Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Yeahh..Nampak tak gambar masjid tu..Nama masjid tu Masjid Tengku Tengah Zaharah, beritahu nama ni mesti tak ramai yang kenal kan. Tapi, kalau sebut Masjid Terapung, barulah mengangguk-angguk kepala tanda kenal lah tu. Hehe.
Lokasi di sini lah kitorang pilih untuk berkelah. Perjumpaan kali terakhir bersama kawan-kawan, sebelum masing-masing membawa haluan sendiri untuk mencapai cita-cita, namun ukhuwah tidak akan sesekali terputus. InsyaAllah.
Dalam jam 10.30, kesemua kami seramai 9 orang akhirnya sama-sama tiba di tempat yang telah dijanjikan. Kemudian, bawak turun semua makanan yang ada dan ditempatkan di satu pondok di situ ( sengaja pilih berdekatan dengan taman mainan..hehe). Lepas dah habis punggah barang, nak buatkan air dulu. Lastnya, ada sorang hamba Allah ni lupa nak bawak gula. Aishh. Terpaksa lah tukang bawak kereta tu drive kereta pergi ke Mydin untuk membeli gula.
Masa ni lah, yang tinggal kat pondok tu seramai 5 orang, pergi ke taman mainan tu, then main buaian. Haha, main buaian lagik. Kemudian, apabila diorang balik dari beli gula tu, saya dan Amalina pun dengan rajinnya membuat air. Ceh, macam susah sangat. Ina, berapa senduk gula yang kita letak? 10 senduk kan? Huhu, mujur gak kawan-kawan cakap sedap.
Lepas dah siap buat air dan aturkan makanan, duduk dalam halaqah, kemudian teruskan dengan rancangan awal kami untuk membaca Ma'thurat. Alhamdulillah, dimulai saya sebagai ketua, erm, rasa macam nak menitis air mata membaca doa Rabitah. Terasa sangat dengan indahnya ukhuwah kami keranaMu ya Allah. Allahuakbar, Subhanallah...Sesungguhnya, sudah sukar untuk saya temui ukhuwah yang sebegini selepas ni, dengan kengkawan yang sebegini.
Sambil makan, kami berbual-bual, sambil sakat menyakat. Dah puas makan, sesi bergambar plak. Hehe, biasa lah. Untuk dibuat kenangan. Kemudian, dah masuk waktu Zuhur, kami semua gerak ke Masjid Terapung untuk solat Zuhur la, tak kan solat Asar plak.
Sekali lagik, kamu buat satu halaqah sambil berpegangan tangan dan berpelukan ( semua perempuan ye ). Untuk kali terakhir sebelum kami semua pulang, masing-masing menyampaikan pesanan kepada kengkawan yang lain. Yang paling ditekankan ialah penampilan kami selepas ini agar kami tidak terus lagha. Saling ingat mengingati sesama sendiri andai kata ada yang terlagha.. InsyaAllah..
Tak tahu apa dah nak menaip kali ini. Badan dah penat sangat, kepala pun dah agak pening. Hehe. Inilah gambar kengkawan saya. Sorang sahaja yang tiada dalam gambar, sudah tentulah tukang snap gambar. Haha.
Mahu diperkenalkan? ..Hehe. Bukan mengikut turutan dalam gambar ye..Yang ada dalam gambar tu ialah...
Aina ( Noneng ) , Afina ( Pina ) , Amalina ( Ina ) , Najwa ( Wawa ) , Nadiah ( Nad ) , Siti, Sarah, dan Syaffiyyah ( Epy )..
Di manakah gambar tuan punya blog ni? Haha.. Dia ada di depan gambar ni, tengah snap gambar kengkawan dia..dan perhatikan perbezaan gambar di bawah..haha..
Saat aku kesunyian,
Kenangan lalu terimbau,
Masih segar dalam ingatan,
Saat kita sama-sama kehujanan,
Saat kita sama-sama ketawa gembira,
Saat kita sama-sama merintih kesedihan,
Saat kita sama-sama menuruni lembah & ranjau berduri...
Teman,
Andai aku bisa mengubah waktu,
Akan ku putar kitaran Bumi,
Agar detik manis mampu berulang kembali,
Dan kekal selamanya...
Teman,
Ketahuilah bahawa aku terlalu rindukan kemesraan bersama..
Sedetik indah bersama membawa kerinduan berpanjangan...
Wallahua'lam...
Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...
Cerita yang dicopy daripada website halaqah.net..
Mat...mat....
Mat tidak pernah membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah. Malah dia sering bersungut sendirian kerana telah merasa bosan setiap hari pergi kerja, sedangkan Nab isterinya hanya tinggal di rumah. Kalau boleh, dia mahu isterinya tahu betapa penat dan letihnya dia bekerja setiap hari untuk menanggung keluarga.
Satu malam ~~~~ Mat berdoa,"Ya Tuhanku. Aku bekerja 8 jam sehari sedangkan isteriku hanya tinggal di rumah bersama anak-anak. Aku mahu supaya dia tahu betapa letihnya aku bekerja setiap hari. Tolonglah ya Tuhan, tukarkanlah aku dan isteriku. Biar aku yang menjadi isteri untuk sehari sahaja supaya dia pula dapat merasakan betapa letihnya aku bekerja. Biar aku pula yang berehat di rumah"
Tuhan Yang Maha Mengetahui telah mengkabulkan permintaan Mat. Pagi besoknya, dia bangun dari tidur, dan pastinya sebagai seorang isteri. Bangun saja dari tidur, dia bergegas ke bilik air, cuci gigi dan terus ke
dapur menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak. Pastu bangunkan anak-anak dan melayan mereka bersarapan, pada masa yang sama melayan suami
bersarapan. Pastu menghantar suami yang nak pergi kerja ke pintu, kembali membetulkan baju anak-anak yang nak ke sekolah dan menyediakan air yang anak-anak nak bawa ke sekolah. Pastu panaskan injin kereta dan bergegas hantar anak-anak ke sekolah.
Balik dari sekolah terus ke pasar untuk membeli ikan dan keperluan dapur yang lain. Dekat dua jam baru sampai balik ke rumah. Simpan barang-barang dapur ke dalam almari dapur dan ikan simpan dulu dalam peti ais. Komdian....... kutip kain busyuk untuk dicuci dengan mesin sehingga
selesai dan dijemur. Pastu baru mula memasak untuk anak-anak yang akan balik sekolah nanti.
Selesai masak, jam dah pukul 12.45 tengahari. Terpaksa pula bergegas ambil anak dari sekolah. Selesai ambil anak, beri pula mereka makan sebelum mengatur anak-anak
supaya membuat kerja sekolah. Pastu terpaksa pula kemas rumah supaya jangan bersepah sangat. Komdian angkat kain di jemuran. Tiba-tiba anak bongsu menangis kerana terjatuh. Dah nak kena beri rawatan dan pujuk supaya
tangisan tidak berlarutan. Dah selesai, kain-kain yang baru diangkat perlu pula dilipat dan disusun dalam almari. Sedar tak sedar, waktu Zohor dah tinggal tak berapa minit saja lagi. Terpaksa bergegas pulak tunaikan Zohor sebelum tertinggal. Selesai salam, azan Asar kedengaran.
Selesaikan pulak solat Asar sebelum menyambung apa-apa kerja yang belum siap.
Belum sempat rehat, terpaksa pula balik ke dapur untuk menyiapan makan malam. Lepas Maghrib, terpaksa layan suami dan anak-anak makan, pastu cuci pinggan mangkuk, pastu mandikan anak yang ma! sih kecil, pastu uruskan
supaya anak-anak masuk tidur.... dan macam-macam pastu lagi. Dekat pukul 11.00 malam barulah semua kerja rumahtangga selesai. Badan pun dah longlai lohe...
Bolehlah rasanya nak berehat sikit.
Opps.... belum boleh rehat rupanya. Suami juga mahukan layanan. Berdosa isteri kalau tak melayani kemahuan suami. Tambahan pulak malam ni malam Jumaat. Maka suami dilayani dengan sewajarnya sehinggalah dia terkulai
dua kali lohe dan langsung tertidur....... tak pasti pukul berapa.
Setelah terjaga sebelum dinihari, Mat segera bangun dan berdoa semula,"Ya Tuhanku. Barulah kini aku tahu.... Aku dah tak sanggup lagi jadi isteri. Aku keluar bekerja seharian pun tak penat macam ni. Ada juga masa berehat, minum kopi dan berbual dengan kawan-kawan. Tolonglah kembalikan aku sebagai suami semula. Tobat aku tak sanggup dah jadi isteri. Salah sangkaanku selama ini bahawa kerja-kerja isteriku di rumah begitu mudah. Biarlah
isteriku terus di rumah dan aku keluar bekerja"
Sekonyong-konyong Mat terdengar satu suara ghaib berkata,"Wahai Mat, kamu belum boleh kembali menjadi suami sebab persetubuhanmu malam tadi telah menjadi benih. Kamu kenalah tunggu 9 bulan 10 hari lagi untuk
melahirkan anak sebelum kamu dapat menjadi suami kembali...."
Whatttt???... 9 bulan 10 ari??? ....Beranaaak???.......Waaaaaa.. tak nak,,,,,,,,,,tak nak, tak naaaaaaaaaaaaaaaaaaakkkkk...!!!
~~~~~ "Bang, bang... Abangggg... apasal niii.....??" Sergah satu suara di sisinya. Mat melompat bangun dari katilnya dan terus memegang isterinya sambil bertanya,"Nab, Nab kah yang jadi suami atau abang yang jadi suami??? "Laaaaa... tebiat apa pulak abang ni. Kan Nab ni pompuan..
Tentulah abang yang jadi suami..... Appa punya lawak pagi-pagi rabun ni....."
Hari tu Mat mengambil cuti emergency dan sehari suntuk ! membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah..... Nab terkedu beghok, terlopong dan jadi bisu seharian melihat gelagat suaminya.........
Moral cerita : Isteri perlu disayangi dan lindungi kerana ia adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai.
Seringkali pena terlepas dari genggaman,
Ucapan Opss!! mendahului kalimah Allahuakhbar..
Tatkala perut yang lapar sudah terisi,
Haaa...kenyangnya..mengatasi Alhamdulillah..
Bila diri terpegun oleh keindahan dunia,
Subhanallah tertutuplah oleh cantiknya!!..
Ada masanya berita kematian mengunjungi,
Kasihannya..terucap jua
Kerana kita lupa pada Innalillahhiwainnailaihirajiun..
Kadangkala kita lupa..
Kadangkala kita sengaja..
Mungkin kerana telah biasa..
Namun teman,
Walau kita lupa,suka,sengaja atau terbiasa..
Berhati-hatilah,
Bilamana Izrail datang membawa berita..
Ucapan Lailahaillallah tetap menjadi juara..
Mengatasi segala kata-kata..
Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Adoiii...Kalau dapat komen untuk posting, mesti ada kaitan dengan kahwin. Haha..Sikit-sikit kahwin. To uncle sam ( tuan punya badan perasan tak nama dia )..Haha, tahu lah orang dah cukup umur 18, janganlah sebut lagik pasal kahwin. Dah sampai seru den, den kahwin la. Haha, bak kata kak nisa, gelak guling-guling..haha.. Kalau akhi tak sabar nak kahwin, silalah, boleh ana pi makan nasi minyak nanti..
Untuk kawan den, khairatul huwaina ( bukan nama sebenar )..Jangan lah doakan sangat den kahwin awal. Haha. Tunggu habis belajar dulu. 26 ekk...tengok lah dulu budak ni...Chowwww
Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...
Inilah sejarah kami..Haha, macam apa pulak tajuk posting kali ini. 26 April...Ada dua sejarah dalam diri saya sendiri dan jugak pada kedua insan yang sangat saya cintai dan kasihi pada tarikh ini.
26 April, pada 26 tahun yang lepas merupakan tarikh yang sangat bermakna buat mama dan abah saya, lafaz ijab dan qabul pada tarikh ini. Tahun ini, sudah genap mama dan abah menjadi pasangan suami isteri buat selama 26 Tahun, Alhamdulillah. Happy anniversary buat mama dan abah, semoga keluarga kita sentiasa dalam keadaan bahagia, aman, sakinah, dan berada dalam lindungan dan rahmat daripada Allah Taala. Amiiiin.
26 April tahun ini jugak merupakan satu sejarah buat diri saya sendiri. Cewahh, macam melebih-lebih pulak. Haha. Sudah genap setahun, saya joined iLuvislam.com setelah diperkenalkan oleh ustaz saya sendiri yang sekarang sedang belajar di Universiti Al-Azhar. Dulu, bermula sebagai user biasa, tapi sekarang sudah mendapat taklifan dan bertugas sebagai moderator forum di iLuvislam.com. Waahh, hepi sangat berada dalam family iLuvislam, terasa sangat dengan ukhuwah yang dijalinkan. Walaupun tidak pernah ketemu dengan family iLuvislam yang lain, tapi rasa macam keluarga. Rasa macam dah lama kenal dan pernah berjumpa sahaja sebelum ni. Inilah nikmatnya ukhuwah fillah.
Sekadar tu sahaja coretan buat kali ini, rasa malas pulak nak menaip hari ini. Huhu. Setiap saat yang berlalu, semakin jauh kita dengan masa lampau kita. Tetapi, semakin dekat kita dengan kematian dan ajal kita yang telah ditetapkan oleh Allah.
Wallahua'lam..
HAWA, andai engkau belum berkahwin, janganlah kau risau jodohmu, ingatlah janji tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrimmu, kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam sekaligus disusuli dengan pertemuan, takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri...
HAWA, lelaki yang baik tidak melihat pada paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keayuannya, lelaki yang warak, tidak menilai wanita melalui kemanjaannya serta kemampuannya mengoncang iman lelaki, tetapi, lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya, dan yang paling penting pegangan agamanya. Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya, kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya, lelaki yang warak juga, tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita, yakni sebuah perkahwinan.
Oleh itu HAWA, jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta daripada adam untukmu, cukuplah hanya cinta ALLAH, yang memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik, serta keluarga yang membahagiakan dirimu.
HAWA, cintailah ALLAH dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai ALLAH. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan ALLAH, cintailah keluargamu kerana kau tidak akan jumpa cinta yang bahagia selain daripada cinta keluarga. Janganlah sesekali tangan yang mengoncangkan dunia, juga mengoncangkan iman lelaki.
Tawaran untuk ke sebuah universiti awam di tanah air sedikit melegakan hatinya yang luluh kerana tidak dapat melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Mesir. Zayanah tetap teguhkan hatinya untuk terlibat dalam bidang kejuruteraan. Dalam bidang kejuruteraan, sudah semestinya kaum adam lebih mempelopori bidang ini. Hati Zayanah sedikit cemas dan tidak selesa dengan keadaan barunya kini, kerana dia terpaksa bercampur dengan kaum adam untuk mencari ilmu. Namun dia percaya, selagi niat untuk mencari ilmu Allah dipegang, Allah akan melindunginya. Memang Zayanah mengakui, dia amat mudah tertarik dengan lelaki yang berpewatakan alim. Walaupun selama ini, Zayanah tidak pernah bergaul dengan lelaki, malah tidak pernah bercakap dengan lelaki, kerana dia memang dikenali dengan sifat pemalunya dan amat pasif semasa di alam persekolahan lagi, membuatkan ramai yang tidak berani untuk mendekatinya. Tetapi jauh di sudut hati seorang perempuan, dia inginkan kasih sayang seorang lelaki kerana dari kecil dia tidak pernah merasai kasih sayang seorang ayah malahan adik beradik lelaki kerana Allah lebih menyayangi abinya dan tiga orang abangya , yang meninggal akibat terlibat dalam sebuah kemalangan semasa Zayanah masih dalam kandungan umminya.
Perkenalannya dengan seorang senior lelaki atas dasar ingin menolong dalam pelajaran memusnahkan segalanya. Sidqi merupakan pelajar tahun akhir di universiti tersebut , berperwatakan amat alim dan banyak memberi nasihat kepada Zayanah, sedikit sebanyak telah menambat hati seorang mar’atus. Namun ketahuilah jalan menuju kepada perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita melalui mana-mana jalan perzinaan. Iblis akan memerangkap anak cucu Nabi Adam as. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya sangat halus. Ia telah menipu moyang kita yang pertama, Adam dan Hawa. Iblis amat licik. Ingat, pesanan Rasulullah : Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali yang ketiganya, syaitan(Tabrani) . Kita amat lemah menghadapi tipu daya Iblis, lebih-lebih lagi pada zaman remaja. Memang pada awalnya tidak bersua muka, hanya bertanya khabar melalui internet, kemudahan teknologi kini banyak disalahgunakan pelajar sekarang, contohnya seperti Skype, YM, Gtalk dan sebagainya,
Tapi perasaan pasti bergelora, lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan Iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti disitu sahaja. Percayalah, ia akan berlanjutan. Tidakkah itu boleh membawa kepada perzinaan akhirnya? Inilah yang terjadi kepada kedua-dua mereka. Dimulakan dengan senyuman pertama semasa pertemuan pertama mereka di perpustakaan, telah menyulam kuntuman cinta dalam hati kedua-dua mereka. Perwatakan sopan dan lembut Zayanah telah menambat hati Sidqi. Hampir dua bulan perkenalan mereka, Sidqi telah memberanikan dirinya menyatakan hasrat cinta kepada Zayanah, mudah sekali syaitan telah meruntuhkan keimanan dihatinya, Zayanah pula yang sudah lama menantikan putera agamanya itu, dengan mudahnya menerima hasrat hati Sidqi. Maka bergembiralah syaitan kerana telah dapat meruntuhkan iman mereka. kononnya dengan harapan dapat menyemai cinta Islamik. Mereka telah berjanji untuk saling mengingatkan dan menjaga batas perhubungan mereka. Zayanah telah berkali-kali mengingatkan Sidqi untuk mengikat tali pertunangan jika benar-benar ikhlas terhadap dirinya, namun Sidqi memberi alasan untuk menghabiskan semester akhirnya dahulu barulah dia akan meminang Zayanah. Zayanah yakin dengan kata-kata Sidqi. Perhubungan mereka berjalan lancar sepanjang semester dan dengan bantuan Sidqi, Zayanah telah dapat sedikit minat untuk meneruskan pengajiannya dalam bidang kejuruteraan yang amat tidak disukainya dulu. Dengan bantuan Allah, mereka telah dapat menjawab soalan peperiksaan untuk semester itu dengan cemerlang.
Syaitan amat bijak dan pelbagai cara digunakan untuk meruntuhkan niat suci mereka, bercinta untuk mencari keredhaan Allah. Maka, terjadilah satu detik hitam dalam hidup kedua mereka, kerana mereka berasal dari negeri yang sama, Sidqi telah mengajak Zayanah untuk balik cuti semester ke kampung dengan menaiki keretanya. Pada mulanya Zayanah menolak pelawaan Sidqi, tapi apabila Sidqi memberi alasan hanya untuk teman berbual dan menghilangkan rasa mengantuk semasa memandu kereta, Zayanah menerima pelawaan buah hatinya itu, sayanglah katakan. Bila berdua-duaan, maka muncullah yang ketiganya, iaitu syaitan laknatullah, memujuk nafsu mereka. Maka terperangkaplah dua insan yang berkasih-sayang. Zayanah dan Sidqi telah hanyut ditelan nafsu . Sejak kejadian itu, Sidqi yang telah tamat pengajiannya di universiti itu telah menjauhkan diri daripada Zayanah dan meninggalkan Zayanah tanpa khabar berita, dengan alasan menyesal dan ingin bertaubat.
Bermula semester baru, Zayanah yang pada masa itu baru sahaja tahun dua pengajiannya, terpaksa menangguhkan pengajiannya selama setahun kerana mengandung hasil daripada perhubungan kotor mereka. Namun sesalan tidak berguna lagi, keluarganya tidak dapat menerimanya lagi dan tinggallah Zayanah terkapai-kapai dalam penyesalan seorang diri. Dengan jasa baik sahabat karibnya, Amilah, Zayanah menumpang di rumahnya sehingga dia melahirkan seorang cahaya mata lelaki. Zayanah sentiasa tertanya-tanya, masih adakah insan yang dapat menerima dirinya yang sudah tidak suci. Kerana dia tahu, penzina hanya untuk penzina, lelaki yang baik untuk wanita yang baik, dan sebaliknya. Kini Zayanah berada dalam tahun akhir pengajiannya di universiti tersebut, memang perit untuk Zayanah kerana dalam masa yang sama, dia terpaksa bekerja untuk menyara anak lelakinya, satu-satunya buah hatinya kini. Penyesalan tidak berguna lagi. Begitulah kita jika tanpa cinta kepada Allah, jika hanya mengharapkan cinta insani, mudah hanyut dan termakan pujuk rayu syaitan. Nau’zubillah..
PENGAJARANNYA(TAZKIRAH SEORANG SAHABAT) Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab kabul, cinta selepas kahwin. Itulah cinta sacral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan Islam. Apabila Islam menegah sesuatu perkara, tentu ia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Jika ia menegah cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa perkahwinan sebagai ganti yang lebih baik. Sabda Rasulullah : Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah. (Ibnu Majah). Cinta adalah maruah manusia, ia telalu mulia. Kalau begitu, adakah cinta remaja semua menghampiri kepada penzinaan? Ya, kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian diatur pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru, bukankah mereka ini semakin hampir dengan penzinaan? Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun!
Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Uwaaa...So sad today..Kenapa la laman web kesayangan tu tak boleh nak bukak hari ni. Sudah rindu nak baca forum, apa semua. Nak buat kerja, nak search link thread, nak edit posting, nak moved thread, nak delete thread, nak apa lagik. Entah...udah rindu sama iluvislam.com..
Baru gak setengah hari tak boleh nak masuk iluvislam.com kerana ada masalah dengan server. Server tak dapat nak tampung jumlah pengunjung iluvislam.com yang ramai. Alhamdulillah, satu berita baik, kerana semakin ramai yang mengunjungi laman web ni. Semoga semuanya mendapat manfaat daripada laman web ni, insyaAllah..
Apa pun, kepada pengunjung yang lain, harap bersabar ye dengan masalah yang timbul ni. InsyaAllah, kita akan dapat mengunjungi iluvislam.com dalam masa yang terdekat..
Dan lelaki itu aku tidak pernah berjumpa dengannya..
Aku hanya biasa mendengar melalui orang sahaja..
mulia sesangat..
lelaki itu berbudi luhur..
dan keluarga lelaki itu semua baik-baik belaka...
haih~ rasa malu pada diri...
Aku semakin jatuh cinta..
Dia begitu penyayang dan pengasih orangnya..
Malah begitu penyabar sungguh..
huhu.. Dan kecintaanku padanya semakin bertambah..
Aku tahu, x layak rasanya diri ini untuk pemuda sepertinya..
memang tak layak..
tapi aku akan tetap mencintainya..
dan berharap cintaku ini biar sampai ke akhirat..
Akan ku cuba memperbaiki diri ini..
tapi yang ku tahu.. dia sungguh menyukai wanita solehah..
dan dia gembira melihat orang2 Islam bersatu padu..
dan dia begitu menitikberatkan kedamaian..
Dia juga seorang pemimpin yang berwibawa,
dia laa pemimpin yang unggul..
sekarang nie.. terlalu sikit rasanya pemimpin seperti dirinya..
Ah! Aku semakin jatuh cinta..
terlalu indah budi dan akhlaknya..
rajinnya dia beribadah..! masyaAllah...
semakin kerdil rasanya diri ini...
aduh! aku semakin malu..
sebenarnya belom habis lagi nie.. nie sambungannya..
aku hanya dapat memendam perasaan ini..
tika berhadapan denganNya..
aku memanjatkan kesyukuran kepadaNya..
terima kasih Ya Rabb..!
ada yang berkata..
"kita umat akhir zaman bertuah dan mencintai
dan menyayangi dia walaupun tak pernah bersua"
dan memang di akui.. bertuah sangat2..
~~~~~~
aku rindu.. rindu yang amat..
terkadang..
di kala terdengar dan terbaca kisah2 perjuangannya..
hati ini bersemangat.. dan pada satu masa pulak..
akan menitis air2 jernih dari kelopak mata..
sungguh! aku merinduimu..
aku merinduimu..
aku mencintaimu..
dan aku mencintaimu Ya Rasulullah..!
ya Rasulullah..
aku tau,aku mungkin tidak akan bertemu mu di dunia..
tapi aku yakin janji Allah..
di akhirat sana pasti bertemu..
insyaAllah..!
aku menyanjungi..
aku mengasihimu..
aku mencintaimu..
dan aku mengingatimu..
semoga perjuangan2 mu
terus mekar di dalam hati ini..
dan menjadikan ia sebagai pembakar semangat..
untuk menjadi khalifah Allah swt di muka bumi ini..
Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...
Pagi semalam, dok membeli kat pasar, tetibe ada SMS masuk. Tengok-tengok, SMS daripada Ina yang inform. Yang esok ( hari ini ) nak jumpa Raihan dan kengkawan yang lain. Rancangan asal, nak serbu rumah Raihan je. Haha, tapi dia marah plak. Dushhh.. Then kitorang berkumpul kat tempat famous kitorang berkumpul sebelum gerak ke tempat lain, kat Pustaka Awam Negeri. Pasal pustaka ni dekat ngan area bandar..Memang lucu sangat perjumpaan kitorang hari ni. Dah baca posting ni sampai habis, baru tahu kenapa sangat lucu. Jeng..Jeng..Jeng
Lepas sedikit rindu saya kepada kawan-kawan saya yang dapat saya jumpa. Terutama Raihan( dah lama tak jumpa..since dapat result SPM ) , Wawa, Epy, Ina, Pina dan jugak Siti. Fine, kali ini berjumpa, cukup geng kitorang. Haha. Baru rasa perfect buat perjumpaan ni..
Pagi tadi, around 10.. Ina sampai dengan membawa Kancil nya. Ada 5 orang dalam kereta tu, biasalah tu kan. Then, gerak ke tempat perjumpaan tu. Sampai kat library, pusing la nak cari tempat nak park kereta tu. Aish...penuh pulak. Biasanya tak ada orang, mesti ada function nie. Dua kali pusing, dapat lah parking kereta. Tu pun, kat hujung belakang, atas line kuning. Haha. Tak apa, tak kena saman lah dalam tempat ni. Park je la. Pina sudah pun sampai di library ni. Pakat gerak masuk dalam library kejap, pasal Ina nak pinjam buku ( ulat buku dia ni.. Haha ). Masuk dalam, semua pakat serbu kat Raihan, lamanya tak jumpa dia ni. Macam jejak kasih pulak. Then bincang pasal arah tuju kitorang lepas ni. Kongsi tawaran yang dah dapat, dan saling nasihat dan beri semangat antara satu sama lain. Alhamdulillah, suasana yang sangat indah, memori yang tidak akan dilupakan.
Lepas tu, tanya Raihan, datang dengan apa. Biasanya, dia bawak kereta. Aish, dia tak bawak kereta pulak. Pina pun datang dengan ayah dia. Habis, macam mana kitorang nak gerak pi kedai makan dengan geng kitorang seramai 7 orang?..Hahaha..Apadan. Lama jugak kitorang duduk bincang, macam mana nak gerak dengan jumlah orang seramai tu dengan sebuah kereta Kancil je yang ada. Ada yang kasi cadangan, hantar dengan dua trip. Tapi, lokasi nak pergi pun belum tahu. Uitt..Habisnya...kitorang amik keputusan..........................
Sumbat tujuh orang dalam kereta Kancil. Lima orang berhimpit kat belakang. Mujur saya nie kecik je, lepas masuk lima orang kat belakang, risau jugak kalau tak boleh tutup pintu. Memang macam ikan sardin je. Ya Allah.. Haha, tergelak kitorang dalam kereta masa tu. Gerak je lah. Berhenti kat lampu isyarat, ramai lah yang melihat dua tiga kali kat kitorang. Malu sangat la. Tak berani saya nak pandang kat luar. Mesti ramai yang tengok.
Dah sampai kat lokasi spontan yang kitorang pilih dalam kereta, parking keretanya, aishh, punyalah jauh nak berjalan pusing bandar. Lepas makan dan enjoy dengan ice blended, mana nak pergi lagi ni? Masuk duit dalam meter parking, untuk tempoh dua jam. Makan, baru setengah jam. Then naik atas stesen bas, sebab Pina nak beli baju dan tudung. After that, gerak masuk kedai buku. Nak tahu kenapa? Pasal kitorang dah kepanasan, saje masuk kedai buku untuk sejukkan diri dengan aircond dalam kedai tu. Haha. Tapi, ada jugak lah yang membeli alat tulis dan buku. Lama kitorang pakat tengok-tengok novel yang ada, intai yang Habiburrahman, tapi tak ada. Kecewa.
Kemudian, Raihan mintak tolong saya untuk bank-in duit guna Maybank-2-u. Dia tak reti nak bank-in duit untuk bayar kepada kedai buku, yang dia beli secara online. Jadi, dah saya selalu bank-in duit kepada abang saya, jadi, bolehlah saya tolong dia. Duduk dalam bank tu, dah siap, tapi duduk lama skit. Sejuk je rasa. Rasa malas nak keluar dari bank, kerana cuaca yang sangat panas kat luar. Tekak pun dah terasa haus semula. Tengok jam, dah pun tinggal dalam 15 minit lagik untuk meter parking tu habis tempoh. Dah la kawasan parking ni tempat yang JPJ dan jugak MBKT selalu ronda.
Berkejar lah kitorang ke tempat parking kereta. Dalam 2 KM jugak lah. Haha. Mak aih, penatnya. Dengan cuaca yang panas, kitorang terkejar-kejar. Lagi sekali nak masuk 5 orang kat ruang belakang kereta tu. Aish.. Dah la baru lesen P, bawak lebih penumpang. Kalaulah jumpa dengan JPJ or polis trafik, sure kena tahan. haha.
Apa pun, ukhuwah kami kerana Allah. Sangat indah, gembira, bersyukur sangat dengan ukhuwah kami. Walaupun dah habis bersekolah, lima tahun bersama, tapi ukhuwah kami masih terjaga. InsyaAllah, semoga ukhuwah kita tetap terjalin, sehinggalah ke akhir hayat.
SMS daripada Raihan yang diterima.
" Ya Allah, sahabatku buah hatiku. Mesra kami penawar duka. Rindu kami menambah cinta. Rajuk kami membuah ceria. Ya Allah, silaturrahim kami ukhuwah fillah. Bermusuh kami nauzubillah. Berpisah mati insyaAllah. Pengubat hati doa robitah. Ya Allah, rahmati kami meniti usia. Terpisah kami di alam nyata. Temukan semula di Taman Syurga. Amin ya Rabbal 'Alamin.."
~ Menitis air mata baca SMS ni. Sayang korang semua, Wawa, Epi, Pina, Ina, Raihan, Siti, dan semua sahabiah ~
Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z..Haha..Pandai korang dok belajar bilang huruf. Dah boleh baca lah posting cerita lepas ni. Jeng..Jeng...Jeng..
Tak dop idea pun nak mengarang apa tengah-tengah malam ni. Badan sudah penat, mata sudah mengantuk.
Tengok dalam iluvislam.com, kalau bahagian forum team atau iluvislam crew, banyak bincang pasal book fair. Huh. Jeles betul lah diorang boleh pergi, then berjumpa then krew-krew iluvislam yang lain. Bestnyaa. Kalaulah duduk area KL atau Selangor, setiap hari turun booth iluvislam. Haha. Tapi nak buat macam mana, walaupun duduk kat KL jugak ( Kampung Losong )..Haha, tapi tak ada rezeki lah nak pergi sana.
First time and last time saya pergi ke book fair tu, masa darjah enam dulu. Enam tahun yang lepas dah. Itupun pergi sebab ada pertandingan NILAM dan Khemah Membaca peringkat kebangsaan, yang julung kali diadakan juga bersempena dengan Pesta Buku tersebut. Seminggu menyertai pertandingan tu, setiap hari mengunjungi PWTC pasal most of the programme and activity tertumpu di situ. Lagipun hotel yang kitorang menginap tu dekat sahaja, hanya jalan kaki dan lintas jalan, sampailah PWTC.
Rindu nak pergi lagi ke book fair tu. Dah lah jenis suka masuk kedai buku. Ada je idea datang dalam kepala ni nak beli buku apa pulak. Tapi memang best la. Hehe. Mujur mama dan abah tak berkira kalau bab nak beli buku ni. Uhukk, sukanya..
Dah, tak nak mengarut dah. Dah lewat malam dah. Karang, tak pasal ada hantu mari kacau. Haha. Nonsense. Selamat malam semua. Jaga diri, jaga hati, jaga iman, jaga kesihatan, jaga akhlak, jaga segalanya lah. Ok.