Ibu.............

Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut .. Ma!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja.. aku dekati ibu
Bila nak bergesel... aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku ...ibu
Bila merajuk... yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan ... yang paling cepat marah..ibu
Bila takut... yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk... yang aku suka peluk..ibu
Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon... Ibu
Bila seronok... orang pertama aku nak beritahu...Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. "ibuuuuuuuuuuuuu! "
Bila sakit , orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga Ibu
Bila merajuk, yang datang pujuk aku juga.. Ibu
Bila buat hal , yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada ma salah , yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni .. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin ..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk...ibu
Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok... aku cari pasanganku
Bila sedih ... aku cari Ibu
Bila berjaya... aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal ... aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti... aku bawa pasanganku
Bila sibuk... aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut hari ibu...
aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu ..... aku ingat pasanganku
Selalu ... Ibu ingat kat aku
Bila..bila.. . aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. ...aku nak talipon Ibu
Selalu ...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Ibuku
Renungkan :"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk Ibu? Ibu bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah". Berderai air mata aku.
Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu sudah tiada. Aku tidak berkesempatan lagi.. bukan lima puluh ringgit.. lima puluh sen pun tidak sempat aku kirimkan! Hanya yang termampu
Alfatihah, alfatihah, alfatihah.


Sumber : Mohd Hasmadi Bin Mohd Noor, Tanta Mesir

Manusia...Malaikat...Syaitan...

Bismillahirrahmanirrahim...

Subject: Manusia , Malaikat , Syaitan ...

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu ....
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz

Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah...
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? .

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. .
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.

Manusia - Eh, eh.... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha
Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? .

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya
sekali....rugila. ... (kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai
Allah, berpalinglah dari jalan itu ...
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?

Manusia ? Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di
dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan
kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu...

Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1. Anda - Patut ke aku biarkan E-mail ini tetap dalam mailbox aku.
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal (Forward E-mail ini)
3. Syaitan - Tak payahlah sebuk2

Wassalam. ...


__________________________________________
* LA TATTABI'U KUTHUWATI AS-SYAITAN *

Yahooo...Dapat Lesen Dah...

Bismillahirrahmanirrahim... 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... 


Huhu...penat seh baru balik dari driving school...hari ni, tanggal 18 Feb 2009, akhirnya selepas hampir 2bulan lebih dok ulang-alik ke driving school, hari ni sampai lah nak test ngan JPJ plak.. 

Awal pagi lagik jurulatih dah datang amik kat rumah, sebelum kul 8 pagi..huh...em, pagi kat rumah tak ada nervous pun, wat relax dah ar...dengan mama n abah pun dah pesan wat elok-elok dan jangan gopoh sangat, jadi hati jadi tenang lah sket...lagipun semua dah ready, tunggu nak test jek...heherasa macam tak sabar pun ada..berangan nak bawak kete pi jalan-jalan, huhu...test pun belum lagik, dah berangan nak bawak kereta kan?..biasa lah 

So pagi tadi, semua yang nak amik test hari ni pun berkumpul lah dulu, dengar taklimat sket daripada pihak driving school..Ingatkan saya dah pergi awal ke tempat tu, rupanya sudah ramai orang yang menunggu dan menyerahkan test card masing-masing..Saya ni, jurulatih baru gak nak pergi amik test card tu kat pejabat...So dari taklimat tu banyak gak dapat tips yang penting pagi tu..Macam mana nak buat kalau tak lepas masuk parking, n semua lah...lepas tu, tunggu lah kat pondok tu, tunggu nama dipanggil..Tapi tak nervous pun time tu...Buat-buat biasa jek..Then, dalam 20 minit dok tengok orang lain buat test daki bukit, parking n jalan mati, saya plak dipanggil..Time menunggu tu tengok ada yang kandas bukit, ada yang kandas parking dan ada gak sorang yang kandas jalan mati...Kesian plak tengok, frust muka sorang-sorang...Risau gak kalau diri sendiri yang mengalami keadaan macam tue...Adoii 

Dah panggil nama tu, pergi amik slip untuk test, masuk kereta...Fuh, Bismillah, baca doa naik kenderaan...haha..Lepas rasa ready, baru lah jalan...Alhamdulillah lulus dah bukit, nak buat parking plak fuh lepas gak...Then masuk jalan mati plak, ataupun nama lain 3 penjuru lah...Time nak keluar dari jalan mati tue, masuk lah gear satu balik, tapi bila lepas clutch, kereta tak jalan...haha...pegawai JPJ dah tengok dah, huh, buat selamba dek je ar, masuk gear satu semula...Mujur gak pegawai JPJ dok agak jauh...Fuh, dengan muka tersenyum lebar sebab puas hati dah lepas, kuar dari kereta, pi jumpa pegawai JPJ kat pondok. Alhamdulillah lepas dah satu bahagian nak test...Belum lagik test bahagian tiga, iaitu test jalan raya... 

Lepas selesai, pergi plak tunggu kat pondok depan nak tunggu nama dipanggil untuk test jalan raya..Nampak lah kereta test tu balik, masuk kat kawasan pondok nie...Yang sempat saya tengok, hanya ada beberapa orang saje yang lulus. Yang lain semua pegawai JPJ yang pandu balik, maknanya kandas lah tu...Tak senang duduk dah rasa..Tambah plak risau kalau kena dengan tester perempuan yang kebanyakannya memang strict...Masa tu, punya lah ramai dah yang menunggu di pondok tu..Agak dah, mesti saya akan kena lambat lagik..Kena menunggu lagik lah. Adoii...Tapi dalam 10 minit duk kat situ, diorang dah pun sebut nama saya...Aih, cepat pulak hari ini..Tukang panggil nama pun tanya, awak puteri?...Ya...Nanti naik kereta nombor 6..Huh...Nasib baik, pegawai JPJ laki yang jaga kereta tu..Haha... 

Then nampak lah kereta nombor 6 masuk kawasan pondok menunggu tu, dengan dipandu pegawai JPJ tu, ayokk...Orang sebelum saya kandas lah maknanya...Tak pe lah...tawakkal jek...Yang peliknya, saya tak pulak rasa nervous ke apa ke...Biasa jek...lepas siap buat 5perkara asas sebelum memandu, saya tanya lah dia...Nak pergi jalan mana ni?..Dia jawab, jalan B lah...Adoii...jalan yang ramai orang kandas masa nak buat u turn..Cik, tukar jalan C tak boleh ke saya tanya? Haha...sesuka hati jek nak mintak tukar..Dia cakap..Aish, tak boleh lah...Then, bawak je lah ek jalan B pun...Nampak je muka macam garang pegawai JPJ ni, tapi banyak cakap jugak lah...Lega rasa hati, dapat pegawai JPJ yang baik hati..huhu... 

Then bawak tu, sampai jek kat pondok tadi, kawan-kawan semua tengok...Haha...Jeles ar tu orang dah lulus...Ahaks...Dalam diri ni, rasa macam tak percaya pun ada berjaya pandu kereta tu sampai balik dan lulus...Tersenyum sorang je lah time tu, Alhamdulillah Ya Allah, Engkau telah memudahkan urusan aku pada hari ini untuk mendapatkan lesen kereta...Turun saja dari kereta, bukak beg, amik handset nak call orang kesayangan ni, nak beritahu dah lulus...Dengar saje suara yang angkat tepon tu, Mama, lulus dah ni...Huhu...Mama cakap, Alhamdulillah, tahniah...Huhu...Rasa terharu sangat masa tu, pasal ye lah, mama dan abah yang bayar semua kos nak amik lesen kereta ni...Jumlah semua RM1000...Bayangkan macam mana saya nak balas semua tu...Ni baru kos nak ambik lesen kereta, belum lagik perbelanjaan selama ini... 

Akhirnya selesai lah urusan semua nak amik lesen kereta..Alhamdulillah...Hanya urusan memohon lesen saja yang belum diuruskan..InsyaAllah esok boleh dibereskan...Terima kasih banyak-banyak kepada jurulatih, then pihak driving school, dan jugak kawan-kawan yang banyak kasi nasihat dan semangat dan turut mendoakan saya...Syukran awi..Barakallahu lakum... 

_______________________________ 
 * LEPAS NI NAK RONDA-RONDA *

Malas Beribadah...

Bismillahirrahmanirrahim...

APAKAH kita pernah mengalami perasaan malas beribadah? Terasa berat untuk tilawah atau ada kenikmatan ketika membaca al-Quran atau solat?

Atau mungkin berasa susah bangun malam untuk qiyamulail, padahal jam dikunci untuk mengejutkan kita atau telefon bimbit sudah dipasang tetapi ketika berdering, tetap terlelap dalam tidur.

Apa yang kedengaran hanya seperti dalam mimpi dan akhirnya jam dan telefon bimbit mati sendiri atau bangun dengan setengah sedar. Selepas itu, tarik selimut dan tidur lagi. Padahal, biasanya dengan mudah boleh bangun.

Jadi, apa yang sudah terjadi dengan diri kita? Atau mungkin kita pernah merasakan mulut ini terasa berat ketika melantunkan ayat-ayat al-Quran atau mengucapkan salam kepada saudara kita. Atau mungkin kita secara sengaja memlambatkan waktu menunaikan solat?

Terkadang hati rasa meluat dengan rakan di pejabat kerana hal yang kecil atau prasangka buruk. Terkadang kita melalui hari yang kita isytiharkan hari malang atau tidak ada ‘mood’. Makin malang , kita dengan sengaja melanggar perintah Allah.

Jika hal itu terjadi pada kita, segeralah muhasabah diri. Ada apa dengan diri kita? Keadaan seperti ini jangan dibiarkan begitu saja. Lama-kelamaan ia akan terbiasa.

Seperti halnya penyakit, jika ada gejala, segera berjumpa doktor dan makan ubat agar cepat sembuh.

Begitu pula dengan ruhiyah kita. Kalau sudah ada gejala penurunan anjakan ruhiyah, segeralah kita muhasabah diri. Bagaimana hubungan kita dengan Allah dan apa yang sudah kita lakukan?

Jangan-jangan kita banyak mengerjakan maksiat hingga menghalang amalan kita. Mungkin kita tidak boleh menjaga daripada melakukan perkara yang makruh, bahkan diharamkan Allah sehingga menghalangi organ tubuh kita untuk beribadah kepada-Nya. Misalnya, kita menggunakan mata untuk menonton drama atau filem yang melalaikan meskipun cuma satu atau dua jam.

Mungkin mata kita tidak dijaga daripada melihat perkara yang tidak berguna, bahkan mengandungi maksiat. Akhirnya Allah pun tidak menjaga mata kita untuk beribadah pada-Nya. Lalu, mata kita malas untuk bangunkan kita solat malam. Mata kita rasa berat untuk beribadah, rasa berat untuk membaca buku tazkirah hati, rasa berat untuk melihat e-mel yang memberi nasihat.

Selain mata, telinga juga perlu kita jaga. Boleh jadi kita susah bangun malam untuk bertaqarub kepada Allah S.W.T kerana kita tidak menjaga telinga kita. Telinga kita gunakan untuk mendengar gosip atau muzik melalaikan, bahkan terkadang boleh terngiang-ngiang dalam memori kita kerana seharian yang didengari adalah muzik.

Akhirnya, pada waktu malam, telinga kita tidak mampu mendengar deringan jam loceng bahkan suara azan. Telinga kita rasa berat untuk mendengar tazkirah dan telinga kita bosan mendengar nasihat.

Selain itu, mulut penting untuk dijaga kerana ia banyak menjerumuskan manusia terutama wanita ke neraka. Mulut boleh menjadi sarana ghibah, fitnah dan caci maki.

Mulut tidak dapat kita kawal. Macam air saja mengata perilaku kawan-kawan. Kita tidak kenal pun dengan si polan, tapi mulut kita seronok mengata mereka. Mulut kita juga berat nak berzikir. Kenapa ini terjadi?

Begitu juga hati. Ini adalah bahagian terpenting yang perlu dijaga. Hati ibarat pemimpin manakala organ tubuh yang lain adalah komando. Hati boleh sakit, buta bahkan mati jika semakin banyak berbuat maksiat.

Hati ibarat cermin. Semakin banyak membuat maksiat, maka semakin banyak noda titik hitam di cermin itu. Atau mungkin tidak ada lagi titik hitam tapi sudah jelaga hitam yang susah dibersihkan.

Begitu pula dengan diri kita, semakin banyak kita berbuat maksiat dan tidak bertaubat, kita semakin terbiasa dengan kemaksiatan itu.

Salah satu yang menyebabkan kematian hati adalah banyak bercanda atau bergurau senda. Kita boleh bergurau senda untuk menceriakan suasana atau menciptakan suasana ukhuwah.

Tapi hendaklah memperhatikan adabnya. Perhatikan dengan siapa juga dan tidak berlebihan, apalagi adanya lelaki dan perempuan dalam satu majlis.

Tengoklah diri kita. Muhasabahlah diri kita. Jika selama ini kita belum menjaga mata, mulut, telinga, hati dan organ tubuh kita yang lain daripada kemaksiatan, segeralah kita bertaubat dan istighfar diri.

Tidak ada kata terlambat untuk kebaikan. Seharusnya kita sayang jika tidak boleh tadarus al-Quran meskipun hanya terlepas satu hari.

Kita berasa sayang jika tidak ada nikmat beribadah. Jika masih berasa sayang, jagalah diri kita dan Allah akan menjaga kita agar sentiasa dekat dengan-Nya
..

_____________________
* IKHLASKAN HATI *

Kisah Anak Derhaka...

Bismillahirrahmanirrahim...

Hairan saya melihat beberapa orang kampung berkumpul di kedai pada tengah hari itu. 1 September 1994. Serius mereka berbual hingga dahi berkerut-kerut. Lepas seorang bercerita yang lain menggeleng - gelengkan kepala. Pasti ada sesuatu yang 'besar' sedang mereka bincangkan, kata saya di dalam hati . Setelah injin motosikal di matikan, saya berjalan ke arah mereka.

" Bincang apa tu ? Serius aku tengok," saya menyapa.

" Haaa... Din, kau tak pergi tengok budak perempuan tak boleh keluar dari kubur emak dia ?" kata Jaimi, kawan saya.

" Budak perempuan ? Tak boleh keluar dari kubur ? Aku tak fahambah," jawab saya. Memang saya tak faham kerana lain benar apa yang mereka katakan itu. "

Macam ni," kata Jaimi, lalu menyambung, " di kubur kat kampung Batu 10 tu, ada seorang budak perempuan tolong kebumikan emak dia, tapi lepas itu dia pula yang tak boleh keluar dari kubur tu. Sekarang ni orang tengah nak keluarkan dia... tapi belum boleh lagi ".

" Kenapa jadi macam tu ? " saya bertanya supaya Jaimi bercerita lebih mendalam. Patutlah serius sangat mereka berbual

... Jaimi memulakan ceritanya. Kata beliau, memandangkan semalam adalah hari kelepasan semperna Hari Kebangsaan, budak perempaun berumur belasan tahun itu meminta wang daripada ibunya untuk keluar bersama kawan-kawan ke Bandar Sandakan. Bagaimana pun, ibunya yang sudah berusia dan sakit pula enggan memberikannya wang.

" Bukannya banyak, RM 20 aja mak !" gadis itu membentak.

" Mana emak ada duit. Mintak dengan bapa kamu," jawab ibunya, perlahan.

Sambil itu dia mengurut kakinya yang sengal. Sudah bertahun-tahun dia mengidap darah tinggi, lemah jantung dan kencing manis.

" Maaak... kawan-kawan semuanya keluar. Saya pun nak jalan jugak," kata gadis itu. " Yalah, mak tau... tapi mak tak ada duit," balas ibunya. " RM 20 aja !" si gadis berkata.

" Tak ada ," jawab ibunya.

" Emak memang kedekut !" si gadis mula mengeluarkan kata-kata keras.

