Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Lama dah saya membiarkan blog ni berhabuk, bersawang ( bak kata pakcik..hehe ). Dah kena sound blog bersawang, baru lah rasa terpanggil nak menari-narikan jari menaip untuk blog ni..Ishh..La la la..
Bukannya sengaja membiarkan blog ni tidak ter update dengan posting yng latest..Pasal walaupun dah dapat laptop, dan di UITM ni ada WiFi, tapi dalam bilik tak dapat jugak nak detect signal tu. Jadi tak dapat la nak online. Kalau nak online, kena turun ke tingkat satu, itupun kalau ada rezeki dan bernasib baik, dapat lah detect signal. Hehe. Tapi sekarang alhamdulillah dah pun memasang broadband. Boleh lah online di dalam bilik sahaja dengan keadaan yang selesa untuk membuat kerja nanti dan jugak melaksanakan amanah sebagai moderator forum di iluvislam.com...
Hari ni, dah genap dua minggu saya berada di negeri Selangor. Merantau dari negeri asal untuk menuntut ilmu yang menjadi kewajipan kita sebagai muslim. Belajar kerana Allah, untuk meningkatkan kecemerlangan diri, keluarga dan jugak syiar agama. Dengan ilmu, kita dipandang tinggi. Dengan ilmu, kita dapat mengembangkan dakwah kita. Tanpa ilmu, tiada yang menghormati kita dalam menguruskan sesuatu..
Ini first time saya tinggal di hostel. Haha. Semasa sekolah menengah dulu tinggal di rumah saje emandangkan sekolah menengah dulu hostel sekolah. Tapi, semuanya ok sahaja setakat ni, Tak ada lah homesick mana pun. Cuma rindu berjauhan dengan family tu agak terasa la. Di sini, semuanya tinggal kita bersendirian. Semuanya kita uruskan sendiri.
Dalam keadaan beginilah, ramai yang jadi hanyut kerana jauh daripada jagaan ibu bapa. Jauh daripada kongkongan dan bebelan ibu bapa kita. Kita terus hanyut dengan diri sendiri. Kita akan berasa ingin membuat semua yang kita tidak dapat buat semasa kita berada berdekatan dengan family. Sekarang, semuanya bergantung kepada diri sendiri untuk meneruskan hidup. Tambahan pulak tinggal di bandaraya besar macam Shah Alam ni. Ramai yang merasakan, apabila kita sudah berjauhan dengan family, kita bebas untuk membuat segalanya dengan hanya memikirkan keseronokan tanpa fikirkan kesan yang akan kita dapat di kemudian hari..
Di waktu remaja macam ini lah, fitrah untuk mencuba segala sesuatu yang baru masih berada dalam diri kita. Namun, semua tindakan kita haruslah difikirkan baik buruknya, pertimbangkan dahulu kelebihan dan kelemahan tindakan tersebut, barulah mengambil keputusan.
Masih ingat lagik satu persatu pesanan abah pada malam saya berada di rumah menonton tv bersama keluarga. Abah pesan, "apabila pergi ke sana nanti, janganlah berubah. Kita jadi diri kita yang sekarang, jangan berubah kepada yang lebih buruk. Kalau sekarang ain tampil berpakaian macam ini, jangan nanti ubah kepada pakaian yang lebih tidak sopan, yang ketat, sendat dan sebagainya. Kekalkan identiti sekarang, ubahlah kepada yang lebih baik. Biarlah kita dengan identiti kita sendiri."
Ini pesanan yang paling saya ingat dan agak melegakan jiwa saya yang resah. Resah apabila memikirkan diri sendiri yang akan menguruskan hidup di bandar besar macam ni, bimbang identiti diri yang belum ditemui sepenuhnya akan menjadi tunggang langgang. Bimbang pemakaian dan amalan harian semakin dilupakan, muamalah dan akhlak tidak terjaga dan sebagainya.
Tapi, bila dah sampai di sini..Memberikan satu gambaran bahawa tugas dakwah sudah menanti. Ambil yang positif. Alhamdulillah, kakak-kakak usrah banyak memberikan semangat dan nasihat sewaktu halaqah selepas maghrib. " Kita yang perlu ubah persepsi orang terhadap kesosialan pelajar kita, kawan-kawan kita." Tu antara kata Kak Ana..
Sampai sini dululah menaip blog ni. Nanti melalut lagik panjang pulak. Hehe..
Barakallahu lakum...
Posted by
Unknown
4 komenan anda..la la:
besar ke bandar shah alam ni?
ana wase kecik je..
wakakaka
semoga terus kekal dengan personaliti dan penampilan yang enti bawa....^^
waaa pakcik mesti fez kn comment?
hahaha.
nway, same wish.
smoga istiqamah.
baru terjawab persoalan den sapakah wal itu sebenarnya..rupanya syaWAL..haha..
to pakcik : syukran ek, insyaAllah akan dikekalkan
to WAL : syukran jugak..hehe
salam~~~
alooo....
jgn dok sama jaaa...
sama seperti pu3 mula2 masuk shah alam?
hari ini patut lebih baik dari semalam, dan esok insyAllah lebih baik dari hari ini...
berubahlah ke arah lebih baik...
jgn jadi seorang yang rugi jika harini lebih buruk dari semalam~~
jgn homesick yaaa~~~
Post a Comment