Kematian...!!

Ulama’ berpendapat tanda-tanda ketika hampirnya seseorang itu akan mati adalah ada dan benar , hanya ketakwaan kita sahaja yg dapat membezakan kepekaan terhadap tanda-tanda ini. Diriwayatkan bahawa BAGINDA s.a.w menceritakan secara langsung kesukaran menghadapi sakaratul maut dari awal hingga akhir kepada ahli keluarga dan sahabat –sahabat baginda .

Imam Al Ghazali r.a diriwayatkan memperolehi tanda-tanda itu dan beliau bersedia menghadapinya secara bersendirian ,Ajaibnya beliau menyediakan dirinya dengan persiapan seperti mandinya ,kafannya sekali , SUBHANALAH. Cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau terpaksa memanggil abangnya iaitu IMAM AHMAD BIN HANBAL untuk menyambung tugas menyempurnakan pengafanannya.

Beliau wafat ketika Imam Ahmad bin Hanbal bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya .Adapun riwayat-riwayat ini menunjukkan Allah s.w.t tidak pernah menzalimi seseorang ,Tanda-tanda ini dikurniakan kepada UMAT ISLAM supaya dapat bertaubat sebelum sampainya ajal.

Tanda-tanda yg saya akan sebutkan ini hanya akan dikurniakan kepada orang Islam sahaja ,adapun orang kafir tanda-tanda ini tidak dikurniakan ,malaikat akan terus menyentap nyawanya dengan sentapan yg dahsyat

Tanda 100 hari sebelum mati

‘ Tanda pertama drp ALLAH ini akan berlaku selepas waktu ASAR ,dikurniakan kepada sesiapa yg dikehendaki ,walaubagaimanapun semua orangISLAM akan merasainya ,Cuma yg membezakan samada seseorang itu sedar atau tidak sahaja . tanda ini akan hilang apabila seseorang yg menerima tanda tersebut menyedari yg dia telah dikurniakan akan tanda mati tersebut

“ tanda yg saya maksudkan ialah seluruh tubuh dari hujung rambut ke hujung kaki akan menggigil atau bergetaran ,seseorang yg mengalami tanda ini akan berasa nikmat dan bagi mereka yg sedar mereka akan segera bertaubat dan membuat persiapan mati ,bagi sesiapa yg tidak sedar dan menganggap ini adalah perkara biasa ,tanda ini akan berlalu tanpa sebarang manfaat kepadanya ,mereka akan terus leka dibuai oleh dunia”

Tanda 40 hari sebelum mati

Tanda yg kedua ini berlaku sesudah ASAR .Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut . Pada ketika ini daun yg tertulis nama kita di pohon yg terletak di ARASH ALLAH jatuh, lalu dikutip oleh malaikat IZRAIL ATAU MAUT . Maka selepas itu malaikat maut akan membuat persediaan utuk mencabut nyawa orang tersebut ,.Malaikat maut juga akan mengikut orang tersebut sepanjang masa . kadang –kadang dia akan memperlihatkan wajahnya sepintas lalu dan kepada orang yg terpilih mereka akan merasa bingung seketika.


Tanda 7 hari sebelum kematian

Tanda yg ke 3 ini hanya dikurniakan kepada orang yg diuji musibah kesakitan di mana orang yg sakit yg tiada selera makan ,tiba-tiba selera untuk makan.


Tanda 3 hari sebelum mati


Pada ketika ini diri kita akan merasai denyutan dibahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini kita dapat kesa maka berpuasalah kita supaya perut kita kosong dan tidak banyak najis ( memudahkan orang lain menguruskan jenazah kita) . Tanda-tanda lain seperti mata hitam sudah tidak bersinar dan bagi orang yg sakit hidung ,hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ianya dapat dikesan sekiranya hidung itu dilihat melalui cermin pada sebelah sisi ,Telinga pun layu yg mana pada bahagian hujungnya akan beransur-ansur jatuh kedlm . telapak kakinya yg terjulur perlahan-lahan jatuh ke hadapan dan sukar ditegakkan


Tanda 1 hari sebelum mati

Juga berlaku sesudah ASAR di mana kita akan merasakan satu denyutan di diubun-ubun ini bermakna kita tidak akan berjumpa asar keesokkan hari!

Tanda akhir ketika hampir mati

Akan berlaku keadaan sejuk dibahagian pusat ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke halkum .ketika ini dengan rahmat ALLAH taala ucaplah 2 KALIMAH SAHADAH dan berdiam diri ,menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita bertemu dengan tuhan yg menghidupkan dan mematikan kita iaitu ALLAH s.w.t

Kita patut sedar yg ada pada diri kita ialah kefakiran ,kefasikan , kekufuran ,dosa dan maksiat . Bagaimana kita hendak menyedari perkara itu sekiranya kita asyik dengan hiburan yg melampau dan melalaikan. Sama-sama lah kita insaf .Sekian

Sumber : http://tanya-ustaz.blogspot.com/

____________________________________
* KULLU NAFSIN ZA-IQATULMAUT *

0 komenan anda..la la: