Apr
15

Sensei No Tsuki : Apresiasi Dunia

Pengenalan Bermula 15 April 2010 hingga 15 Mei 2010, iLuvislam.com melalui Team Event Malaysia dengan kerjasama Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd. (KKSB dan majalah ILUVISLAM membawakan kepada anda Kempen ‘Sensei No Tsuki' (atau dalam bahasa Melayunya ‘Bulan Sensei').Kempen ini adalah bersempena dengan sambutan Hari Ibu, Guru & Bapa yang selalunya disambut setiap tahun dimana akan mendedahkan pengguna-pengguna iLuvislam ...
Apr
13

Kita Cintakan Allah Ke??

Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..Apa khabar sahabat sahabiah sekalian? Semoga semuanya dalam lindungan rahmat Allah. InsyaAllah..Kalau ada seseorang yang bertanyakan kepada kita, adakah kita cintakan Allah? Adakah kita cintakan Rasulullah? Pastinya, tanpa berfikir panjang, kita akan jawab, sudah pasti cintakan Allah dan RasulNya.Tapi sahabat sahabiah sekalian, adakah benar kita cintakan Allah dan RasulNya? Atau jawapan itu hanya sekadar meniti di bibir tanpa ada kebenaran yang haqiqi di hati dan kebuktian melalui amalan? Hanya diri sendiri yang boleh menjawab persoalan ini.Kalau cinta antara manusia, lelaki dan perempuan yang tiada ikatan halal antara mereka, ...
Mar
30

Sanah Helwah 19

Bismillahirrahmanirrahim...Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..Alhamdulillah Ya Allah, hari ini genap 19tahun usiaku. Genap 19tahun daripada waktu waktu mama bertarung nyawa untuk melahirkan Puteri ke dunia. Ya Allah, terasa begitu sebak hari ini mengingatkan pengorbanan dan jasa mama dan abah, melahirkan diriku ke dunia biiznillah, membesarkan diriku sehingga menjadi seperti sekarang, menjaga dan mengasuh diriku, ...
Mar
25

Siapa Lebih Hebat?

Bismillahirrahmanirrahim...Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..Sedikit perkongsian artikel yang dicopy paste dari www.iLuvislam.com. Semoga kita semua mengambil iktibar dan pengajaran daripada kisah ini. InsyaAllah.Pada suatu hari, ada seorang buruh yang bekerja mengumpulkan batu-batan di sebuah gunung. Batu-batu yang diambil nanti akan digunakan untuk membuat rumahnya. Bagi memperoleh batu-batu di gunung itu, si buruh perlulah memecahkan batu-batan besar yang terdapat di gunung tersebut. Ketika buruh itu sedang melakukan kerjanya, cuaca sangat panas sehinggakan buruh itu terpaksa menanggalkan pakaiannya untuk menyejukkan badan.Pada masa yang sama Si Matahari telah ketawa keriangan ...
Mar
23

Lahirnya Ke Dunia...

Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..Salam juang untuk semua sahabat-sahabatku semua. Apa khabar iman? Apa khabar diri semua? Semoga kalian sentiasa dalam rahmat Allah, insyaAllah.Alhamdulillah, setelah 19 hari mak saudara Puteri dimasukkan ke wad, baru hari ni dibenarkan keluar. Mak saudara dimasukkan ke wad lebih awal untuk bersalin kerana doktor mengesan ada sedikit masalah pada jantung makcik. 14 Mac 2010, lahirlah anak kelima beliau, merangkap sepupuku. Dengan nama Tengku Ahmad Fahmi Alauddin B Tengku Ahmad Zaidi. InsyaAllah semoga nama yang diberikan dengan maksud Kefahamanku Ketinggian Agama, semoga Fahmi Alauddin menjadi seorang yang alim dan tinggi ilmu ...
Mar
22

Kenangan Di Pesta Buku PWTC

Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..Apa khabar semua? Diharap semuanya sihat dalam lindungan rahmat Allah, insyaAllah. Alhamdulillah diriku masih lagi diberikan nikmat sihat, masih terus bernafas di muka bumi Allah untuk meneruskan amanah dan tanggungjawab sebagai hamba Allah dan khalifahnya.Alhamdulillah lagi kerana diri ini telah berjaya menamatkan Asasi Sains di UiTM Shah Alam setelah setahun bergelar mahasiswa. Sekarang menunggu keputusan Final Exam untuk menentukan ke mana arah tuju dan kursus apa yang bakal diambil selepas ini. Semoga saya berjaya mendapat kursus yang diharapkan sebelum ini, mohon doa daripada sahabat-sahabat.Sekarang saya menghabiskan ...
Mar
1

Penyepian Yang Begitu Lama

Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum Warahmatullah kepada semua sahabat sahabiah sekalian....Memang begitu lama sangat tidak update dalam blog. Mungkin ada yang terfikir, ke mana menghilangnya tuan punya blog ni, masih hidup lagi ke? Alhamdulillah masih diberikan nikmat iman dan dapat bernafas lagi di muka bumi Allah ini..Tidak banyak yang ingin diperkatakan dalam entry kali ni kerana kesibukan dengan perkara yang lebih penting. Mungkin hanya ingin menyampaikan beberapa berita terkini mengenai diri ini..insyaAllah.Jawapan bagi persoalan kenapa tuan punya blog ni lama tak update blog ni. Start Disember ( lebih kurang 2minggu selepas latest entry ), laptop kena serang virus, sampai merosakkan ...