" Bukan macam tu ta..." belum pun habis ibunya menerangkan, gadis tersebut menyanggah, katanya,

" Ahhh... sudahlah emak ! Saya tak mau dengar ! "

" Kalau emak ada du... " ibunya menyambung , tapi belum pun habis kata-katanya, si gadis memintas lagi, katanya ;

" kalau abang, boleh, tapi kalau saya minta duit, mesti tak ada !" Serentak dengan itu, gadis tersebut menyepak ibunya dan menolaknya ke pintu. Si ibu jatuh ke lantai .

" Saida.. Sai.. dddaaa.." katanya perlahan sambil mengurut dada. Wajahnya berkerut menahan sakit.

Gadis tersebut tidak menghiraukan ibunya yang terkulai di lantai. Dia sebaliknya masuk ke bilik dan berkurung tanda protes. Di dalam bilik, di balingnya bantal dan selimut ke dinding. Dan Sementara diluar, suasana sunyi sepi. Hampir sejam kemudian, barulah gadis tersebut keluar. Alangkah terkejutnya dia kerana ibunya tidak bergerak lagi. Bila di pegang ke pergelangan tangan dan bawah leher , tidak ada lagi nadi berdenyut. Si gadis panik. Dia meraung dan menangis memanggil ibunya, tapi tidak bersahut. Meraung si gadis melihat mayat ibunya itu. Melaui jiran-jiran, kematian wanita itu di beritahu kepada bapa gadis yang bekerja di luar.

Jaimi menyambung ceritanya ; " Mak cik tu di bawa ke kubur pukul 12.30 tadi.

Pada mulanya tak ada apa-apa yang pelik, tapi bila mayatnya nak di masukkan ke dalam kubur, ia jadi berat sampai dekat 10 orang pun tak terdaya nak masukkannya ke dalam kubur. Suaminya sendiri pun tak dapat Bantu.

" Tapi bila budak perempuan tu tolong, mayat ibunya serta-merta jadi ringan. Dia seorang pun boleh angkat dan letak mayat ibunya di tepi kubur." Kemudian gadis berkenaan masuk ke dalam kubur untuk menyambut jenazah ibunya. Sekali lagi beramai-ramai penduduk kampung mengangkat mayat tersebut dan menyerahkannya kepada gadis berkenaan. Tanpa bersusah payah, gadis itu memasukkan mayat ibunya ke dalam lahad. Namun apabila dia hendak memanjat keluar dari kubur tersebut, tiba-tiba kakinya tidak boleh di angkat . Ia seperti di paku ke tanah. Si gadis mula cemas.

" Kenapa ni ayah ?" kata si gadis. Wajahnya serta-merta pucat lesi.

" Apa pasal," Si ayah bertanya.

" Kaki Saida ni.. tak boleh angkat !" balas si gadis yang kian cemas. Orang ramai yang berada di sekeliling kubur mula riuh. Seorang demi seorang menjenguk untuk melihat apa yang sedang berlaku.

" Ayah, tarik tangan saya ni. Kaki saya terlekat... tak boleh nak naik," gadis tersebut menghulurkan tangan ke arah bapanya. Si bapa menarik tangan anaknya itu, tetapi gagal. Kaki gadis tersebut melekat kuat ke tanah. Beberapa orang lagi di panggil untuk menariknya keluar, juga tidak berhasil.

" Ayah... kenapa ni ?? !! Tolonglah Saida , ayah.." si gadis memandang ayah dan adik-beradiknya yang bertinggung di pinggir kubur. Semakin ramai orang berpusu ke pinggir kubur. Mereka cuba menariknya beramai-ramai namun sudah ketentuan Allah, kaki si gadis tetap terpasak di tanah. Tangisannya bertambah kuat.

" Tolong saya ayah, tolong saya... kenapa jadi macam ni ayah?" kata si gadis sambil meratap.

" Itulah, kamu yang buat emak sampai dia meninggal . Sekarang ayah pun tak tau nak buat macam mana," jawab si ayah selepas gagal mengeluarkan anaknya itu.

Dia menarik lagi tangan gadis yang berada di dalam kubur tapi tidak berganjak walau seinci pun. Kakinya tetap terpahat ke tanah.

" Emak... ampunkan Saida emak, ampunkan Saida..." gadis itu menangis .

Sambil itu di peluk dan di cium jenazah kiblat. Air matanya sudah tidak boleh di empang lagi.

" Maafkan Saida emak, maafkan , Saida bersalah, Saida menyesal... Saida menyesal.. Ampunkan Saida emak," dia menangis lagi sambil memeluk jenazah ibunya yang telah kaku.

Kemudian gadis itu menghulurkan lagi tangannya supaya boleh ditarik keluar. Beramai-ramai tangannya supaya boleh di tarik keluar. Beramai- ramai orang cuba mengeluarkan nya namun kecewa. Apabila terlalu lama mencuba tetapi gagal, imam membuat keputusan bahawa kubur tersebut perlu dikambus.

" Kita kambus sedikit saja, sampai mayat ibunya tak dapat di lihat lagi. Kita tak boleh biarkan mayatnya macam tu aja... kalau hujan macam mana ? " kata imam kepada bapa gadis berkenaan.

" Habis anak saya ?" tanya si bapa.

" Kita akan terus cuba tarik dia keluar. Kita buat dua-dua sekali, mayat isteri awak di sempurnakan, anak awak kita selamatkan," balas imam.

Lelaki berkenaan bersetuju. Lalu seperti yang di putuskan, upacara pengebumian terpaksa di teruskan sehingga selesai, termasuk talkinnya. Bagaimana pun kubur di kambus separas lutut gadis saja, cukup untuk menimbus keseluruhan jenazah ibunya. Yang menyedihkan , ketika itu si gadis masih di dalam kubur. Bila talking di baca, dia menangis dan meraung kesedihan. Sambil itu dia meminta ampun kepada ibunya dengan linangan air mata. Selesai upacara itu, orang ramai berusaha lagi menariknya keluar. Tapi tidak berhasil.

" Bila dah lama sangat, aku balik kejap untuk makan. Dah lapar sangat. Lepas itulah aku singgah ke kedai ni. Lepas ni aku nak ke kubur lagi. Nak tengok apa yang terjadi," kata Jaimi.

" Aku pun nak pergilah," kata saya.

Lalu kami semua menunggang motosikal masing-masing menuju ke kubur. Kami lihat orang ramai sudah berpusu-pusu di sana. Beberapa buah kereta polis juga kelihatan di situ. Saya terus berjalan pantas menuju kubur yang di maksudkan dan berusaha menyusup ke celah-celah orang ramai yang sedang bersesak- sesak. Setelah penat berusaha, akhirnya saya berjaya sampai ke barisan paling hadapan. Malangnya saya tidak dapat melihat gadis tersebut kerana di depan kami telah di buat kepungan tali. Kubur itu pula beberapa puluh meter daripada kami dan terlindung oleh kubur serta pokok-pokok rimbun. Di dalam kepungan itu, anggota-anggota polis berkawal dengan senjata masing-masing. Nasib saya memang baik hari itu. Dua tiga orang daripada polis berkenaan adalah kenalan saya.

" Pssstt... Raie... Raie.. Psstt," saya memanggil , Raie yang perasan saya memanggilnya mengangkat tangan.

" Boleh aku tengok budak tu ?" saya bertanya sebaik saja dia datang ke arah saya.

" Mana boleh . Keluarga dia aja yang boleh," jawabnya perlahan-lahan seperti berbisik.

Sambil itu dia menjeling ke kiri dan kanan khuatir ada orang yang tahu.

" Sekejap aja. Bolehlah..."saya memujuk.

Alhamdulillah, setelah puas di pujuk dia mengalah. Tanpa berlengah, saya mengusup perlahan-lahan dan berjalan beriringan dengan Raie seolah-olah tidak melakukan apa-apa kesalahan. Namun demikian dada saya berdebar kencang. Pertama ,risau, takut di halau keluar. Kedua ; tidak sabar hendak melihat apa yang sedang berlaku kepada gadis berkenaan. Selepas meredah kubur-kubur yang bertebaran, akhirnya saya sampai ke pusara yang di maksudkan. Di pinggir kubur itu berdiri dua tiga orang polis memerhatikan kedatangan saya. Raie mendekati mereka dan berbisik-bisik. Mungkin dia merayu supaya saya tidak di halau.

Alhamdulillah, saya lihat seorang polis yang berpangkat mengangguk-angguk. Raie terus memanggil saya lalu memuncungkan bibirnya ke arah sebuah kubur. Bila di jenguk kedalam , dada saya serta-merta terasa sebak. Saya lihat gadis berkenaan sedang duduk di atas tanah kubur sambil menangis teresak-esak.

Sebentar kemudian dia memegang tanah berhampiran lahad dan merintih ;

"Emak... ampunkanlah Saida, Saida sedar, saida derhaka pada emak, Saida menyesal, Saida menyesal.."

Selepas mengesat air jernih yang terus berjejeran daripada mata yang bengkak, gadis tersebut menangis lagi memohon keampunan daripada arwah ibunya.

" Emak... lepaskanlah kaki saya ni. Ampunkan saya, lepaskan saya," Di tarik-tariknya kaki yang melekat di tanah namun tidak berhasil juga.

Saya lihat bapa dan adik-beradiknya menangis, di pinggir kubur. Nyata mereka sendiri tidak tahu apa lagi yang hendak di buat untuk menyelamatkan gadis berkenaan.

" Sudahlah tu Saida... makanlah sikit nak ," rayu bapanya sambil menghulurkan sepinggan nasi juga segelas air.

Si gadis tersebut langsung tidak mengendahkan. Malah memandang ke atas pun tidak. Dia sebaliknya terus meratap meminta ampun daripada arwah ibunya. Hampir menitis air mata saya melihat Saida . Tidak saya sangka, cerita datuk dan nenek tentang anak derhaka kini berlaku di depan mata. Begitu besar kekuasaan Allah. Memang betullah kata para alim ulama, dosa menderhakai ibi bapa akan di balas 'tunai'. Malangnya saya tidak dapat lama di sana. Cuma 10 - 15 minit saja kerana Raie memberitahu, pegawainya mahu saya berbuat demikian. Mahu tidak mahu , terpaksalah saya meninggalkan kubur tersebut.

Sambil berjalan kedengaran lagi Saida menangis dan meratap " Ampunkan saya emak, ampunkan saya saya, Ya Allah, lepaskanlah kaki ku ini, aku bertaubat, aku insaf..."

Lantas saya menoleh buat kali terakhir. Saya lihat bapa Saida dan adik beradiknya sedang menarik tangan gadis itu untuk di bawa keluar, tapi seperti tadi, tidak berhasil. Seorang polis saya lihat mengesatkan air matanya. Semakin lama semakin ramai orang berhimpun mengelilingi perkuburan itu. Beberapa kereta polis datang dan anggotanya berkawal di dalam kepungan lengkap dengan senjata masing-masing. Wartawan dan jurugambar berkerumun datang untuk membuat liputan tetapi tidak di benarkan . Mereka merayu bermacam-macam cara, namun demi kebaikan keluarga gadis , permintaan itu terpaksa di tolak.

