Bismillaihirrahmanirrahim...
Ada seorang Muslim Amerika yang telah tua tinggal di sebuah ladang di pergunungan di timur Kentucky bersama-sama dengan seorang cucu lelakinya. Pada setiap hari, datuk ini akan bangun pada awal pagi dan duduk di ruang tamu rumahnya sambil membaca Al-Quran. Cucunya sangat berkeinginan untuk menjadi seperti datuknya dan dia cuba semampunya untuk meniru dan mencontohi setiap perbuatan datuknya.
Suatu hari, cucunya bertanya, " Atuk! Saya cuba membaca Al-Quran sama seperti atuk tetapi saya tidak dapat memahaminya(tafsir Al-Quran) , dan apa yang saya faham saya akan lupa sebaik sahaja saya menutup mashaf ini. Jadi, apa kebaikan dan manfaat membaca Al-Quran seperti ini?
Jadi, si datuk pun dengan tenang mengambil bakul arang yang diletakkan di dapurnya dan menjawab, " Ambil bakul arang ini dan bawanya ke sungai kemudian kamu bawakan kepada atuk air yang berisi penuh di dalam bakul ini.
Jadi, cucunya pun buatlah seperti apa yang diarahkan oleh datuknya, tetapi semua air itu tumpah sebelum dia sampai ke rumah. Datuknya tertawa melihat keadaan itu dan berkata,
" Kamu perlu bergerak dengan lebih laju lain kali," dan kemudian mengarahkan cucunya pergi semula ke sungai dengan bakul tadi untuk mencuba buat kali kedua.
Kali ini cucunya itu berlari dengan lebih laju, tetapi sekali lagi bakul itu kosong sebelum dia sempat sampai ke rumahnya. Dengan nafas yang tercungap-cungap, cucu itu memberitahu kepada datuknya yang adalah mustahil untuk membawa air di dalam bakul itu, tetapi dia mengambil timba lain untuk membawa air tersebut.
Datuknya itu berkata, " Datuk tidak mahu setimba air, tetapi datuk mahu sebakul air. Kamu tidak mencuba dengan bersungguh-sungguh lagi." Datuk pun keluar dari rumah dan melihat percubaan cucunya itu lagi. Pada kali ini, cucu itu tahu bahawa adalah mustahil untuk memenuhkan bakul itu dengan air, tetapi dia mahu menunjukkan kepada datuknya bahawa walaupun dia sudah berlari dengan pantas, air itu akan tumpah jugak sebelum dia sampai ke rumahnya kembali.
Cucunya itu kemudian menenggelamkan bakul itu ke dalam sungai dan berlari dengan pantas, tetapi apabila dia sampai di hadapan datuknya, bakul itu kosong jugak.Dia pun berkata, " Tengok ni atuk, tiada gunanya saya buat macam ini. Tetap tak penuh jugak bakul ini dengan air."
" Jadi, kamu fikir ini tidak berguna?" Datuknya itu berkata," Tengok pada bakul ini." Cucunya itu melihat bakul itu dan buat pertama kalinya dia sedar yang keadaan bakul itu sangat berbeza. Bakul itu telah berubah daripada bakul yang sangat kotor dengan hitam arang, sekarang telah menjadi bersih, di luar dan jugak di dalam bakul itu.
" Cucuku, inilah yang terjadi apabila kamu membaca Al-Quran. Kamu mungkin tidak faham atau mengingati semuanya, tetapi apabila kamu membacanya, kamu akan bertukar luaran dan jugak dalaman(rohani dan jasmani). Ini semua adalah urusan Allah dalam kehidupan kita...
Wallahua'lam...
________________
* AL - FURQAN *
Posted by
Unknown
0 komenan anda..la la:
Post a Comment