Zaman Cinta ??

Bismillahirrahimanirrahim...
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Artikel kali ini merupakan cetusan idea seseorang, yang saya telah edit sendiri menggunakan idea beliau. Semoga bermanfaat untuk kita hayati dan ambi pengajaran. Hehe..

Dari sebesar tapak tangan, sekarang kita sudah pun besar panjang. Ini lah yang biasa kita dengar apabila berbicara mengenai umur kita. Semasa kita kecil, semuanya ibu bapa kita yang sediakan untuk kita. Kita nak makan, ibu sediakan. Kita nak mandi, ibu mandikan. Kita nak bersiar-siar, ayah bawakan. Dan macam-macam lagi. Itu semasa kita kecik. Iaitu salah satu fasa sebelum kita melangkah ke arah fasa umur yang berikutnya yang telah Allah aturkan cukup cantik, cukup lawa sebagai salah satu sunnatullah dalam kehidupan kita..

Tanpa kita sedar, setiap detik dan saat yang berlalu dalam hidup kita, umur kita semakin tua. Dan ajal kita juga semakin dekat. Namun, wallahua’lam, hanya Allah yang tahu bilakah ajal kita, ajal yang akan menjemput kita tanpa diawalkan atau dilewatkan walaupun satu saat..Tetapi, bersediakah kita nak hadapi itu semua? Adakah sama persediaan yang kita lakukan untuk peperiksaan dan jugak persediaan untuk menghadapi hari akhirat kelak?..Renung-renungkan. Dan tidak sedikit jugak yang semakin lagha dengan kehidupan dunia. Sedang mereka tidak sedar, nikmat dunia hanyalah sedikit berbanding nikmat syurga nanti. Dan zaman yang ramai orang lagha dalam kalangan kita ialah pada zaman remaja...



Zaman remaja ini ialah zaman untuk kita mencari dan mengenal identiti diri yang sebenarnya. Zaman untuk kita mengenal pasti diri kita yng sebenarnya. Dan zaman ini jugak zaman yang cukup mencabar bagi diri kita semua. Masa remaja ini lah, remaja akan mempunyai keinginan yang berbeza seperti keinginan semasa kita di fasa kanak-kanak. Masa kanak-kanak, kita mahu rasa dilindungi ibu bapa kita, sentiasa mahu bermanja dengan ibu bapa kita, dan macam-macam lagi yang bergantungan dengan ibu bapa kita. Tapi pada zaman remaja, ha, masa inilah semua perkara baru ni kita nak cuba. Perasaan ingin tahu dan mencuba perkara baru semakin kuat. Dan yang penting, masa ini jugalah perasaan ingin berkasih sayang, mencurahkan kasih sayang, rasa tertarik kepada kawan berlainan jantina akan terbit dalam diri kita. Ya, memang ini semua dalah fitrah kita. Tapi, itu semua bergantung kepada akal kita. Allah dah kurniakan akal kepada kita, akal yang membezakan antara haiwan dan manusia. Jadi, gunakan akal untuk berfikir mana yang baik dan mana yang buruk untuk diri kita. Dan pada zaman ini jugak, akal semakin mampu untuk berfikir jauh sekurang-kurangnya sudah mengenal mana perkara yang baik dan buruk,yang mana halal dan haram, yang mana najis dan yang suci, syurga dan neraka.

Umur sebegini, orang muda cenderung untuk hidup di dalam perkumpulan. Gemar juga untuk mencari penyelesaian di luar rumah berbanding dengan berbincang dengan ibu dan ayah. Dan ketika inilah jiwa sudah menyubur untuk mengenal apa itu cinta (berlainan jenis). Satu perkataan yang selalu membuatkan jiwa kita bergetar. Ramai yang terkandas dalam mengatasi fitrah ini. Ramai yang melencong jauh dari syariat Allah kerana perasaan cinta ini. Ramai yang semakin lagha dalam mengurus hal ini. MasyaAllah, Nauzubillahi min zalik..

Kalau kita lihat di mana-mana tempat sekarang, remaja lelaki dan perempuan tanpa segan silu berjalan berpasang-pasangan, berpegangan tangan ( kononnya romantik..), bertepuk tampar dan sebagainya di khalayak ramai. Bahkan ada yang sanggup menyerahkan maruah diri kononnya sebagai bukti cinta, bukti kasih sayang. Allahu Rabbi, ceteknya apa yang mereka fikirkan. Semoga semuanya diberikan hidayah dan petunjuk daripada Allah.

Semuanya sekarang macam sudah menjadi perkara biasa, satu perkara yang norma dalam kalangan remaja. Bahkan, tidak pelik dikatakan bahawa seseorang itu berasa ia menjadi satu kekurangan dalam diri andainya tiada pasangan. Benarkah begitu cara cinta yang sebenarnya di dalam Islam? Ramai yang menyoal, kalau dikatakan bercinta itu haram, kenapa mesti diwujudkan perasaan sebegitu di dalam hati kita?. Bercinta itu boleh di dalam Islam, tapi mesti lah mematuhi syariah Allah, bercinta pada cara yang halal. Menyalurkan kepada yang Haq, dengan wasilah yang betul.

Wahai sahabat sahabiah sekalian, BERSIKAP MATANG LAH DALAM MENCARI CINTA..
Wahai pemuda dan pemudi Islam sekalian, menyebut perkataan cinta sesama manusia itu mudah, tetapi untuk melaksanakannya amatlah payah.Melafazkan dengan lidah jauh lebih senang daripada untuk kita melaksanakannya. Easy said than done, right? Tetapi itu semua bergantung kepada diri kita. Memang untuk memulakan sesuatu perkara yang kita tidak biasa buat sebelum ni payah, tapi bila dah biasa, kita akan merasakan itu perkara senang sahaja. Alah bisa tegal biasa.

Bercinta bukan menjadi tiket yang menghalalkan anda menyerahkan jasad kehormatan anda. Bukan juga bermakna anda sudah menjadi juara dan normal sebagaimana insan lain yang bercinta sedangkan yang dikatakan tengah hangat bercinta itu sudah fahamkah erti cinta yang sebenarnya? Perkataan cinta adalah satu perkataan yang sangat subjektif dan sukar untuk ditafsirkan. Cinta itu buta tetapi manusialah yang membutakan cinta itu dengan tidak mematuhi syariatullah yang ditetapkan.

Anda rosak kerana cinta? Ia adalah kesalahan anda sendiri di dalam menterjemahkan cinta yang suci dan abadi. Tetapi tidka terlambat untuk anda insaf dan muhasabah balik apa itu cinta yang sebenarnya. Semaklah semula adatnya bagaimana baginda junjungan kita, Rasulullah SAW menyalurkan perasaan cinta. Jika berbaloi dengan bercinta dengan cara yang sedemikian, anda dapat merasai hidup bahagia serta mendapat keredhaan Allah kerana matlamat anda jelas, anda sedia redha dengan kemungkinan yang berlaku serta tidak menyalahkan taqdir, perjalanan cinta tidak melanggar batas syarak. Maka silalah untuk bercinta.
Ayuh, fikirkan.. Dalam masa bercinta, bagaimana hubungan kita dengan Allah dan manusia serta makhluk yang lain? Semakin baik ataupun semakin jauh dan terus menjurang, terus menyimpang dari jalan yang benar?. Adakah ia menjadikan kita hamba ALlah yang bertaqwa ataupun hamba Allah yang derhaka?
Wallahua’lam..


3 komenan anda..la la:

salam..

ehem2, makin kerap bercerita pasal cinta ni ada apa2 petanda ke? hahaha..

bagus2, study dulu, toksah kalut2 fikir nak bercinta.. unles kalau mmg dah boleh kawen dalam masa yang terdekat sangat2 atau dah kawen, sila la bercinta..

hhuhu~ itu pn klu mak ayah kasik, haha

 

bila baca je rasa mcm kita yang terkena..saya nak berhenti dari couple nie,tapi tak boleh tak tahulah sebab apa...kawan saya ada kata kalau saya tak berhenti dari buat dosa mereka tak mahu kawan saya...saya harap akak boleh tolong saya..

 

to kak asniza :

waa..petanda apakah yang dimaksudkan ini?..haha..mana ada apa pun la kak..ishh..tu kan dah cakap,idea seseorang, puteri just edit dan tambah..hehe

to zihah96 :
insyaAllah setakat termampu, akak akan bantu..harap boleh add ym ana secepat mungkin ye..ni id ym ana..
princessain91