Jasa Bonda dan Ayahanda...

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh....

Semalam saya baru balik dari kursus keusahawanan...Alhamdulillah dapat banyak jugak ilmu yang bermanfaat dari kursus tue daripada duduk melepak kat rumah...
Apa yang nak dikongsikan hari nie plak...Masa malam tue penceramah tue pasang dua lagu untuk kitorang nyanyikan...Tapi lagu nasyid lah...Lagu Teman Sejati yang saya rasa ramai lah yang pernah dengar lagu nie...Time dengar lagu nie mulalah ingat dan terkenangkan kawan-kawan sekelas dan kawan-kawan rapat yang sudah lama tak jumpa.. Hanya dapat contact melalui sms dan kekadang melalui ym... Rindu sangat sama kawan-kawan especially kawan baik saya lah... Wawa... Huhu... Moga persahabatan kita kekal dan diredhai Allah...

Dan lagi satu lagu ialah lagu Jasa Bonda..Lagu nie tak pernah lagik saya dengar sebelum nie.. Bila dengar lagu tue memang sedih sangat ar...Memang berair jugak rasanya mata nie time dengar lagu tue... Teringat kat mama saya... Teringat banyak sangat pengorbanan mama dan abah telah buat nak besarkan saya, nak bagi keselesaan kat saya yang kekadang membuatkan diri nie leka...MasyaAllah...

Marilah kita sama-sama fikir dan renung balik banyak mana pengorbanan mak ayah kita telah buat nak besarkan kita, bagi duit kat kita, bagi kesenangan kat kita sampai kekadang diorang abaikan keselesaan untuk diri diorang semata-mata nak tengok kita selesa, mendapat apa yang kita nak, nak tengok kita berjaya... Tapi apa yang dah kita buat dan lakukan untuk balas jasa diorang... Memang diakui bahawa kita memang tak dapat nak balas semua jasa pengorbanan mak ayah kita... Tapi hulurkan lah doa buat kesejahteraan mak ayah kita, jagalah hati mak ayah kita.

Ramai remaja sekarang yang perlekehkan mak ayah kerana rasa dah besar panjang, malu kalau kawan-kawan tahu yang kita masih ikut dan dengar kata-kata dan nasihat mak ayah kita... Ada jugak yang sanggup hantar mak ayah ke rumah orang tua.. Kerana apa? Tak cukup masa nak jaga mak ayah kita, sebab nak keje, nak cari duit. Then kalau ada mak ayah yang tua nak kita jaga, nanti beban lah... Masya Allah... Mak ayah sanggup bersekang mata jaga kita masa kita kecik dulu... Kita sakit sikit, mak ayah sampai tak boleh nak tidur semata-mata nak tengok kita dapat tidur ngan selesa, tak nak kasi seekor nyamuk pun hinggap kat badan kita...

Tapi bila dah berjaya, dah besar...kita lupa apa yang mak ayah kita lakukan pada kita...Betapa luluhnya hati nie kalau tengok mak ayah kita menitiskan air mata kerana kecewa dan berkecil hati dengan anak-anak... Ya Allah, betapa kita telah menanggung dosa besar kerana telah melukakan hati mak ayah kita... Dan ingatlah apa yang kita lakukan kepada mak ayah kita akan dibalas Allah pada anak kita nanti... Jangan menyesal apabila anak-anak kita nanti melakukan perkara yang sama kepada kita seerti yang telah kita lakukan kepada mak ayah kita dulu...Nauzubillah....Fikir-fikirkanlah....

_____________________________________
* REDHA ALLAH PADA REDHA IBU BAPA *

0 komenan anda..la la: