Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...
DK1 dah berlalu dua hari yang lepas, tapi baru hari ini boleh update blog mengenai DK 1 ini..Bila kelas dah bermula balik, jadi bermulalah kesibukan sebagai pelajar. Balik dari program, tumpu stadi pasal pada asalnya lecturer nak buat test Physic pada hari Selasa, tapi telah ditunda ke minggu depan pulak dah. Alhamdulillah, Allah tolong jugak selesaikan masalah yang membelenggu diri ini sama ada mahu pergi ke Forum Wacana Ilmu dan DK 1 ataupun stay di hostel untuk stadi.
Kemudian ingat nak update malam tadi pasal DK 1 ni, tapi tak sempat jugak. Lepas balik dari usrah, ingat nak rehat kejap je, melelapkan mata untuk setengah jam tapi terlajak sampai kul 12 malam. Haha. Itulah keletihan sangat pasal kelas padat dari 8.30 sampai 6.00 petang. Cuma ada gap satu jam belah pagi dan satu jam tengahari untuk solat. Dah melalut ke lain pulak dah ni..
DK 1 memang best. Bertempat di Masjid Usamah kat Wangsa Maju ( masjid ni memang lawa sangat dan luas ), DK 1 diadakan pada hari Ahad, 09/08/09 dengan jayanya. Alhamdulillah.. Setelah balik dari Forum Wacana Ilmu Mahasiswa Monyetnya Cinta Kita di Institut Penilaian Negara di Bangi, kami naik satu kereta bertolak ke Gombak pulak untuk DK 1 yang diadakan di Wangsa Maju. Letih jugak rasanya asyik duduk dalam kereta ni. Lupa nak cakap, kitorang tumpang kereta Kak Masyitah dan tumpang tidur rumah Kak Masyitah jugak. Hehe. Rasanya kalau Kak Masyitah tak join Forum dan DK ni, mungkin ramai jugak yang tidak dapat pergi ke program ni. Pasal rumah Kak Masyitah telah jadi markaz krew muslimat ili ( bak kata Bro Im ). Hehe. Jadi, 6orang termasuk saya menumpang di rumah Kak Masyitah..Saya, Kak Mus, Kak Su, Kak Adibah, Kak Ina dan Kak Ros tidur kat rumah Kak Masyitah..
Belum sampai di rumah Kak Masyitah, kitorang pergi market dulu beli barang2 untuk masak makanan untuk program DK tu. On the way pi market, bincang nak masak apa. Kak Su nak buat kek batik dan yang lain setuju sama-sama buat makaroni goreng. Masa tu dah terbayang betapa seronoknya nanti akan sama-sama tolong masak makanan tu. Malamnya, lepas Isyak kena keluar balik. Pasal lupa nak beli ayam. Haha.
Malamnya, kitorang sama-sama tolong menolong sediakan bahan untuk masak makaroni goreng dan jugak masak kek batik malam tu. Bestnya dapat belajar nak buat kek batik ngan Kak Su malam tu. Pengalaman baru. hehe boleh tambah ilmu masakan. Cewahhh...Berkat kerjasama dan tolong menolong dengan ukhuwah erat antara kami, Alhamdulillah kek batik berjaya disiapkan malam tu. Sangat sedapppp..Sambil menyiapkan makanan malam tu, sambil sakat menyakat dan sambil bergurau senda. Time inilah ukhuwah yang terjalin dirasakan lebih mesra dan jugak lebih erat lagi..Dok menampi kulit kacang tanah ( lawak orang tu dok menampi..haha ), potong sayur, blend kacang tanah ( kakak2 sekalian jangan gelak ye...terutama Kak Masyitah ) sampai malam tu tidur dalam pukul 2pagi. Campur dengan borak2 jugak pasal bukannya selalu pun dapat jumpa sesama krew ni, jadi ambik peluang sekali sekala ni lah nak beramah mesra dan kenal lebih rapat. Mentang-mentang puteri paling muda masa tu, habis diorang sakat ek.
Esoknya tengok Kak Masyitah dah menggoreng-goreng makaroni kat dapur. Haha. Siap snap gambar lagi. Cuma tak nak letak ar..nanti ada orang tu marah..haha. Dah siap tu, kami naik dua kereta untuk ke Masjid Usamah. Dah la tak sabar masa tu nak sampai dan jumpa dengan krew2 yang lain. Hanya segelintir krew yang ada kat situ yang pernah saya jumpa. Itupun, Kak Ila, Kak Niza, Kak Asma, Kak Masyitah ( lagi....), Akhi Lisam, Bro Im, Syawal..Tu je kot..hehe..Yang lain belum pernah jumpa. Kak Fizah, Kak Maisarah, Kak Fidz, Kak Ain, Kak Intan, Kak Farah, Kak Aina, Kak Ummu, Najah, Aqilah, Kak Ros, Kak Mus, Kak Su, Kak Adibah, Kak Ina dan ramai lagi la. Maaf kepada sesapa yang saya tak sebut nama, tak boleh nak ingat semua nama. Huhu..
Aktiviti pertama pagi tu lepas taaruf antara ahli kumpulan ialah Al Ankabuut..Taaruf Al Ankabuut..Sambil taaruf perkenalkan diri, sambil pintal benang tu pada jari. Sampai la macam jadi sarang labah-labah kat tengah bulatan tu. Tali yang serabut tu ibarat hubungan yang disimpulkan eratnya macam mana, kukuhnya macam mana. Dah siap simpulan kat tengah tu, adalah si pengacau Kak Aina tu datang nak putuskan tali tu. Haha..Apa lagi, kecoh la kami nak selamatkan tali tu dari putus. Sampai ada satu group tu katanya, sorok tali tu dalam beg. Memang best..Kesimpulannya?..Tali itu sebagai simbol secara fizikal bagaiman hubungan antara sesama krew ni walaupun dikatakan dah agak kenal, bagaimana kukuhnya hubungan tu dan bagaimana cara kita nak jaga hubungan tu. Dan tali simpulan itu jugak ibarat hubungan kita atau connection kita dengan sesama islam yang lain. Adakah kita betul2 menjaga hubungan kita dengan saudara seislam kita yang lain? Adakah kita membantu saudara2 islam kita yang lain yang ditindas?
Kemudian, diikuti slot pengisian oleh Presiden iLuvislam.com iaitu Bro Im. Menerangkan dengan lebih lanjut dan jelas mengenai visi, misi, sejarah dan hala tuju iLuvislam selepas ini. Memang menarik, mahu menjadi search engine Islamik pada masa akan datang, InsyaAllah. Semoga semua matlamat kita berjaya dicapai demi menyebarkan dakwah Islam bukan hanya sekadar di alam maya, tetapi jugak di alam realiti. Itulah istimewanya iLuvislam.com...Walaupun dulu mungkin hanya sekadar dalam internet, tetapi sekarang sudah berani turun berdepan dengan masyarakat. Sudah berjaya menganjurkan program-program yang menarik, sudah berjaya menjalinkan hubungan dengan syarikat-syarikat korporat..Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillahi 'ala kulli hal Ya Allah, Alhamdulillah ala kulli ni'mat wa kulli musibah...
Sesi soal jawab dengan Bro Im selepas tu mendapat sambutan yang menggalakkan.. Dapat banyak soalan yang dituju yang krew2 ini inginkan penjelasan yang lebih lanjut dari presiden sendiri. Ada jugak yang berkongsi masalah, mengadukan cadangan dan sebagainya. Dan aktiviti last sekali membina menara daripada straw, surat khabar, dan cawan kertas.. Kemudian kaitkan pembinaan menara tu dengan Islam dan dakwah...
Lepas berhenti untuk makan ( konsep potluck yang sangat best..) dan solat Zuhur, program tu dah habis dah..Tinggal meeting bulanan Moderator Forum yang pertama kali diadakan secara offline bukannya online di dalam internet. hehe. Tak pasal-pasal jadi bidan terjun untuk jadi Setiausaha meeting kali ni. Kena catat minit mesyuarat..Aihh..Last buat minit mesyuarat setahun lebih yang lalu dah, masa jadi S/U Majlis Perwakilan Pelajar kat sekolah dulu. Masa inilah dapat semangat daripada Dr. Cinta, Ustaz Raimy ( Imam Masjid Usamah ) tentang tugas di iLi. Kata beliau, apa pun, kita kena istiqamahlah dengan tugas kita walaupun banyak soalan sama yang dituju dan pelbagai kerenah user yang kita kena hadapi..Syukran ustaz.
Kemudian bersambung pulak dengan meeting Forum Team dengan Team Event untuk membincangkan mengenai satu event yang akan datang.. InsyaAllah semoga event yang dirancang ni akan berjalan dengan lancar dan semoga lebih ramai krew yang akan menyertai program ini. InsyaAllah program yang sangat bestttt.. Hehe..
Akhir kata...thanks a lot espicially to Mr Presiden, Bro Im dan jugak kepada Event Team..Kamu memang mantop....semoga terus success..
Itu sajalah perkongsian kali ini kot..Maaf atas segala keterlanjuran kata-kata bisu dalam posting kali ini..Wallahua'lam
Posted by
Unknown
1 komenan anda..la la:
pasni umah ana leh wat jadi markaz muslimin laa..
dok sabo nok beli umah sebijik..
ngeee~
p/s: sape nak jadi permaisuri dirumahku nanti? angkat tinge cepat!
Post a Comment