Sanah Helwah 19

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Alhamdulillah Ya Allah, hari ini genap 19tahun usiaku. Genap 19tahun daripada waktu waktu mama bertarung nyawa untuk melahirkan Puteri ke dunia. Ya Allah, terasa begitu sebak hari ini mengingatkan pengorbanan dan jasa mama dan abah, melahirkan diriku ke dunia biiznillah, membesarkan diriku sehingga menjadi seperti sekarang, menjaga dan mengasuh diriku, dan menatang diriku seperti menatang minyak yang penuh. Begitu besar sekali pengorbanan mama. Berkorban dan bertarung dengan nyawa untuk melahirkan diriku.

Teringat cerita mama. Sewaktu mama mengandungkan diriku, pergi scan di klinik, Alhamdulillah kerana pada masa itu, doktor memberitahu bahawa insyaAllah anak yang bakal dilahirkan berjantina perempuan. Mama dan abah sangat gembira kerana ketika itu sudah ada dua orang putera. Sampaikan abah yang memang pandai menjahit, sanggup menjahit semua keperluan untuk menyambut bayi seperti cadar, sarung bantal, hias katil dan sebagainya sampaikan tak rehat mana pun. Hanya berhenti untuk solat, makan, mandi dan keperluan yang lain. Sangat terharu dengan cerita ini. Terima kasih mama dan abah.

Doakan anakmu ini menjadi anak yang solehah yang dapat membantu mama dan abah di akhirat kelak. Anakmu ini tidak mahu menjadi penambah dosa kepada mama dan abah. Aku mahu membuatkan kalian bangga dan gembira. InsyaAllah.

Terima kasih mama, abah atas ucapan ingatan ulangtahun kelahiran. InsyaAllah, anakmu ini akan terus menjadi tonggak kekuatan mama dan abah sepertimana yang mama dan abah ucapkan dalam ucapan itu. InsyaAllah, anakmu akan berusaha untuk mencapai cita-cita dan menggembirakan hati mama dan abah. InsyaAllah anakmu akan berusaha untuk menjadi anak yang solehah. Hanya memohon doa dan restu daripada mama dan abah agar dipermudahkan segala urusan anakmu ini, mendapat kejayaan di dunia dan akhirat.

Ya Allah. Hari ni rasa sangat terharu dan gembira. Kerana ramai sahabat-sahabat krew iLuvislam.com dan jugak sahabat-sahabat sekolah dulu yang tidak lupa untuk memberikan ucapan dan mendoakan diriku. Terima kasih semua atas ingatan kalian. Sungguh, hanya Allah yang boleh membalas untuk kalian dan semoga Allah memakbulkan doa-doa kalian.


Pagi tadi jugak, tetibe my little cousin, yang sangat rapat ngan dia, Bob, datang rumah dan kasi kek. Dia kata, untuk Besday Kak Ain.. Waa, baik hatinya dia. Alhamdulillah, mungkin dia ingat dan faham yang Puteri selalu berikan dia barang-barang, baju, seluar, kasut, pistol, senapang, puzzle dan sebagainya untuk dia. Sebenarnya, tak ada pun plan nak sambut ke apa besday kali ini. Cukup hanya sekadar ingatan dan doa. Tapi si Bob belikan kek pulak, ajak ayah dia belikan. Terima kasih Bob, walaupun Bob tak pandai lagi membaca, hanya pandai sebut huruf-huruf..Haha..Kat bawah ini ada gambar si Bob, dan kek yang dibelikan.



Dan entah siapakah hamba Allah yang telah bukak thread baru di forum iLuvislam.com untuk wish besday Puteri? Curious, pasal hamba Allah ini membuka thread tersebut dan membuatkan seolah-olah diri Puteri sendiri yang bukak thread tersebut dan wish untuk diri sendiri. Dan hamba Allah ini telah copy paste posting Puteri daripada dalam blog untuk posting semasa besday tahun lepas. Namun, dengan bantuan Akhi Lisam yang cuba kesan IP yang hamba Allah tu guna, hamba Allah itu dari Cairo, Egypt. Entah siapalah orang ini. Kalau ada yang nak mengaku, silalah contact dengan Puteri sendiri, baru dimaafkan. Haha.

Akhirul kalam, semoga Allah membalas segala kalian dengan pahala. Syukran awi. Barakallahu lakum.

Wallahu A'lam

Siapa Lebih Hebat?

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Sedikit perkongsian artikel yang dicopy paste dari www.iLuvislam.com. Semoga kita semua mengambil iktibar dan pengajaran daripada kisah ini. InsyaAllah.


Pada suatu hari, ada seorang buruh yang bekerja mengumpulkan batu-batan di sebuah gunung. Batu-batu yang diambil nanti akan digunakan untuk membuat rumahnya. Bagi memperoleh batu-batu di gunung itu, si buruh perlulah memecahkan batu-batan besar yang terdapat di gunung tersebut. Ketika buruh itu sedang melakukan kerjanya, cuaca sangat panas sehinggakan buruh itu terpaksa menanggalkan pakaiannya untuk menyejukkan badan.

Pada masa yang sama Si Matahari telah ketawa keriangan “Haha.. Betapa hebatnya aku, aku boleh memanaskan bumi sampaikan Si Buruh itu pun menanggalkan pakaiannya kerana terlampau panas kerana cahayaku”. Sejurus sahaja Si Matahari berkata demikian, Si Awan pun datang dan menutup cahaya Si Matahari daripada terus ke bumi.

Si Buruh pun berasa sangat lega sekali kerana cuaca menjadi mendung. Maka hilanglah kehebatan Si Matahari memanaskan bumi. Si Awan berkata kepada Matahari “Hai Matahari, aku lagi hebat daripada kau, kau boleh memancarkan cahaya kau, tetapi aku yang menghalangnya. Haha...”, kata Si Awan dengan angkuhnya.

Keriangan Si Awan tidak lama, tiba-tiba Si Angin telah datang dan menolak Si Awan ke tempat lain. Hilanglah kehebatan Si Awan. Si Angin pula berteriak kepada Si Awan “Sehebat kau menghalang cahaya Si Matahari, hebat lagi aku menolak kau, sekarang akulah yang paling hebat!”, teriak Si Angin. Si Angin pun menyusur dengan laju menunjukkan kehebatannya. Tetapi malang tidak berbau, Si Angin terlanggar dengan Si Gunung lalu berkecailah Si Angin dengan keangkuhannya itu.

Melihat kehebatannya menghalang Si Angin, Si Gunung pun membanggakan diri kepada Si Matahari dan Si Awan. “Aku telah mengalahkan Si Angin yang angkuh, siapa pula yang hebat sekarang ha?” Si Gunung berasa dirinya yang hebat antara semua. Si Matahari dan Si Awan berasa malu dan bersalah di atas keangkuhan mereka tadi. Tiba-tiba Si Gunung menjerit kesakitan menyebabkan Si Matahari dan Si Awan pun terkejut. Rupa-rupanya Si Buruh sedang memecahkan batu di kaki gunung. Si Gunung berasa sangat marah kepada Si Buruh tetapi apakan daya, dia tak dapat berbuat apa-apa. “Hai...nampak gayanya tak ada yang lagi hebat..”, kata Si Matahari dan Si Awan dengan nada sinis kepada Si Gunung.

PENGAJARAN :

Kisah di atas menunujukkan kita sebagai makhluk Allah S.W.T tidak berkuasa sama sekali.Si Buruh berasa panas disebabkan Si Matahari. Si Matahari dilindungi oleh Si Awan. Si Awan pula ditolak oleh Si Angin. Si Angin dihalang oleh Si Gunung. Akhirnya Si Buruh juga yang menyakiti Si Gunung.

Allah S.W.T tidak menciptakan kita sebagai makhluk-Nya sebagai sia-sia. Semuannya diciptakan hanyalah untuk beriman kepada Allah. Setiap daripada kita melengkapi antara satu sama lain, tidak ada yang kurang dan tidak ada yang lebih, semuanya adalah sama sahaja. Tidak ada yang lebih hebat melainkan Allah S.W.T.

Wallahu A'lam

Lahirnya Ke Dunia...

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Salam juang untuk semua sahabat-sahabatku semua. Apa khabar iman? Apa khabar diri semua? Semoga kalian sentiasa dalam rahmat Allah, insyaAllah.

Alhamdulillah, setelah 19 hari mak saudara Puteri dimasukkan ke wad, baru hari ni dibenarkan keluar. Mak saudara dimasukkan ke wad lebih awal untuk bersalin kerana doktor mengesan ada sedikit masalah pada jantung makcik. 14 Mac 2010, lahirlah anak kelima beliau, merangkap sepupuku. Dengan nama Tengku Ahmad Fahmi Alauddin B Tengku Ahmad Zaidi. InsyaAllah semoga nama yang diberikan dengan maksud Kefahamanku Ketinggian Agama, semoga Fahmi Alauddin menjadi seorang yang alim dan tinggi ilmu agama, amiiiin. Setelah berusia 10 hari, baru Puteri berpeluang melihat muka comel baby ni, sempat mendukung dan mendodoi si Fahmi petang tadi. Hehe.

Apabila lahirnya anak adam ke dunia, disunatkan untuk azan di telinga bayi supaya si bayi ini mendengar kalimah suci sebagai kalam pertama yang didengari di dunia. Teringat cerita yang Ustaz pernah ceritakan sewaktu di sekolah dulu. Ustaz pernah berebut dengan nurse di hospital apabila isteri beliau melahirkan anak tersebut. Nurse berebut untuk membersihkan bayi tersebut, tapi Ustaz berkeras mahu mengazankan anaknya terlebih dahulu. Alhamdulillah, anak tersebut diazankan terus di dalam bilik bersalin tersebut. Kata ustaz, sepatutnya, terus mengazankan bayi tersebut supaya terus mendengar kalimah suci Allah, bukannya dah mendengar banyak percakapan, perbulan dan gelak tawa daripada orang lain baru diazankan. Ustaz cakap, memang nampak kelainan pada anak tersebut apabila sudah besar. Lebih islamik la.

Kenapakan seseorang hamba itu diciptakan? Untuk tujuan apa seseorang itu dilahirkan? Manusia itu diciptakan tidak lain dan tidak bukan adalah untuk beribadah kepada Allah. Apa-apa sahaja yang kita lakukan dalam hidup ini merupakan ibadah kita kepada Allah jika melengkapi syarat apa semua. Contohnya, kalau kita bermain bola, boleh dikatakan ibadah sekiranya kita berniat kerana Allah, mendapat kesihatan fizikal dan mental untuk mempersiapkan diri kita untuk solat dengan lebih khusyu'. Kalau lakukan perkara dengan ikhlas kerana Allah, insyaAllah akan mendapat pahala. Lakukanlah kebaikan walaupun sekecil mana, sekiranya tidak mendapat apa-apa manfaat pun di dunia, insyaAllah manfaat yang besar kita akan dapat di akhirat kelak. Jangan takut dan berkira untuk menyumbang tenaga, masa, wang dan segalanya untuk membangunkan dakwah Allah, kerana nanti semuanya akan menjadi saham untuk kita masuk ke syurga.

Sebelum berundur diri kali ni, nak ambil kesempatan nak mengucapkan Eid Milad, Selamat Hari Lahir yang ke-23 kepada Bro Imran Koyube, Presiden iLuvislam.com pada 24 Mac 2010. Semoga Bro Im sentiasa sihat walafiat, berada dalam lindungan rahmatNya sentiasa, mendapat kejayaan di dunia dan akhirat, dipermudahkan segala urusan dalam menggerakkan dakwah kepada ummah serta diberikan kekuatan dalam segala gerak kerja dan mendapat keberkatan daripadaNya. Semoga segala pengorbanan yang Bro Im lakukan dicatat sebagai pahala. Amiiiin. InsyaAllah, terus komited mencapai visi kita, " To be the world's leading Islamic media of choice "." May Allah reward us Jannatul Firdaus "..Kata semangat daripada beliau..."Together WE make history for OUR ummah.."InsyaAllah, biiznillah...

Barakallahulakum..
Wallahu A'lam

Kenangan Di Pesta Buku PWTC

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Apa khabar semua? Diharap semuanya sihat dalam lindungan rahmat Allah, insyaAllah. Alhamdulillah diriku masih lagi diberikan nikmat sihat, masih terus bernafas di muka bumi Allah untuk meneruskan amanah dan tanggungjawab sebagai hamba Allah dan khalifahnya.

Alhamdulillah lagi kerana diri ini telah berjaya menamatkan Asasi Sains di UiTM Shah Alam setelah setahun bergelar mahasiswa. Sekarang menunggu keputusan Final Exam untuk menentukan ke mana arah tuju dan kursus apa yang bakal diambil selepas ini. Semoga saya berjaya mendapat kursus yang diharapkan sebelum ini, mohon doa daripada sahabat-sahabat.

Sekarang saya menghabiskan cuti di rumah, di Terengganu. Tak ada plan lagi nak buat apa. Tapi insyaAllah akan menggunakan masa cuti ni untuk menebus balik masa yang saya tinggalkan untuk membuat tugas di iLuvislam. Masa cuti ni, insyaAllah akan menjalankan tugas biasa sebagai moderator, then ditambah pula nak kena pilih thread dari forum iLuvislam untuk dimasukkan ke dalam tabloid iLuvislam, kemudian menjadi Setiausaha Event Team, tugas yang paling mencabar kot.. Mohon tunjuk ajar daripada sensei Aina..Haha..

Hari Rabu lepas, setelah tamat final exam, malam tu dok melayan movie dengan roomate. Sampai pukul 3 pagi kot baru tidur. Then, hari Khamis meneruskan plan awal, nak pergi main ice skating di Sunway Pyramid. First time main, bimbang jugak kalau terjatuh then cedera, tapi Alhamdulillah dapat stabilkan diri dan skating laju2. 4 jam bermain, memang kepenatan, sampai kejang rasa kaki. Balik malam tu, memang kepenatan. Habis lenguh2 kaki dan tangan pasal dah lama tidak exercise. Tapi pengalaman tu memang best sangat.

Hari Jumaat plak, Kak Masyitah datang ambil Puteri seperti yang dijanjikan. Then terus pergi ke PWTC, nak pergi Kuala Lumpur International Book Fair. Dalam perjalanan nak pergi PWTC, masa di highway, nasib baik Kak Masyitah tak bawak laju sangat kereta. Pasal tetiba ada sebuah lori ni, tayar di pecah then tayar tu terbang. Haha. Kalau laju, memang sah2 kena kat cermin depan kot. Adoi. Alhamdulillah selamat. Sampai je dalam PWTC, terus cari kat mana tempat booth iLuvislam. Tapi singgah je la, pasal tak plan pun nak pergi PWTC hari Jumaat, sepatutnya pergi hari Sabtu. Puteri dengan Kak Masyitah then pusing-pusing dalam PWTC tu, meninjau gerai-gerai yang ada. Memang agak ramai la. Dan penat tu, then balik, tidur kat rumah Kak Masyitah.

Hari Sabtu pagi, pergi lagi ke PWTC seperti yang dirancang. Adeii. Dah la membawa baggage pasal nak terus bertolak ke KLIA lepas balik dari PWTC tu. Nasib baik ada sepupu Kak Masyitah yang rela hati bawak beg tu. Thanks ye dik, lupa plak nama apa..Hari kedua KLBF ni, memang agak sesak dengan orang memandangkan hari tu merupakan hari minggu dan jugak hari cuti sekolah. Ramai ibu bapa membawa anak-anak mereka ke sini.Sampai di booth iLuvislam, disambut oleh Bro Imran, presiden iLuvislam.com. Kemudian, ditanya sama ada nak buat direct selling ataupun nak jaga booth? Mula-mula pilih nak jaga booth je, tapi macam boring plak. So, ajak Kak Masyitah buat direct selling. Selepas diberikan penerangan oleh Bro Imran, ada 5orang yang akan membuat direct selling. 4 perempuan dan seorang lelaki. Puteri dengan Kak Masyitah, Najah dengan kawannya dan Akh Kamarul.

Then bergerak cari port yang sesuai nak jual tabloid iLuvislam dan jugak untuk memperkenalkan iLuvislam.com kepada lebih ramai orang. Walaupun pada mulanya, rasa macam merah je muka pasal orang asyik pandang. Dah la ni pengalaman pertama nak buat direct selling. Tapi bila dah start sket2, ada pengunjung yang ternampak kami, then datang tanya pasal tabloid ni, alhamdulillah dah jadi yakin untuk meneruskan jualan ni. Sekejap sahaja, dah habis 17 tabloid iLuvislam dijual. Kemudian, terpaksa turun ke booth untuk mengambil stok. Akh Kamarul dan Kak Thuaibah jugak ikut kami kali ini dengan membawa lebih banyak tabloid. Kali ini, memang agak laris jualan berbanding yang pertama tadi, berkat usaha kerjasama kami kot. Mereka yang mula-mula rasa segan nak buat direct selling pun dah jadi makin yakin. Tak tahu lah berapa kali Akh Kamarul ulang alik turun naik escalator pasal nak pergi ambil stok yang dah habis. Dah pukul 1.30 macam tu, kami pun balik ke booth iLuvislam walaupun pada mulanya Bro Imran suruh balik pukul 1.00, tapi seronok buat jualan, sampaikan tak sedar.

Sampai di booth, Kak Masyitah yang mencatat rekod jualan memberitahu yang tabloid terjual tadi sebanyak 115naskhah dengan hasil jualan RM198.50. Agak terkejut, Alhamdulillah sangat-sangat. Semasa menjual tabloid tersebut, ingatkan ramai remaja. Tapi ramai jugak makcik-makcik2, adik-adik sekolah rendah dan golongan dewasa yang tahu mengenai iLuvislam. Ada yang bila ternampak tabloid ni, baru tahu yang iLuvislam.com sudah mempunyai tabloid sendiri. Semasa kat booth, rasa macam segan plak apabila ada user yang mintak izin nak bergambar bersama. Tak sangka, user yang sebelum ni asyik PM Puteri, beritahu yang dia pernah ternampak Puteri di UiTM, akhirnya bersua muka di booth iLuvislam.com. Alhamdulillah, semuanya diaturkan oleh Allah.

Dalam pukul 3.30petang, orang yang ditunggu-tunggu untuk Puteri berjumpa sejak pagi, akhirnya ketemu jua. Walaupun dah lebih setahun kenal di alam maya, asyik menyakat dan berbual di YM, dalam Warung Makngah, kemudian dengan izin Allah kami dapat berjumpa. Thanks Kak Mira. Walaupun baru sampai dari India, belum jumpa parents pun lagi, tapi terus turun ke PWTC untuk berjumpa dengan krew iLuvislam. Gembira sangat kerana akhirnya dapat berjumpa dengan Kak Mira secara live, bukan dalam online lagi dah.

Pukul 4 lebih, terus berkemas-kemas dah pasal nak bertolak ke KL Sentral plak. Terima kasih kepada Kak Masyitah sekali lagi dan Kak Fatin pasal sanggup temankan Puteri dari PWTC pergi ke KL Sentral, then naik bas pergi ke KLIA. Walaupun kalian dah penat, lenguh dan sakit kaki, tapi masih menguatkan diri nak temankan Puteri. Rasa terharu sangat masa tu. Kemudian berlaku insiden yang melucukan dalam bas nak pergi ke KLIA. Haha. Kak Masyitah..Kak Masyitah, selalu sangat buat Puteri rasa nak tergelak. Maaf ye Kak..Kalau teringat, mesti senyum sorang-sorang je. Adoiii..

Alhamdulillah dalam pukul 9malam, sudahpun sampai di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Terengganu. Ermm..

Kenangan bersama krew-krew iLuvislam memang banyak. Banyak pengalaman yang dapat dikutip apabila bersama kalian. Walaupun ramai yang lebih senior umurnya dari Puteri, banyak yang Puteri boleh belajar. Memang diakui, berada dalam kalangan krew iLuvislam, banyak yang dipelajari. Ukhuwwah yang dibina bukan sekadar sahabat biasa, tapi melebihi segalanya. Sangat terkesan di hati ukhuwwah yang dibina ini. Berada dalam krew iLuvislam jugak mematangkan diri Puteri, pemikiran dan sebagainya, menambah keyakinan diri. Sebelum ini, memang Puteri agak segan nak contact-contact orang, nak follow up nak buat kerja, nak mintak sponsor apa semua, tapi dari Event Team, Puteri dapat keyakinan ni semua walaupun kita berurusan dengan bukan calang-calang orang. Dari Forum Team, pemikiran Puteri jadi makin matang. Dalam nak menolong user, kita akan kerahkan fikiran kita memikirkan bagaimana caranya nak menolong mereka, bagaimana nak menyelami masalah mereka, bagaimana nak melayani kerenah user dan sebagainya. Rasanya, memang tak terkira indahnya berada dalam krew iLuvislam.com.

Mungkin dulu, kita tak terfikir pun yang kita semua akan berjumpa secara offline, mungkin hanya impian kita sahaja untuk bertemu secara offline. Kita hanya berhubung melalui online, di YM, dalam forum, dalam YG dan sebagainya kerana krew iLuvislam bukan semuanya berada di Malaysia. Ada di Indonesia, ada di India, Mesir, Jordan, UK, Australia, dan banyak lagi. Tapi dengan izin Allah, berkat usaha pengurusan-pengurusan, mereka-mereka yang terlibat, kita boleh berjumpa. Memang indah kalau dikenang kembali dari mula-mula menjadi krew iLuvislam sehingga sekarang. Banyak sangat pengalaman indah dan pahit. Tapi itu asam garam dalam kehidupan. Kalau semuanya manis dan indah, tidak bermakna lah hidup kita.

Jauh pulak merepek kali ini. Nanti lah sambung di lain posting pulak ye. Dalam menjalani kehidupan seharian, jangan sesekali kita lupakan Allah. Buat segala perkara dimulakan dengan basmalah, insyaAllah mendapat berkat dariNya..

Wallahu A'lam

Penyepian Yang Begitu Lama

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum Warahmatullah kepada semua sahabat sahabiah sekalian....

Memang begitu lama sangat tidak update dalam blog. Mungkin ada yang terfikir, ke mana menghilangnya tuan punya blog ni, masih hidup lagi ke? Alhamdulillah masih diberikan nikmat iman dan dapat bernafas lagi di muka bumi Allah ini..

Tidak banyak yang ingin diperkatakan dalam entry kali ni kerana kesibukan dengan perkara yang lebih penting. Mungkin hanya ingin menyampaikan beberapa berita terkini mengenai diri ini..insyaAllah.

Jawapan bagi persoalan kenapa tuan punya blog ni lama tak update blog ni. Start Disember ( lebih kurang 2minggu selepas latest entry ), laptop kena serang virus, sampai merosakkan hardisk. Jadi, lepas abang dah repair, elok sekejap. Kemudian rosak balik dan terus hantar ke pusat HP pasal masih dalam jaminan. Alhamdulillah dah ok, cuma selepas mid sem break hari tu, saban minggu akan ada test, report dan kuiz. Sampaikan tak berapa sempat nak online kerana mahu fokus pada pelajaran terlebih dahulu memandangkan sekarang ni last semester untuk asasi.

InsyaAllah, bermula 8 Mac 2010, akan bermula final exam bagi program asasi di UiTM. Dan bagi Asasi Sains akan tamat pada 15 Mac 2010, kira dah grade untuk asasi la. Hehe. Sekarang pun berada di Terengganu beberapa hari dalam minggu stadi kerana nak uruskan beberapa hal. Doakan kejayaan saya dalam fina exam ni dan jugak dipermudahkan dalam segala hal.

Dan insyaAllah pada bulan Mac ni jugak, keluarga saya akan berpindah ke Selangor, area Serdang atas urusan pekerjaan. Alhamdulillah, dapat rezeki di sana. Rasa sedih jugak nak tinggalkan Terengganu setelah 18tahun menetap, membesar dan menjalani hidup sebagai hamba Allah di negeri ini. Apa pun, berhijrah untuk kebaikan, insyaAllah.

Kat sini jugak, nak mohon maaf kepada sahabat-sahabat krew iLuvislam terutamanya moderator dan event team. Puteri tak dapat nak bagi komitmen untuk menjalankan tugas dalam sebulan ni. Rasa bersalah sangat, setiap hari terfikir, rasa sedih. Sedih pasal kurang menyumbangkan tenaga untuk tugas moderator. Dan jugak, kepada Event Team, terutama Aina, Wann dan Kak Ekinn, maaf pasal Puteri tak berapa dapat bagi komitmen untuk tugas event Seminar Muslim Super kali ni. InsyaAllah event lepas ni, puteri dah free, boleh sumbang tenaga setakat termampu. Apa yang nak dikatakan, i love you all, rindu sesangat nak berukhuwwah dengan kakak-kakak semua. Rindu dengan kenangan semasa kita bersama. Kak As, Kak Atul, Kak Ila, Amany, Kak Nisa, Kak Asma', Aina, Kak Masyitah, Kak Suhana, Kak Bibi, Kak Ina dan semua sekali. Doakan kejayaan Puteri neh..Love you..

Selalu je rasa nak bukak laptop dan online, tetapi terpaksa tahankan diri untuk fokus kepada pelajaran terlebih dahulu. Selalu teringat pesan Kak As, fokus pada pelajaran dahulu, pentingkan apa yang lebih penting. ( Bangga makngah kejap..haha ).Terima kasih kepada kakak-kakak yang sms, ym dan sebagainya kepada Puteri untuk bertanya khabar neh.

Rindu jugak sama sahabat-sahabat yang berada di oversea, sudah lama tidak mengirim khabar. Macam mana Wawa? Ina? Pina kat matriks kedah macam mana? Epy kat Kolej Sunway sihat ke? Rindu sangat kat kalian. Raihan ( sengaja tak tanya khabar pasal selalu jugak contact..haha ). Nanti tunggu Wawa ngan Ina balik Malaysia, kita buat gathering eh?

Apa lagi ek..Rasanya cukup dulu kot setakat ni untuk posting kali ni. InsyaAllah lepas final exam, saya akan kembali aktif dalam online ni. Kalau tengok dalam shoutbox kat sebelah kanan ni, ada seorang hamba yang mintak saya post gambar dalam blog ni. Dan ianya sudah pun dijawab oleh seorang yang menggunakan id Hamba Allah. Syukran.

Semoga hidup kalian, sahabat sahabiah sekalian sentiasa dalam rahmat lindungan Allah, insyaAllah.

Wallahu A'lam..