Huhu...Kena Tag Pulak...

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Aishh..Tengah malam semalam, buka blog, tengok kat shoutbox, ada dapat TAG pulak dari budak ni. Dah ar jarang saje di tag oleh sahabat di alam maya ni. Huhu.. Kali ini dapat tag daripada TIQAXU pulak. Ada ubi ada batas, hari lain, nanti den balas. Haha.. Jom layannnnn

Upload gambar yang anda gemari dan jawab soalan di bawah...

Kenapa anda suka gambar ini??

Huhu..ikut saya lah nak suka gambar ni pun. Haha. Tak suka gambar, tapi suka kepada apa yang ada tu. emm. Nampak tenang sahaja melihat kepada pantai tu. Pantai Ajibah di Mesir. Tengok warna air itu pun dah cukup memukau saya. Sejuk mata memandang.. Kalaulah dapat tengok betul-betul di depan mata...Amiiiiinn..

Bila kali terakhir makan pizza?

Wah.. Dah tak ingat lah bila last makan pizza. Masa reunion dengan kawan sekelas 5 Muslim masa akhir tahun baru ni. Best la. Happening sangat masa tu, tak terlarat dah nak makan pizza tu, sebab banyak sangat order. Huhu.

Lagu terakhir yang anda dengar ?

Haha. Jangan gelak ek dengar tajuk lagu ni. Memang jiwang sangat la. Kasih Kekasih dari kumpulan Inteam. Saje je dok dengar lagu tu. Hehe.

Apa yang anda buat selain selesaikan tag ini?

Apa punya soalan daaa..Huhu. Hanya tengah menaip posting ni, YM dengan kawan-kawan, wat kerja kat iluvislam.com, dan mencari current issue untuk interview esok. Banyaknya kerja. Haha.

Selain nama sendiri anda suka dipanggil dengan panggilan apa?

Waaaa..apa nak jawab ni? Panggil je lah apa pun yang boleh mendatangkan kebaikan dan manfaat kepada diri saya. Hehe..

Tag lagi 6 orang...

**soalan seterusnya ada kaitan dengan orang yang anda tag**

1. muslimahanime

2. kak long asmaa'

3. anis

4. bro izat

5. si kecil khair

6. husna

Siapa no. 1 pada anda?

Belum sempat nak berkenalan mana, usya blog pun sekejap je. Diorang, kawan blogger di alam maya. Hehe

Orang no. 3 ada hubungan dengan sapa?

Anis? Hehe.. Dengan jeng jeng jeng. Haha. Bunda..Mesti ar dengan Mas Aji kan Anis?..Kidding..jangan marah ye anis...

Kata sesuatu berkenaan orang no. 5?

Haha.. yang ni paling dok tunggu dari tadi. Semalam dok buli orang sangat. Akhi, cepat-cepatlah kahwin ekkk. Nanti kahwin, jangan lupa jemput ye. haha. Bestnya dapat kenakan akhi dalam blog. Makan banyak-banyak biar tak jadi kurus dan kering. Haha.. Beres..

 

Bagaimana dengan orang no.4?

Bro izat...hehe..Dia pesan jangan panggil bro, nampak ganaz. Banyak beri nasihat kat saya dan jugak seorang yang happy go lucky.

Siapa orang no. 2?

Asmaa' ni kawan sekelas saya masa Form 5. Walaupun dok sekelas setahun je, tapi kitorang sangat rapat, tambahan pulak, sesama buat kerja pengawas. Hehe..

Bagi pesanan kepada orang no.6 ?

Tengok dalam blog, masih sekolah. Jadi nak nasihat, belajarlah elok2. Belajar bukan kerana exam ke apa ke, tapi ikhlas kerana Allah Taala. InsyaAllah ilmu itu akan kekal dalam diri kita.

Jadi, sesapa yang kena tag tu, kalau rajin dan ada masa lapang, boleh lah buat yeee...hehe.. saje mengisi masa lapang dan melepaskan tekanan dok cari maklumat banyak sangat..

Wallahua'lam...

0 komenan anda..la la: