1. Apabila mendengar azan, maka bangunlah serta-merta walaubagaimana keadaan
sekalipun.
2. Bacalah Al- Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan
amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi
faedah.
3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab yang betul itu adalah
satu-satunya syiar Islam.
4. Janganlah bertengkar tentang apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang
kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.
5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa
tenang lagi tenteram.
6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan
bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
7. Jangalah bercakap dengan lebih nyaring melebihi kadar yang dikehendaki oleh pendengar
kerana pecakapan yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia malah menyakiti
hati orang.
8. Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan
dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang memberi kebajikan.
9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslimin yang ditemui kerana asas pergerakan dakwah
kita adalah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.
10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita. Oleh itu,
gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.
____________________
* SELAMAT BERAMAL *
Posted by
Unknown
0 komenan anda..la la:
Post a Comment