Matahari kian terbenam, akhirnya tenggelam dan malam merangkak tiba. Saida masih begitu. Kaki terlekat di dalam kubur ibunya sementara dia tidak henti-henti meratap meminta keampunan. Saya pulang ke rumah dan malam itu tidak dapat melelapkan mata. Suara tangisannya yang saya terngiang-ngiang di telinga. Saya di beritahu sejak siang tidak ada secebis makanan mahupun minuman masuk ke tekaknya. Seleranya sudah mati. Bapa dan adik beradiknya masih tetap di sisi kubur membaca Al-Quran, Yassin dan berdoa. Namun telah di sebutkan Allah, menderhaka terhadap ibu bapa adalah dosa yang sangat besar. Saida tetap tidak dapat di keluarkan. Embun mula menitis. Saida kesejukan pula. Dengan selimut yang di beri oleh bapanya dia berkelubung. Namun dia tidak dapat tidur. Saida menangis dan merayu kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Begitulah yang berlaku keesokannya. Orang ramai pula tidak susut mengerumuni perkuburan itu. Walaupun tidak dapat melihat gadis berkenaan tapi mereka puas jika dapat bersesak-sesak dan mendengar orang-orang bercerita.

Setelah empat atau lima hari terperangkap, akhirnya Saida meninggal dunia. Mungkin kerana terlalu lemah dan tidak tahan di bakar kepanasan matahari pada waktu siang dan kesejukan di malam hari. Mungkin juga kerana tidak makan dan minum. Atau mungkin juga kerana terlalu sedih sangat dengan apa yang di lakukannya. Allah Maha Agung... sebaik Saida menghembuskan nafas terakhir, barulah tubuhnya dapat di keluarkan. Mayat gadis itu kemudian di sempurnakan seperti mayat-mayat lain. Kuburnya kini di penuhi lalang. Di bawah redup daun kelapa yang melambai-lambai, tiada siapa tahu di situ bersemadi seorang gadis yang derhaka.


* Sumber : www.weluvislam.com

_________________________

* TAATILAH IBU BAPA *


Test Kereta...Fuh...

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum wbt..
Macam mana nak intro nie? Adoi...Tak tahu lah intro nie nak cakap pasal apa...Huhu..

Tapi rasa jeles lah jugak bila tengok kawan-kawan rapat saya, dah 3orang yang dah dapat lesen P...Saya nie, hari nie baru gak test untuk kali yang pertama dengan pihak institut memandu..Kira macam lulus yang test nie, baru lah dapat teruskan test dengan JPJ pulak..

So hari nie...hari saya test yang pertama tue ar...test tue nama nya QTI, tapi tak tahu ar singkatan untuk apa...Mula-mula sampai kat tempat tunggu giliran tue, tengok tak ramai mana pun ar orang ada nak bandingkan dengan hari-hari lain..Rasa lega sket pasal fikir tak yah lah nak kena tunggu lama kat situ pasal boring jugak lah dok kat situ, tak ada pemandangan lain dah kecuali nampak motor, kereta n orang..tak ada yang menarik pun..Cuma kekadang tersenyum jugak pasal geli hati tengok gelagat orang yang tengah buat latihan motor...Tangan melambai-lambai, sebagai isyarat lah...Saya sendiri pun tak berapa faham ar cara lambai-lambai tue..

Hari nie, dalam jam 8.30 lagik saya dah pun ada kat tempat tue, hantar kad latihan then tunggu. Ingatkan kejap je lah tunggu tue...Sabar punya lah sabar, cuaca pun agak panas hari nie...Rasa pening, mengantuk, nak tidur semua dah ada dah...Campur semalam ngan tidur lewat lagik, rasa macam nak lari jek pi surau, then lelapkan mata jap, haha...

Then, dalam 5minit lagik jam 12 tengah hari, barulah kerani tu panggil nama saya...then, tengok-tengok dapat tester perempuan...adoi...Dari awal-awal dulu lagik memang berdoa tak nak dapat tester perempuan la...Banyak dah dengar cerita yang tester perempuan nie susah sket, garang lah, apa lah...Apa pun, saya doa jek dalam hati supaya tester nie lembut hati dengan saya...Kalau kandas test nie, fuh terbang lah duit RM30...Haha...

Eceh, pahadal tester nie punyalah baik hati...Huhu...sepatutnya test buat 2jam, tapi dia suruh buat 1jam lebih jek...Dia cakap kesian ar, panas...Haha...Tu yang masa dalam litar...Masa jalan raya, nervous jugak lah pasal jalan test tue memang jalan sibuk lah...Then masa sampai kat satu lampu isyarat tue, dah dekat sangat ngan garisan putih, lampu tu tukar warna kuning dah...Saya pun brek lah, tapi tester tadi suruh pergi jek...Haha...Kira langgar lampu merah dah ar...Dia cakap, malas dah nak tunggu lampu isyarat...

Lebih kurang 1 jam test untuk jalan raya, banyak jugak lah topik yang keluar...Topik yang paling terkenal, mesti pasal nak sambung belajar kat mana...Setiap kali latihan kereta, mesti ada yang tanya pasal tajuk nie...Huhu, jawab jek lah apa yang patut...Then cakap pasal keluarga lah, sekolah, n banyak nya berkaitan pasal diri jek lah...Fuh...Hilang nervous...Hehe...

Ni time test kira dah agak mahir lah bawak kereta...Masa mula-mula belajar bawak kereta hari tue, kena dengan jurulatih lelaki ar...Dah ar dari serah IC tu dah kena dengan jurulatih yang lagik sorang, ampun patik tuan puteri...Ayat tue biasa dengar ar kalau tahu nama saya puteri...Haha...Jurulatih yang ajar bawak kereta tue pun tanya target SPM dapat berapa...Dia cakap, kalau dapat penuh, kena belanja dia makan...Aih, rasa macam terbalik jek...Kalau saya dapat penuh, dia ar kena belanja saya makan...Rasa jek nak jawab macam tue, tapi kata dalam hati jek lah...Beria-ria jek dia nak suruh belanja dia makan...Adoii

Then, jurulatih tue ajar pulak buat bukit parking...Memang mencabar jugak, pasal hari pertama saya belajar bawak kereta, terus dia suruh buat bukit parking...Kali kedua buat, terus jadi..Dia pun suruh saya buat sengsorang, dia sedap jek dok relax bawak pondok, minum air, dok rehat n hisap rokok...Ish2...Saya lah dok buat bukit parking tue bukan main nervous, ye lah...Dah first time bawak, jurulatih pulak tak ada sama dalam kereta tue...Kita nie bukannya reti sangat...Haha...

Sampai yang dah last nak buat bukit parking tue, naik jek bukit tapi tak sempat sampai kat garisan kuning tu, terus turun balik lepas saya tarik handbrake...Tak pe, tak pe..Buat lagik sekali pun tak naik-naik jugak, naik separuh jek bukit then terus turun balik...Dan kereta pun mati jugak kat tengah-tengah bukit tue...Innalillah..Huhu...Banyak kali cuba buat n nak hidupkan kereta tue balik, tapi tak jadi-jadi...Jurulatih nue kat sana dok bawah pondok, buat tak layan jek...Rasanya nak tekan-tekan hon biar dia terkejut...Haha...Orang panggil buat tak dengar...Then lepas lama saya cuba nak buat tu tak boleh, baru le dia datang...Tu pun bukan main berlenggang-lenggang...Bengang jugak rasa time tue, sabar jek lah...

Then beritahu kat dia, tak leh nak hidupkan kereta...Laaa, rupanya saya lupa nak turunkan handbrake...Hahaha...Kan dah malu depan jurulatih tue..Adoi...Dah siap buat latihan tue, saya pun bawak ar kereta nak parking kat tempat letak kereta tu, kat pondok tempat dia duduk dengan sorang lagik jurulatih lain...Dah lah masih tak biasa mana nak bawak kereta nie, time dah dekat sangat ngan pondok, jurulatih dua orang tue menjerit...Sket lagik saya nak langgar pondok tue, pasal lupa nak tekan brek...Haha...Tapi brek mengejut jugak lah lepas tue...Tambah diorang dok menjerit, makin lah saya panik...Diorang cakap, mujurlah sempat brek, kalau tak habislah diorang yang tengah duduk bawak pondok tue...Even kalau saya langgar pun, diorang tak boleh nak salahkan saya, sapa suruh lepas saya bawak sorang-sorang kereta tue...Haha...Jurulatih lain terkejut jugak tengok dia berani lepaskan saya bawak kereta tu sorang-sorang pasal first time bawak mana boleh tinggal sorang-sorang...

Huhu...apa pun dah lega sket ar pasal test QTI nie dah pun lulus...Mama saya yang mesej tanya macam mana, rasa jek nak buat-buat main cakap tak lulus..Haha...Tapi tak sampai hati pulak...Hehe...Then, test ngan JPJ plak, 18 Februari nie pulak...Semoga saya dapat lulus dengan JPJ, tak perlu repeat dah...Amiiin...

____________________________________________
* DOAKAN SAYA LULUS DENGAN JPJ...AMIIIN *

It's Useless, Grandpa...

Bismillaihirrahmanirrahim...

Ada seorang Muslim Amerika yang telah tua tinggal di sebuah ladang di pergunungan di timur Kentucky bersama-sama dengan seorang cucu lelakinya. Pada setiap hari, datuk ini akan bangun pada awal pagi dan duduk di ruang tamu rumahnya sambil membaca Al-Quran. Cucunya sangat berkeinginan untuk menjadi seperti datuknya dan dia cuba semampunya untuk meniru dan mencontohi setiap perbuatan datuknya.

Suatu hari, cucunya bertanya, " Atuk! Saya cuba membaca Al-Quran sama seperti atuk tetapi saya tidak dapat memahaminya(tafsir Al-Quran) , dan apa yang saya faham saya akan lupa sebaik sahaja saya menutup mashaf ini. Jadi, apa kebaikan dan manfaat membaca Al-Quran seperti ini?

Jadi, si datuk pun dengan tenang mengambil bakul arang yang diletakkan di dapurnya dan menjawab, " Ambil bakul arang ini dan bawanya ke sungai kemudian kamu bawakan kepada atuk air yang berisi penuh di dalam bakul ini.

Jadi, cucunya pun buatlah seperti apa yang diarahkan oleh datuknya, tetapi semua air itu tumpah sebelum dia sampai ke rumah. Datuknya tertawa melihat keadaan itu dan berkata,
" Kamu perlu bergerak dengan lebih laju lain kali," dan kemudian mengarahkan cucunya pergi semula ke sungai dengan bakul tadi untuk mencuba buat kali kedua.

