Semakin Padat Dengan Kelas...

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Hampir sebulan merantau dan bermustautin di negeri Selangor, semakin padat dengan jadual kelas dan kerja-kerja semua. Hubungan dengan roomate pun sudah semakin rapat, sudah bermesra-mesra. Kalau sebelum ni hanya bertegur sapa macam biasa, sekarang dah pandai sakat menyakat. Alhamdulillah. Semoga ukhuwah ini terus berjalan lancar dan semoga dakwah berjaya. InsyaAllah..

Memandangkan kursus asasi sains atau dipanggil juga sebagai pra-degree mengambil tempoh pengajian hanya selama setahun, jadi kelas pun macam padat saje. Tapi rasanya, lagik padat kelas di sekolah dulu. Huhu. Bagi asasi sains ni, kitorang kena belajar 4 subjek, iaitu Biology, Physic, Mathematic and Chemistry. Semua subjek ni lebih kurang sahaja dengan syllabus SPM, tapi lebih banyak mendalam la. Lebih terperinci belajar mengenai satu-satu topik dan tajuk tu.

Walaupun baru hampir sebulan daftar masuk di sini, dan tiga minggu kelas bermula, tapi kuiz dan test dah beratur menunggu kami untuk menjawabnya..Huhu. Yang dah start ialah kuiz Mathematic, disusuli kuiz Biology hari Isnin ni, kemudian test Physic 30Jun dan test Chemistry 4 Julai ni. Waa..bersusun-susun la. Haha, tapi saya boleh lagik relax-relax. Stadi pun hanya stadi macam tu je. Just revise balik apa yang lecturer ajar dalam kelas, buat latihan yang diorang kasi, then tanya-tanya kawan apa yang tidak faham.

Assignments, report dan tutorial pun semuanya padat la. Memerlukan masa yang singkat sebelum dihantar kepada lecturer untuk diambil markah sebagai carry mark untuk final exam nanti. Jadi, semuanya tak bole dibuat main-main. Tak boleh sesuka hati mereka lab report macam kitorang selalu buat masa sekolah menengah dulu, banyak copy dari dalam buku rujukan. Haha, tapi sekarang, kena cari sendiri. Kena disscuss sendiri sesama kami. Kena pandai usahakan diri untuk mendapatkan jawapan. Biasanya hari Khamis, kami akan sama-sama stay di PTAR iaitu Perpustakaan Tun Abdul Razak yang bersebelahan dengan fakulti selama 3-4 jam untuk menyiapkan report tu. Sungguh memenatkan..

Uhh, apa hal dok cerita mengenai kelas-kelas, assignment, kuiz dan apa semua ni. Kesimpulannya yang nak disampaikan di sini ialah, walau sesibuk mana pun kita, walau sepadat mana pun kelas yang kita kena hadiri dan aktiviti yang wajib kita penuhi, jangan abaikan hubungan kita dengan Pencipta kita. Kalau tiada keberkatan daripadaNya bagi kita dalam menguruskan urusan seharian kita, maka, sia-sialah hidup kita. Kerana kita diciptakan oleh Allah, hanya untuk beribadah kepadaNya. Itu tujuan utama kita untuk hidup.

Jangan sampai jadi macam kisah seorang yang pandai dalam ilmu agama ni. Kerana sibuk dalam menguruskan satu program tu, dia memberitahu kepada seorang kawannya bahawa dia tidak sempat solat Zuhur kerana terlalu sibuk dengan urusan nak uruskan program tu. Nauzubillah..

Dalam menjaga hubungan kita dengan sesama manusia, kita juga wajib menjaga hubungan kita dengan Allah. Tiada hubungan kita dengan Allah, tiadalah keberkatan segala urusan kita dalam hidup ini..Saling-saling lah menjaga antara satu sama lain, saling menasihati. Antara seorang mukmin dengan seorang mukmin tu ibarat cermin.

Barakallahu lakum...
Wallahua'lam...

3 komenan anda..la la:

salam...
sabay yer adk sayang...
rajin2 belajar....
hehe

 

assalamualaikum.. SalaM MujahadaH ^.~

"..Ya Rabbana jika aku jatuh Cinta, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada cinta-Mu.."

 

salam taaruf,alam emnuntut ilmu alam yang indah dalam hidup kita.