Tamrin Rabie' Thanawi MDQ...

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Alhamdulillah...sempena mid sem break bagi kursus pengajian saya yang hanya seminggu, sempat jugak meluangkan masa untuk jadi fasilitator Tamrin Rabie' Thanawi Maahad Darul Quran ..Hehe..Itupun pelawaan daripada seseorang untuk join program ini sempena cuti seminggu ni..Tapi masa dah start cuti, dah duduk kat rumah hampir 3hari, rasa macam berat hati nak pergi ke program tu..Pasal cuti hanya seminggu, ingat hanya nak luangkan masa hanya untuk duduk kat rumah dengan family. Hehe. Tapi bila fikir balik, renung balik dan muhasabah diri, masa inilah pengorbanan diperlukan untuk Islam. Pengorbanan masa, tenaga dan keluarga...So, kuatkan semangat untuk pergi jugak, korbankan masa cuti...

Jadi, bermula 28 Julai hingga 30 Julai, saya pergi ke program tamrin ni yang diadakan di Taman Pertanian Sekayu, Kuala Berang. Masa tahu yang peserta-peserta ni rata-rata berusia 18-20tahun, rasa bimbang dah. Pasal saya jadi fasilitator, tapi untuk peserta yang sama umur..Nak jadi fasilitator, mesti kena lah lagi matang daripada peserta kan sebab fasi yang akan memimpin peserta dalam modul..Jadi, buat berlagak matang la untuk program ni. Huhu...

First LDK yang saya handle tu untuk taaruf antara fasi dan jugak ahli kumpulan dan modul untuk penilaian hidup kita. Dah mula rasa nervous jugak masa tu. Kuatkan semangat. Taaruf setiap ahli seramai 6orang peserta. Sampai giliran saya, taaruf la..." Nama diberi Puteri.....Bt Abdul Aziz. Sekarang belajar di ...... Berasal dari Kuala Terengganu. Umur...dirahsiakan."..Hehe..Semua ahli kumpulan tak puas hati, muka pun semua macam suspen je nak tahu umur. Rahsiakan dulu. Then saje nak menyakat diorang, tanya. " Kamu semua agak, berapa umur ana..? First jawapan yang diorang sebut.."23.." Waa..geli hati dengar jawapan tu. Kemudian, ada sorang yang tanya.. " Kak Puteri kahwin dah ke ?"..Yang ni memang geli hati sangat..Macam mana la dia boleh fikir macam tu. Aishh.. Jawab je la semuanya.." No komen, last day, ana akan beritahu umur ana .." Dari taaruf ni, dapat la merapatkan lagi ukhuwwah antara kami yang baru terjalin. Diorang cakap diorang hepi dapat saya sebagai fasi kerana katanya, yang fasi lain semuanya diorang dah kenal, pasal fasi yang lain semuanya lepasan MDQ kecuali saya sorang. Huhu...

Ukhuwwah antara sesama fasi pun dah semakin rapat walaupun kami tidak pernah berjumpa sebelum ni. Kak Yang, Kak Muni, Kak Nad, Kak Su, Kak Ja dan jugak Widad. Petang hari pertama, tetibe jadual aktiviti asal diubah dari aktiviti kawad kepada jungle trekking. Jadi semuanya jadi kelam kabut. Sepatutnya jungle trekking pada hari kedua, tapi ditukar jadi hari pertama. Jadi, check point dan laluan semuanya belum settle lagi. Tapi dengan dalam keadaan separuh bersedia, 3orang fasi banat jaga di check point satu. Kami kena kumpulkan diorang kemudian sampaikan sedikit ceramah mengenai jihad dan semangat kepada diorang. Sampaikan je la apa yang secara spontan datang dalam fikiran. Hehe..Tapi rasa jeles ngan peserta pasal masatu diorang punya laluan jungle trekking tu kena redah air, fasi2 pun rasa nak main air jugak. Tapi, tahan je. Hehe..

Letih nak ceritakan satu aktiviti ke satu aktiviti. Pasal semua akitiviti yang diadakan memang best sangat2. Kami pun fasi2 makan dalam talam. Memang terasa sangat ukhuwwah yang dijalinkan sudah menjadi rapat walaupun baru berjumpa dalam masa sehari. Tapi saya dibuli oleh fasi yang lain, huhu...Pasal umur paling muda dengan lagi sorang fasi. Diorang reka nama la untuk saya. Kacau tidur la. Ish2..Malam last aktiviti yang kitorang buat ialah nightwalk. Redah air, jalan atas rumput, redah longkang dan apa semua dalam keadaan mata tertutup. Buat aktiviti pukul 3pagi.. Hanya sempat tidur satu jam setengah untuk malam tu, kemudian bangun untuk kejutkan para peserta yang lain agar bersiap dengan cepat. Pusing banyak tempat, tempat berkumpul akhir kat tempat permulaan je sebenarnya. Hehe. Masa berjalan tu, semua berpegangan tangan. Bila dah sampai tempat berkumpul, kami kena pujuk dengan pelbagai cara agar mereka melepaskan pegangan tangan tu, tapi tidak berjaya. Masing-masing berpegangan tangan makin erat. Aishh. Susah nak teruskan aktiviti muhasabah macam ni pasal nak asingkan diorang, nak letak jauh2 sorang2. Sampai la fasi banin suruh diorang lepaskan tangan, itupun kena tarik jugak tangan diorang untuk dilepaskan. Kemudian ada sorang peserta ni pegang tangan saya tak nak lepas. Adoiii. dia cakap dia takut. Terpaksa tarik tangan, tapi dia pegang kuat. Huhu.. Kena pujuk pulak..Ishh..

Hari last, setelah tamat program, semua banat pergi ke Kolam Tema untuk mandi manda... Yang ini paling menarik. Saat yang paling kami tunggu.. Cewahh. Peserta semua mandi kat kolam tanpa kehadiran banin, tapi fasi pi turun kat air terjun. Air lagi semulajadi dan sejuk, ada batu bata. Terasa kedinginan air terjun tu. Subhanallah, sungguh indah pemandangan di situ. Terasa hilang keletihan kami dengan kedinginan dan keindahan pemandangan di situ. Tapi tak sempat snap gambar, pasal tak kan masuk dala air pun nak bawak handphone yang ada kamera. Ish2...

Itu saje kot untuk perkongsian pengalaman menjadi fasi program ini..Walaupun ada sedikit kekalutan dalam perjalanan perancangan modul, tapi semuanya dapat diatasi dengan semangat daripada semua pihak...insyaAllah semoga semuanya mendapat berkat dan diterima sebagai amal ibadah kita oleh Allah..Allahuakbar..

Wallahua'lam

Aku Menunggumu...

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Sudah lama tidak update blog kerana kesibukan dengan mid sem test dan jugak dengan keadaan diri yang tidak berapa sihat...Nasib baik hanya demam, batuk, sakit tekak dan selsema biasa..Bukan H1N1..Alhamdulillah..hehe...Kalau tak, dah kena kuarantin dah la..

