Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Awal pagi lagik jurulatih dah datang amik kat rumah, sebelum kul 8 pagi..huh...em, pagi kat rumah tak ada nervous pun, wat relax dah ar...dengan mama n abah pun dah pesan wat elok-elok dan jangan gopoh sangat, jadi hati jadi tenang lah sket...lagipun semua dah ready, tunggu nak test jek...heherasa macam tak sabar pun ada..berangan nak bawak kete pi jalan-jalan, huhu...test pun belum lagik, dah berangan nak bawak kereta kan?..biasa lah
So pagi tadi, semua yang nak amik test hari ni pun berkumpul lah dulu, dengar taklimat sket daripada pihak driving school..Ingatkan saya dah pergi awal ke tempat tu, rupanya sudah ramai orang yang menunggu dan menyerahkan test card masing-masing..Saya ni, jurulatih baru gak nak pergi amik test card tu kat pejabat...So dari taklimat tu banyak gak dapat tips yang penting pagi tu..Macam mana nak buat kalau tak lepas masuk parking, n semua lah...lepas tu, tunggu lah kat pondok tu, tunggu nama dipanggil..Tapi tak nervous pun time tu...Buat-buat biasa jek..Then, dalam 20 minit dok tengok orang lain buat test daki bukit, parking n jalan mati, saya plak dipanggil..Time menunggu tu tengok ada yang kandas bukit, ada yang kandas parking dan ada gak sorang yang kandas jalan mati...Kesian plak tengok, frust muka sorang-sorang...Risau gak kalau diri sendiri yang mengalami keadaan macam tue...Adoii
Dah panggil nama tu, pergi amik slip untuk test, masuk kereta...Fuh, Bismillah, baca doa naik kenderaan...haha..Lepas rasa ready, baru lah jalan...Alhamdulillah lulus dah bukit, nak buat parking plak fuh lepas gak...Then masuk jalan mati plak, ataupun nama lain 3 penjuru lah...Time nak keluar dari jalan mati tue, masuk lah gear satu balik, tapi bila lepas clutch, kereta tak jalan...haha...pegawai JPJ dah tengok dah, huh, buat selamba dek je ar, masuk gear satu semula...Mujur gak pegawai JPJ dok agak jauh...Fuh, dengan muka tersenyum lebar sebab puas hati dah lepas, kuar dari kereta, pi jumpa pegawai JPJ kat pondok. Alhamdulillah lepas dah satu bahagian nak test...Belum lagik test bahagian tiga, iaitu test jalan raya...
Lepas selesai, pergi plak tunggu kat pondok depan nak tunggu nama dipanggil untuk test jalan raya..Nampak lah kereta test tu balik, masuk kat kawasan pondok nie...Yang sempat saya tengok, hanya ada beberapa orang saje yang lulus. Yang lain semua pegawai JPJ yang pandu balik, maknanya kandas lah tu...Tak senang duduk dah rasa..Tambah plak risau kalau kena dengan tester perempuan yang kebanyakannya memang strict...Masa tu, punya lah ramai dah yang menunggu di pondok tu..Agak dah, mesti saya akan kena lambat lagik..Kena menunggu lagik lah. Adoii...Tapi dalam 10 minit duk kat situ, diorang dah pun sebut nama saya...Aih, cepat pulak hari ini..Tukang panggil nama pun tanya, awak puteri?...Ya...Nanti naik kereta nombor 6..Huh...Nasib baik, pegawai JPJ laki yang jaga kereta tu..Haha...
Then nampak lah kereta nombor 6 masuk kawasan pondok menunggu tu, dengan dipandu pegawai JPJ tu, ayokk...Orang sebelum saya kandas lah maknanya...Tak pe lah...tawakkal jek...Yang peliknya, saya tak pulak rasa nervous ke apa ke...Biasa jek...lepas siap buat 5perkara asas sebelum memandu, saya tanya lah dia...Nak pergi jalan mana ni?..Dia jawab, jalan B lah...Adoii...jalan yang ramai orang kandas masa nak buat u turn..Cik, tukar jalan C tak boleh ke saya tanya? Haha...sesuka hati jek nak mintak tukar..Dia cakap..Aish, tak boleh lah...Then, bawak je lah ek jalan B pun...Nampak je muka macam garang pegawai JPJ ni, tapi banyak cakap jugak lah...Lega rasa hati, dapat pegawai JPJ yang baik hati..huhu...
Then bawak tu, sampai jek kat pondok tadi, kawan-kawan semua tengok...Haha...Jeles ar tu orang dah lulus...Ahaks...Dalam diri ni, rasa macam tak percaya pun ada berjaya pandu kereta tu sampai balik dan lulus...Tersenyum sorang je lah time tu, Alhamdulillah Ya Allah, Engkau telah memudahkan urusan aku pada hari ini untuk mendapatkan lesen kereta...Turun saja dari kereta, bukak beg, amik handset nak call orang kesayangan ni, nak beritahu dah lulus...Dengar saje suara yang angkat tepon tu, Mama, lulus dah ni...Huhu...Mama cakap, Alhamdulillah, tahniah...Huhu...Rasa terharu sangat masa tu, pasal ye lah, mama dan abah yang bayar semua kos nak amik lesen kereta ni...Jumlah semua RM1000...Bayangkan macam mana saya nak balas semua tu...Ni baru kos nak ambik lesen kereta, belum lagik perbelanjaan selama ini...
Akhirnya selesai lah urusan semua nak amik lesen kereta..Alhamdulillah...Hanya urusan memohon lesen saja yang belum diuruskan..InsyaAllah esok boleh dibereskan...Terima kasih banyak-banyak kepada jurulatih, then pihak driving school, dan jugak kawan-kawan yang banyak kasi nasihat dan semangat dan turut mendoakan saya...Syukran awi..Barakallahu lakum...
_______________________________
* LEPAS NI NAK RONDA-RONDA *
0 komenan anda..la la:
Post a Comment