Rahsia Khusyuk Solat...

Seorang ahli ibadat bernama Isam bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadatnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang yang abid bernama Hatim Al- Assam dan bertanya, " Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan bersolat?". Hatim berkata, " Apabila masuk waktu solat, aku berwuduk zahir dan batin." Isam bertanya, " Bagaimana wuduk zahir dan batin itu?". Hatim berkata, " Wuduk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wuduk dengan air. Sementara wuduk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara:

# Bertaubat
# Menyesali dosa yang telah dilakukan
# Tidak tergila-gilakan dunia
# Tidak mencari atau mengharapkan pujian orang ( riya' )
# Tinggalkan sifat berbangga
# Tinggalkan sifat khianat dan suka menipu
# Meninggalkan hasad dengki

Seterusnya Hatim berkata, " Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan aku sedang berhadapan dengan Allah, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut di belakangku, dan aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di titian siratul mustaqim dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat yang terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik."

" Setiap bacaan dalam solatku aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawaddhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."

Maka menangislah Isam apabila mendengarnya kerana membayangkan ibadatnya yang kurang baik jika dibandingkan dengan hatim.

$ Pernahkan kita menangis kerana membayangkan ibadat kita???
_______________________________
* KHUSYUK KE SOLAT KITA?? *

1 komenan anda..la la:

Alhamdulillah,,smoga ibadah solat kita akan mndapat kekusyukan spt yg dhrpkn..amin~