Bisikanku Untukmu...

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...
Hanya copy sahaja sajak ini, hasil nukilan seorang sahabat saya. Ingatan, tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang sudah meninggal dunia..Hehe..Semoga mendapat pengajaran. Saya sangat tertarik dengan hasil sahabat ana ini...
Wahai hati yang mudah tertipu,
Sesungguhnya cinta si dunia tiada yang kekal,
Bila arus melanda,
Terus hilang bersamanya,
Tetapi cinta itu anugerahNya,
Dengannya kita teringin mengenaliNya,
Lalu mahabbah datang menenggelamkan,
Segala isi dunia yang penuh penipuan.
Dengannya kita cinta akan Rasul,
Yang telah banyak mencurahkan cintanya,
Walau tidak pernah kita ketemu,
Tapi bagaikan dengannya kita bersatu.
Wahai hati yang satu ini,
Sesungguhnya diriku telah tertarik,
Sebagaimana tertariknya Adam kepada Hawa,
Yang telah Kau ciptakan kepada Abu Basyar,
Si peneman hidup, penghilang duka.
Aku telah berkata kepada diriku,
Adakah layak untukku mendapatkan secantik-cantik perhiasan dunia?
Iaitu wanita yang solehah,
Yang mana menjadi impian setiap lelaki budiman,
 Peneman hidup hingga ke akhirat.
Aku berkata kepada hatiku,
Adakah ini anugerahNya atau tipu daya nafsuku?
Kau benarkanlah hatiku ini,
Agarku dapat keluar daripada dilema ini.
Kau adalah wanita yang cukup elok bagiku,
Tidak layak untukku mendapatkanmu,
Untuk merasai perasaan yang sama sepertiku,
Andai kata semua ini hanyalah perasaanku,
Maka biarkanlah saja ia berlalu,
Kerana Allah lebih memahami,
Setiap gerak-geri hati,
Insan yang berserah kepadaNya.
Maka salam ukhuwahku kepadamu,
Wahai muslimah yang kutunggu,
Moga Allah membenarkan hati kita,
Lalu mendapat keredhaanNya tidak terhingga.
Hasil nukilan :Mus'ab Ibnu Umayr

3 komenan anda..la la:

skrg ni sape yang tak sabar2 nak kawen?
haih..sejak dua menjak ni, asyik posting ala-ala cintan cintun je..
semoga cepat2 le kawen ye dak besar..har har har...wakaka

 

ohhh tidakkk..haha...tak ada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang sudah meninggal..saje je biarkan akhi makin tak sabar nak kahwin..haha

 

hehe.. kwnku.. nk kawen da ke? mende baek.. cepat2! hahaha..