Sweet 18...Meningkat Usia...

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Dengan tanpa segan silunya nak nyanyikan untuk diri sendiri..haha...

Allah selamatkan saya...
Allah selamatkan saya...
Allah selamatkan puteri norain azira...
Allah selamatkan saya...

Hepi besday to me...
Hepi besday to me...
Hepi besday to puteri norain azira...
Hepi besday to me...

30 Mac 2009.. Genap dah umur saya 18 tahun mengikut tahun Masihi. Kalau ikut tahun Hijriah, tahun ni dah umur 19. Hehe. Sekejap saje rasa, teringat zaman kanak-kanak dulu, main-main dengan kawan-kawan. Ganas juga masa kecik dulu, ada jugak main bola bayang ( tahu ke tak?? ), tangkap ikan dan sebagainya. Bestnya. Zaman kanak-kanak, zaman bermain je. Semua tak ada masalah kan. Hanya fikir nak bermain saje, kekadang sampai tak ingat nak makan sebab terlalu asyik nak bermain.

Apa pun, rasa macam sekejap je, dah pun berumur 18 tahun. Alhamdulillah, masih diberi nikmat Islam dan nikmat Iman serta diberi peluang untuk terus bernafas di bumi Allah.

18 tahun hidup di bumi Allah, pelbagai dugaan dan cabaran dilalui. Tetapi tentunya masih ramai lagi yang ditimpa dugaan dan cabaran yang lebih hebat dan besar daripada saya. Alhamdulillah Alhamdulillah dan Alhamdulillah, walaupun dirasakan banyak cabaran dan dugaan yang terpaksa ditempuhi, nikmat yang Allah kurniakan kepada diri kita melebihi lagi daripada itu. Kerana sifat Ar Rahim dan Ar Rahman Dia.

Lepas ini, saya akan tempuhi dunia baru ( aik..macam tajuk cerita pulak ). hehe. Dunia di universiti, yang belum tahu pun lagi kat mana. hehe. Tapi, beribu cabaran besar sudah pun menanti, membiasakan diri, bukan lagi bergelar pelajar sekolah. Semoga diri saya sentiasa istiqamah dalam ajarannya, tidak mudah hanyut dengan gejala so sial ( sosial ) remaja kini, dan sebagainya. InsyaAllah..

Apa pun, terima kasih kepada semua kawan-kawan yang mengingati besday saya. Yang paling awal wish, Akhi Lisam ( bangga pakcik lisam ada nama dia ), tepat pukul 12malam. Hehe. Terima kasih kepada yang wish kepada saya, sama ada hantar kad, YM, sms, PM, Friednster dan emel saya. Syukran kathiran, barakallahu lakum..Amiiin...

Puisi yang saya copy dari blog seorang sahabat..


"di hari ini
roh dan jasad bertemu
insan kecil bersih terjaga dari mimpi
diiringi alunan merdu qamat
menangis garang menolak takdir
agar terselamat dari alam fana ini

siapa tahu
dihari ini sikecil yang menangis tadi
sudah mampu mengukir senyuman
dalam dakapan insan bergelar ibu
mula mensyukuri takdir diri
dalam limpahan kasih suci

di hari ini
berdirilah insan disatu garisan permulaan
pengembaraan dalam mencari rahsia kelahirannya
mengilit segebar kanvas putih sebagai taruhan
bersarungkan agama dan maruah diri
melangkah penuh waspada

dihari ini
insan menangis lagi
bila sesekali lukisan dicemari
dicalar warna warna pahit kehidupan
oleh onak duri yg mengganas
disepanjang perjalanan
bersujud insan kebumi
haruskah diteruskan perjalanan ini

pesan pengembara tua tidak penah menyepi
teruskan langkahmu insan
pijak duri bisa itu
kerana disitulah tersimpanya tangga keramat
yang akan membawamu ke kota keamanan
dan berehatlah disana untuk seketika
jangan terleka disini

di hari esok
bahang mentari akan membakari kulitmu lagi
jangan sesekali kau sesali teruskan perjalanan mu
taufan akan bertiup kencang
hujan akan terus membanjiri jalan jalan mu
demi sumpah sucimu
jangan kau berpaling kebelakang
terjagalah insan bersinarlah matanya

dihari ini
insan tersenyum riang
air mata silam mula membeku menjadi titian
duri duri semalam bertukar menjadi bunga
melakari wajah wajah indah
pada kanvas yang sekian lama menyepi
insan mendongak mensyukuriNYA
jangan terleka dikota ini

dihari ini
insan melangkah tenang
menuju 30 Mac 2009
sayang Happy Birthday.....

_________________________
* YAUMUL MILAD *

Kematian...!!

Ulama’ berpendapat tanda-tanda ketika hampirnya seseorang itu akan mati adalah ada dan benar , hanya ketakwaan kita sahaja yg dapat membezakan kepekaan terhadap tanda-tanda ini. Diriwayatkan bahawa BAGINDA s.a.w menceritakan secara langsung kesukaran menghadapi sakaratul maut dari awal hingga akhir kepada ahli keluarga dan sahabat –sahabat baginda .

Imam Al Ghazali r.a diriwayatkan memperolehi tanda-tanda itu dan beliau bersedia menghadapinya secara bersendirian ,Ajaibnya beliau menyediakan dirinya dengan persiapan seperti mandinya ,kafannya sekali , SUBHANALAH. Cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau terpaksa memanggil abangnya iaitu IMAM AHMAD BIN HANBAL untuk menyambung tugas menyempurnakan pengafanannya.

Beliau wafat ketika Imam Ahmad bin Hanbal bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya .Adapun riwayat-riwayat ini menunjukkan Allah s.w.t tidak pernah menzalimi seseorang ,Tanda-tanda ini dikurniakan kepada UMAT ISLAM supaya dapat bertaubat sebelum sampainya ajal.

Tanda-tanda yg saya akan sebutkan ini hanya akan dikurniakan kepada orang Islam sahaja ,adapun orang kafir tanda-tanda ini tidak dikurniakan ,malaikat akan terus menyentap nyawanya dengan sentapan yg dahsyat

Tanda 100 hari sebelum mati

‘ Tanda pertama drp ALLAH ini akan berlaku selepas waktu ASAR ,dikurniakan kepada sesiapa yg dikehendaki ,walaubagaimanapun semua orangISLAM akan merasainya ,Cuma yg membezakan samada seseorang itu sedar atau tidak sahaja . tanda ini akan hilang apabila seseorang yg menerima tanda tersebut menyedari yg dia telah dikurniakan akan tanda mati tersebut

“ tanda yg saya maksudkan ialah seluruh tubuh dari hujung rambut ke hujung kaki akan menggigil atau bergetaran ,seseorang yg mengalami tanda ini akan berasa nikmat dan bagi mereka yg sedar mereka akan segera bertaubat dan membuat persiapan mati ,bagi sesiapa yg tidak sedar dan menganggap ini adalah perkara biasa ,tanda ini akan berlalu tanpa sebarang manfaat kepadanya ,mereka akan terus leka dibuai oleh dunia”

Tanda 40 hari sebelum mati

Tanda yg kedua ini berlaku sesudah ASAR .Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut . Pada ketika ini daun yg tertulis nama kita di pohon yg terletak di ARASH ALLAH jatuh, lalu dikutip oleh malaikat IZRAIL ATAU MAUT . Maka selepas itu malaikat maut akan membuat persediaan utuk mencabut nyawa orang tersebut ,.Malaikat maut juga akan mengikut orang tersebut sepanjang masa . kadang –kadang dia akan memperlihatkan wajahnya sepintas lalu dan kepada orang yg terpilih mereka akan merasa bingung seketika.


Tanda 7 hari sebelum kematian

Tanda yg ke 3 ini hanya dikurniakan kepada orang yg diuji musibah kesakitan di mana orang yg sakit yg tiada selera makan ,tiba-tiba selera untuk makan.


Tanda 3 hari sebelum mati


Pada ketika ini diri kita akan merasai denyutan dibahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini kita dapat kesa maka berpuasalah kita supaya perut kita kosong dan tidak banyak najis ( memudahkan orang lain menguruskan jenazah kita) . Tanda-tanda lain seperti mata hitam sudah tidak bersinar dan bagi orang yg sakit hidung ,hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ianya dapat dikesan sekiranya hidung itu dilihat melalui cermin pada sebelah sisi ,Telinga pun layu yg mana pada bahagian hujungnya akan beransur-ansur jatuh kedlm . telapak kakinya yg terjulur perlahan-lahan jatuh ke hadapan dan sukar ditegakkan


Tanda 1 hari sebelum mati

Juga berlaku sesudah ASAR di mana kita akan merasakan satu denyutan di diubun-ubun ini bermakna kita tidak akan berjumpa asar keesokkan hari!

Tanda akhir ketika hampir mati

Akan berlaku keadaan sejuk dibahagian pusat ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke halkum .ketika ini dengan rahmat ALLAH taala ucaplah 2 KALIMAH SAHADAH dan berdiam diri ,menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita bertemu dengan tuhan yg menghidupkan dan mematikan kita iaitu ALLAH s.w.t

Kita patut sedar yg ada pada diri kita ialah kefakiran ,kefasikan , kekufuran ,dosa dan maksiat . Bagaimana kita hendak menyedari perkara itu sekiranya kita asyik dengan hiburan yg melampau dan melalaikan. Sama-sama lah kita insaf .Sekian

Sumber : http://tanya-ustaz.blogspot.com/

____________________________________
* KULLU NAFSIN ZA-IQATULMAUT *

Countdown : 2 Days More...

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Apa khabar semua teman-teman?..Sihat belake ke?..Sesapa yang ditimpa musibah kesihatan ke apa ke, salam takziah...innnalillahi wainna ilahi roji'un...Ermm..skema jek ayat intro..haha...Adoii lah...

Sekarang ni nak kata nervous, tak ada lah jugak..Nak kata tak nervous, nervous lah jugak..Tapi orang kata, dok tengah-tengah kan lagik bagus...Seimbang, sama rata...Dok nervous pasal apa plak ni kan??..Erm...Result SPM la...lagik dua hari, akan diumumkan...Huh...Minggu ni, ramai kawan YM yang bertanyakan keputusan SPM saya..Padahal lum keluar pun lagik..Last nya, diorang yang kena tanya balik ngan saya, Lembaga mana yang beritahu keputusan SPM dah kuar dah??..Haha..Lepas tu barulah diorang tanya balik, tak kuar lagik ek...Haha...Geli hati rasa walaupun ngah nervous jugak..hehe

Tak kurang jugak, ramai yang tanya nak tanya berkenaan dengan course lepas ni..Nak pilih apa kan...Erm...Kalau ikut perancangan sebelum ni, memang menjurus kepada MEDIC Timur Tengah la...Tapi ramai plak yang kasi pendapat..Ada yang cadangkan dentist, farmasi, pengajian Islam ( ada gaya ustazah ke )..haha..dan macam-macam lagik ar..Apa pun, hanya boleh jawab, tengok dulu result nanti macam mana, n rezeki saya di mana..Hehe..Moga-moga dapatlah course yang saya nak...DENTIST...hehe..amiiiiin InsyaAllah...

Hujung minggu ni hujung minggu yang menyibukkan..Pasal tak ada kat rumah...hehe..Nak pi mana ek??..Nak pi KL...bukan kandang lembu ek, tapi Kuala Lumpur..padahal setiap hari dok pi KL tu..Kampung Losong..haha...KL jugak kan tu...hehe..Malam lepas dapat result SPM tu, terus naik bas bertolak pi sana...Pasal nak kahwin...Ehhh silap..cousin nak kahwin..haha...Tersasul plak...Berangan betul, umur baru gak 18...huhu..Adoii la..Lepas tu, ahad malam baru lah balik sini plak dengan flight..Pasal nak cepat kan. Nak kejar masa nak isi borang pulak lepas tu, nak fotostat dan amik pengesahan sijil lagik..Aishhh..Selepas beberapa bulan dok rehat kat rumah, tak ada wat pe, nak pi kursus pun rasanya malas dah..Haha..Ni lah time nya nak sibukkan diri pulak uruskan pengajian lepas nie...

Apa pun..Tak sabar dah nak tunggu hari Khamis ni, nak pi amik result, then nak jumpa kawan2...rindu lah kat korang semua...Nak-nak yang sekelas, dah lama tak jumpa n tak contact..uhukkk...Rindu lah, yang pi PLKN plak, esok baru lah balik...ermm..Rindu kat athirah, wawa, maha, matuz, sya, wan sya, umi, lynn, ain, husna, asmaa, sarah, anis, alia, yuni, ella, hazirah, karimah, n syukk...adoii...cukup 19 orang perempuan dalam sekelas..haha...yang lelaki plak...dari tepi..ipan, loqman, azwari, raja zharif, merg, izaan, amir, afzal, wan loqman, n fadhli...Erm..cukup 30orang sekelas campur ngan saya..haha..mujur ingat lagik nama kawan-kawan sekelas kan...Lama tak jumpa diorang, ramai gak yang kena pi PLKN..jadi lost contact dulu buat sementara, last jumpa, time wat reunion sebelum diorang pi PLKN kan...Hepiii...



Apa pun, semoga semua keputusan yang akan kita dapat cemerlang dan terbaik untuk diri kita semua k...SHAMS( Sheikh Abdul Malek School ) Cemerlang, Gemilang dan Terbilang..InsyaAllah...

Keputusan SPM..12 MAC 2009

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Dah lama tak update blog ni...Rasanya nak kata bz pun, tak ada lah bz mana pun..tapi rasa macam tak ada mood lagik nak update blog, nak menaip post apa.hehe...Kesian plak kat blog ni, tuan punya buat tak layan jek kan..adoii..hehe

Hari ni baru lah rasa nak menaip kat blog ni..Walaupun memang sebelum ni memang rasa nak update blog dan hantar post baru..Tapi memandangkan kesihatan diri yang kurang sihat, jadi mood untuk mengupdate blog ni rasanya melayang hilang pergi entah ke mana..haha..Alhamdulillah hari ni bolehlah dikatakan dah sihat sepenuhnya, batuk semua pun dah ok..yang paling lambat nak sembuh, batuk lah..tapi tak pe..ujian kan..Firman Allah dalam Al QUran...sesiapa yang apabila ditimpa musibah hendaklah mengucapkan 'innalillahi waiina ilaihi ro-ji'un...

Setiap kejayaan dan kegagalan atau apa sahaja yang berlaku dalam hidup kita, tidak lain hanyalah untuk menguji tahap keimanan dalam diri kita..melatih diri kita menjadi kuat dan sebagainya...

Erkkk..rasa macam dah lari dari tajuk yang nak disampaikan tu..hehe
Setelah lebih kurang tiga bulan dok bercuti, melepak kat rumah menunggu keputusan SPM..Akhirnya dan nak tiba hari keputusan SPM dikeluarkan..Sebelum ni banyak dengar tarikh result kuar..ada yang kata bulan februari lah..tapi rasa macam tak munasabah je kerana terlalu awal kan..sekarang barulah tarikh tu diconfirmkan...

Ermm..perasaan sekarang dah bercampur aduk dah..Dok countdown bilangan hari yang tinggal je ar sekarang ni..Bayangkan..ni baru hanya nak menunggu keputusan SPM, dah cukup berdebar semuanya..bayangkan kalau umat manusia ni telah diberitahu bila tarikh kita akan mati..macam mana lah perasaan kita semua kan??Macam mana persediaan yang kita akan buat kan..Ermm..MasyaAllah...

Apa pun kepada semua candidate SPM 2008, kepada kengkawan semua, tawakkal je lah kepada Allah mengenai keputusan kita nanti..Janganlah terlalu mengharapkan agar kita mendapat kejayaan yang cukup cemerlang untuk diri kita, tapi banyakkan berdoa, solat hajat agar kita semua dikurniakan keputusan yang baik untuk diri kita, yang memenuhi keperluan hidup kita...

Sebab apa..nanti kalau kita terlalu berharap untuk mendapatkan straight A, kemudian kita tak dapat straight A, dirisaukan kita akan kecewa dengan keputusan tersebut..padahal kita sebagai hamba, wajib bersyukur dengan setiap apa yang Allah kurniakan kepada diri kita, tak kira musibah ke kejayaan ke..Alhamdulillah 'ala kulli hal..dirisaukan jugak, nanti kita akan menyalahkan Allah atas keputusan kita tu nanti...nauzubillahi min zalik...semoga kita semua terhindar daripada itu semua kan..emm...

Apa pun...last but not least...semoga kita semua dikurniakan keputusan yang terbaik untuk diri masing-masing...bersyukur dengan setiap apa yang terjadi..jangan nanti dapat keputusan yang kurang baik, kita dah pun kecewa..kerana Allah dah mengaturkan semuanya yang terbaik dah untuk diri kita, apa yang kita perlukan kekadang tidak baik untuk diri kita..Firman Allah..Kekadang apa yang kita benci sesuatu,akan mendatangkan kebaikan untuk diri kita..Kekadang apa yang kita suka tu akan mendatangkan keburukan untuk diri kita.. Jadi...bertawakkallah...Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang bertawakkal...

________________________________________
* ALHAMDULILLAHI 'ALA KULLI HAL *