Sensei No Tsuki : Apresiasi Dunia

Pengenalan

Bermula 15 April 2010 hingga 15 Mei 2010, iLuvislam.com melalui Team Event Malaysia dengan kerjasama Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd. (KKSB dan majalah ILUVISLAM membawakan kepada anda Kempen ‘Sensei No Tsuki' (atau dalam bahasa Melayunya ‘Bulan Sensei').

Kempen ini adalah bersempena dengan sambutan Hari Ibu, Guru & Bapa yang selalunya disambut setiap tahun dimana akan mendedahkan pengguna-pengguna iLuvislam khususnya dan pengguna internet lain amnya tentang peri penting menghargai jasa insan-insan yang pernah mengajar dan mendidik (yang kami gelarkan sebagai ‘sensei') kita sedari kecil. Kempen ini diadakan bagi menghormati, menghargai dan meraikan jasa dan pengorbanan ‘sensei' atas jasa-jasa mereka yang tidak terbalas.



Tema

Bertemakan ‘Apresiasi Dunia', yang membawa maksud penghargaan dunia, kami di iLuvislam.Com yakin dan percaya bahawa penghargaan harus diberikan kepada insan-insan yang telah ‘memberi dunia' kepada kita. Ibu bapa adalah dunia kita sejak lahir dan juga merupakan ‘sensei' pertama kita. Para pendidik seperti guru & pensyarah pula telah mencurahkan ilmu dan insan-insan berjasa inilah yang selayaknya kita beri penghormatan sebesar dunia. Tema ini juga memberi maksud nilai hormat yang kita seharusnya belajar dari masyarakat sekitar dunia dan kami memilih budaya hormat dari masyarakat Jepun sebagai model untuk kita contohi.

‘Sensei' dan Nilai dari Jepun


Bagi masyarakat Jepun, perkataan ‘sensei' merujuk kepada seseorang yang lebih tua dan dihormati dalam masyarakat seperti guru. Perkatan ini juga membawa maksud orang yang memberi ilmu. Seperti yang kita ketahui, masyarakat Jepun amat terkenal dengan budaya saling hormat menghormati antara satu sama lain. Budaya menundukkan kepala kepada seseorang adalah tanda hormat yang diamalkan sehingga hari ini, yang sebenarnya mempunyai nilai rendah diri yang tinggi.

Pelaksanaan Kempen


Bersempena dengan kempen ini, Event Team Malaysia iLuvislam.com akan menganjurkan beberapa pertandingan yang menarik untuk disertai. Antara pertandingan yang disediakan adalah seperti, pertandingan menulis haiku (puisi), Kad kreatif, Memorious Moments, dan pastinya pencalonan Ibu/Bapa mithali. Nantikan makluman dari kami esok lanjut dari kami esok, 16hb April 2009!

Kami juga akan menyiarkan artikel, video serta lagu yang berkaitan dan anda semua digalakkan untuk mencetak dan menampalnya disekolah atau dimana-mana yang bersesuaian atau menyebarkan ayat-ayat cinta walau dengan apa cara. Turut menyertai kami ialah MEOW edisi khas yang akan turut dikeluarkan oleh team Wakil IPT dan juga penyiaran artikel berkaitan kempen oleh Team Tabloid ILUVISLAM.

Anda semua digalakkan memeriahkan thread-thread yang berkaitan dengan kempen ini. Bagi anda yang mempunyai artikel-artikel, video, lagu atau gambar-gambar yang menarik untuk dikongsi. sila emelkan kepada kami di event[at]iluvislam.com. Kisah menarik mungkin akan kami siarkan diruangan artikel.

Kami mengharapkan agar tradisi menghormati ‘sensei' ini akan berterusan walaupun selepas tamat kempen' Sensei no Tsuki' ini. Ayuh, apresiasikan ‘sensei' anda!


0 komenan anda..la la: