Sweet 18...Meningkat Usia...

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Dengan tanpa segan silunya nak nyanyikan untuk diri sendiri..haha...

Allah selamatkan saya...
Allah selamatkan saya...
Allah selamatkan puteri norain azira...
Allah selamatkan saya...

Hepi besday to me...
Hepi besday to me...
Hepi besday to puteri norain azira...
Hepi besday to me...

30 Mac 2009.. Genap dah umur saya 18 tahun mengikut tahun Masihi. Kalau ikut tahun Hijriah, tahun ni dah umur 19. Hehe. Sekejap saje rasa, teringat zaman kanak-kanak dulu, main-main dengan kawan-kawan. Ganas juga masa kecik dulu, ada jugak main bola bayang ( tahu ke tak?? ), tangkap ikan dan sebagainya. Bestnya. Zaman kanak-kanak, zaman bermain je. Semua tak ada masalah kan. Hanya fikir nak bermain saje, kekadang sampai tak ingat nak makan sebab terlalu asyik nak bermain.

Apa pun, rasa macam sekejap je, dah pun berumur 18 tahun. Alhamdulillah, masih diberi nikmat Islam dan nikmat Iman serta diberi peluang untuk terus bernafas di bumi Allah.

18 tahun hidup di bumi Allah, pelbagai dugaan dan cabaran dilalui. Tetapi tentunya masih ramai lagi yang ditimpa dugaan dan cabaran yang lebih hebat dan besar daripada saya. Alhamdulillah Alhamdulillah dan Alhamdulillah, walaupun dirasakan banyak cabaran dan dugaan yang terpaksa ditempuhi, nikmat yang Allah kurniakan kepada diri kita melebihi lagi daripada itu. Kerana sifat Ar Rahim dan Ar Rahman Dia.

Lepas ini, saya akan tempuhi dunia baru ( aik..macam tajuk cerita pulak ). hehe. Dunia di universiti, yang belum tahu pun lagi kat mana. hehe. Tapi, beribu cabaran besar sudah pun menanti, membiasakan diri, bukan lagi bergelar pelajar sekolah. Semoga diri saya sentiasa istiqamah dalam ajarannya, tidak mudah hanyut dengan gejala so sial ( sosial ) remaja kini, dan sebagainya. InsyaAllah..

Apa pun, terima kasih kepada semua kawan-kawan yang mengingati besday saya. Yang paling awal wish, Akhi Lisam ( bangga pakcik lisam ada nama dia ), tepat pukul 12malam. Hehe. Terima kasih kepada yang wish kepada saya, sama ada hantar kad, YM, sms, PM, Friednster dan emel saya. Syukran kathiran, barakallahu lakum..Amiiin...

Puisi yang saya copy dari blog seorang sahabat..


"di hari ini
roh dan jasad bertemu
insan kecil bersih terjaga dari mimpi
diiringi alunan merdu qamat
menangis garang menolak takdir
agar terselamat dari alam fana ini

siapa tahu
dihari ini sikecil yang menangis tadi
sudah mampu mengukir senyuman
dalam dakapan insan bergelar ibu
mula mensyukuri takdir diri
dalam limpahan kasih suci

di hari ini
berdirilah insan disatu garisan permulaan
pengembaraan dalam mencari rahsia kelahirannya
mengilit segebar kanvas putih sebagai taruhan
bersarungkan agama dan maruah diri
melangkah penuh waspada

dihari ini
insan menangis lagi
bila sesekali lukisan dicemari
dicalar warna warna pahit kehidupan
oleh onak duri yg mengganas
disepanjang perjalanan
bersujud insan kebumi
haruskah diteruskan perjalanan ini

pesan pengembara tua tidak penah menyepi
teruskan langkahmu insan
pijak duri bisa itu
kerana disitulah tersimpanya tangga keramat
yang akan membawamu ke kota keamanan
dan berehatlah disana untuk seketika
jangan terleka disini

di hari esok
bahang mentari akan membakari kulitmu lagi
jangan sesekali kau sesali teruskan perjalanan mu
taufan akan bertiup kencang
hujan akan terus membanjiri jalan jalan mu
demi sumpah sucimu
jangan kau berpaling kebelakang
terjagalah insan bersinarlah matanya

dihari ini
insan tersenyum riang
air mata silam mula membeku menjadi titian
duri duri semalam bertukar menjadi bunga
melakari wajah wajah indah
pada kanvas yang sekian lama menyepi
insan mendongak mensyukuriNYA
jangan terleka dikota ini

dihari ini
insan melangkah tenang
menuju 30 Mac 2009
sayang Happy Birthday.....

_________________________
* YAUMUL MILAD *

5 komenan anda..la la:

salam...
hepi besday..
smoga Allah merahmati akak wlau dlm apa jua perkara..
moga akak trus sukses dunia akhirat..
amin..
: )

 

budak besar..
cepat2 la kahwen, kan dah besar..
nanti tak laku..
padan muke..

nak hadiah, sebab wish paling awal..huhuhuu

dihari ini
insan melangkah tenang
menuju 30 Mac 2009
sayang Happy Birthday.....


hehehe...sapekah gerangan yang menghadiahkan puisi puitis nih..takleh blah tol

 

1 lagi nak komen..

SWEET 18 ??

hahaha..sweet lagi ker?
dah tua dah..tade sweet2 nih

 

assalamualaikum..wawawa..dah tua!!!

heppy belated besday...hehe...

semoga berjaya dunia dan akhirat....

 

BOLA BAYANG?? i know,,i know....
hehe

Slamat Hari Lahir, hope ur wish come true! ^_^