Kesempurnaan Diri Muslim...

Kesempurnaan Diri Muslim HADIS MUTHAHHARAH Daripada Sayyidina Khalid bin Al-Walid Radiallahu 'anhu telah berkata : Telah datang seorang arab desa kepada Rasulullah S. A. W yang mana dia telah menyatakan tujuannya : Wahai Rasulullah! sesungguhnya kedatangan aku ini adalah untuk bertanya engkau mengenai apa yang akan menyempurnakan diriku di dunia dan akhirat. Maka baginda S. A. W telah berkata kepadanya Tanyalah apa yang engkau kehendaki :

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang alim

Baginda S. A. W menjawab : Takutlah kepada Allah maka engkau akan jadi orang yang alim

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang paling kaya

Baginda S. A. W menjawab : Jadilah orang yang yakin pada diri maka engkau akan jadi orang paling kaya

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang adil

Baginda S. A. W menjawab: Kasihanilah manusia yang lain sebagaimana engkau kasih pada diri sendiri maka jadilah engkau seadil-adil manusia

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang paling baik

Baginda S. A. W menjawab: Jadilah orang yang berguna kepada masyarakat maka engkau akan jadi sebaik-baik manusia

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang istimewa di sisi Allah

Baginda S. A. W menjawab : Banyakkan zikrullah nescaya engkau akan jadi orang istimewa di sisi Allah

Dia berkata : Aku mahu disempurnakan imanku

Baginda S. A. W menjawab : Perelokkan akhlakmu nescaya imanmu akan sempurna

Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan orang yang muhsinin (baik )

Baginda S. A. W menjawab : Beribadatlah kepada Allah seolah-olah engkau melihatNya dan jika engkau tidak merasa begitu sekurangnya engkau yakin Dia tetap melihat engkau maka dengan cara ini engkau akan termasuk golongan muhsinin

Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang taat

Baginda S. A. W menjawab : Tunaikan segala kewajipan yang difardhukan maka engkau akan termasuk dalam golongan mereka yang taat

Dia berkata : Aku mahu berjumpa Allah dalan keadaan bersih daripada dosa

Baginda S. A. W menjawab : Bersihkan dirimu daripada najis dosa nescaya engkau akan menemui Allah dalam keadaan suci daripada dosa

Dia berkata : Aku mahu dihimpun pada hari qiamat di bawah cahaya

Baginda S. A. W menjawab : Jangan menzalimi seseorang maka engkau akan dihitung pada hari qiamat di bawah cahaya

Dia berkata : Aku mahu dikasihi oleh Allah pada hari qiamat

Baginda S. A. W menjawab : Kasihanilah dirimu dan kasihanilah orang lain nescaya Allah akan mengasihanimu pada hari qiamat

Dia berkata : Aku mahu dihapuskan segala dosaku

Baginda S. A. W menjawab : Banyakkan beristighfar nescaya akan dihapuskan (kurangkan ) segala dosamu

Dia berkata : Aku mahu menjadi semulia-mulia manusia

Baginda S. A. W menjawab : Jangan mengesyaki sesuatu perkara pada orang lain nescaya engkau akan jadi semulia-mulia manusia

Dia berkata : Aku mahu menjadi segagah-gagah manusia

Baginda S. A. W menjawab : Sentiasa menyerah diri (tawakkal) kepada Allah nescaya engkau akan jadi segagah-gagah manusia

Dia berkata : Aku mahu dimurahkan rezeki oleh Allah

Baginda S. A. W menjawab : Sentiasa berada dalam keadaan bersih ( dari hadas ) nescaya Allah akan memurahkan rezeki kepadamu

Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang dikasihi oleh Allah dan rasulNya

Baginda S. A. W menjawab : Cintailah segala apa yang disukai oleh Allah dan rasulNya maka engkau termasuk dalam golongan yang dicintai oleh Mereka

Dia berkata : Aku mahu diselamatkan dari kemurkaan Allah pada hari qiamat

Baginda S. A. W menjawab : Jangan marah kepada orang lain nescaya engkau akan terselamat daripada kemurkaan Allah dan rasulNya

Dia berkata : Aku mahu diterima segala permohonanku

Baginda S. A. W menjawab : Jauhilah makanan haram nescaya segala permohonanmu akan diterimaNya

Dia berkata : Aku mahu agar Allah menutupkan segala keaibanku pada hari qiamat

Baginda S. A. W menjawab : Tutuplah keburukan orang lain nescaya Allah akan menutup keaibanmu pada hari qiamat

Dia berkata : Siapa yang terselamat daripada dosa?

Baginda S. A. W menjawab : Orang yang sentiasa mengalir air mata penyesalan, mereka yang tunduk pada kehendakNya dan mereka yang ditimpa kesakitan

Dia berkata : Apakah sebesar-besar kebaikan di sisi Allah?

Baginda S. A. W menjawab : Elok budi pekerti, rendah diri dan sabar dengan ujian (bala )

Dia berkata : Apakah sebesar-besar kejahatan di sisi Allah?

Baginda S. A. W menjawab : Buruk akhlak dan sedikit ketaatan

Dia berkata : Apakah yang meredakan kemurkaan Allah di dunia dan akhirat ?

Baginda S. A. W menjawab : Sedekah dalam keadaan sembunyi (tidak diketahui) dan menghubungkan kasih sayang

Dia berkata: Apakah yang akan memadamkan api neraka pada hari qiamat?

Baginda S. A. W menjawab : Sabar di dunia dengan bala dan musibah

Telah berkata Imam Mustaghfirin: Aku tidak pernah menjumpai hadis yang besar dan merangkumi kesempurnaan agama dan bermanfaat selain hadis ini...

_________________
* INSAN KAMIL *

Sumber : www.weluvislam.com


FW : Surat Dari Iblis...

Bismillahirrahmanirrahim...

Ayat kat bawah sekali tu yg buat x sanggup nak simpan tanpa forward tu.

Surat ini akan membuat anda benar-benar berfikir.Sebenarnya surat ini hampir membuatku gila saat aku membacanya, tapi aku harus forwardnya kerana catatan kecil dibawahnya...

SURAT DARI SETAN UNTUK MU

Aku melihatmu kemarin, saat engkau memulai aktiviti harianmu.Kau bangun tanpa sujud mengerjakan subuhmu. Bahkan kemudian, kau juga tidak mengucapkan "Bismillah" sebelum memulai santapanmu, juga tidak sempat mengerjakan shalat Isha sebelum berangkat ketempat tidurmu. Kau benar2 orang yang bersyukur, Aku menyukainya...

Aku tak dapat mengungkapkan betapa senangnya aku melihatmu tidak merubah cara hidupmu.

Hai Bodoh, Kamu millikku. Ingat, kau dan aku sudah bertahun-tahun bersama, dan aku masih belum bisa benar2 mencintaimu . Malah aku masih membencimu, karena aku benci Allah. Aku hanya menggunakanmu untuk membalas dendamku kepada Allah. Dia sudah mencampakkan aku dari surga, dan aku akan tetap memanfaatkanmu sepanjang masa untuk mebalaskannya

Kau lihat, ALLAH MENYAYANGIMU dan dia masih memiliki rencana-rencana untukmu dihari depan. Tapi kau sudah menyerahkan hidupmu padaku, dan aku akan membuat kehidupanmu seperti neraka. Sehingga kita bisa bersama dua kali dan ini akan menyakiti hati ALLAH...

Aku benar-benar berterimakasih padamu, karena aku sudah menunjukkan kepada NYA siapa yang menjadi pengatur dalam hidupmu dalam masa2 yang kita jalani.. Kita nonton filem 'porno' bersama, memaki orang, mencuri, berbohong, munafik, makan sekenyang-kenyangya, bergosip, manghakimi orang, menghujam orang dari belakang, tidak hormat pada orang tua , Tidak menghargai Masjid, berperilaku buruk.

TENTUNYA kau tak ingin meninggalkan ini begitu saja. Ayuhlah, Hai Bodoh, kita terbakar bersama, selamanya. Aku masih memiliki rencana2 hangat untuk kita. Ini hanya merupakansurat penghargaanku untuk mu.

Aku ingin mengucapkan 'TERIMAKASIH' kerana sudah mengizinkanku memanfaatkan hampir semua masa hidupmu. Kamu memang sangat mudah dibodohi, aku menertawakanmu. Saat kau tergoda berbuat dosa kamu menghadiahkan tawa. Dosa sudah mulai mewarnai hidupmu. Kamu sudah 20 tahun lebih tua, dan sekarang aku perlu darah muda.

Jadi, pergi dan lanjutkanlah mengajarkan orang-orang muda bagaimana berbuat dosa. Yang perlu kau lakukan adalah merokok, mabuk-mabukan, berbohong, berjudi, bergosip, dan hiduplah se-egois mungkin.

Lakukan semua ini didepan anak-anak dan mereka akan menirunya. Begitulah anak-anak. Baiklah, aku persilakan kau bergerak sekarang. Aku akan kembali beberapa detik lagi untuk menggoda mu lagi.

Jika kau cukup cerdas, kau akan lari sembunyi, dan bertaubat atas dosa-dosamu. Dan hidup untuk Allah dengan sisa umurmu yang tinggal sedikit. Memperingati orang bukan tabiatku, tapi diusiamu sekarang dan tetap melakukan dosa, sepertinya memang agak aneh.

Jangan salah sangka, aku masih tetap membencimu. Hanya saja kau harus menjadi orng tolol yang lebih baik dimata ALLAH.


Catatan : Jika kau benar2 menyayangiku , kau tak akan memberi surat ini dengan siapapun....

_______________________
* FIKIR-FIKIRKANLAH... *


Keajaiban Basmallah...

Bismillahirrahmanirrahim...

Suatu ketika Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu salah seorang sahabat Rasulullah SAW yang terkenal, bertemu dengan syaitan penggoda orang mukmin dan syaitan penggoda orang kafir. Syaitan penggoda orang kafir itu gemuk, segar, rapi, dan memakai baju yang elok. Sedangkan syaitan penggoda orang mukmin kurus, kering, kusut dan telanjang.

Syaitan gemuk itu bertanya kepada syaitan penggoda kaum mukmin yang kurus: " Kenapa keadaanmu menyedihkan? Kau kurus kering, kusut, dan telanjang."

" Aku bertugas menggoda orang mukmin yang selalu berzikir dan membaca basmallah menyebut nama Allah. Ketika hendak makandan minum, ia membaca basmallah menyebut nama Allah, maka aku tetap lapar dan haus. Ketika memakai minyak wangi, ia menyebut nama Allah, maka aku tetap kusut. Dan ketika memakai baju, ia juga menyebut nama Allah sehingga aku tetap telanjang."

Syaitan gemuk menyahut:

" Kalau begitu aku beruntung. Aku bersama orang kafir yang tidak pernah menyebut nama Allah. Pada waktu makan ia tidak menyebut nama Allah sehingga aku boleh ikut makan bersamanya sampai puas. Ketika minum dia juga tidak menyebut nama Allah sehingga aku boleh ikut minum. Ketika memakai minyak wangi, ia tidak menyebut nama Allah sehingga aku ikut memakai minyak wanginya. Dan ketika memakai pakaian ia tidak pernah menyebut nama Allah sehingga aku ikut memakai pakaiannya."

* * *

Begitulah, betapa agung faedah membaca basmallah. Syaitan tidak boleh ikut makan makanan orang yang membaca " Bismillahirrahmanirrahim!" Bahkan dalam sebuah hadis Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda bahawa rumah yang dibacakan basmallah, maka syaitan tidak akan berdiam dan bermalam di dalamnya.

Baginda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam mengajarkan umatnya memulai segala perbuatan baiknya dengan membaca basmallah, menyebut nama Allah Subhanu wa Taa'la. Agar perbuatan itu benar-benar penuh barakah, tidak diganggu syaitan dan mendapatkan redha dari Allah Yang Maha Rahman.

Jadi sebelum kita membuat sesuatu perkara hendaklah dimulakan dengan basmallah dan disudahi dengan Alhamdulillah tanda kesyukuran kita. Semoga hidup kita terselamat dari godaan syaitan yang akan sentiasa mencari jalan untuk menyesatkan hidup anak Adam...

________________________________
* MULAKAN DENGAN BISMILLAH *

Kalahnya Ahli Ibadah Kepada Iblis...

Pada zaman dahulu, ada seorang ahli ibadah yang sangat baik akhlaknya, rendah hati dan pemberani. Keberaniannya sangat terkenal. Sehingga sampai pada suatu saat, ia mendengar bahawa di kampungnya ada sebuah pohon yang disembah ramai orang.

Ia sangat marah, dan berniat untuk menebangnya. Diambilnya alat-alat yang dapat digunakan untuk menebang pohon. Kemudian ia pergi ke tempat pohon itu berada.

Di tengah perjalanan, ia dihadang oleh iblis. Iblis menghalangi perjalanannya dan bertanya.
"Mahu ke mana engkau?".

" Aku mahu pergi ke tempat pohon itu, dan aku akan menebangnya," jawab ahli ibadah dengan tegas.

" Kenapa engkau ingin menebangnya?" tanya iblis lagi.

" Kerana pohon itu banyak disembah manusia. Mereka menjadi penyembah selain Allah."

" Apa urusan engkau dengan sembahan itu? Biarkan saja mereka dengan urusannya masing-masing!" seru iblis.

" Bagaimana aku membiarkan mereka tersesat, padahal tugasku memberi petunjuk kepada manusia."

Kerana iblis menghalang-halangi dan ahli ibadah tetap memaksa untuk pergi, maka terjadilah perkelahian yang sengit antara keduanya. Di dalam perkelahian itu, iblis dapat dikalahkan. ia jatuh tersungkur di atas tanah. Ahli ibadah itu menghimpit dada iblis itu seraya berkata: " Apakah engkau melihat kekuatanku, wahai iblis terkutuk!"

" Ya," jawab iblis. " Sekarang lepaskan aku dan silakan engkau kerjakan apa yang engkau kehendaki!"

Setelah berkelahi begitu lama dan mengeluarkan banyak tenaga, tentu saja ahli ibadah itu merasa penat. Ia tidak sanggup lagi meneruskan maksudnya untuk menebang pohon itu. Ia kembali pulang ke rumahnya.

Keesokan harinya, pagi-pagi sekali ahli ibadah itu telah berangkat lagi dengan niat yang sama seperti kelmarin, iaitu menebang pohon yang disembah itu. Di tengah perjalanan ia dihalang oleh iblis. Dan terjadilah perkelahian untuk kedua kalinya. Dan iblis kalah lagi.

Kerana secara fizikal terus-menerus kalah, maka iblis mulai menggunakan tipu-dayanya untuk dapat mengalahkan ahli ibadah yang kuat itu, " Alangkah baiknya apabila aku menggunakan tipu-daya pada orang itu, " bisiknya.

Mulailah iblis memasang jeratnya, ia menawarkan wang emas kepada ahli ibadah dengan syarat supaya ahli ibadah mengurungkan niatnya menebang pohon yang disembah itu. Wang emas itu dapat diambil setiap pagi, setelah bangun tidur, di bawah bantal.

Tawaran itu diterima oleh ahli ibadah, kemudia ia pulang dengan hati yang berbunga-bunga, kerana akan mendapat wang emas yang banyak tanpa kerja keras, is sudah lupa pada tugasnya sebagai ulama.

Setiap pagi setelah bangun tidur, ahli ibadah itu memasukkan tangannya ke dalam bantal. Dari sana ia mendapatkan wang emas yang banyak. Sampai pada suatu hari, ketika tangannya dijulurkan ke bawah bantal, ia tidak mendapatkan apa-apa lagi.

Ia sangat marah dan berkata di dalam hatinya, " sungguh syaitan telah mempermainkan aku, setelah aku mempercayai perkataannya. Sekarang aku harus menebang pohon itu apapun yang terjadi," bisik hati ahli ibadah, seolah ia berbicara dengan dirinya sendiri.

Maka pergilah ahli ibadah ke tempat pohon yang disembah itu. Seperti biasanya, ia dihalang oleh iblis di tengah perjalanannya.

" Mahu pergi ke mana engkau?" tanya iblis sambil tersenyum. " Aku mahu mendatangi pohon itu lagi dan sekaligus akan menebangnya," jawab ahli ibadah itu dengan suara yang keras.

" Kenapa engkau mahu menebang pohon itu? Apa kerana aku menghentikan pemberian wang emas padamu?" ejek iblis.

Ahli ibadah terdiam. Membisu seribu kata. Tidak sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya.

Iblis tertawa lagi sambil berkata: " Sekarang engkau tidak dapat menebang pohon itu lagi."

" Siapakah yang akan menghalangku?" tanya ahli ibadah itu.

" Aku, aku yang akan menghalangmu," jawab iblis.

Untuk ketiga kalinya terjadi perkelahian yang sengit antara iblis dengan ahli ibadah. Namun ahli ibadah yang kalah. Ia tersungkur di atas tanah. Dadanya diduduki dan lehernya dicekik oleh iblis. Kemudia iblis bertanya, " Apakah engkau melihat kekuatanku? Wahai ahli ibadah yang malang."

" Ya," jawab ahli ibadah. " Sekarang lepaskann aku. Aku tidak akan berniat menebang pohon itu, asalkan engkau mahu mengatakan padaku, " apakah yang menyebabkan engkau dapat mengalahkanku kali ini?"

Iblis menjawab dengan tenangnya, " Sesungguhnya dahulu keadaanmu sangat kuat dan keadaanku sangat lemah saat imanmu kuat, keinginanmu besar, dan kamu marah kerana Allah. Adapun sekarang kekuatanmu hilang, ketrampilan berkelahimu lenyap kerana kamu berkelahi kerana harta dan marah kerana wang emas, bukan kerana Allah lagi."

_________________________________
* TIPU DAYA IBLIS LAKNATULLAH *

Nak Beli Hadiah Apa Nie???

Wah...Pening jugak fikir nak beli hadiah apa kat buah hati nie...Tak tau dah nak kasi apa untuk besday beliau 1 Feb nie...Ish2...Mama....Nak kasi hadiah apa kat mama nie...huhu

Sapa-sapa yang ada idea boleh lah tolong ringankan beban kepala nie nak memikirkan nak kasi hadiah apa nie...

___________
* PENING *

Jasa Bonda dan Ayahanda...

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh....

Semalam saya baru balik dari kursus keusahawanan...Alhamdulillah dapat banyak jugak ilmu yang bermanfaat dari kursus tue daripada duduk melepak kat rumah...
Apa yang nak dikongsikan hari nie plak...Masa malam tue penceramah tue pasang dua lagu untuk kitorang nyanyikan...Tapi lagu nasyid lah...Lagu Teman Sejati yang saya rasa ramai lah yang pernah dengar lagu nie...Time dengar lagu nie mulalah ingat dan terkenangkan kawan-kawan sekelas dan kawan-kawan rapat yang sudah lama tak jumpa.. Hanya dapat contact melalui sms dan kekadang melalui ym... Rindu sangat sama kawan-kawan especially kawan baik saya lah... Wawa... Huhu... Moga persahabatan kita kekal dan diredhai Allah...

Dan lagi satu lagu ialah lagu Jasa Bonda..Lagu nie tak pernah lagik saya dengar sebelum nie.. Bila dengar lagu tue memang sedih sangat ar...Memang berair jugak rasanya mata nie time dengar lagu tue... Teringat kat mama saya... Teringat banyak sangat pengorbanan mama dan abah telah buat nak besarkan saya, nak bagi keselesaan kat saya yang kekadang membuatkan diri nie leka...MasyaAllah...

Marilah kita sama-sama fikir dan renung balik banyak mana pengorbanan mak ayah kita telah buat nak besarkan kita, bagi duit kat kita, bagi kesenangan kat kita sampai kekadang diorang abaikan keselesaan untuk diri diorang semata-mata nak tengok kita selesa, mendapat apa yang kita nak, nak tengok kita berjaya... Tapi apa yang dah kita buat dan lakukan untuk balas jasa diorang... Memang diakui bahawa kita memang tak dapat nak balas semua jasa pengorbanan mak ayah kita... Tapi hulurkan lah doa buat kesejahteraan mak ayah kita, jagalah hati mak ayah kita.

Ramai remaja sekarang yang perlekehkan mak ayah kerana rasa dah besar panjang, malu kalau kawan-kawan tahu yang kita masih ikut dan dengar kata-kata dan nasihat mak ayah kita... Ada jugak yang sanggup hantar mak ayah ke rumah orang tua.. Kerana apa? Tak cukup masa nak jaga mak ayah kita, sebab nak keje, nak cari duit. Then kalau ada mak ayah yang tua nak kita jaga, nanti beban lah... Masya Allah... Mak ayah sanggup bersekang mata jaga kita masa kita kecik dulu... Kita sakit sikit, mak ayah sampai tak boleh nak tidur semata-mata nak tengok kita dapat tidur ngan selesa, tak nak kasi seekor nyamuk pun hinggap kat badan kita...

Tapi bila dah berjaya, dah besar...kita lupa apa yang mak ayah kita lakukan pada kita...Betapa luluhnya hati nie kalau tengok mak ayah kita menitiskan air mata kerana kecewa dan berkecil hati dengan anak-anak... Ya Allah, betapa kita telah menanggung dosa besar kerana telah melukakan hati mak ayah kita... Dan ingatlah apa yang kita lakukan kepada mak ayah kita akan dibalas Allah pada anak kita nanti... Jangan menyesal apabila anak-anak kita nanti melakukan perkara yang sama kepada kita seerti yang telah kita lakukan kepada mak ayah kita dulu...Nauzubillah....Fikir-fikirkanlah....

_____________________________________
* REDHA ALLAH PADA REDHA IBU BAPA *

Salam Kembali...

Assalamualaikum...
Wah...punye lah lama tak jenguk blog nie...nie internet punya hal lah...mujur gak abang saya balik cuti, boleh dia ngejas macam mana ntah sambung internet nie balik...hepi punya lah hati ni, balik dari kursus terus leh main internet.hehe

Asif jiddan buat teman2 sekalian, yang shout tak dapat nak dibalas n tak dapat nak contact ngan ym sebelum nie...then tak ada khabar apa2...

Sekarang tak tau lagik nak tulis apa2 nak update blog nie...pasal badan tengah tak larat la...sakit tekak n selesema...ujian...

Apa pun, nanti je ar saya post yang baru eh...doakan saya cepat sembuh...huhu