Apa pun, ingin berkongsi satu puisi yang dicopy dari www.iluvislam.com...


Isi Hati Sang Akhwat


Wahai zaujku,
Aku mengerti kau sedang menungguku,
Aku mengerti kau merinduiku,
Namun segalanya kau tundukkan kerna kau tidak mengenal siapa aku.

Aku tau kau sedang berjuang,
Kau sedang lelah berdakwah,
Ke sana sini dengan pelbagai program dakwah,
Sehingga kadang kala kau merasa lemah.

Namun sabarlah,
Aku sedang menunggumu,
Aku juga sedang letih seperti kamu,
Kerana setianya padaku,
Aku menolak untuk terlibat dengan mana-mana aktiviti yang mengundang maksiat hati,
Aku menolak bicara dan pelawaan mana-mana yang bukan mahramku,
Kerana perasaanku telah aku simpankan untukmu,
Walaupun aku tidak tahu siapakah kamu.

Zaujku,
Persiapkanlah dirimu dengan ilmu,
Kerna, aku mendambakan seorang zauj yang mampu mendidikku dan anak-anak kita nanti, Bukan paras rupa semata-mata.

Didiklah aku agar sentiasa tegar dalam mujahadahmu

Dari Sang Ikhwah

Wahai zaujahku,
Aku mengerti di mana kamu,
Kamu sedang letih berjuang,
Kamu sedang lelah berdakwah,
Malah kau juga aku yakin sedang memelihara dirimu dari menjadi bahan fitnah.

Aku tidak tahu siapa kamu,
Tapi telah aku simpankan sebahagian hati ini padamu,
Kerna itu, aku tidak pernah memandang wanita lain,
Pandanganku ku tundukkan, bual bicara mesra dengan wanita ku elakkan,
Kerna semua itu hanya layak untukmu.

Yang ada di sisiku Ayat-Ayat Cinta Allah iaitu Al-quran.
Yang ada di sisiku kitab-kitab ilmu yang menjadi pencerahan dalam kehidupan kita nanti.

Zaujahku,
Persiapkan dirimu dengan ketabahan hati,
Kerna jalan yang akan kita lalui ini sangat berat,
Maka tabahkanlah hatimu untuk menjadi sayap kiriku,
Isilah mana-mana kekurangn dalam diriku,
Dan engkau jualah yang aku harapkan menjadi pembakar semangatku tika mana aku lemah.

Zaujahku, aku belum pernah memandang fizikalmu,
Kerana nikmat memandangmu hanya aku inginkan setelah kita diijab kabulkan,
Dan pandanganku terhadapmu bukanlah pandangan nafsu,
Sebaliknya dengan pandangan dakwah,
Kerna kau adalah sayap kiri perjuanganku dan pencetak generasi mujahidin.

Kerana itu,
Kita seharusnya bersedia zaujahku,
Perkahwinan kita adalah marhalah dakwah.

Dapat Award...Hehe

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Kaifahulukum? Arju minkum fi sihhati wal-a'fiat wa fi barakatillah..InsyaAllah..amiiin..Aih, betul ke nahu arab tu? Sudah lama tidak praktikal arab.

Sudah agak lama membiarkan blog saya ni tanpa posting terbaru dari tuan punya blog. Semakin sibuk untuk memenuhi tanggungjawab dan menunaikan taklifan yang dipertanggungjawabkan kepada diri ini.

Hujung minggu yang berderet dengan test sebelum mid sem break menjengah. Kemudian, ditambah dengan kuiz bagi setiap subjek, hampir setiap minggu akan ada test. Ditambah dengan 3 lab report yang wajib disiapkan setiap minggu. Tapi, minggu lepas dapat double, kena buat 5 report untuk disiapkan dalam masa seminggu. Memang agak memenatkan, tapi itulah cabaran sebagai seorang pelajar..

Namun, dalam kesibukan sebagai pelajar, jangan lupa untuk pentingkan lagi tanggungjawab wajib kita kepada Allah, agama dan ibu bapa. Hablun minnallah, wahablun mina an-nas. Hubungan dengan Allah dan juga hubungan dengan manusia. Semua kita kena jaga dengan seeloknya ya. Walau sesibuk mana pun kita dengan tanggungjawab kita, jangan sesekali cuba abaikan tanggungjawab utama kita untuk hidup.

Kita semua hidup tak lain dan tak bukan hanya untuk beribadah kepada Allah. Dunia ni hanya tempat sementara bagi kita sebelum sampai ke arah destinasi tujuan kita iaitu akhirat yang kekal. Sama ada mencapai anugerah syurga mahupun neraka...

Jangan hanya sibuk memenuhi rohani kita dengan pengisian keduniaan semata-mata. Awla kan mana yang awla...

Panjang pulak mukaddimah ni.. Hehe..sebenarnya posting ni dah nampak jelas berkaitan dengan award..tapi award apa ni? Oscar Award ke?..Nation Award ke?..Haha..Saspen...

Ni haa award nya...


hehe..bertuah...AWARD 2009.. Kak ila dari BLOG CUTE INI yang telah dengan murah hatinya menganugerahkan puteri dengan anugerah ini. Thanks Kak Ila..Ingat jugak Kak Ila kat budak kecik yang suka menyakat Kak Ila ni kan?..Hehe..Sayang Kak Ila ( dengan tak malunya..haha...segan kak ila )..Tapi, kena jawab tag pulak, ini yang lemah ni. huhu...

Rules And Regulation:


Adalah baik sekiranya anda menulis 25 perkara yg org xtau semasa kecil anda. dihujung entry, anda harus memilih 5 org utk ditag. Anda amat bertuah jika ditag saya sbb sy ingin tau lebey lanjut tentang zaman comel anda dulu..

Tapi, puteri nak skip..Tak ada idea nak senaraikan 25 perkara..Hehe. lagipun otak dah tepu tengah-tengah malam lepas stadi Biology ni.

1. Masa mama mengandungkan puteri, time doktor scan tu, doctor cakap anak kembar. Tapi, sebab time tu scanner tu masih baru, doktor tu salah tengok kot.
2. Masa doktor agak kandungan tu jantinanya perempuan, abah bukan main hepi nak dapat anak perempuan yang pertama, pasal dah ada dua putera..Sampai abah jahit sendiri cadar, sarung bantal dan kelambu baby nak sambut kelahiran puteri masa tu..huhu..Thanks abah..
3. Masa kecik dulu, suka ajuk adik cakap pelat. Mentang-mentang saya dah tak pelat masa tu. Hehe..
4. Suka sangat makan gula-gula dan coklat..Sampai sekarang pun.
5. Suka main lasak-lasak dulu. Bukan masak-masak tau. Hehe
6. Then kalau ada cousin yang dari Besut tu datang kat rumah, kitorang selalu main-main, berlakon jadi doktor dengan pesakit. Cita-cita memang dah dari kecik nak jadi doktor.
7. Rapat sangat dengan abah ( pasal anak tunggal perempuan )..Kalau masa kecik, mama cakap, kalau puteri nak tidur, mesti nak tidur sebelah abah. Adik tak boleh tidur sebelah abah.
8. Selalu jadi mangsa buli abang-abang masa kecik ( sampai sekarang pun ) pasal sorang je anak perempuan dalam keluarga.
9. Masa mula-mula belajar naik basikal dulu, abang yang ajar. Then tak pandai nak pusing basikal tu ke kanan atau ke kiri. Hanya tahu pegang lurus, sampailah masuk dalam semak. Haha ( hampes punya abang, biarkan adik dia macam tu je )..
10. Masa umur enam tahun, buat persembahan lakonan dengan gunakan pantun sebagai skrip. Wah, memang baca dengan gaya pantun la. Masa tu kena berlakon jadi orang tua tak silapnya, then bawak kereta mainan.

Apa lagi ek...dah tak ada idea lagi nak menambah apa la. hehe. Tapi semua yang disenaraikan di atas tu, semasa kecik-kecik dulu la. Zaman dah berubah. Teknologi dah moden ( iklan ). Sekarang dah berbeza la dengan dulu. hehe..

Zaman kanak-kanak, zaman kita hanya fikir keseronokan, tak ada fikir masalah apa pun. Yang penting, kita happy. Tapi, sekarang dah meningkat umur, akal dah boleh beza yang mana baik dan yang mana buruk. Taklifan pun bertambah seiring dengan bertambahnya usia kita. Dan dengan bertambahnya usia kita, maka akan semakin dekatlah kita dengan kematian yang bakal menjemput kita bila-bila masa sahaja.

Tapi, tak tahu nak tag kat sapa benda alah ni...nanti akan diupdatekan lain kali dengan senarai penerima anugerah ini..Hehe..

Barakallahulakum bikhairin barakah..
Wallahua'lam

Kisah Ibu Menangis...


Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya,

“Mengapa engkau menangis?"

"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.

"Aku tidak mengerti", kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya dan berkata,

"Dan kau tak akan pernah mengerti" Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya,

"Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"

"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu pun lalu membesar menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita suka menangis. Akhirnya ia mendapat petunjuk dari Tuhan, Antara bisikan yang didengarinya adalah:

1. "Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "

2. "Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "

3. "Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "

4. "Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "

5. "Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "

6. "Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu "

7. "Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan walaupun kadangkala dia tidak memerlukannya."

Tahukah kamu: Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, karena itulah pintu hatinya – tempat dimana cinta itu ada."

____________________________________________________________________

Artikel di atas ini di copy daripada www.iluvislam.com...

Allah menciptakan Hawa yakni wanita pertama daripada tulang rusuk Nabi Adam...

Kaum Hawa diciptakan dari tulang rusuk, yang berada berdekatan dengan hati..Bukan untuk kita diperlekehkan, bukan untuk ditindas, bukan untuk dilemahkan..Tapi untuk disayangi, dilindungi..Walaupun begitu, jangan sampai kaum Hawa yang membelakangkan kaum Adam dalam sesuatu hal kerana Allah telah berfirman mafhumnya..Kaum laki-laki itu lebih kuat daripada kaum wanita..

Kaum Hawa dicipta daripada tulang yang bengkok. Kepada kaum Adam iaitu yang akan membimbing dan memimpin kaum Hawa, didiklah dengan seelok-eloknya. Jika kamu didik dengan cara yang salah, maka akan patahkan tulang yang bengkok tersebut..Lenturlah dengan cara yang betul, yang telah junjungan kita tonjolkan contoh yang terbaik untuk umat Baginda SAW..

" Seindah hiasan adalah wanita solehah..."

Wallahua'lam...

Zaman Cinta ??

Bismillahirrahimanirrahim...
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Artikel kali ini merupakan cetusan idea seseorang, yang saya telah edit sendiri menggunakan idea beliau. Semoga bermanfaat untuk kita hayati dan ambi pengajaran. Hehe..

Dari sebesar tapak tangan, sekarang kita sudah pun besar panjang. Ini lah yang biasa kita dengar apabila berbicara mengenai umur kita. Semasa kita kecil, semuanya ibu bapa kita yang sediakan untuk kita. Kita nak makan, ibu sediakan. Kita nak mandi, ibu mandikan. Kita nak bersiar-siar, ayah bawakan. Dan macam-macam lagi. Itu semasa kita kecik. Iaitu salah satu fasa sebelum kita melangkah ke arah fasa umur yang berikutnya yang telah Allah aturkan cukup cantik, cukup lawa sebagai salah satu sunnatullah dalam kehidupan kita..

Tanpa kita sedar, setiap detik dan saat yang berlalu dalam hidup kita, umur kita semakin tua. Dan ajal kita juga semakin dekat. Namun, wallahua’lam, hanya Allah yang tahu bilakah ajal kita, ajal yang akan menjemput kita tanpa diawalkan atau dilewatkan walaupun satu saat..Tetapi, bersediakah kita nak hadapi itu semua? Adakah sama persediaan yang kita lakukan untuk peperiksaan dan jugak persediaan untuk menghadapi hari akhirat kelak?..Renung-renungkan. Dan tidak sedikit jugak yang semakin lagha dengan kehidupan dunia. Sedang mereka tidak sedar, nikmat dunia hanyalah sedikit berbanding nikmat syurga nanti. Dan zaman yang ramai orang lagha dalam kalangan kita ialah pada zaman remaja...



Zaman remaja ini ialah zaman untuk kita mencari dan mengenal identiti diri yang sebenarnya. Zaman untuk kita mengenal pasti diri kita yng sebenarnya. Dan zaman ini jugak zaman yang cukup mencabar bagi diri kita semua. Masa remaja ini lah, remaja akan mempunyai keinginan yang berbeza seperti keinginan semasa kita di fasa kanak-kanak. Masa kanak-kanak, kita mahu rasa dilindungi ibu bapa kita, sentiasa mahu bermanja dengan ibu bapa kita, dan macam-macam lagi yang bergantungan dengan ibu bapa kita. Tapi pada zaman remaja, ha, masa inilah semua perkara baru ni kita nak cuba. Perasaan ingin tahu dan mencuba perkara baru semakin kuat. Dan yang penting, masa ini jugalah perasaan ingin berkasih sayang, mencurahkan kasih sayang, rasa tertarik kepada kawan berlainan jantina akan terbit dalam diri kita. Ya, memang ini semua dalah fitrah kita. Tapi, itu semua bergantung kepada akal kita. Allah dah kurniakan akal kepada kita, akal yang membezakan antara haiwan dan manusia. Jadi, gunakan akal untuk berfikir mana yang baik dan mana yang buruk untuk diri kita. Dan pada zaman ini jugak, akal semakin mampu untuk berfikir jauh sekurang-kurangnya sudah mengenal mana perkara yang baik dan buruk,yang mana halal dan haram, yang mana najis dan yang suci, syurga dan neraka.

Umur sebegini, orang muda cenderung untuk hidup di dalam perkumpulan. Gemar juga untuk mencari penyelesaian di luar rumah berbanding dengan berbincang dengan ibu dan ayah. Dan ketika inilah jiwa sudah menyubur untuk mengenal apa itu cinta (berlainan jenis). Satu perkataan yang selalu membuatkan jiwa kita bergetar. Ramai yang terkandas dalam mengatasi fitrah ini. Ramai yang melencong jauh dari syariat Allah kerana perasaan cinta ini. Ramai yang semakin lagha dalam mengurus hal ini. MasyaAllah, Nauzubillahi min zalik..

Kalau kita lihat di mana-mana tempat sekarang, remaja lelaki dan perempuan tanpa segan silu berjalan berpasang-pasangan, berpegangan tangan ( kononnya romantik..), bertepuk tampar dan sebagainya di khalayak ramai. Bahkan ada yang sanggup menyerahkan maruah diri kononnya sebagai bukti cinta, bukti kasih sayang. Allahu Rabbi, ceteknya apa yang mereka fikirkan. Semoga semuanya diberikan hidayah dan petunjuk daripada Allah.

Semuanya sekarang macam sudah menjadi perkara biasa, satu perkara yang norma dalam kalangan remaja. Bahkan, tidak pelik dikatakan bahawa seseorang itu berasa ia menjadi satu kekurangan dalam diri andainya tiada pasangan. Benarkah begitu cara cinta yang sebenarnya di dalam Islam? Ramai yang menyoal, kalau dikatakan bercinta itu haram, kenapa mesti diwujudkan perasaan sebegitu di dalam hati kita?. Bercinta itu boleh di dalam Islam, tapi mesti lah mematuhi syariah Allah, bercinta pada cara yang halal. Menyalurkan kepada yang Haq, dengan wasilah yang betul.

Wahai sahabat sahabiah sekalian, BERSIKAP MATANG LAH DALAM MENCARI CINTA..
Wahai pemuda dan pemudi Islam sekalian, menyebut perkataan cinta sesama manusia itu mudah, tetapi untuk melaksanakannya amatlah payah.Melafazkan dengan lidah jauh lebih senang daripada untuk kita melaksanakannya. Easy said than done, right? Tetapi itu semua bergantung kepada diri kita. Memang untuk memulakan sesuatu perkara yang kita tidak biasa buat sebelum ni payah, tapi bila dah biasa, kita akan merasakan itu perkara senang sahaja. Alah bisa tegal biasa.

Bercinta bukan menjadi tiket yang menghalalkan anda menyerahkan jasad kehormatan anda. Bukan juga bermakna anda sudah menjadi juara dan normal sebagaimana insan lain yang bercinta sedangkan yang dikatakan tengah hangat bercinta itu sudah fahamkah erti cinta yang sebenarnya? Perkataan cinta adalah satu perkataan yang sangat subjektif dan sukar untuk ditafsirkan. Cinta itu buta tetapi manusialah yang membutakan cinta itu dengan tidak mematuhi syariatullah yang ditetapkan.

Anda rosak kerana cinta? Ia adalah kesalahan anda sendiri di dalam menterjemahkan cinta yang suci dan abadi. Tetapi tidka terlambat untuk anda insaf dan muhasabah balik apa itu cinta yang sebenarnya. Semaklah semula adatnya bagaimana baginda junjungan kita, Rasulullah SAW menyalurkan perasaan cinta. Jika berbaloi dengan bercinta dengan cara yang sedemikian, anda dapat merasai hidup bahagia serta mendapat keredhaan Allah kerana matlamat anda jelas, anda sedia redha dengan kemungkinan yang berlaku serta tidak menyalahkan taqdir, perjalanan cinta tidak melanggar batas syarak. Maka silalah untuk bercinta.
Ayuh, fikirkan.. Dalam masa bercinta, bagaimana hubungan kita dengan Allah dan manusia serta makhluk yang lain? Semakin baik ataupun semakin jauh dan terus menjurang, terus menyimpang dari jalan yang benar?. Adakah ia menjadikan kita hamba ALlah yang bertaqwa ataupun hamba Allah yang derhaka?
Wallahua’lam..


24Julai....

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

24 Julai 2009??...Ada apa yang berlaku pada hari tu nanti?..Uwaaaa, tak sabar nak menanti kunjungan 24 Julai 2009...Hehe....Tapi, sabarkan diri. Bak kata seseorang ( pinjam kata2 jap ek kepada yang berkenaan )..Dia kata, " Sabar, dunia belum nak kiamat lagi..InsyaAllah hari tu akan tiba jugak.."

Minggu yang agak menyibukkan diri, dan cukup meletihkan. Aishh..Balik dari Terengganu hujung minggu baru ni, kemudian Selasa baru ini ada Test Physic...Ditambah dengan tugasan untuk menyiapkan dua lab report yang kena hantar pada hari Rabu. Then, dapat tugasan 3 lab report yang baru untuk dihantar minggu depan..

Esok ( Jumaat ) akan ada kuiz Mathematics, diikuti Test untuk Chemistry hari Sabtu. Hari Isnin pulak ada kuiz Biology..Haha..minggu untuk struggle stadi, tapi masih sempat bukak blog, iluvislam dan YM. Ishh2.. Apa pun, stadi2, online2. Kena pandai bahagikan masa la. Tak kan asyik dengan dunia stadi sahaja kan?..Boleh jadi senget otak nanti, nauzubillah..

Kepada sahabat sahabiah, kawan-kawan sekalian. Doakan saya berjaya dalam ujian ni, satu jalan ke arah nak mencapai cita-cita saya. Masih jelas pesanan abah sebelum naik bas untuk pulang ke Shah Alam.." Ain jadi doktor ye, capai cita-cita.." Hanya boleh menjawab insyaAllah dan aminkan doa daripada ayah tercinta.. Mama pulak pesan, " Jaga diri elok2 di sana, stadi elok2 lah."..

Naik bas, dok kat tempat yang satu seat tepi tingkap, menitis air mata. Fikir, takut nanti menghampakan harapan mama dan abah..Kemudian, serap balik semangat daripada harapan mama abah untuk stadi betul-betul..Melalui kejayaan ini lah akan menjadi salah satu cara nak balas jasa mama dan abah walaupun jasa mereka tak mungkin akan dibalas sepenuhnya. Tapi menggembirakan hati mereka, itulah matlamatnya..Tapi hanya dengan iringan doa daripada mama dan abah yang akan menjadi penyumbang kejayaan saya..biiznillah, insyaAllah..

Balik pun hanya sempat sehari sahaja di rumah. Bermanja dengan sepupu kesayangan, Bob. Yang hanya dok rapat-rapat sahaja dengan saya, lama tak jumpa, muka asyik senyum je. Kemudian, masa nak balik semula ke Shah Alam Ahad pagi tu, tak sempat nak jumpa dengan dia dulu. Mama cakap, Bob asyik ketuk pintuk bilik saya dan asyik panggil dan cari saya kat rumah..Masa malam dah sampai kat hostel, mama call. Tapi yang dengar suara dulu ialah Bob..Nak mengadu pistol dia dah patah, abang dia patahkan katanya.. Dia pun tanya saya ada kat mana..Padahal dia dah tahu dan boleh jawab kalau orang tanya dia yang saya ada kat mana, mesti dia jawab, Shah Alam..Itulah Bob, petah sangat bercakap dan tak pelat walaupun baru berusia dua tahun setengah...

Hari ini pun mama mesej tanya saya free ke tak. Pasal Bob sedang mencari dan mengadu nak berborak dengan saya. Adoi, tapi masa mesej tu sampai, sedang berada dalam kelas. Bob2, suka sangat eksyen bercakap telefon sambil goyang kaki.

Apa pun...doakan semoga semuanya berjala dengan lancar dan semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua..
Barakallahu lakum fi rahmatillah..Amiiin..
Wallahua'lam

Untukmu Ibu...


“Apa nak jadi dengan kau ni Along? Bergaduh! Bergaduh! Bergaduh! Kenapa kau degil sangat ni? Tak boleh ke kau buat sesuatu yang baik, yang tak menyusahkan aku?”, marah ibu. Along hanya membungkam. Tidak menjawab sepatah apapun. “Kau tu dah besar Along. Masuk kali ni dah dua kali kau ulang ambil SPM, tapi kau asyik buat hal di sekolah. Cuba la kau ikut macam Angah dengan Alang tu. Kenapa kau susah sangat nak dengar nasihat orang hah?”, leter ibu lagi.

Suaranya kali ini sedikit sebak bercampur marah. Along terus membatukan diri. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya. Seketika dia melihat si ibu berlalu pergi dan kembali semula dengan rotan di tangannya. Kali ini darah Along mula menderau. Dia berdoa dalam hati agar ibu tidak memukulnya lagi seperti selalu. “Sekarang kau cakap, kenapa kau bergaduh tadi? Kenapa kau pukul anak pengetua tu? Cakap Along, cakap!” Jerkah ibu. Along semakin berdebar-debar namun dia tidak dapat berkata-kata. Suaranya bagai tersekat di kerongkong. Malah, dia juga tidak tahu bagaimana hendak menceritakan hal sebenar. Si ibu semakin bengang. “ Jadi betul la kau yang mulakan pergaduhan ye!? Nanti kau, suka sangat cari penyakitkan, sekarang nah, rasakan!” Si ibu merotan Along berkali-kali dan berkali-kali jugaklah Along menjerit kesakitan.

“Sakit bu…sakit….maafkan Along bu, Along janji tak buat lagi….Bu, jangan pukul bu…sakit bu…” Along meraung meminta belas si ibu agar tidak merotannya lagi. “Tau sakit ye, kau bergaduh kat sekolah tak rasa sakit?” Balas ibu lagi. Kali ini semakin kuat pukulan si ibu menyirat tubuh Along yang kurus itu. “Bu…ampunkan Along bu…bukan Along yang mulakan…bukan Along….bu, sakit bu..!!”, rayu Along dengan suara yang tersekat-sekat menahan pedih. Along memaut kaki si ibu. Berkali-kali dia memohon maaf daripada ibunya namun siratan rotan tetap mengenai tubuhnya. Along hanya mampu berdoa. Dia tidak berdaya lagi menahan tangisnya. Tangis bukan kerana sakitnya dirotan, tapi kerana memikirkan tidak jemukah si ibu merotannya setiap hari. Setelah hatinya puas, si ibu mula berhenti merotan Along. Tangan Along yang masih memaut kakinya itu di tepis kasar. Along menatap mata ibu. Ada manik-manik kaca yang bersinar di kelopak mata si ibu. Along memandang dengan sayu. Hatinya sedih kerana telah membuatkan ibunya menangis lagi kerananya.

Malam itu, Along berjaga sepanjang malam. Entah mengapa matanya tidak dapat dilelapkan. Dia asyik teringatkan peristiwa dirotan ibu petang tadi. Begitulah yang berlaku apabila ibu marahkannya. Tapi kali ini marah ibu sangat memuncak. Mungkin kerana dia menumbuk anak pengetua sewaktu di sekolah tadi menyebabkan pengetua hilang sabar dan memanggil ibunya ke sekolah untuk membuat aduan kesekian kalinya. Sewaktu di bilik pengetua, Along sempat menjeling ibu di sebelah. Namun, dia tidak diberi kesempatan untuk bersuara. Malah, semua kesalahan itu di dilemparkan kepadanya seorang. Si Malik anak pengetua itu bebas seolah-olah sedikit pun tidak bersalah dalam hal ini. Along mengesat sisa-sisa air mata yang masih bertakung di kelopak matanya. Dia berlalu ke meja tulis mencapai minyak sapu lalu disapukan pada bekas luka yang berbirat di tubuhnya dek rotanan ibu tadi. Perlahan-lahan dia menyapu ubat namun masih tetap terasa pedihnya. Walaupun sudah biasa dirotan, namun tidak seteruk kali ini. Along merebahkan badannya. Dia cuba memejamkan mata namun masih tidak mahu lelap. Seketika wajah ibu menjelma diruang ingatannya. Wajah ibu suatu ketika dahulu sangat mendamaikan pada pandangan matanya. Tetapi, sejak dia gagal dalam SPM, kedamaian itu semakin pudar dan hanya kelihatan biasa dan kebencian di wajah tua itu. Apa yang dibuat serba tidak kena pada mata ibu. Along sedar, dia telah mengecewakan hati ibu dahulu kerana mendapat keputusan yang corot dalam SPM. Tetapi Along tidak pernah ambil hati dengan sikap ibu walau adakalanya kata-kata orang tua itu menyakiti hatinya. Along sayang pada ibu. Dialah satu-satunya ibu yang Along ada walaupun kasih ibu tidak semekar dahulu lagi. Along mahu meminta maaf. Dia tidak mahu menjadi anak derhaka. Fikirannya terlalu cacamarba, dan perasaannya pula semakin resah gelisah. Akhirnya, dalam kelelahan melayani perasaan, Along terlelap juga.

Seminggu selepas peristiwa itu, si ibu masih tidak mahu bercakap dengannya. Jika ditanya, hanya sepatah dijawab ibu. Itupun acuh tidak acuh sahaja. Pulang dari sekolah, Along terus menuju ke dapur. Dia mencangak mencari ibu kalau-kalau orang kesayangannya itu ada di situ. Along tersenyum memandang ibu yang terbongkok-bongkok mengambil sudu di bawah para dan kemudian mencacap makanan yang sedang dimasak itu. Dia nekad mahu menolong. Mudah-mudahan usahanya kali ini berjaya mengambil hati ibu. Namun, belum sempat dia melangkah ke dapur, adik perempuannya yang baru pulang daripada mengaji terus meluru ke arah ibu. Along terperanjat dan cuba berselindung di sebalik pintu sambil memerhatikan mereka.

“ Ibu..ibu masak apa ni? Banyaknya lauk, ibu nak buat kenduri ye!?” Tanya Atih kehairanan. Dia tidak pernah melihat ibunya memasak makanan yang pelbagai jenis seperti itu. Semuanya enak-enak belaka. Si ibu yang lincah menghiris sayur hanya tersenyum melihat keletah anak bongsunya itu. Sementara Along disebalik pintu terus memerhatikan mereka sambil memasang telinganya. “Ibu, Atih nak rasa ayam ni satu boleh?” “ Eh jangan, nanti dulu. Ibu tau Atih lapar, tapi tunggulah Kak Ngah dengan Alang balik dulu. Nanti kita makan sekali. Pergi naik atas mandi dan tukar baju dulu ye!”, si ibu bersuara lembut. Along menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan. ‘anak-anak kesayangan ibu nak balik rupanya…’ bisik hati kecil Along. “Kak Ngah dengan Alang nak balik ke ibu?”, soalnya lagi masih belum berganjak dari dapur. Si ibu mengangguk sambil tersenyum. Di wajahnya jelas menampakkan kebahagiaan. “Oooo patutlah ibu masak lauk banyak-banyak. Mmm bu, tapi Atih pelik la. Kenapa bila Along balik, ibu tak masak macam ni pun?”. Along terkejut mendengar soalan Atih. Namun dia ingin sekali tahu apa jawapan dari ibunya. “Along kan hari-hari balik rumah? Kak Ngah dengan Alang lain, diorang kan duduk asrama, balik pun sebulan sekali ja!”, terang si ibu. “Tapi, ibu tak penah masak lauk macam ni dekat Along pun..”, soal Atih lagi. Dahinya sedikit berkerut dek kehairanan. Along mula terasa sebak. Dia mengakui kebenaran kata-kata adiknya itu namun dia tidak mahu ada perasaan dendam atau marah walau secalit pun pada ibu yang sangat disayanginya. “Dah tu, pergi mandi cepat. Kejap lagi kita pergi ambil Kak Ngah dengan Alang dekat stesen bas.” , arah ibu. Dia tidak mahu Atih mengganggu kerja-kerjanya di dapur dengan menyoal yang bukan-bukan. Malah ibu juga tidak senang jika Atih terus bercakap tentang Along. Pada ibu, Along anak yang derhaka yang selalu menyakiti hatinya. Apa yang dikata tidak pernah didengarnya. Selalu pula membuat hal di sekolah mahupun di rumah. Disebabkan itulah ibu semakin hilang perhatian pada Along dek kerana marah dan kecewanya.

Selepas ibu dan Atih keluar, Along juga turut keluar. Dia menuju ke Pusat Bandar sambil jalan-jalan buat menghilangkan tekanannya. Tiba di satu kedai, kakinya tiba-tiba berhenti melangkah. Matanya terpaku pada sepasang jubah putih berbunga ungu yang di lengkapi dengan tudung bermanik. ‘Cantiknya, kalau ibu pakai mesti lawa ni….’ Dia bermonolog sendiri. Along melangkah masuk ke dalam kedai itu. Sedang dia membelek-belek jubah itu, bahunya tiba-tiba disentuh seseorang. Dia segera menoleh. Rupa-rupanya itu Fariz, sahabatnya. “La…kau ke, apa kau buat kat sini?”, tanya Along ingin tahu sambil bersalaman dengan Fariz. “Aku tolong jaga butik kakak aku. Kau pulak buat apa kat sini?”, soalnya pula. “Aku tak de buat apa-apa, cuma nak tengok-tengok baju ni. Aku ingat nak kasi mak aku!”, jelas Along jujur. “waa…bagus la kau ni Azam. Kalau kau nak beli aku bagi less 50%. Macammana?” Terlopong mulut Along mendengar tawaran Fariz itu. “Betul ke ni Riz? Nanti marah kakak kau!”, Along meminta kepastian. “Untuk kawan baik aku, kakak aku mesti bagi punya!”, balas Fariz meyakinkannya. “Tapi aku kena beli minggu depan la. Aku tak cukup duit sekarang ni.” Cerita Along agak keseganan. Fariz hanya menepuk mahunya sambil tersenyum. “Kau ambik dulu, lepas tu kau bayar sikit-sikit.” Kata Fariz . Along hanya menggelengkan kepala tanda tidak setuju. Dia tidak mahu berhutang begitu. Jika ibunya tahu, mesti dia dimarahi silap-silap dipukul lagi. “Dekat kau ada berapa ringgit sekarang ni?”, soal Fariz yang benar-benar ingin membantu sahabatnya itu. Along menyeluk saku seluarnya dan mengeluarkan dompet berwarna hitam yang semakin lusuh itu. “Tak sampai sepuluh ringgit pun Riz, tak pe lah, aku datang beli minggu depan. Kau jangan jual dulu baju ni tau!”, pesan Along bersungguh-sungguh. Fariz hanya mengangguk senyum.
Hari semakin lewat. Jarum pendek sudah melangkaui nombor tujuh. Setelah tiba, kelihatan Angah dan Alang sudah berada di dalam rumah. Mereka sedang rancak berbual dengan ibu di ruang tamu. Dia menoleh ke arah mereka seketika kemudian menuju ke dapur. Perutnya terasa lapar sekali kerana sejak pulang dari sekolah petang tadi dia belum makan lagi. Penutup makanan diselak. Syukur masih ada sisa lauk-pauk yang ibu masak tadi bersama sepinggan nasi di atas meja. Tanpa berlengah dia terus makan sambil ditemani Si Tomei, kucing kesayangan arwah ayahnya. “Baru nak balik waktu ni? Buat hal apa lagi kat luar tu?”, soalan ibu yang bernada sindir itu tiba-tiba membantutkannya daripada menghabiskan sisa makanan di dalam pinggan. “Kenapa tak makan kat luar ja? Tau pulak, bila lapar nak balik rumah!”, leter ibu lagi. Along hanya diam. Dia terus berusaha mengukir senyum dan membuat muka selamber seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Tiba-tiba Angah dan Alang menghampirinya di meja makan. Mereka berdiri di sisi ibu yang masih memandang ke arahnya seperti tidak berpuas hati. “Along ni teruk tau. Suka buat ibu susah hati. Kerana Along, ibu kena marah dengan pengetua tu.” Marah Angah, adik perempuannya yang sedang belajar di MRSM. Along mendiamkan diri. Diikutkan hati, mahu saja dia menjawab kata-kata adiknya itu tetapi melihat kelibat ibu yang masih di situ, dia mengambil jalan untuk membisu sahaja. “Along! Kalau tak suka belajar, berhenti je la. Buat je kerja lain yang berfaedah daripada menghabiskan duit ibu", sampuk Alang, adik lelakinya yang menuntut di sekolah berasrama penuh. Kali ini kesabarannya benar-benar tercabar. Hatinya semakin terluka melihat sikap mereka semua. Dia tahu, pasti ibu mengadu pada mereka. Along mengangkat mukanya memandang wajah ibu. Wajah tua si ibu masam mencuka. Along tidak tahan lagi. Dia segera mencuci tangan dan meluru ke biliknya.

Perasaannya jadi kacau. Fikirannya bercelaru. Hatinya pula jadi tidak keruan memikirkan kata-kata mereka. Along sedar, kalau dia menjawab, pasti ibu akan semakin membencinya. Along nekad, esok pagi-pagi, dia akan tinggalkan rumah. Dia akan mencari kerja di Bandar. Kebetulan cuti sekolah selama seminggu bermula esok. Seperti yang dinekadkan, pagi itu selesai solat subuh, Along terus bersiap-siap dengan membawa beg sekolah berisi pakaian, Along keluar daripada rumah tanpa ucapan selamat. Dia sekadar menyelitkan nota buat si ibu menyatakan bahawa dia mengikuti program sekolah berkhemah di hutan selama seminggu. Niatnya sekadar mahu mencari ketenangan selama beberapa hari justeru dia terpaksa berbohong agar ibu tidak bimbang dengan tindakannya itu. Along menunggang motorsikalnya terus ke Pusat Bandar untuk mencari pekerjaan. Nasib menyebelahinya, tengah hari itu, dia diterima bekerja dengan Abang Joe sebagai pembantu di bengkel membaiki motorsikal dengan upah lima belas ringgit sehari, dia sudah rasa bersyukur dan gembira. Gembira kerana tidak lama lagi, dia dapat membeli jubah untuk ibu. Hari ini hari ke empat Along keluar daripada rumah. Si ibu sedikit gelisah memikirkan apa yang dilakukan Along di luar. Dia juga berasa agak rindu dengan Along. Entah mengapa hati keibuannya agak tersentuh setiap kali terpandang bilik Along. Tetapi kerinduan dan kerisauan itu terubat apabila melihat gurau senda anak-anaknya yang lain.

Seperti selalu, Along bekerja keras membantu Abang Joe di bengkelnya. Sikap Abang Joe yang baik dan kelakar itu sedikit sebanyak mengubat hatinya yang luka. Abang Joe baik. Dia banyak membantu Along antaranya menumpangkan Along di rumahnya dengan percuma. “Azam, kalau aku tanya kau jangan marah k!”, soal Abang Joe tiba-tiba sewaktu mereka menikmati nasi bungkus tengah hari itu. “Macam serius jer bunyinya Abang Joe?” Along kehairanan. “Sebenarnya, kau lari dari rumah kan?” Along tersedak mendengar soalan itu. Nasi yang disuap ke dalam mulut tersembur keluar. Matanya juga kemerah-merahan menahan sedakan. Melihat keadaan Along itu, Abang Joe segera menghulurkan air. “Kenapa lari dari rumah? Bergaduh dengan parents?” Tanya Abang Joe lagi cuba menduga. Soalan Abang Joe itu benar-benar membuatkan hati Along sebak. Along mendiamkan diri. Dia terus menyuap nasi ke dalam mulut dan mengunyah perlahan. Dia cuba menundukkan mukanya cuba menahan perasaan sedih. “Azam, kau ada cita-cita tak…ataupun impian ker…?” Abang Joe mengubah topik setelah melihat reaksi Along yang kurang selesa dengan soalannya tadi. “Ada” jawab Along pendek “Kau nak jadi apa besar nanti? Jurutera? Doktor? Cikgu? Pemain bola? Mekanik macam aku…atau….” Along menggeleng-gelengkan kepala. “semua tak…Cuma satu je, saya nak mati dalam pangkuan ibu saya.” Jawab Along disusuli ketawanya. Abang Joe melemparkan tulang ayam ke arah Along yang tidak serius menjawab soalannya itu. “Ala, gurau ja la Abang Joe. Sebenarnya….saya nak bawa ibu saya ke Mekah dan…saya….saya nak jadi anak yang soleh!”. Perlahan sahaja suaranya namun masih jelas didengari telinga Abang Joe. Abang Joe tersenyum mendengar jawapannya. Dia bersyukur di dalam hati kerana mengenali seorang anak yang begitu baik. Dia sendiri sudah bertahun-tahun membuka bengkel itu namun belum pernah ada cita-cita mahu menghantar ibu ke Mekah.

Setelah tamat waktu rehat, mereka menyambung kerja masing-masing. Tidak seperti selalu, petang itu Along kelihatan banyak berfikir. Mungkin terkesan dengan soalan Abang Joe sewaktu makan tadi. “Abang Joe, hari ni, saya nak balik rumah ...terima kasih banyak kerana jaga saya beberapa hari ni”, ucap Along sewaktu selesai menutup pintu bengkel. Abang Joe yang sedang mencuci tangannya hanya mengangguk. Hatinya gembira kerana akhirnya anak muda itu mahu pulang ke pangkuan keluarga. Sebelum berlalu, Along memeluk lelaki bertubuh sasa itu. Ini menyebabkan Abang Joe terasa agak sebak. “Abang Joe, jaga diri baik-baik. Barang-barang yang saya tinggal kat rumah Abang Joe tu, saya hadiahkan untuk Abang Joe.” Kata Along lagi. “Tapi, kau kan boleh datang bila-bila yang kau suka ke rumah aku!?”, soal Abang Joe. Dia risau kalau-kalau Along menyalah anggap tentang soalannya tadi. Along hanya senyum memandangnya. “Tak apa, saya bagi kat Abang Joe. Abang Joe, terima kasih banyak ye! Saya rasa tak mampu nak balas budi baik abang. Tapi, saya doakan perniagaan abang ni semakin maju.” Balasnya dengan tenang. Sekali lagi Abang Joe memeluknya bagai seorang abang memeluk adiknya yang akan pergi jauh.

Berbekalkan upahnya, Along segera menuju ke butik kakak Fariz untuk membeli jubah yang diidamkannya itu. Setibanya di sana, tanpa berlengah dia terus ke tempat di mana baju itu disangkut. “ Hey Azam, mana kau pergi? Hari tu mak kau ada tanya aku pasal kau. Kau lari dari rumah ke?”, soal Fariz setelah menyedari kedatangan sahabatnya itu. Along hanya tersengeh menampakkan giginya. “Zam, mak kau marah kau lagi ke? Kenapa kau tak bagitau hal sebenar pasal kes kau tumbuk si Malik tu?” “Tak pe lah, perkara dah berlalu….lagipun, aku tak nak ibu aku terasa hati kalau dia dengar tentang perkara ni", terang Along dengan tenang. “Kau jadi mangsa. Tengok, kalau kau tak bagitau, mak kau ingat kau yang salah", kata Fariz lagi. “Tak apa lah Riz, aku tak nak ibu aku sedih. Lagipun aku tak kisah.” “Zam..kau ni…..” “Aku ok, lagipun aku sayang dekat ibu aku. Aku tak nak dia sedih dan ingat kisah lama tu.” Jelas Along memotong kata-kata si sahabat yang masih tidak berpuas hati itu. “Aku nak beli jubah ni Riz. Kau tolong balutkan ek, jangan lupa lekat kad ni sekali, k!”, pinta Along sambil menyerahkan sekeping kad berwarna merah jambu. “No problem…tapi, mana kau dapat duit? Kau kerja ke?” , soal Fariz ingin tahu. “Aku kerja kat bengkel Abang Joe. Jadi pembantu dia", terang Along. “Abang Joe mana ni?” “Yang buka bengkel motor kat Jalan Selasih sebelah kedai makan pakcik kantin kita tu!”, jelas Along dengan panjang lebar. Fariz mengangguk . “Azam, kau nak bagi hadiah ni kat mak kau bila?” “Hari ni la…” balas Along. “Ooo hari lahir ibu kau hari ni ek?” “Bukan, minggu depan…” “Habis?. Kenapa kau tak tunggu minggu depan je?”, soal Fariz lagi. “Aku rasa hari ni je yang yang sempat untuk aku bagi hadiah ni. Lagipun, aku harap lepas ni ibu aku tak marah aku lagi.” Jawabnya sambil mengukir senyum.

Along keluar daripada kedai. Kelihatan hujan mulai turun. Namun Along tidak sabar menunggu untuk segera menyerahkan hadiah itu untuk ibu. Sambil menunggang, Along membayangkan wajah ibu yang sedang tersenyum menerima hadiahnya itu. Motosikalnya sudah membelok ke Jalan Nuri II. Tiba di simpang hadapan lorong masuk ke rumahnya, sebuah kereta wira yang cuba mengelak daripada melanggar seekor kucing hilang kawalan dan terus merempuh Along dari depan yang tidak sempat mengelak. Akibat perlanggaran yang kuat itu, Along terpelanting ke tengah jalan dan mengalami hentakan yang kuat di kepala dan belakangnya. Topi keledar yang dipakai mengalami retakan dan tercabut daripada kepalanya, Along membuka matanya perlahan-lahan dan terus mencari hadiah untuk si ibu dan dengan sisa kudrat yang ada, dia cuba mencapai hadiah yang tercampak berhampirannya itu. Dia menggenggam kuat cebisan kain dan kad yang terburai dari kotak itu. Darah semakin membuak-buak keluar dari hidungnya. Kepalanya juga terasa sangat berat, pandangannya berpinar-pinar dan nafasnya semakin tersekat-sekat. Dalam keparahan itu, Along melihat kelibat orang–orang yang sangat dikenalinya sedang berlari ke arahnya. Serta merta tubuhnya terus dirangkul seorang wanita. Dia tahu, wanita itu adalah ibunya. Terasa bahagia sekali apabila dahinya dikucup saat itu. Along gembira. Itu kucupan daripada ibunya. Dia juga dapat mendengar suara Angah, Alang dan Atih memanggil-manggil namanya. Namun tiada suara yang keluar dari kerongkongnya saat itu. Along semakin lemah. Namun, dia kuatkan semangat dan cuba menghulurkan jubah dan kad yang masih digenggamannya itu. “Ha..hadiah….untuk….ibu………” ucapnya sambil berusaha mengukir senyuman. Senyuman terakhir buat ibu yang sangat dicintainya. Si ibu begitu sebak dan sedih. Si anak dipeluknya sambil dicium berkali-kali. Air matanya merembes keluar bagai tidak dapat ditahan lagi. Pandangan Along semakin kelam. Sebelum matanya tertutup rapat, terasa ada air hangat yang menitik ke wajahnya. Akhirnya, Along terkulai dalam pangkuan ibu dan dia pergi untuk selama-lamanya.

Selesai upacara pengebumian, si ibu terus duduk di sisi kubur Along bersama Angah, Alang dan Atih. Dengan lemah, wanita itu mengeluarkan bungkusan yang hampir relai dari beg tangannya. Sekeping kad berwarna merah jambu bertompok darah yang kering dibukanya lalu dibaca. ‘Buat ibu yang sangat dikasihi, ampunkanlah salah silap along selama ini. Andai along melukakan hati ibu, along pinta sejuta kemaafan. Terimalah maaf along bu..Along janji tak kan membuatkan ibu marah lagi. Ibu, Along sayang ibu selama-lamanya. Selamat hari lahir ibu… dan terimalah hadiah ini…..UNTUKMU IBU!’ Kad itu dilipat dan dicium. Air mata yang bermanik mula berjurai membasahi pipi. Begitu juga perasaan yang dirasai Angah, Alang dan Atih. Masing-masing berasa pilu dan sedih dengan pemergian seorang abang yang selama ini disisihkan. Sedang melayani perasaan masing-masing, Fariz tiba-tiba muncul. Dia terus mendekati wanita tua itu lalu mencurahkan segala apa yang dipendamnya selama ini. “Makcik, ampunkan segala kesalahan Azam. Azam tak bersalah langsung dalam kes pergaduhan tu makcik. Sebenarnya, waktu Azam dan saya sibuk menyiapkan lukisan, Malik datang dekat kami. Dia sengaja cari pasal dengan Azam dengan menumpahkan warna air dekat lukisan Azam. Lepas tu, dia ejek-ejek Azam. Dia cakap Azam anak pembunuh. Bapa Azam seorang pembunuh dan … dia jugak cakap, ibunya seorang perempuan gila…” cerita Fariz dengan nada sebak. Si ibu terkejut mendengarnya. Terbayang di ruang matanya pada ketika dia merotan Along kerana kesalahan menumbuk Malik. “Tapi, kenapa arwah tidak ceritakan pada makcik Fariz?” Soalnya dengan sedu sedan. “Sebab…..dia tak mahu makcik sedih dan teringat kembali peristiwa dulu. Dia cakap, dia tak nak makcik jatuh sakit lagi, dia tak nak mengambil semua ketenangan yang makcik ada sekarang…walaupun dia disalahkan, dia terima. Tapi dia tak sanggup tengok makcik dimasukkan ke hospital sakit jiwa semula....” Terang Fariz lagi. Dia berasa puas kerana dapat menyatakan kebenaran bagi pihak sahabatnya itu.

Si ibu terdiam mendengar penjelasan Fariz. Terasa seluruh anggota badannya menjadi Lemah. Berbagai perasaan mencengkam hatinya. Sungguh hatinya terasa sangat pilu dan terharu dengan pengorbanan si anak yang selama ini dianggap derhaka.



Sumber : www.iluvislam.com