Meriah Ramadhan @ iLuvislam.com

Meriah Ramadhan @ iLuvislam.com
(Anjuran Event Team Malaysia@iLuvislam.com)


Kategori A : Bawah 12 tahun
Kategori B : 13 - 18 tahun
Kategori C : 18 tahun ke atas




Jenis-jenis Pertandingan

1. Mencipta Komik Islamik (Kategori B dan C sahaja)
2. Mengarang Esei (Semua Kategori)
3. Melukis dan Mewarna (Kategori A sahaja)
4. Persembahan Multimedia (Semua Kategori)



Hadiah-hadiah untuk Pemenang

1. Setiap Pemenang Utama bakal mendapat hadiah Langganan Majalah daripada Karangkraf.
2. Setiap pemenang akan dijemput untuk menyertai BackToBasics@Raya (B2b@Raya) bersama Krew-krew iLuvislam.Com pada bulan Oktober.


Syarat- syarat Umum


i. Terbuka kepada semua ahli iLuvislam.com yang berdaftar sahaja. Klik sini jika belum mendaftar.
ii. Krew iLuvislam.com tidak dibenarkan untuk menyertai pertandingan ini.
iii. Setiap bahan yang dihantar akan menjadi hak milik iLuvislam.com. Namun kredit akan diberikan kepada penghantar.


Syarat-syarat Khas


1. Komik Islamik (Kategori B dan C sahaja)


  • Peserta hanya boleh menghantar sekurang-kurangnya 2 penyertaan. (Tetapi HANYA SATU TERBAIK akan dipilih jika layak menang)
  • Komik mestilah bertemakan Ramadhan Bulan Barakah & Syawal Penuh Rahmat, memaparkan ciri-ciri islamik, kreatif, menarik dan mempunyai mesej yang ingin disampaikan.
  • Komik perlulah ASLI dan tidak diplagiat daripada mana-mana karya yang telah diterbitkan
  • Komik yang dihasilkan adalah komik pendek iaitu satu muka surat sahaja
  • Boleh diwarnakan atau hitam putih sahaja
  • Penyertaan akan dinilai melalui kreativiti, mesej yang disampaikan, kekemasan dan menarik minat.
  • Masa yang diperuntukkan adalah selama 2 MINGGU sahaja.
  • Emelkan komik anda kepada ramadhan[at]iluvislam.com (tukarkan ‘[at]' dengan ‘@'), dan mesti diterima selewat-lewatnya jam 12tgh malam 12 September 2009.
  • Pemenang akan ditentukan oleh panel iLuvislam.com
  • Jumlah Pemenang : 5 x 2 kategori = 10 pemenang (2 pemenang utama).



2. Mengarang Esei Ramadhan

  • Peserta hanya boleh menghantar SATU penyertaan sahaja
  • Esei bertemakan :
    • Kategori A : Kenikmatan dan Kelebihan berpuasa Ramadhan
    • Kategori B : Impak berpuasa Ramadhan kepada individu dan keluarga
    • Kategori C : Amalan berpuasa dalam membentuk masyarakat Sakinah dalam Negara berbilang bangsa
  • Panjang esei :
    • Kategori A : 250 hingga 500 patah perkataan
    • Kategori B : 1000 hingga 2000 patah perkataan
    • Kategori C : 3000 hingga 5000 patah perkataan
  • Setiap petikan idea dan rujukan perlu disediakan nota kaki
  • Jarak setiap baris adalah 1.5, menggunakan font Arial, saiz 12,
  • Penyertaan akan dinilai berdasarkan penguasaan tema, banyak penggunaan bahan rujukan, pengolahan bahasa
  • Masa diperuntukkan adalah selama DUA MINGGU sahaja
  • Setiap halaman perlu ditulis muka surat.
  • Setiap penyertaan perlu bertaip computer.
  • Emelkan esei (sebagai attachment) anda kepada ramadhan[at]iluvislam.com (tukarkan ‘[at]' dengan ‘@'), dan mesti diterima selewat-lewatnya jam 12tgh malam 12 September 2009.
  • Pemenang akan ditentukan oleh panel iluvislam.com.
  • Jumlah Pemenang : 4 x 3 kategori = 12 pemenang (1 pemenang utama bagi setiap kategori)


3. Melukis dan Mewarna (Kategori A sahaja)


  • Setiap peserta hanya dibolehkan menghantar SEBERAPA BANYAK penyertaan. (Tetapi hanya satu terbaik akan dipilih untuk mendapat hadiah.)
  • Lukisan perlu bertemakan "Keluasan RahmatNya melalui Ramadhan" ATAU "Ria Syawal dengan Bersederhana"
  • Setiap penyertaan adalah asli dan tidak diplagiat daripada mana-mana sumber.
  • Setiap lukisan mestilah diwarnakan.
  • Lukisan akan dinilai melalui penggunaan warna, kreativiti dan memenuhi kehendak tema.
  • Lukisan hendaklah di'scan' dalam bentuk JPEG atau GIF dan mesti diterima selewat-lewatnya jam 12tgh malam 12 September 2009.
  • Emelkan lukisan anda kepada ramadhan[at]iluvislam.com (tukarkan ‘[at]' dengan ‘@'.
  • Pemenang akan ditentukan oleh panel iluvislam.com
  • Jumlah Pemenang : 8 pemenang (2 pemenang utama)


4. Multimedia presentation (Semua Kategori)


  • Sediakan video atau rakaman pendek mengenai Ramadhan.
  • Persembahan hendaklah tidak melebihi tiga minit
  • Persembahan perlulah mempunyai mesej yang ingin disampaikan, menarik dan kreatif
  • Upload video anda melalui Mediafire. (Tidak dibenarkan upload ke YouTube atau Metacafe.)
  • Emelkan link download video anda kepada ramadhan[at]iluvislam.com (tukarkan ‘[at]' dengan ‘@'), dan mesti diterima selewat-lewatnya jam 12tgh malam 12 September 2009.
  • Pemenang ditentukan melalui 50% undian ahli iLuvislam.com dan 50% dari juri dari kalangan Krew.
  • Jumlah Pemenang : 3 x 3 kategori = 9 pemenang (1 pemenang utama bagi setiap kategori).


Cara Menghantar Penyertaan [PENTING]


  1. Emelkan link download video anda kepada ramadhan[at]iluvislam.com (tukarkan ‘[at]' dengan ‘@'), dan mesti diterima selewat-lewatnya jam 12tgh malam 12 September 2009.
  2. Hantarkan semua penyertaan sebagai attachment. (Bagi pertandingan Persembahan Multimedia, sila berikan link untuk download).
  3. Sila sertakan maklumat berikut :
    • Nama Penuh :
    • Nickname di iLuvislam.Com :
    • Umur :
    • Alamat Semasa :
    • No. Tel :
    • Jenis Pertandingan :
    • Kategori Pertandingan :
    • Jumlah Penyertaan yang Dihantar :
  4. Pada ruangan Subject dalam email anda, sila isikan Meriah Ramadhan@iLuvislam : [jenis/kategori pertandingan yang anda sertai].
Sebarang pertanyaan boleh diajukan di link di bawah ini...

Meriah Ramadhan @ iLuvislam

Ahlan Wasahlan Ramadhan...


Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Ya Ramadhan...Tak sabar rasanya nak menyambut Ramadhan 1430 ni..Tapi sempat ke dan masih berpeluang ke kita nak merasai kenikmatan keberkatan Ramadhan Al Mubarak kali ni?..

Semoga kita semua masih diberikan peluang oleh Allah untuk merasai nikmat Ramadhan pada tahun ini. Dan semoga amal ibadat kita akan diterima oleh Allah. Rebutlah segala ganjaran yang Allah janjikan kepada sesiapa yang beramal ibadat kepadaNya..

Tak sabar rasanya nak merasai keseronokan menunaikan solat Terawih..Ya Allah...bagilah peluang kepadaku untuk menunaikan Ramadhan kali ini dan mendapat lailatulqadar..Amiiin..

Alhamdulillah dapat berita yang menyenangkan kebelakangan ini. Satunya akan dapat adik sepupu yang baru..hehe..Biarlah dah ramai sepupu, tapi nak jugak sepupu yang kecik, baby.

Bulan Ramadhan ni jugak..InsyaAllah akan mencapai umur 19tahun pada 13 Ramadhan..Dengan pertambahan umur, maka bertambahlah taklifan kepada diri kita..Semoga amal selama ini diterima oleh Allah...

Akhir kalam...selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak kepada semua umat Islam, selamat berpuasa dan selamat melipat gandakan amal ibadat kita dan terus istiqamah...InsyaAllah...

Barakallahu lakum fi barakatillah..
Wallahu Taala A'lam..

Khas Buat Mama dan Abah...


Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...


Lagu dari kumpulan Aeman...Khas tujukan buat mama dan abah...Ampunkan segala dosa anakmu ini...Redhakan segala yang mama dan abah berikan kepada Ain selama ini...Doakan kejayaan Ain dunia dan akhirat...Anak solehah jadi impian Ain supaya doa ain dapat ain titipkan buat mama dan abah sebagai bekalan mama dan abah nanti...insyaAllah...

Hanya Allah yang boleh membalas segala jasa dan pengorbanan yang telah mama dan abah curahkan untuk Abang, Abang Awin, Ain dan Shah..Ampunilah dosa, kelakuan kasar kami, perbuatan yang menyakitkan hati mama dan abah, yang mengecewakan mama dan abah, keterlanjuran kata kami dan segalanya...Redhalah hidup kami anak-anakmu wahai mama dan abah yang kami cintai...

I love both of you mama n abah so much...
Miss you...

Untuk mama...


Ibu...
bergenang airmataku

Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tidak pun kau merasa jemu

Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa


Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu telah terkorban
Tak dapat ku balasi
Akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu...


Ibu...
kau ampunilah dosaku

Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
Kerana di situ letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang kau berikan

Ibu...
kau ampunilah dosaku

Andainya pernah menghiris hatimu

Restumu yang amat aku harapkan
Kerana di situ letaknya syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasihanilah, Tuhan...

Ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana
_____________________________________________________

Untuk Abah....

ketika kejauhan
masihku rasa hangat kasihmu ayah

betapaku rindukan redup wajahmu
hadir menemaniku


terbayang ketenangan

yang selalu kau pemerkan
bagaikan tiada keresahan

walau hatimu sering terluka
tika diriku terlanjur kata
tak pernah sekali kau tinggalkan
diriku sendirian

ketikaku dalam kedukaan
kau mendakap penuh pengertian

disaat diriku kehampaan
kau setia mengajarku

erti kekuatan

terpancar kebanggaan
dalam senyummu
melihatku berjaya

bilaku kegagalan
tak kau biarkan
aku terus kecewa
dengan kata azimat
engkau nyalakan semangat
restu dan doa kau iringkan

tak dapatku bayangkan
hidupku ayah

tanpa engkau disisi
semua kasih sayang
yang kau curahkan
tersemat dihati.....

________________________________________________



اللهم اغفرلي ولوالدى وارحمحما كما ربياني صغيرا
Ya Allah! Ampunilah aku dan ibu bapaku, dan kasihanilah keduanya sebagaimana mereka mengasihaniku sejak kecil...Amiiiin...

Wallahu Taala A'lam...

Dialog Krew 1 iLuvislam.com

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

DK1 dah berlalu dua hari yang lepas, tapi baru hari ini boleh update blog mengenai DK 1 ini..Bila kelas dah bermula balik, jadi bermulalah kesibukan sebagai pelajar. Balik dari program, tumpu stadi pasal pada asalnya lecturer nak buat test Physic pada hari Selasa, tapi telah ditunda ke minggu depan pulak dah. Alhamdulillah, Allah tolong jugak selesaikan masalah yang membelenggu diri ini sama ada mahu pergi ke Forum Wacana Ilmu dan DK 1 ataupun stay di hostel untuk stadi.

Kemudian ingat nak update malam tadi pasal DK 1 ni, tapi tak sempat jugak. Lepas balik dari usrah, ingat nak rehat kejap je, melelapkan mata untuk setengah jam tapi terlajak sampai kul 12 malam. Haha. Itulah keletihan sangat pasal kelas padat dari 8.30 sampai 6.00 petang. Cuma ada gap satu jam belah pagi dan satu jam tengahari untuk solat. Dah melalut ke lain pulak dah ni..

DK 1 memang best. Bertempat di Masjid Usamah kat Wangsa Maju ( masjid ni memang lawa sangat dan luas ), DK 1 diadakan pada hari Ahad, 09/08/09 dengan jayanya. Alhamdulillah.. Setelah balik dari Forum Wacana Ilmu Mahasiswa Monyetnya Cinta Kita di Institut Penilaian Negara di Bangi, kami naik satu kereta bertolak ke Gombak pulak untuk DK 1 yang diadakan di Wangsa Maju. Letih jugak rasanya asyik duduk dalam kereta ni. Lupa nak cakap, kitorang tumpang kereta Kak Masyitah dan tumpang tidur rumah Kak Masyitah jugak. Hehe. Rasanya kalau Kak Masyitah tak join Forum dan DK ni, mungkin ramai jugak yang tidak dapat pergi ke program ni. Pasal rumah Kak Masyitah telah jadi markaz krew muslimat ili ( bak kata Bro Im ). Hehe. Jadi, 6orang termasuk saya menumpang di rumah Kak Masyitah..Saya, Kak Mus, Kak Su, Kak Adibah, Kak Ina dan Kak Ros tidur kat rumah Kak Masyitah..

Belum sampai di rumah Kak Masyitah, kitorang pergi market dulu beli barang2 untuk masak makanan untuk program DK tu. On the way pi market, bincang nak masak apa. Kak Su nak buat kek batik dan yang lain setuju sama-sama buat makaroni goreng. Masa tu dah terbayang betapa seronoknya nanti akan sama-sama tolong masak makanan tu. Malamnya, lepas Isyak kena keluar balik. Pasal lupa nak beli ayam. Haha.

Malamnya, kitorang sama-sama tolong menolong sediakan bahan untuk masak makaroni goreng dan jugak masak kek batik malam tu. Bestnya dapat belajar nak buat kek batik ngan Kak Su malam tu. Pengalaman baru. hehe boleh tambah ilmu masakan. Cewahhh...Berkat kerjasama dan tolong menolong dengan ukhuwah erat antara kami, Alhamdulillah kek batik berjaya disiapkan malam tu. Sangat sedapppp..Sambil menyiapkan makanan malam tu, sambil sakat menyakat dan sambil bergurau senda. Time inilah ukhuwah yang terjalin dirasakan lebih mesra dan jugak lebih erat lagi..Dok menampi kulit kacang tanah ( lawak orang tu dok menampi..haha ), potong sayur, blend kacang tanah ( kakak2 sekalian jangan gelak ye...terutama Kak Masyitah ) sampai malam tu tidur dalam pukul 2pagi. Campur dengan borak2 jugak pasal bukannya selalu pun dapat jumpa sesama krew ni, jadi ambik peluang sekali sekala ni lah nak beramah mesra dan kenal lebih rapat. Mentang-mentang puteri paling muda masa tu, habis diorang sakat ek.

Esoknya tengok Kak Masyitah dah menggoreng-goreng makaroni kat dapur. Haha. Siap snap gambar lagi. Cuma tak nak letak ar..nanti ada orang tu marah..haha. Dah siap tu, kami naik dua kereta untuk ke Masjid Usamah. Dah la tak sabar masa tu nak sampai dan jumpa dengan krew2 yang lain. Hanya segelintir krew yang ada kat situ yang pernah saya jumpa. Itupun, Kak Ila, Kak Niza, Kak Asma, Kak Masyitah ( lagi....), Akhi Lisam, Bro Im, Syawal..Tu je kot..hehe..Yang lain belum pernah jumpa. Kak Fizah, Kak Maisarah, Kak Fidz, Kak Ain, Kak Intan, Kak Farah, Kak Aina, Kak Ummu, Najah, Aqilah, Kak Ros, Kak Mus, Kak Su, Kak Adibah, Kak Ina dan ramai lagi la. Maaf kepada sesapa yang saya tak sebut nama, tak boleh nak ingat semua nama. Huhu..

Aktiviti pertama pagi tu lepas taaruf antara ahli kumpulan ialah Al Ankabuut..Taaruf Al Ankabuut..Sambil taaruf perkenalkan diri, sambil pintal benang tu pada jari. Sampai la macam jadi sarang labah-labah kat tengah bulatan tu. Tali yang serabut tu ibarat hubungan yang disimpulkan eratnya macam mana, kukuhnya macam mana. Dah siap simpulan kat tengah tu, adalah si pengacau Kak Aina tu datang nak putuskan tali tu. Haha..Apa lagi, kecoh la kami nak selamatkan tali tu dari putus. Sampai ada satu group tu katanya, sorok tali tu dalam beg. Memang best..Kesimpulannya?..Tali itu sebagai simbol secara fizikal bagaiman hubungan antara sesama krew ni walaupun dikatakan dah agak kenal, bagaimana kukuhnya hubungan tu dan bagaimana cara kita nak jaga hubungan tu. Dan tali simpulan itu jugak ibarat hubungan kita atau connection kita dengan sesama islam yang lain. Adakah kita betul2 menjaga hubungan kita dengan saudara seislam kita yang lain? Adakah kita membantu saudara2 islam kita yang lain yang ditindas?

Kemudian, diikuti slot pengisian oleh Presiden iLuvislam.com iaitu Bro Im. Menerangkan dengan lebih lanjut dan jelas mengenai visi, misi, sejarah dan hala tuju iLuvislam selepas ini. Memang menarik, mahu menjadi search engine Islamik pada masa akan datang, InsyaAllah. Semoga semua matlamat kita berjaya dicapai demi menyebarkan dakwah Islam bukan hanya sekadar di alam maya, tetapi jugak di alam realiti. Itulah istimewanya iLuvislam.com...Walaupun dulu mungkin hanya sekadar dalam internet, tetapi sekarang sudah berani turun berdepan dengan masyarakat. Sudah berjaya menganjurkan program-program yang menarik, sudah berjaya menjalinkan hubungan dengan syarikat-syarikat korporat..Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillahi 'ala kulli hal Ya Allah, Alhamdulillah ala kulli ni'mat wa kulli musibah...

Sesi soal jawab dengan Bro Im selepas tu mendapat sambutan yang menggalakkan.. Dapat banyak soalan yang dituju yang krew2 ini inginkan penjelasan yang lebih lanjut dari presiden sendiri. Ada jugak yang berkongsi masalah, mengadukan cadangan dan sebagainya. Dan aktiviti last sekali membina menara daripada straw, surat khabar, dan cawan kertas.. Kemudian kaitkan pembinaan menara tu dengan Islam dan dakwah...

Lepas berhenti untuk makan ( konsep potluck yang sangat best..) dan solat Zuhur, program tu dah habis dah..Tinggal meeting bulanan Moderator Forum yang pertama kali diadakan secara offline bukannya online di dalam internet. hehe. Tak pasal-pasal jadi bidan terjun untuk jadi Setiausaha meeting kali ni. Kena catat minit mesyuarat..Aihh..Last buat minit mesyuarat setahun lebih yang lalu dah, masa jadi S/U Majlis Perwakilan Pelajar kat sekolah dulu. Masa inilah dapat semangat daripada Dr. Cinta, Ustaz Raimy ( Imam Masjid Usamah ) tentang tugas di iLi. Kata beliau, apa pun, kita kena istiqamahlah dengan tugas kita walaupun banyak soalan sama yang dituju dan pelbagai kerenah user yang kita kena hadapi..Syukran ustaz.

Kemudian bersambung pulak dengan meeting Forum Team dengan Team Event untuk membincangkan mengenai satu event yang akan datang.. InsyaAllah semoga event yang dirancang ni akan berjalan dengan lancar dan semoga lebih ramai krew yang akan menyertai program ini. InsyaAllah program yang sangat bestttt.. Hehe..

Akhir kata...thanks a lot espicially to Mr Presiden, Bro Im dan jugak kepada Event Team..Kamu memang mantop....semoga terus success..

Itu sajalah perkongsian kali ini kot..Maaf atas segala keterlanjuran kata-kata bisu dalam posting kali ini..Wallahua'lam

Wacana Ilmu : Monyetnya Cinta Kita...

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Sudah agak lama tidak hantar posting dan update blog ni.. Dek kerana kekangan masa sekarang yang agak sibuk dengan study memandangkan final exam dah semakin tiba, sebab itulah tiada masa untuk mengupdate blog ni. Tambah pulak dengan letih dan perasaan malas tu..Ish2..Tapi sekarang rasa rajin sket nak update blog menceritakan tentang program yang saya sertai hujung minggu ni...( Atas permintaan..Hehe..)

Semalam..08/09/09 program yang dianjurkan iLuvislam dengar kerjasama Majalah i dan jugak ESQ Training serta INSPEN, berjalan dengan lancar, yakni Wacana Ilmu Mahasiswa Monyetnya Cinta Kita. Program ini merupakan forum yang ingin membincangkan tentang barah yang semakin parah dalam remaja sekarang iaitu CINTA...Antara ahli panel yang terlibat dalam forum ini semalam ialah panelis yang tidak asing lagi namanya di alam maya ini tuan punya Saifulislam.com, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil ( Abu Saif / Saifulislam )..Yang kedua ialah Ustaz Ahmad Zahiruddin Mohd Zabidi pemilik zahiruddin.net yang merupakan Penasihat iLuvisam.com dan jugak Pak Firdaus Djamaris iaitu trainer dari ESQ...

Kupasan daripada keseluruhan dari apa yang Ustaz Hasrizal sampaikan dalam 3 pusingan tersebut agak panjang, insyaAllah akan dikongsikan bersama..Cinta itu sudah lama wujud sebenarnya, sejak dari Adam dan Hawa. Kita jugak sebagai generasi yang jugak pewaris kepada cinta tersebut. Cinta ini fitrah dalam kehidupan semua orang. Cinta jugak menjadi alat untuk seseorang yang mengalami perasaan cinta ini untuk tunduk dan patuh kepada sesuatu arahan. Permasalahan cinta yang sering berlaku dalam kalangan remaja sekarang tidak dapat dinafikan antara puncanya ialah kurang kasih sayang dan perhatian daripada keluarganya sendiri kemudian menyebabkan anak-anak ini mencari perhatian dan kasih sayang daripada orang luar yang ajnabi dengannya..Dan sebab kasih sayang dan cinta jugak kita akan mendapat kekuatan dan semangat untuk bekerja dan beribadah kepada Allah.

Dan kita dapat tengok betapa besarnya kuasa cinta dan kasih sayang ni daripada beberapa kisah teladan yang telah ditunjukkan oleh para sahabat dan Rasulullah SAW itu sendiri. Kisah yang pertama ialah apabil seorang daripada para sahabat baginda, Jaafar telah mati syahid dalam peperangan Mu'tar. Keluarga Jaafar bersedih dan sibuk dalam menguruskan kesyahidan beliau dan menguruskan jenazah beliau. Lantas, Baginda SAW bersabda agar jiran-jiran semua dan jugak yang ada agar menyediakan dan memberikan makanan kepada keluarga Jaafar. Jika sekiranya tiada kasih sayang dan cinta antara para sahabat jugak jiran-jiran, agaknya sanggupkah mereka menyediakan makanan tersebut?..Jika lihat dalam konteks sekarang, fenomena ini sudah menjadi terbalik. Keluarga si mati yang menyediakan makanan kepada pelawat yang hadir. Bayangkan kehidupan di bandar misalnya, hidup di apartment, kemudian, hubungan antara jiran sesama jiran pun tidak rapat. Bahkan ada yang tidak kenal siapakah jirannya, kemudian mendapat berita yang jirannya meninggal dunia. kemudian disuruh menyediakan makanan untuk keluarga jirannya tersebut. Sanggupkah kiranya dia untuk berbuat demikian ekoran daripada tidak wujudnya mahabbah antara sesama jiran. Inilah pentingnya mahabbah sesama manusia..

Contoh kedua pula ialah daripada persaudaraan kaum Muhajirin dan Ansar. Yang saya kira umumnya sudah tahu dan faham cerita yang berlaku pada kira-kira 1430 tahun yang lalu. Disebabkan rasa cinta dan kasih sayang antara dua kaum ini, maka kaum Ansar sanggup menceraikan isteri mereka untuk diberikan kepada kaum Muhajirin yang datang dengan tanpa membawa apa-apa harta sekalipun. Begitulah tingginya rasa cinta dan kasih sayang yang mereka ikatkan antara mereka sehingga sanggup menceraikan isteri mereka untuk dikahwinkan dengan kaum Muhajirin.

Menurut Ustaz Hasrizal yang pernah terbaca pasal rahsia kejayaan Sepanyol muncul juara bola sepak ( dalam kejohanan apa entah...)..Jurulatih pasukan Sepanyol tersebut memberitahu bahawa cara yang beliau gunakan untuk melatih anak buahnya ialah dengan menggunakan kasih sayang. Kasih sayang yang akan menghubungkan antara sesama anak buah dan jugak jurulatih sehinggakan berjaya muncul juara.

Adakah kejatuhan sesebuah tamadun disebabkan oleh cinta?..Kita amik kisah daripada kejatuhan kerajaan Andalusia. Kira lewat kurun ke 15, ada mata-mata daripada pihak musuh yang datang ke negara Andalusia untuk mengintip keadaan di Andalusia. Tiba-tiba mata-mata ini ternampak seorang pemuda sedang menangis di bawah pokok. Mata-mata ini bertanyakan pemuda tersebut mengapa pemuda tersebut menangis. Pemuda tersebut menjawab bahawa dia tersangat sedih kerana pada hari tu semua panahannya hanya terkena satu sasaran sedangkan kebiasaannya akan terkena dua sasaran. Walaupun berkali-kali mencuba, hanya terkena satu sasaran sahaja, sebab itulah dia bersedih. Mata-mata ini pulang ke negaranya dan memberitahu bahawa ini bukan waktu sesuai untuk menyerang Andalusia. Pada satu tempoh masa selepas itu, mata-mata ini datang lagi mengintip di Andalusia. Dan jugak ternampak seorang pemuda sedang menangis di bawah sepohon pokok. Mata-mata ini mendekati dan bertanyakan sebabnya. Pemuda itu menjawab bahawa dia bersedih kerana kekasih hatinya telah melarikan diri. Mata-mata itu terus pulang ke negaranya dan mengatakan bahawa sekarang adalah waktu sesuai untuk menyerang Andalusia dan akhirnya Andalusia tewas. Begitulah jadinya apabila pemuda-pemuda telah hanyut dalam cinta.

Kalau teori Darwin yang mengatakan manusia itu asalnya daripada monyet memang ternyata tidak benar dan salah sama sekali...Tapi sekarang, adakah manusia telah bertukar menjadi monyet lantaran daripada terkena biusnya cinta? Lepas terkena biusan cinta, mulalah bertukar jadi gatal dan menggaru-garu macam monyet. Then bila dah terkena bius, mulalah hilang pertimbangan dek kerana khayal dalam cinta tersebut..

CINTA ini KEHENDAK ATAU KEPERLUAN??
Contoh yang Ustaz Zahiruddin berikan amat bagus dan jelas. Cinta ini adalah fitrah dan jugak anugerah oleh Allah kepada hambaNya.. Jangan pulak kita tukarkan daripada fitrah kepada fitnah. Nauzubillah.. Sama ada cinta ini kehendak atau keperluan, ia mengikut pada kitaran masa tersebut..Contohnya semasa bayi..Cinta daripada ibu bapa itu satu keperluan. Jika tiada cinta daripada ibu bapa, maka akan terabailah penjagaan bayi tersebut. Kemudian, berubah kepada dewasa. Disebabkan biah persekitaran, pengaruh media massa, rakan sebaya dan sebagainya maka cinta ini telah ditukar definisinya daripada keperluan kepada kehendak. Daripada inilah cinta telah disalah tafsirkan...

Betul ke cinta ini boleh menjadi sebagai pembakar semangat?..Ada yang akan menjawab ya, cinta menjadi pembakar semangat dalam nak capai kejayaan dalam sesuatu perkara. Dan ada jugak yang mengatakan tidak.Persoalan ini subjektif. Kita perlu tengok jawapannya pada sejauh mana atau ramai mana yang berjaya kesan daripada cinta ini? Dan berapa ramai pulak yang gagal dan kecewa kerana cinta ini?..Jawapan terletak pada diri sendiri..Padahal tidak cukupkah Allah sebagai pembakar semangat dan motivasi kepada kita?. Tidak cukupkah kasih sayang dan cinta Rasulullah sebagai api perjuangan kita?..Tidak cukupkah pengorbanan dan jasa ibu bapa kita sebagai semangat kita?..

Menurut Pak Firdaus pula, cinta dan kebahagiaan boleh dibahagikan kepada 3 kategori. Iaitu physical yakni dari segi kecantikan dan penampilan sahaja. Yang kedua ialah emosional dan yang ketiga ialah spiritual. Dari spiritual la datangnya kebahagiaan. Kisah penjaga tol yang diceritakan oleh Pak Firdaus boleh memberikan contoh yang jelas kepada kita. Ada seorang doktor dari ESQ tak silapnya yang sedang memandu kereta. Kemudian kena melalui tol. Apabila doktor ini mahu membayar kepada penjaga tol terbabit, penjaga tol terbabit memberikan resit sambil berkata, " Alhamdulillah. Semoga selamat sampai." dan kelihatan penjaga tol ini sangat bahagia dan ceria sahaja. Doktor itu memberhentikan keretanya di bahu jalan dan keluar menemui penjaga tol tersebut dan bertanyakan kepadanya mengapakah dia kelihatan sangat bahagia?. Jawab penjaga tol tersebut, setiap tiket di tol yang dia berikan trsebut dianggap sebagai ibadahnya kepada Allah. Setiap tiket yang dia berikan disertai dengan zikir dan tahmid kepada Allah dan diiringi dengan doa agar pemandu tersebut selamat sampai di destinasi yang dituju. Kerana dia tahu bahawa ada antara dalam kalangan pemandu tersebut yang ingin pulang berjumpa dengan anaknya, mungkin ada lecturer yang bergegas mahu sampai ke kelas untuk menyampaikan syarahan dan sebagainya..Inilah contoh spiritual yang nak disampaikan...

Inilah serba sedikit yang boleh dikongsikan dulu setakat ini mengenai Forum Wacana Ilmu Mahasiswa Monyetnya Cinta Kita..Update menyusul mengenai DK 1 iLuvislam.com insyaAllah


Barakallahu lakum..
Wallahua'lam...