SPM 11 NOVEMBER !!

Assalamualaikum...Ok lah straight to the point ek...SPM!!! Huhu...Hari nie genap lagik tinggal 10hari je dah lagi. Jadi mungkin lepas nie tak ada lagik masa untuk mengupdate blog buat sementara waktu bagi menumpukan kepada SPM plak. Hehe...

Kepada blogger, kawan-kawan semua, saya nak mintak maaf lah kalau selama nie ada wat salah silap, terlebih gurau ke, terkasar bahasa ke...n terutama kepada sikecilkhair,,,ana mintak maaf banyak2 akhi...banyak ngat kacau akhi...haha...ok...maalish...asif jiddan...

Jadi mintak jasa baik sahabat-sahabiah sekalian untuk mendoakan kejayaan saya dan diberikan kemudahan oleh Allah untuk menjawab soalan-soalan itu ek...syukran awi...
____________________________
* DOAKAN KEJAYAAN SAYA *

Yeah...Dapat Online Jugak Akhirnya....

Assalamualaikum...Wah udah lama tidak dapat online n jenguk blog nie...Akhirnya malam nie dapat jugak online balik pasal monitor buat hal tak nak kuar gambar...Tukang repair plak buat hal jugak, cakap tak serupa bikin sich...

Dah rindu nak jenguk blog sendiri, nak chat ngan kawan-kawan sebelum saya meng off kan dulu YM, SKYPE, BLOG, FRIENDSTER bagi menghadapai SPM nanti. Wah, nak SPM pun masih sempat lagik nak online kan. Entah lah, lain orang lain ragam kan. Orang lain rasanya ramai dah tak main dah semua nie, tak online dah. Sebaliknya hanya menumpukan kepada buku jek kan. Tapi saya nie, adoi lah. Susah hati sendiri gak bila fikir. Saya masih boleh jek online, tak ada ar 100% tumpu pada buku. Pasal tak dapat nak tumpu mana pun kan kalau dah letih dan minat sudah mula berkurang akibat banyak sangat baca buku. Hehe...

Jadi, kepada kawan-kawan yang lain, jangan ikut perangai saya yang tak berapa nak betul nie. Entah apa-apa merepek nie. Minggu nie, 2hari sudah saya tak ke sekolah akibat kesihatan yang sedikit terganggu. Apa pun semua nie dugaan Allah, ujian buat diri saya walaupun agak risau pasal SPM dah tak lama lagik. Bak kata kawan ana, Tawakkal itu lebih penting daripada kuantiti usaha kita kerana kejayaan itu tiada lain adalah milik Allah. Tapi hari nie Alhamdulillah semakin sihat dah, cuma masih batuk-batuk. Syukran kepada sahabat-sahabat yang bertanya khabar saya k.

Dan jugak nak mintak maaf kepada kawan-kawan yang lawat-lawat blog nie, n tinggal shout, baru malam nie saya boleh balas shout kalian...syukran...
___________
* UJIAN *

Kehebatan Ayat Kursi...


Ayat ini diturunkan selepas berlakunya Hijrah. Semasa penurunannya, ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasulullah SAW dengan segera memerintahkan Zaid bin Tsabit menulis serta menyebarkannya. Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardu, setiap pagi dan setiap petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah SWT.
Mengikut keterangan dari kitab “Asraarul Mufidah” sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali, maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah. Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, sesiapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah, Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta memudahkannya menerima ilmu pengetahuan. Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara nabi Muhammmad. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah dari gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah akan terhindar dari pencerobohan pencuri.
AYAT KURSI MENJADI BENTENG YANG KUAT MENYEKAT PENCURI DARI MEMASUKI RUMAH.
Mengamalkan membaca ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanan. Ayat Kursi juga dibaca dengan penuh khusuk, InsyaAllah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda memasuki rumah itu, eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, InsyaAllah, mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan zahir dan batin.
UNTUK AMALAN KITA BERSAMA.
Fadhilat ayat Kursi mengikut hadis-hadis Rasulullah SAW.
1) “Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi Allah menghilangkan segala kefakiran didepan matanya”.
2) Sabda baginda lagi, “Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan solat sunat 2 rakaat, Allah memeliharanya dari kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar”.
3) Barangsiapa membaca ayat Kursi apabila baring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang malaikat memeliharanya hingga ke subuh.
4) Barangsiapa membaca ayat Kursi diakhir setiap solat fardu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga solat yang lain.
5) Barangsiapa membaca ayat Kursi diakhir tiap solat, tidak mencegah ia akan masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.
6) Barangsiapa membaca ayat Kursi diahkir tiap-tiap solat fardu, Allah menganugerahkan dia dihati-hati orang yang bersyukur perbuatan-perbuatan orang yang benar, pahala nabi-nabi juga Allah melimpahkan padanya rahmat.
7) Barangsiapa membaca ayat Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
8) Barangsiapa membaca ayat Kursi diahkir solat, Allah Azza Wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.
9) Barangsiapa yang membaca ayat Kursi ketika dalam kesempitan, nuscaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.
10) Dari Abdullah bin ‘Amar, Rasulullah SAW bersabda, “SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT”.
_______________
* HEBATNYA *

Ukhuwwah Sejati...

Begitu pantas detik berlalu...
Tanpa sedar...terkapar layar di hujung senja
Sinar di ufuk dian berbalam
Keheningan malam mengisi ruang
Mencari kedamaian dalam keihklasan
Setekad hati kita berama
Meredah lautan gelora samudera
Berpadu kasih di muara ketulusan
Moga ikatan...dinaungi CINTA ILAHI
Tetapi...rempuhan badai sering kali merobek jiwa
Menguji benteng ukhuwwah diikat kejujuran
Terkaku kita dengan takdir yang ditentukan
Berkecamuk jiwa di layar perasaan
Pabila madu terasa hempedu
Namun...inilah UJIAN
Setulus kasih seikhlas ukhuwwah
Genggamlah hati di sepertiga malam
Alirkan roh JIHAD si segenap ruang
Moga diri tak tewas dibayangi nafsu
Sahabat...begitulah KEHIDUPAN
Dalam riang, terselit kesedihan, dalam setia diuji kesabaran
Dalam senang diberi kepayahan, dalam ikhlas diraih kejujuran
Usah terlerai pintalan ukhuwwah
Walau bayang perpisahan kian menghampiri
Percayalah dengan janji CINTA ILAHI
Bertemu dan berpisah kita hanyalah kerana-NYA
Benihkan dijiwa...kita mampu mencapai KASIHNYA
Kerana janji...SETULUS KASIH SEIKHLAS UKHUWWAH
____________
* SAHABAT *

Hujan...

Di negara kita boleh dikatakan sepanjang tahun mengalami hujan. Kekadang berserta dengan ribut dan petir kan. Bila langit mula mendung, kekadang terdengar bebelan orang-orang disekeliling saya "Cuaca buruk je akhir2 ni ye.." Soalnya, kenapa hujan dikatakan cuaca buruk?

Berapa ramai di kalangan kita yang mengeluh bila hari hujan?
- Ishh, tak kering la baju kalau asyik hujan je..
- Alahai, hujan laaagiiii
- Tiap-tiap hari hujan...susah la mcm ni
- Payah nak buat apa2 kalau hujan
- Tak boleh balik lagi, hujan!

Bukankah bebelan2 tu lebih baik digantikan dengan doa:

"Allahumma syaiyiban nafi'a"
(Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami).

Hakikatnya, hujan itu rahmat.

"Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang mengembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya)." (Al-A'raf : 57)

Sebenarnya hujan terlalu banyak manfaatnya.
1. Membersihkan udara
2. Menyubur tanaman
3. Membekal air ke empangan
4. Ingat kepada mati

Ini sikit je senarai kebaikannya. Adabyk lagi. Cuma saya terfikir,
kenapa orang selalu bad mood bila hujan?

"Hujan tidak, mendung pun tidak, tiba-tiba je bermuram ni..?" Mcm biasadengar ayat tu kan ? Seolah-olah sinonim sungguh hujan dengan suasana muram/tak best. Kesian hujan.

Masa kat sekolah dulu, saya selalu perhatikan. Samada Khamis
petang/malam, atau Jumaat subuh/pagi sentiasa hujan. Sebab masa tu
ustazah selalu pesan, tadah air hujan petang/malam Khamis atau
Subuh/pagi Jumaat (saya duk kat asrama). Ustazah sebenarnya nak suruh kami prihatin, supaya bila kami buat mcmtu kami akan tersedar, memang benarlah Jumaat itu hari yang berkat. Sebab itu hujan turun mengiringi kedatangannya. Sedarkah kita?

Bila hujan turun, rahmat dilimpahkan buat manusia. Sebab itu, Nabi pun
pernah pesan, bila hujan turun, doa mustajab. Skrg ni, tempat kita ni tiap2 hari
hujan. Tiap2 hari ada masa utk doa menjadi mustajab. Kenapa
lepaskan peluang dengan keluhan sia2 di saat pintu2 langit sedang terbuka?

"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang
mencurah-curah"
(al-Qamar : 11)

Maka, BERDOALAH. Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Dan semoga, hari esok akan lebih baik.. Dalam ilmu tasawwuf (dan ilmu2 fardhu Ain lain pun ada jugak) mengingatkan kita tentang kebijaksanaan Allah. Tak payah kita tentukan, tak perlu kita perintahkan, Allah tahu bila nak turunkan hujan, kenapa perlu hujan, dan banyak mana/lama mana nak diturunkan hujan. Contoh, bila kita makan buah epal hijau, masam.. pastu kita kata "Eii, masamnya buah ni!" kita kritik sapa tu? Kalau kita tak suka epal masam tu, lainkali beli epal merah. kalau dpt yg tak elok jugak, agaknya kita yg tak elok, sbb tu yg tak elok tak elok mai kat kita (leh terima ke?). Ini kena ngaji bab redha, sehingga kita sanggup terima apa saja, sebab yakin itu semua dari Allah.

Lihatlah firman Allah yg bermaksud :

" Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya." (Al-Mukminun : 18)

Rupa-rupanya Allah turunkan hujan ADA SUKATAN. Baru hari ni kita tahu, bahawa Allah turunkan hujan lebat kat kita sekarang ni ada sebabnya, ada sukatannya. Kemudian, air tu akan disimpan di bumi.

Selama mana? Itu semua rahsia Allah

"Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian Kami berikan kamu meminumnya; dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya."
(al-Hijr : 22)

Semoga ada iktibar utk peringatan kita.

"Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit dan bumi dan
kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan."(Surah Hud : 123)


Sumber : Faris As Sanadi, Syria
__________________
* HUJAN RAHMAT *

Solat Tahajud Dari Perspektif Islam...


Solat tahajud ialah ibadah yang kita lakukan pada malam hari, biasanya tengah malam atau lewat malam. Solat tahajud juga dikenali sebagai shalatullail. Solat ini sangat baik dilakukan terutama kepada para pemimpin Islam kerana Rasulullah SAW dan para sahabat r.a tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka, sebagai ibadat tambahan. Dalam Al- Quran terdapat banyak ayat-ayat yang menggalakkan umat Islam mengerjakan solat tahajud sebagai ibadat tambahan pada waktu malam begitu juga terdapat beberapa hadith Nabi SAW mengenai perkara ini.

TIDUR DAN SOLAT TAHAJUD

Umumnya manusia mengatakan tidur malam perlu antara 6-8 jam sehari. Tetapi pendapat ini ditolak oleh para saintis Barat seperti Dr Ray Meddis, seorang profesor di Department of Human Sciences, England University of Technology yang mengatakan bahawa manusia sebenarnya perlu tidur malam selama tiga jam sahaja. Waktu tidur boleh dibahagi kepada dua bahagian - tidur ayam dan tidur lelap. mimpi biasanya berlaku dalam tidur lelap. manusia perlu berlatih untuk tidur lelap kerana tidur ayam adalah masa berangan-angan yang membuang masa sahaja. Tidur yang sebenarnya ialah ketika tidur lelap yang mengikut kajian saintis Barat ialah selama tiga jam.

Kita merasakan tidur malam kita selalu tidak cukup. Ini kerana kita tidak terlatih atau mengikut peraturan yang perlu diikuti ketika tidur. Apabila seseorang atlet hendak memasuki suatu pertandingan atau lumba lari dia akan berlatih hampir setahun sebelum perlumbaan itu bermula. Dengan demikian dia ada harapan untuk memungut pingat emas. Demikian jugalah kita mesti berlatih diri kita tidur mengikut peraturan.

Mengikut kajian ahli perubatan Barat, sebelum kita merasa hendak tidur, mula-mula sekali kita akan merasa mengantuk di mana suhu badan kita akan menurun. Dengan mengatur waktu tidur dan menggunakan jangka suhu kita boleh latihkan diri kita untuk tidur apabila perlu. Tidur yang diatur boleh menjimatkan masa kita dan membolehkan kita melakukan ibadah dan kerja-kerja lain. Rasulullah telah memberikan contoh terbaik untuk tidur lengkap dengan doa-doanya. Bolehlah kita ringkaskan latihan untuk tidur malam seperti:

1. Makan malam yang sedikit sekadar alas perut supaya tidak lapar. Jika kita makan malam yang banyak ianya menyebabkan kita cepat mengantuk dan susah bangun dari tidur, sudah tentu kita akan terlebih tidur pula.

2. Tunaikan solat Isya' sebelum tidur.

3. Bersihkan tempat tidur seperti tilam, bantal dan cadar dari habuk dan lain-lain kotoran.

4. Amalkan doa-doa sebelum dan sesudah tidur seperti diajarkan Rasulullah SAW.

Kurangkan amsa tidur dari lapan jam sehari kepada tujuh jam sehari untuk bulan pertama latihan, pada bulan kedua, kurangkan amsa tidur malam kepada enam jam sehari, seterusnya pada bulan ketiha kepada lima jam sehari hingga boleh tidur untuk masa tiga jam sahaja.

Cara untuk kita tidur dan bangun juga mempunyai peraturan yang perlu diikuti untuk menjaga kesihatan dan mengelakkan diri kita dari dihidapi pelbagai penyakit. Umpamanya kita yang suka bangun tidur melompat dari tidurnya boleh mendhadapi risiko sakit jantung yang boleh membawa maut. Demikian menurut pendapat seoarang doktor dari China- Dr Huang Guoxiong dari Kolej Perubatan Lioning.

Di dalam Al- Quran ada menyebut segolongan manusia yang masuk syurga kerana ibadah malamnya dan kurang tidur malam. Firman Allah dalam Al- Quran yang bermaksud: " Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa ada di alam syurga dan dekat dengan air yang mengalir. Sambil mengambil apa yang diberi oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka sebelum ini di dunia adalah orang-orang yang berbuat baik. Mereka sedikit sekali tidur di waktu maam. Dan akhir-akhir malam mereka memohon ampun kepada Allah." ( Surah Az- Zaariyat: ayat 15-18 )

Setiap perkara yang digalakkan dalam Islam pasti ada hikmahnya yang tersurat yang kadangkala manusia sendiri tidak dapat memikirkan sebab musababnya. Tetapi yakinlah bahawa Allah telah mengaturkan yang terbaik untuk kita sebagai hambaNya. Oleh itu, lakukanlah segala apa yang diperintahkan oleh Allah dan tinggalkan apa yang dibenciNya untuk mencapai satu matlamat yang mulia iaitu Cinta Allah yang pastinya manusia tidak berbahagia apabila memilikinya.
_________________
* SOLAT MALAM *

Temuduga Darul Quran...


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...hehe
Letih betul ar hari nie pasal pagi tadi pergi ke Dungun then balik petang gak ar. Hari nie ada temuduga untuk kemasukan ke Maahad Darul Quran, Kuala Kubu Bharu di Selangor. Baru semalam dapat tahu nama saya termasuk yang kena pergi temuduga nie, then hari nie dah kena pi temuduga di Dungun. Memang cepat sangat masanya. Jadi, tak buat apa-apa persiapan pun nak hadapi temuduga tue. Just pergi sana, bawak diri dan Al Quran.hehe

Walaupun pernah dah ditemuduga sebelum nie iaitu temuduga untuk pertukaran pelajar ke Jepun, tapi tetap gak nervous untuk temuduga DQ nie. Entah lah, dah memang begini ar. Temuduga hari tue tak ada ar nervous sangat. Relax jek walaupun temuduga tue lagik tough pasal kena speaking. Hehe..

Mujur gak ada ar sedikit pengalaman menghafaz Al Quran nie memandangkan dah biasa masuk pertandingan hafazan, jadi dapat lah jugak gunakan masa kat sana pagi tadi.

Kat sana ada dua panel, satu panel DQ dan satu lagi panel UIA. Panel UIA nie nak tengok kita punya akademik lah pasal lepas habis program di DQ nie, pelajar akan diserap masuk terus ke UIA untuk course sains. Jadi kalau dapat masuk sini, InsyaAllah dapat lah dua manfaat, manfaat dunia dan juga akhirat dalam masa yang sama.

Masa saya jumpa kat panel DQ, adalah dapat muka untuk dihafaz tue. Then masuk balik kat tempat berkumpul pelajar sekolah saya, iaitu kat dewan makan sekolah tue. Masya Allah, mula2 tenang jek ar. Tapi kejap lepas tue, time diorang rehat. Memang agak bising lah. Agak mengganggu ar nak fokus kepada hafazan tu. Kitorang diberi masa satu jam untuk menghafaz. Masa yang saya kira agak panjang la memandangkan saya dah biasa menghafaz. Tapi tak apa lah.

Masa nak tasmi' tue ar agak berdebar. Adoi. Alhamdulillah dengan kalimah bismillah dan selawat, dapatlah tenangkan hati nie. Lepas dah mula ayat pertama, nampak ustaz tue anggukkan kepala, dah bertambah yakin ar masa tue. Hehe. Lepas habis hafazan yang saya kira tak berapa lancar mana pun, then kena tanya lah beberapa soalan pasal minat nak masuk DQ nie.

Then time nak pi jumpa panel UIA plak...Aih nie lagik satu hal. Punya lah sejuk dalam bilik tue. Campur sejuk dalam hati lagik. Hehe. Mujur gak panel yang tanya tue adalah senior sekolah ana dulu, Ketua Pengawas tue. Wah. Hehe. Memang banyak soal pasal keinginan kita nak ke oversea lah pasal once masuk DQ, kalau dah habis DQ memang susah dah nak apply mintak oversea pasal diorang dah pegang kita untuk masuk ke UIA. Jadi, untung jugak lah masuk DQ nie.

So, lepas nie hanya tunggu keputusan je lah macam mana. Ada rezeki saya ke sana, berjaya lah. Hehe. Then sekarang tengah ready untuk pertandingan hafazan plak, hari Isnin nie. Jadi sesapa yang murah hati, baik hati, bolehlah tologn doakan saya ek. Ok.
__________________________
* REZEKI DI MANA-MANA *



10 Golongan Mayatnya Tidak Busuk Dan Tidak Reput...

Disebutkan dalam suatu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.

Bertanya orang kepada Rasulullah saw : "Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?"

Maka jawabnya Rasulullah saw "Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih
disebabkan oleh WUDHU'." Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur

orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang
memanggil. Bukanlah debu itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu
ialah debu KEIMANAN" mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka
melalui titian" Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap
orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya
TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu
mati :-

1. Para Nabi
2. Para Ahli Jihad

3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5.. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari
kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:
" Wahai Ridhwan , sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku

berpuasa ( ahli puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga.Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan
buah buahan syurga.

Maka Malaikat Ridhwan menyeru, "wahai sekelian kawan-kawan dan semua

anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa "
dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang
penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak
melebihi daun-daun kayu di bumi. Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka
dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang
difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :

"Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan

pada HARI yang telah LALU itu."
________________________
* REBUTLAH PELUANG *

Sepagi Bersama Buddhist....

Assalamualaikum. Nia ada sedikit cerita yang saya kutip daripada seseorang yang sudah ada nama di bawah artikel ini. Semoga mendapat pengajaran...

