Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...
Apa deh nak intro ni?. Ayokkk. Selalu tak tahu nak intro dengan apa kalau taip dalam blog ni. Terasa macam kaku saje nak mulakan dengan intro. Hehe.
Bila orang tanya, ada interview apa? Ada jugak yang tanya, temuduga menantu ek? Saya jawab la. Ha'ah, iyelah, untuk program cari menantu. Haha. Apa dah. Then straight to the point jadi jawab je la. KPLSPM. Haaa?? Apa tu?. Haha, mesti kamu semua pun tertanya-tanya apa tu KPLSPM. Saya pun mula-mula, tak tahu jugak apa itu KPLSPM. Semua main apply saje apa borang yang ada. Backup plan. Ceewahh.. Hehe. KPLSPM tu, Kursus Perguruan Lepasan SPM di bawah Program Pelajar Cemerlang tajaan Kementerian Pelajaran Malaysia. Apa lagi..Nak jadi cikgu lah ni. Hehe. Ramai jugak yang bertanya. Nak jadi cikgu ke?. Aishh. Susah pulak nak menjawab kan. Apa pun, kalau dah rezeki ada kat sini, go on sahaja lah. Bukannya salah pun jadi cikgu, kerja mulia apa. Kan??
Hari ni agak pening lah. Dari pagi tadi duduk depan komputer ini, cari maklumat pasal perguruan, sekolah, pendidikan, isu semasa, Pelan Induk Pembangunan Pelajaran, Wawasan 2020 dan macam-macam lagi. Mesti ada kata, wahh bersemangatnya dia. Aish..dah kena pergi interview, mesti kena buat yang terbaik kan. Tak kan lah kalau penemuduga tu tanya, kita nak jawab, " I don't know about that " saje memanjang kan. Tak ke naik segan nanti, asyik tak tahu saje. Dapat kan apa sebabnya. Jadi, kenalah buat bersungguh-sungguh dalam segala perkara yang kita hadapi. Barulah rasa tidak kecewa atau sedih sangat, atau rasa terkilan dengan apa yang sudah kita buat. Lepas buat, kita tawakkal sahaja kepada Allah. InsyaAllah kalau rezeki Allah memihak kepada kita, itulah yang terbaik buat diri kita.
Tak tahu dah nak taip apa untuk kali ini. Rasanya macam dah blur kepala nie. Banyak sangat dok baca tadi. Tambah plak dengan soalan yang penyataan hasrat tu. 4 soalan yang lebih kurang sama sahaja maksudnya dan kehendak soalan tersebut. Mengapakah anda memilih profesion perguruan? Mengapa anda memilih bidang keguruan? Sekiranya anda terpilih apakah yang akan dapat anda sumbangkan terhadap bidang keguruan? Sekiranya anda terpilih menjadi guru apakah yang dapat anda sumbangkan?. Ahaaa.. Pening tak? Mula baca, nampak macam senang saje nak jawab. Tapi, bila fikir isi apa nak buat masuk dalam ni, aishh.. Apa ni, soalan sama saje..Entah.. Saya pun tak tahu nak jawab macam mana. Hentam sahajalah labu..Haha. Jawab sahajalah apa yang patut kan. Asal terisi dengan jawapan sudah dalam borang soalan ni. Hehe..
Apa pun, wish me all the best ok. Backup plan ni. Hehe. Semoga kawan-kawan yang lain jugak berjaya ar ek. Pandai-pandai lah tolong kawan nanti dalam interview, jangan nak makan sorang sahaja.
_______________________
* SHARING IS CARING *
0 komenan anda..la la:
Post a Comment