. Hari ni, alhamdulillah, internet ni dah agak ok, tak senget mana dah. Jadi, bolehlah saya menaip untuk blog kesayangan ni.
Ye, bercakap mengenai kejayaan. Tanya saja kepada siapa pun, siapa yang tidak mahu berjaya kan? Semua insan mahu berjaya. Tidak kira berjaya dalam apa segala bidang. Mahu cemerlang dunia dan akhirat. InsyaAllah. Dalam kalangan pelajar, sudah tentu mahu berjaya dalam pelajaran dan masuk ke tempat belajar yang terkemuka. Kepada yang sudah bekerja pula, sudah tentu mahu naik pangkat, gaji nak besar. Ewahh. Tetapi, semua ini haruslah dititikberatkan dengan nilai keredhaan Allah, keikhlasan hati kita, dan ketulusan niat kita. Sesungguhnya hidup kita ini hanyalah diciptakan untuk beribadah kepadaNya.
Dalam kita nak mengejar kejayaan dalam bidang masing-masing, seringkali kita dengar, ramai yang menggunakan cara yang salah. Ada yang menggunakan wang ( rasuah ) untuk mendapatkan sesuatu yang dihajatinya. Nauzubillah. Dan pelbagai cara lagi yang menyalahi ajaran agama Islam. Astaghfirullah.
Seringkali juga kita dengar dalam kalangan pelajar atau sesiapa sahaja yang menggunakan pihak dalaman dan jugak pihak atasan untuk mendapatkan tempat masuk ke sesebuah tempat belajar. Dengan kata senang, guna kabel la. Yang tiada kelayakan nak masuk pun, jadi boleh tersenarai disebabkan kuasa yang ada pada pihak atasan dan pihak dalaman tu. Adakah berkat ilmu yang akan kita perolehi nanti. Fikir-fikirkan.
Namun, dalam nak mengejar kejayaan, tidak kira dunia mahupun akhirat, semua manusia sebenarnya mesti menggunakan pihak atasan dan jugak pihak dalaman. Tidak dapat dinafikan, sememangnya, peranan pihak atasan dan jugak pihak dalaman la yang banyak membantu kita semua untuk berjaya. Ahaa.. ada yang tidak setuju ke? Sila angkat mulut anda. Haha..Erk, boleh ke angkat?
Ok, dalam konteks ni. Pihak atasan yang dimaksudkan ialah Allah Taala yang Maha Tinggi manakala pihak dalaman pula ialah hati kita, maksudnya, keihlasan kita. Jika kita tidak menggunakan pihak atasan ini, sejauh mana pun usaha kita, sekuat mana pun tenaga dan daya kita untuk mencapai kejayaan tersebut, jika tiada keizinanNya, maka tidak mustahil kita tidak akan dapat mengecapi kejayaan tersebut. Dan jika tiada keikhlasan dalam hati kita, kita jugak tidak akan dapat kejayaan tersebut.
Khulasoh nya, kita hendaklah seiringkan usaha kita dengan keizinan Allah Taala. Formulanya...
USAHA + DOA + TAWAKKAL + REDHA = KEJAYAAN BIIZNILLAH...
Wallahua'lam..
0 komenan anda..la la:
Post a Comment