"Kamu bersolat lima kali sehari, bukan?" Gadis Cambodia itu lancar berbahasa Inggeris.
"Ya, saya solat lima kali sehari" kututup buku yang menjadi agenda utama pertemuan santai pagi itu.
"Apa yang kamu buat ketika bersolat? Ada colok seperti kami?" Tanyanya, cukup innocent. Aku tersenyum, lantas menyatakan dengan bangga, "kami menurut perintah Tuhan dengan solat pada tiap-tiap waktu khusus seperti yang diarahkan. Ambil wudhuk dan solat, ketika itu hanya ada saya dan Tuhan"
"Kami ada sami yang bersolat setiap waktu di ‘pagoda', kami ada hari holy yang mengumpulkan kami sembahyang di pagoda, tetapi bukan wajib untuk semua, dan tentunya itu bukan menjadi agenda pilihan bagi yang muda-muda seperti kami. Itulah hari yang disediakan untuk orang-orang tua yang perlu bersedia untuk kehidupan seterusnya" dia menjelas, mengupas satu persatu. "Bagaimana kalau yang muda mati dulu? Contohnya, accident? Bukankah dia belum bersedia dengan amalan untuk mati?" Aku bertanya, benar-benar ingin membaca fikirannya. "Apa lagi yang mampu dibuat? Itu saja amalan yang kami mampu" jawabnya dengan riak sedikit cuak. Aku sendiri terasa agak kejam bertanyakan soalan begitu.

"...Ketahuilah, Islam agama sebenar. Allah itu Satu. Tiada Tuhan melainkan Allah, dan Muhammad S.A.W itu pesuruh Allah. Akhirat itu pasti. Kau kan rasakan nikmatnya berada dalam Islam. Ketahuilah! Ini agama yang benar..."
Itu yang ingin ku katakan, tetapi hanya hati yang berbisik kencang.

Terbayang ketika Saidina Abu Bakar yang baru beberapa lama memeluk Islam, bercerita terus menerangkan perkhabaran gembira pada Bilal. Perkhabaran tentang Islam. Seakan gembira mendapat ganjaran besar dan lumayan, lantas ingin dikongsikan pada semua supaya kemanisannya dapat juga dirasa.
"Ini hijab, bukan?" Jari-jarinya menyentuh hijabku. "Lembutnya" katanya, aku kemudian mengangguk dalam senyum.

"Kamu ada rambut?" tanyanya. "Sudah tentu" aku tersenyum, tak tersangkakan sampai begitu sekali kepelikannya pada yang berhijab. "Kamu tahu, saya sangat teringin melihat rambut kamu. Hitam kah? Panjang kah?" "-Aku menjawab sekadar yang boleh diberitahu tentang diskripsi rambutku-". "Pasti sangat cantik, rugi orang lain yang tidak dapat melihatnya".

Aku kira itu sudah menjadi pendirian masyarakat umum. Malah umat islam sendiri ada yang tidak mahu bertudung, lantas menggayakan rambut dengan hebat pada khalayak ramai. Kecantikan perlu dihebahkan dan ditayangkan pada semua. Untuk apa disimpan? Itu kata mereka yang tidak berpegang pada al-Quran.

"Keluarga saya, adik-adik lelaki saya, ayah saya, adik beradik lelaki kedua ibu bapa saya dan semua perempuan muslim yang lain diizinkan melihat rambut saya. "Rasanya, sudah cukuplah mereka saja yang menikmati kecantikannya, dan lelaki yang bukan dari family saya, hanya suami yang bakal melihatnya. Tiada yang lain dari itu" aku menjelas.

Dia menundukkan mukanya merapati wajahku, cuba mengintai rambut melalui bukaan tudung di atas wajahku, mengharapkan dapat melihat cebisan rambutku, walau sedikit. Aku menutup mulutku dengan tangan, menahan tawa.

"Apa yang kamu cuba lakukan?" aku tertawa, "Saya ingin melihat rambut kamu, malah anda juga punya "itu" (menuding ke arah serkup yang kupakai, yang membantu aku menutup auratku sehabis mungkin), sedikit pun tiada yang diizinkan dilihat?" Dia turut menunjuk ‘arm-socks' yang kupakai. "Kamu sangat tertutup" dia berkata. "Cukuplah sekadar kamu melihat riak muka saya yang ceria ini" saya berkata dengan nada gurau. Dia membalas dengan ledak tawa. Lantas kami menutup mulut kami sendiri, bila menyedari ada wajah yang berpaling. Baru teringat, kami berada di dalam library, yang tinggal hanya mata kami yang mengecil dan ketawa yang berdecit. "Baiklah, riak ceria dan ramah kamu sudah cukup untuk saya" ulasnya jujur.

"Dari mana kamu tahu perihal undang-undang ini?" Tanyanya pelik melihat aku yakin dengan guideline yang aku kemukakan.Seakan ada wujud akta yang menggariskannya. "Dari ayat-ayat Tuhanku, dari Al-Quran. Panduan utama hidup kami untuk menuju ke Syurga. Kamu tidak punya guideline?"
Dia terdiam menggeleng. "Kami hanya perlu berbuat baik kepada manusia. itu yang bakal menghantar kami ke syurga". Semudah itu untuk ke Syurga. Bukankah Syurga itu sesuatu yang terlalu indah untuk dicapai dengan mudah? Aku bermonolog sendiri.

"Apa maksud kamu dengan berbuat baik? Agama kamu terlalu umum. Tiada guideline tentang perbuatan baik itu?" Aku sendiri pelik, jika tiada kitab bagaimana mungkin mereka tahu apa yang mereka perlu lakukan? "Tidak melakukan kerosakan, tidak mencuri, tidak membunuh dan tidak mengganggu ketenteraman orang lain, itulah dia kebaikan. Rasanya semua sedia maklum pada terms berbuat kebaikan. Semua mesti tahu. Jadi, tidak perlukan guideline" aku tersenyum. "Kamu pasti mengagumi al-Quran kami yang penuh dengan guidelines, dan pasti kamu terkejut membacanya kerana apa yang kamu fahami tentang "kebaikan" itu hanyalah secebis dari al-Quran. Banyak lagi perkara "baik" yang tidak diketahui tanpa merujuknya" aku menjelas, tersenyum, bangga, bersyukur, dikurniakan hidayah atas agama Allah.

"Kamu ada sami yang duduk di tempat ibadah seperti kami?" Dia bertanya. "Apa yang dilakukan oleh sami kamu?" Aku meminta penjelasannya. "Menghambakan diri mereka pada Tuhan. Mereka tidak berkahwin, tidak bersuka ria," dia menjelas. "Oh, dalam Islam, semua Muslim memainkan peranan seperti sami kamu, cuma kami boleh menjalankan aktiviti seperti biasa. Kami boleh berkahwin, belajar, berhibur dalam jalan yang diizinkan Tuhan, dan membuat apa-apa aktiviti yang manusia lain buat. Tetapi dalam setiap perbuatan itu, kami tahu dan sedar bahawa kami ini hamba Tuhan. Malah dalam tiap ketika kami merasa kerendahan hati menjadi seorang hamba, tiada perbezaan dalam amalan setiap seorang Muslim itu. Al-Quran bukan hanya diturunkan untuk golongan tertentu. Semua Muslim wajib menurutinya" kadang-kadang aku sedikit terlost mencari ayat yang sepatutnya aku perkatakan. Sungguh! sangat susah, kini kurasakan betapa dhaifnya aku dalam berbahasa inggeris.

"Maknanya, dalam agama kamu hanya sami yang boleh masuk Syurga tertinggi?" Aku 'menembaknya' dengan tenang, dengan senyuman. Sungguh, dia terkedu lagi, "semua boleh masuk ke Syurga yang sama" jawabnya. Aku sekadar tersenyum, membiarkan dia berfikir. "Kami punya utusan yang membawa ajaran dari Tuhan, Muhammad S.A.W. Peranannya adalah untuk menyebarkan risalah Tuhan, al-Quran" aku sekadar membantunya berfikir. "Dan dia seperti manusia lain? Boleh berkahwin, bekerja dan sebagainya?" Dia bertanya. lantas aku mengangguk, mengiyakan."Dan kini, al-Quran dan segala ajaran Tuhan sampai kepada kami. Peranan Nabi Muhammad disambut dan diteruskan oleh semua Muslim. Menyampaikan risalah Tuhan. Jika tidak, pasti saya tidak memperoleh keyakinan dan keimanan pada agama saya seperti tika ini, dan kini, tanggungjawab itu, saya sendiri pikul.

Saya juga wajib meneruskan perjuangan Nabi saya. Menyampaikan" aku menarik nafas, memikirkan perkara yang perlu dicover lagi. "Kamu tahu, misi kami semua hanyalah membawa manusia kembali kepada al-Quran. Supaya manusia ada pegangan. Bukan hanya mengikut-ikut budaya persekitaran", dia diam mendengar dan kadang-kadang tersenyum. Kurasakan pandangannya agak sinis, tapi, husnuzzon.. as long as dia masih berminat mendengar, itu sudah cukup baik. Moga Tuhan melemparkan cebisan hidayah padaNya, dan keterusan hidayah buatku.

"Bagaimana hubungan kamu dengan lelaki?" Dia bertanya, lantas bercerita bagi pihaknya. "Kamu tahu, saya juga tidak bercakap kosong dengan mana-mana lelaki, dari kecil, hinggalah ke sekolah menengah dan sekarang saya baru belajar untuk berbicara yang penting sahaja". Aku sendiri kagum dengan kata-katanya, sememangnya nampak, dia seorang yang pemalu. "Apakah itu yang digariskan dalam agama kamu?" Aku bertanya meminta penjelasan. "Tidak, itu hanyalah budaya, adab dan kesopanan. Pada zaman dulu, perempuan-perempuan kami hanya duduk di rumah, tidak terdedah pada dunia luar, tidak bercampur gaul dengan lelaki-lelaki lain yang tidak berhak. Tetapi budaya itu telah makin hilang, tiada lagi budaya sepertinya, cuma keluarga saya masih menerapkannya" dia menjelas. Aku tersenyum, menghormati pendiriannya, tetapi, sudah menjadi tanggungjawabku untuk memperkatakan yang benar.

"Sungguh, saya kagum dengan kamu, kami juga dilarang untuk bercampur gaul dengan lelaki-lelaki tanpa tujuan penting. Tetapi, ini bukanlah budaya yang boleh diubah-ubah, itu adalah arahan Tuhan. Biar kami hidup dan dicampakkan di tempat semaju mana pun, pegangan itu tidak boleh diubah. Wajib untuk kami patuhi, sampai bila-bila pun". "Kamu sangat yakin dengan Tuhan kamu, dan dengan ketegasan ayat-ayat Tuhan kamu" dia pula seakan kagum mendengar hujah-hujahku. "Sudah tentu, sudah tentu kamu juga begitu terhadap agamamu, bukan?" Dia diam dan mengangkat bahu.. "well..." Itu saja yang terpacul keluar dari mulutnya.

"Bagaimana kamu boleh sangat yakin dan tidak sedikitpun merasa terbeban dengan aturan-aturan yang banyak dari Tuhan kamu?" Dia bertanya. "Setiap perbuatan kamu ada guideline. semua yang kami buat, tidak semua anda boleh buat. Tidakkah kamu berasa marah atau terpinggir?"

"Jika kamu mengucapkan kalimah syahadah, apa yang bakal kamu rasai, hanyalah keyakinanmu pada Tuhan, dan Muhammad S.A.W sebagai utusan. Al-Quran bakal mendidik jiwa dengan keimanan. Keyakinan dan keimanan pada Tuhan itulah yang membuatkan kamu tidak pernah ragu pada kata-kata-Nya. Tidak akan pernah rasa terbeban, malah sebagai satu keindahan. Kami tidak rasa terbeban, malah kami sangat takut dan berhati-hati jika kami ada melanggar perintah Tuhan, kerana kami sangat berharap mendapat keredhaan Tuhan dan akhirnya ke SyurgaNya. Dengan keyakinan inilah segala-galanya tumbuh menjadi amalan. Mungkin kamu merasa pelik, kerana kamu tidak pernah merasai sepertimana apa yang kami yakin pada Tuhan kami. Tetapi, bagi yang baru mengenal Islam, "kepercayaan" dan "keyakinan atas kepercayaan" itulah yang dididik dari awal. Bukan setakat do's and dont's" aku menjelas panjang lebar.

"Panjangnya kita bercerita, kamu masih mahu berbincang tentang kerja kita ini?" Dia bertanya seakan mahu pulang cepat. "Saya rasa sudah cukup untuk hari ini, kita sudah tahu apa yang perlu kita lakukan" Aku meraikan keinginannya itu. "Dalam masa dua minggu... heih.. kamu rasa, mampukah kita siapkan sebelum due date?" Dia bertanya, seakan tidak yakin kami mampu menyiapkan assignment "insyaAllah, kita mampu" terkeluar perkataan insyaAllah dari mulutku. "Apa itu insyaAllah?", "Oh, maaf, itu tadi telah menjadi kebiasaan saya dalam percakapan, itu seakan janji yang menyatakan kesungguhan saya untuk menghadapi kerja yang bakal kita lalui bersama. "In Allah's will" dengan izin Allah, pasti kita akan menyiapkannya", dia terkedu lagi. "Kamu ada Islam dalam setiap perbuatan kamu, ternyata kamu sangat yakin" dia mengomel sendiri. Saya sekadar tersenyum.