Kali ini cucunya itu berlari dengan lebih laju, tetapi sekali lagi bakul itu kosong sebelum dia sempat sampai ke rumahnya. Dengan nafas yang tercungap-cungap, cucu itu memberitahu kepada datuknya yang adalah mustahil untuk membawa air di dalam bakul itu, tetapi dia mengambil timba lain untuk membawa air tersebut.

Datuknya itu berkata, " Datuk tidak mahu setimba air, tetapi datuk mahu sebakul air. Kamu tidak mencuba dengan bersungguh-sungguh lagi." Datuk pun keluar dari rumah dan melihat percubaan cucunya itu lagi. Pada kali ini, cucu itu tahu bahawa adalah mustahil untuk memenuhkan bakul itu dengan air, tetapi dia mahu menunjukkan kepada datuknya bahawa walaupun dia sudah berlari dengan pantas, air itu akan tumpah jugak sebelum dia sampai ke rumahnya kembali.

Cucunya itu kemudian menenggelamkan bakul itu ke dalam sungai dan berlari dengan pantas, tetapi apabila dia sampai di hadapan datuknya, bakul itu kosong jugak.Dia pun berkata, " Tengok ni atuk, tiada gunanya saya buat macam ini. Tetap tak penuh jugak bakul ini dengan air."

" Jadi, kamu fikir ini tidak berguna?" Datuknya itu berkata," Tengok pada bakul ini." Cucunya itu melihat bakul itu dan buat pertama kalinya dia sedar yang keadaan bakul itu sangat berbeza. Bakul itu telah berubah daripada bakul yang sangat kotor dengan hitam arang, sekarang telah menjadi bersih, di luar dan jugak di dalam bakul itu.

" Cucuku, inilah yang terjadi apabila kamu membaca Al-Quran. Kamu mungkin tidak faham atau mengingati semuanya, tetapi apabila kamu membacanya, kamu akan bertukar luaran dan jugak dalaman(rohani dan jasmani). Ini semua adalah urusan Allah dalam kehidupan kita...

Wallahua'lam...

________________
* AL - FURQAN *

Wah...Tag Yang Pertama Ku Terima....

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t...

Wah...sekarang banyak ek kita dengar pasal boikot-memboikot barangan yang ada kaitan dengan Israel kan...Yeah, boikot tu boikot nie...Jangan sampai kita semua nie hanya dengan lisan jek kata perlu boikot barangan tu barangan nie, tapi kita sendiri pun tak boikot barangan tersebut...Maknanya hanya pandai menyebut dan menguar-uarkan pasal boikot nie, tapi kita tak laksanakan...Rasanya tak ada guna pun kan kalau kita hanya pandai menyebut tentang boikot, tapi kita tak amalkan dan tak laksanakan pun boikot...

Sanggup ke duit yang kita belanjakan membeli barangan tersebut digunakan oleh Israel untuk membeli bahan senjata api digunakan untuk mengebom dan membunuh saudara-saudara kita di Palastin? Sanggup ke kita dengan hasil duit kita tue menyebabkan nyawa saudara-saudara kita di Palastin terkorban, darah mengalir keluar dari saudara-saudara kita akibat pengeboman tersebut?... MasyaAllah...Nauzubillah..

Fuh...panjang jugak deh mukaddimah tue...Apa pun, ni kali pertama dapat tag dari Akhi Lisam...Hehe...Syukran deh akhi pasal sudi kasi plezen nie kat ana...haha...Jadi, jom tengok apa yang yang dia tag nie...

Here's what we should do. It's simple:
List down 5 of the products from the list below that you are boycotting, and then list down 5 of the products that you will try your best to boycott, and finally list another 5 of the products that you find it hard to boycott, and tag 5 others. (tapi aku kasik tuk 10 orang. sukati r)

This tag is to get everyone to read the list below carefully and identify which products affects your life and the lives of the Palestinians most! You can also compare your list with your friends and see : if they can boycott one product that you haven't been boycotting, why can't you start to boycott the product too?

5 products i'm boycotting (Allahuakbar!!):
1. Starbucks...memang tak pernah pergi pun, kat Kuala Terengganu mana ada...Alhamdulillah
2. Carrefour...tak ada gak kat Terengganu nie...Alhamdulillah..
3. Macdonald...huhu tak suka ar McD nie...
4. Coca-cola...bila ntah kali terakhir minum air nie...
5. Maybelline...huhu, tak main lah solek2 nie...haha

5 products i will start to boycott (InsyaAllah) :
1. Maggi...beli jek mi segera yang lain...mami slurp..haha
2. Nescaffe...yeah, kita minum yang lain plak
3. Disney
4. National Geographic Channel
5. Johnson n Johnson...

5 products that i find hard to boycott (Astaghfirullah) :
1. Nokia...emm, tak ada modal lagik nak tukar handphone baru..hadiah dari insan tersayang.em
2. Intel...adoi lah
3. Nestle...berilah kekuatan padaku Ya Allah...
4. KFC...tapi sekarang dah tak pergi pun...
5. HP

Jadi...penerima anugerah Tag dari saya pulak ialah..
1. princessislam
2. Ust Raja Muhamaad Suffian
3. Akh Muhamad Yusri
4. NiKubes
5. Akhi Mizie
6. Syekhulislam
7.. Tak ada idea dah nak kenakan sapa...huhu

_____________________________
* BOIKOT...BOIKOT...BOIKOT *