Dalam perjalanan pulang aku tidak lagi menyentuh soal agama, topik perbualan aku tukar kepada perihal keluarga dan holiday, risau juga kalau-kalu dia kurang selesa dengan kata-kataku, moga hidayah Allah menaungi kami. Amin...
-Muhasabah diri kita. kadang-kadang kita tak sedar, keyakinan dan kepercayaan kita kepada Allah, tidak setinggi taraf impian menggapai Firdausi. kadang-kadang, baru tersedar, rupa-rupanya, kita sama saja dengan mereka (non-Muslim), sedangkan bibir mengucap hebat, melaungkan title diri sebagai Muslim. Na'uzubillah. Ayuh kembali pada Islam dan Al-Quran-

Sumber : Raja Mohd Suffian bin Raja Abdul Rahman
______________________
* HIDAYAH ALLAH *

Ada Ke Couple Dalam Islam...?

Assalamualaikum. Kaifahalukum. Arju annakum fi sihhat wal a'fiyah. Al yaum, uridu an atahaddasu 'an "Ada ke couple dalam Islam?" Cewah..berbahasa Arab lah pulak...Tunggang langgang sekali nahu semua. Huhu...Asif...Maalish jika salah nahu tue..Al-an...kita sambung pasal tajuk tue ok..

Soutul Qalbi menulis " Sahabat mempunyai kedudukan yang begitu khusus dalam hati seseorang. Apa masalahnya apabila seseorang itu bersahabat dengan lawan sejenisnya? Bolehkan kita bersahabat dengan jejaka atau sebaliknya?

Apabila berlaku persahabatan antara lelaki dan wanita sesungguhnya tidak akan ada jaminan hubungan ini benar-benar tulus dan murni. Sekurang-kurangnya, pasti ada harapan dan rasa memiliki. Tidak kira pada si jejaka atau si wanita atau kedua-duanya sekali. Mesti ada kemungkinan walaupun pada kadar yang sedikit. Hubungan seumpama ini mempunyai batas atau dinding yang teramat nipis.

Terlalu sukar dan rumit untuk membezakan adakah hubungan ini benar-benar sekadar persahabatn atau sudah mula menjurus kepada saling mencintai yang mengharapkan wujudnya hubungan hati dan fizikal. Suatu yang amat sukar dihindari untuk suka yang lebih kepada sahabat.

Maka mulalah si jejaka atau wanita itu mengangan-angankan kalaulah dia menjadi pendamping dalam hidupku. Ketika inilah sesungguhnya tazyin syaitan telah berjaya memainkan peranannya. Nauzubillah. Bisikan indah dari musuh utama dan pertama ( syaitan ) telah merempuh masuk ke dalam hati yang telah sedia ada dalam keadaan lemah dan longgar pertahanannya. Wujudlah fitnah hati yang melalaikan seorang hamba daripada penciptanya. Hakikat cinta dan kasih sayang itu hanyalah untukNya...Namun, nafsu manusia seringkali melewati kemurkaanNya.

Hentikan Proses Seterusnya!!!

Oleh itu, para muslimin dan muslimat yang dihormati, jika perkenalan kita sudah berubah menjadi simpati segeralah disusuli dengan pernikahan jika mahu proses persahabatan berlanjutan. Inilah persahabatan yang ideal. Manakala persahabatan di luar akad nikah bukanlah 'persahabatan' ala Rasulullah SAW.

Sebagaimana yang terjadi antara Ali dan Fatimah. Setelah pernikahan antara Ali dan Fatimah, maka Fatimah pun berterus terang kepada Ali. "Wahai Ali, sebelum aku bernikah dengan engkau di Kota Mekah ini, ada seorang pemuda yang menjadi idola di hatiku. Aku sangat inginkan kelak dia menjadi suamiku. Tapi semuanya aku simpan di dalam hatiku," kata Fatimah. " Kalau begitu, engkau menyesali menikahi aku?" tanya Ali. " Tidak, kerana pemuda itu adalah engkau, " jawab Fatimah.

Oleh itu, dalam Islam kita dibenarkan menilai dan menyukai pemuda yang soleh namun ia tidak diluahkan dan memadai disimpan di dalam hati sahaja. Sesungguhnya cinta itu boleh menghinggapi sesiapa sahaja termasuk orang yang beriman atau para pendakwah.

Antara batas-batas pergaulan dan percampuran antara lelaki dan perempuan dilanggar, proses persahabatan sebegini akan terus bergulir dan tidak mungkin dihindari. Oleh itu, tidak mustahil jika para pendakwah lelaki dan perempuan juga terjebak untuk saling rindu merindui.

" Bila mata bertemu mata...akan mula rasa sayang...
Bila hati bertemu hati...akan terasa kebesaran Ilahi..."

Nie ada sedikit tontonan video untuk sahabat sekalian...




Sumber video : Adnan Bin Zakaria
__________________
* CINTA ILAHI *

SPM Just Around The Corner...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ( jawab tue...tak jawab dosa )

Baca tajuk tue pun dah tau saya nak menaip pasal apa kan. Adoi. Tinggal lagi sebulan ar dah nak SPM plak. Rasa macam tak percaya plak yang dalam sebulan lagi dah nak habis sekolah. Bakal meninggalkan status pelajar sekolah. Dah lebih kurang 11 tahun sekolah, ni lah penamatnya. Sekejap jek rasa.

Teringat plak masa mula2 masuk darjah 1 dulu. 3kelas yang saya masuk masa darjah 1. Huhu, special case. Mula-mula masuk kelas kedua, then kelas ketiga, kemudian dinaikkan ke kelas 1 dalam masa sebulan. Sekolah then cuti, sekolah then cuti, sekarang dah pun Tingkatan 5.

SPM...Bercampur baur perasaan nak hadapi exam nie. Tak sabar nak habiskan sekolah. Sedih pasal nanti nak tinggalkan kawan-kawan dan sekolah yang sangat disayangi. Gembira pasal SPM akan habis, kemuncak sekolah. Dan perasaan bimbang dengan keputusan SPM nanti. Tapi apa pun, kita dah usaha jadi seterusnya berdoa dan bertawakkal je lah kan.

SPM akan kutempuhi pada 11.11.2008 dan akan tamat pada 01.12.2008. Kemudian bendera akan dikibarkan tanda merdeka, dan hari raya buat semua pelajar tingkatan 5. Ahaks. Melalut betul.

Apa pun, saya harapkan sahabat-sahabat sekalian boleh lah mendoakan kejayaan saya dan juga tak lupa buat semua muslimin dan muslimat, sahabat sahabiah kita yang lain yang akan menghadapi SPM nanti. Semoga semua calon SPM muslimin dan muslimat berjaya seterusnya membantu menaikkan syiar Islam dengan kepandaian dan kebijaksanaan kita nanti.

Selamat menempuh SPM yang akan menjelang kepada semua calon SPM terutamanya calon SPM SMKA Sheikh Abdul Malek... Ayoh!! Gempakkan keputusan SPM sekolah kita lagi tahun nie...Amiin.!
____________________________
* SEMOGA BERJAYA. AMIIN.. *

Rahsia Khusyuk Solat...

Seorang ahli ibadat bernama Isam bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadatnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang yang abid bernama Hatim Al- Assam dan bertanya, " Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan bersolat?". Hatim berkata, " Apabila masuk waktu solat, aku berwuduk zahir dan batin." Isam bertanya, " Bagaimana wuduk zahir dan batin itu?". Hatim berkata, " Wuduk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wuduk dengan air. Sementara wuduk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara:

# Bertaubat
# Menyesali dosa yang telah dilakukan
# Tidak tergila-gilakan dunia
# Tidak mencari atau mengharapkan pujian orang ( riya' )
# Tinggalkan sifat berbangga
# Tinggalkan sifat khianat dan suka menipu
# Meninggalkan hasad dengki

Seterusnya Hatim berkata, " Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan aku sedang berhadapan dengan Allah, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut di belakangku, dan aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di titian siratul mustaqim dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat yang terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik."

" Setiap bacaan dalam solatku aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawaddhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."

Maka menangislah Isam apabila mendengarnya kerana membayangkan ibadatnya yang kurang baik jika dibandingkan dengan hatim.

$ Pernahkan kita menangis kerana membayangkan ibadat kita???
_______________________________
* KHUSYUK KE SOLAT KITA?? *

Muslimah Cantik?..

Di Mana Cantiknya Seorang Muslimah?
Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja. Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak. Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan. Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan.
Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu. Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam.
Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.

Anda ingin lebih cantik dan menarik ???
# Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.
# Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.
# Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.
# Pakailah "sabun Istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.
# Rawatlah rambut anda dengan "Selendang Islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang merbahayakan.
# Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang Tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin Ukhuwwah.
# Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian"
# Bedaklah wajah anda dengan "air Wudhu" nescaya akan bercahaya di akhirat.

Sumber : Raja Mohd Suffian bin Raja Abdul Rahman
_____________________________
* MUSLIMAH JAMILAH *

Nak Cerita Sket nie...


Ada seorang penduduk zaman Khalifah Abu Bakar meninggal dunia. Setelah dimandikan dan dikapankan, ia diletakkan di sudut rumah untuk disembahyangkan. Sedang hadirin mulai hendak sembahyang, si mayat itu bergerak-gerak..Jangan takut ek...hehe...saspen...Dan mereka berbisik-bisik dan menyangka mayat itu hidup kembali...Lari!! Ahaks..Tak ar...Sambung balik.

Salah seorang daripada mereka maju ke depan dan menghuraikan kain kapan. Dia mendapati di dalamnya ada ular yang sedang membelit mayat tersebut sambil mematuk si mayat. Hadirin lantas mengambil kayu untuk memukul ular tersebut. Ular itu bershahadah lalu berkata dengan fasihnya, " Apakah sebab kamu hendak membunuh aku...Aku tidak bersalah, hanya menjalankan perintah menyeksa mayat ini hingga ke hari Qiamat."

Para hadirin hairan dan bertanya, " Apakah sebabnya hingga kmu disuruh menyeksa mayat ini..." Jawab ular itu: " Mayat ini selama hayatnya telah melakukan tiga kesalahan: Pertama, ia mendengar azan tetapi tidak dipedulikannya dan tidak menunaikan sembahyang dan berjemaah, ia enggan mengeluarkan zakat hartanya, dan ia tidak mahu mendengar nasihat yang baik."

Pengajaran: Ngeri kan kisah nie. Ni baru kat seksaan time nak masuk kubur. Belum lagi kat akhirat kelak. Jadi sama-samalah kita muhasabah dan hisab amalan diri kita selama ni k..
___________________
* PEDIH AZABNYA *

Kisah Sepohon Epal...


Suatu ketika tumbuhlah sebatang pohon epal yang besar dan anak lelaki yang senang bermain-main di bawah pohon epal itu setiap hari. Ia senang memanjatnya hingga pucuk pohon, memakan buahnya, tidur-tiduran di keteduhan rending daun-daunnya
. Anak lelaki itu sangat mencintai pohon epal itu. Demikian juga pohon epal itu sangat mencintai anak lelaki itu.

Waktu terus berlalu. Anak lelaki itu telah membesar dan tidak lagi bermain-main dengan pohon epal itu setiap harinya. Suatu hari dia mendatangi pohon epal itu dengan wajah tampak sedih.
" Mari di sini bermain-main denganku," pinta pohon epal itu.
" Aku bukan lagi anak kecil yang bermain-main dengan pohon lagi," jawab anak lelaki itu.
" Aku ingin sangat mempunyai mainan tapi aku tak punya wang untuk membelinya."
Pohon epal itu menyahut, " Oh! Maaf aku pun tak punya wang...tapi kau boleh ambil semua buah epalku dan jualnya. Kau boleh mendapatkan wang untuk membeli mainan kegemaranmu itu." Anak lelaki itu sangat senang. Dia lalu memetik semua buah epal yang ada di pohon itu dan pergi dengan penuh gembira. Namun setelah anak lelaki itu pergi dan tidak pernah datang lagi. Pohon epal itu kembali sedih.

Suatu hari anak lelaki itu datang lagi. Pohon epal itu sangat senang melihat dia datang. Pohon epal itu pun berkata, " Mari bermain-main denganku lagi."
" Aku tak punya waktu," jawab si anak lelaki itu.
" Aku harus bekerja untuk keluargaku. Kami mahu membina sebuah rumah untuk tempat tinggal. Mahukah kau menolongku.."
" Oh, maaf aku pun tak memiliki sebuah rumah. Tapi kau boleh menebang semua dahan dan rantingku untuk membangunkan rumahmu," kata pohon epal itu.

Kemudian anak lelaki itu menebang semua dahan dan ranting pohon epal itu dan pergi dengan gembira. Pohon epal itu berasa gembira melihat anak lelaki itu senang tapi anak lelaki itu tidak pernah kembali selepas itu. Pohon epal itu berasa sedih dan kesedihan.

Pada suatu musim panas, anak lelaki itu kembali lagi. Pohon epal berasa sangat sukacita melihatnya datang. " Mari bermain-main denganku," kata pohon epal itu.
" Aku sedih," kata anak lelaki itu.
" Aku sudah tua dan ingin hidup tenang. Aku ingin pergi berhibur dan berlayar.Mahukah kau memberiku sebuah kapal untuk aku bersiar..."
" Oh, maaf aku tak punya kapal, tapi kau boleh memotong batang tubuhku dan menggunakannya untuk membuat kapal yang kau mahu."

Kemudian anak lelaki itu pun memotong batang pohon epal itu dan membuat kapa yang diidamkannya. lalu dia pergi dan tidak datang lagi.

Akhirnya, setelah bertahun-tahun lamanya anak lelaki itu datang kembali.
" Maaf anakku, aku sudah tidak punya gigi lagi untuk menggigit buah epalmu."
" Aku juga tak punya batang untuk kau panjat."
" Sekarang aku sudah tua untuk itu."
" Aku benar-benar tidak memiliki apa-apa untuk diberikan kepadamu. yang tersisa hanyalah akar-akar yang dah sekerat ini," kata pohon epal sambil menitiskan air mata.

" Aku tak perlukan apa-apa sekarang, hanyalah tempat untuk berehat. Aku sangat letih setelah sekian lama meninggalkanmu."
"Oooh, bagus sekali. Tahukan kamu, akar-akar pokok tua adalah tempat terbaik untuk berbaring dan beristirehat. Mari berbaring di pelukan akar-akarku dan beristirehat dengan tenang."

Anak lelaki itu kemudiannya berbaring di pelukan akar-akar tua pohon epal itu. Pohon epal itu berasa sangat bahagia dan gembira lantas menitiskan air mata kegembiraan.

# Ini adalah cerita tentang kita semua. Pohon epal itu adalah ibu bapa kita. Ketika kita muda, kita senang bermain-main dengan ayah dan ibu kita. Ketika besar kita meninggalkan mereka. Dan ketika kesulitan tidak kira apapun ibu bapa kita akan ada untuk memberikan apa sahaja yang boleh mereka berikan untuk membahagiakan kita. Jadi janganlah kita jadi seperti kacang lupakan kulit.
________________________________________
* FAMILY FIRST, BRING YOUR HEART HOME *

Khas Untuk Kaum Hawa...

Puteriku solehah,
Aku ingin sekali bertanya kepada hati-hati kalian, apakah yang kalian inginkan sekarang? Apakah yang jiwa lembut kalian harapkan dari kehidupan ini? Setulus hati halus, puteriku, soalkanlah pada diri kalian, apakah yang benar-benar kamu citakan?

Sekarang aku menyeru pula, bayangkanlah apa yang kenalan kalian mahukan? Apakah yang tergambar dari bibit hidup mereka yang kamu kenali? Sesungguhnya apa yang aku lihat adalah sesuatu yang menyayat hatiku. Apa yang aku pandang dari sekejap waktuku terhadap golongan puteri islam jauh dari impian yang aku impikan. Aku memerhatikan mereka sibuk dengan majalah dan terbitan-terbitan yang demi Allah, jauh dari keluhuran fitrah manusia apatah lagi dari ketetapan Allah. Aku sedih melihat mereka yang merelakan diri mereka menghadapi penyeksaan jiwa dan jasad. Sekerap keluaran majalah-majalah itu, sekerap itu pulalah mereka menyeksa diri mereka untuk merubah jatidiri sehingga hilang erti keteguhan pendirian pada diri mereka. Akhirnya mereka terjelepuk dalam kebodohan diri sendiri, terperangkap dalam sarang kapitalis.
Sungguh benarlah sabda Rasulullah s.a.w.
Sungguh kalian akan mengikuti sunnah (cara dan tradisi) orang-orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, dan sehasta demi sehasta. Sampai-sampai, andaikata mereka masuk ke lubang biawak sekalipun kalian masih mengikuti mereka...
Hadis Dari Abu Sa'id al-Khudri, Muttafaq Alaih.

Inilah gambaran seksaan yang mereka hadapi. Lubang biawak yang menggambarkan bau menyengat, kegelapan dan kesempitan. Apakah puteri-puteri sekalian tidak bersedih hati dengan keadaan mereka ini? Apakah kalian senang hati melihat mereka diperalat sebegitu?
Apakah kesibukan remaja kita sebenarnya saat ini wahai puteriku?!

Jujurlah dengan mereka bahawa kalian memerhatikan mereka berdendang dengan lagu-lagu yang hanya membawa tema-tema berlandaskan kelemahan jiwa tunduk kepada nafsu. Rasa cinta yang digembar-gemburkan, diadun dalam prosa-prosa bunga dan madu hanyalah khayalan yang menerjah pintu taqwa mereka, menerajang kewarasan dan fitrah mereka jauh dari jiwa. Wahai puteriku, tidakkah kamu melihat bahawa hal ini semakin lama semakin rumit? Musuh-musuh islam berusaha mengumumkan dan membentuk suatu kaedah dalam kehidupan berperasaan dan beremosi, sehingga hampir-hampir syariat Allah menjadi permainan?! Allahuakbar!

Wahai puteriku? Duduk sajakah kita membiar pengumuman itu berlaku hingga usaha islah dan da'wah kepada aqidah yang benar menjadi rumit dan tegar? Apakah jiwa-jiwa sensitif kamu sudah menjadi keras dek belenggu masyarakat hedonis ini? Puteriku, engkaulah harapan buat mereka. Engkaulah harapan bagi ummat ini. Jangan sekali kalian berpaling dari hakikat ini. Sekali-kali jangan !

Puteriku solehah,
Apakah yang menjadi kesibukan sebenar puteri-puteri kita? Tidak pernah aku melihat kegusaran yang dihadapi ibu bapa sekarang akibat puteri-puteri mereka yang terikat dengan sinetron dan rancangan realiti yang terlalu banyak. Tidakkah kalian semua melihat mereka terbantut dari pertumbuhan pemikirannya, ilmu pengetahuannya, jatidirinya? Apatah lagi jika disukat rasa simpatinya pada masyarakat dan ummat yang semakin mati ini. Bisa sahaja air mata mengalir kerana geram dan sedihnya melihat mereka memperlakukan diri mereka sebegitu, membiarkan generasi mendatang...Puteriku, hendaklah kalian teguh dalam islam dan tuntutannya, ingatlah bahawa kalian adalah pencetak generasi, penggerak umat. Tugas kalian yang terutama adalah ini. Maka bersiaplah untuk bergandingan dengan kaum adam demi menjadi khalifah yang mentadbir bumi dengan syariat Allah s.w.t.

Apakah dalam diri puteri-puteriku solehah sama seperti apa yang aku lihat? Apakah harapan kaum adam yang inginkan agama Allah ini tertegak dengan kalian sebagai pembentuk generasi hanyalah angan-angan? Ataukah kalian punya jatidiri yang berbeza? Ya Allah, teguhkanlah puteri-puteri solehah ini dalam iman dan islam. Dan kurniakanlah mereka kekuatan untuk teguh membawa da'wah islam ya Allah.

Sumber : Raja Mohd Suffian bin Raja Abdul Rahman
___________________
*PUTERI SOLEHAH *