Apr
29

Picnic Di Masjid Terapung..

Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..Yeahh..Nampak tak gambar masjid tu..Nama masjid tu Masjid Tengku Tengah Zaharah, beritahu nama ni mesti tak ramai yang kenal kan. Tapi, kalau sebut Masjid Terapung, barulah mengangguk-angguk kepala tanda kenal lah tu. Hehe. Lokasi di sini lah kitorang pilih untuk berkelah. Perjumpaan kali terakhir bersama kawan-kawan, sebelum masing-masing membawa ...
Apr
27

CERITA UNTUK SUAMI / BAPA / LELAKI

Bismillahirrahmanirrahim...Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...Cerita yang dicopy daripada website halaqah.net..Mat...mat....Mat tidak pernah membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah. Malah dia sering bersungut sendirian kerana telah merasa bosan setiap hari pergi kerja, sedangkan Nab isterinya hanya tinggal di rumah. Kalau boleh, dia mahu isterinya tahu betapa penat dan letihnya dia bekerja setiap hari untuk menanggung keluarga.Satu malam ~~~~ Mat berdoa,"Ya Tuhanku. Aku bekerja 8 jam sehari sedangkan isteriku hanya tinggal di rumah bersama anak-anak. Aku mahu supaya dia tahu betapa letihnya aku bekerja setiap hari. Tolonglah ya Tuhan, tukarkanlah aku dan isteriku. Biar aku yang ...
Apr
26

KEK....Bestnya..

Happy anniversary 26th to my mum n dad...Saje je nak letak gambar kek ni dalam blog, nak buat kenangan..Heh ...
Apr
26

Sekadar Renungan...

Mungkin kerana kita leka,Seringkali pena terlepas dari genggaman,Ucapan Opss!! mendahului kalimah Allahuakhbar..Tatkala perut yang lapar sudah terisi,Haaa...kenyangnya..mengatasi Alhamdulillah..Bila diri terpegun oleh keindahan dunia,Subhanallah tertutuplah oleh cantiknya!!..Ada masanya berita kematian mengunjungi,Kasihannya..terucap juaKerana kita lupa pada Innalillahhiwainnailaihirajiun..Kadangkala kita lupa..Kadangkala kita sengaja..Mungkin kerana telah biasa..Namun teman,Walau kita lupa,suka,sengaja atau terbiasa..Berhati-hatilah,Bilamana Izrail datang membawa berita..Ucapan Lailahaillallah tetap menjadi juara..Mengatasi segala kata-kat ...
Apr
26

Kahwin Lagik...

Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..Adoiii...Kalau dapat komen untuk posting, mesti ada kaitan dengan kahwin. Haha..Sikit-sikit kahwin. To uncle sam ( tuan punya badan perasan tak nama dia )..Haha, tahu lah orang dah cukup umur 18, janganlah sebut lagik pasal kahwin. Dah sampai seru den, den kahwin la. Haha, bak kata kak nisa, gelak guling-guling..haha.. Kalau akhi tak sabar nak kahwin, silalah, boleh ana pi makan nasi minyak nanti..Untuk kawan den, khairatul huwaina ( bukan nama sebenar )..Jangan lah doakan sangat den kahwin awal. Haha. Tunggu habis belajar dulu. 26 ekk...tengok lah dulu budak ni...Chow ...
Apr
25

Inilah Sejarah Kami ( ISK )...26 April..

Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...Inilah sejarah kami..Haha, macam apa pulak tajuk posting kali ini. 26 April...Ada dua sejarah dalam diri saya sendiri dan jugak pada kedua insan yang sangat saya cintai dan kasihi pada tarikh ini. 26 April, pada 26 tahun yang lepas merupakan tarikh yang sangat bermakna buat mama dan abah saya, lafaz ijab dan qabul pada tarikh ini. Tahun ini, sudah genap mama dan abah menjadi pasangan suami isteri buat selama 26 Tahun, Alhamdulillah. Happy anniversary buat mama dan abah, semoga keluarga kita sentiasa dalam keadaan bahagia, aman, sakinah, dan berada dalam lindungan dan rahmat daripada Allah Taala. Amiiiin.26 April tahun ...
Apr
24

Warkah Buat Hawa..

HAWA , andai engkau masih remaja, jadilah anak yg solehah bt kedua ibubapamu, andai engkau sudah bersuami, jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din ALLAH...HAWA, andai engkau belum berkahwin, janganlah kau risau jodohmu, ingatlah janji tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrimmu, kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam sekaligus disusuli dengan pertemuan, takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri...HAWA, lelaki yang baik tidak melihat pada paras rupa, lelaki ...
Apr
24

Aku Tanpa CintaMu...

AKU TANPA CINTAMU Lirik lagu nasyid, juga lagu layar keinsafan mungkin amat sesuai menggambarkan rasa keinsafan di hati Zayanah sekarang. Zayanah sering meratapi kekhilafannya dan merenung masa depannya yang gelap hasil perbuatannya sendiri.Tanpa diduga gadis yang selama ini amat menjaga batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan, prinsipnya yang dipegang teguh selama hidup di bumi Allah, hancur begitu sahaja kerana amat rapuhnya iman seorang perempuan yang bergelar remaja.Tawaran untuk ke sebuah universiti awam di tanah air sedikit melegakan hatinya yang luluh kerana tidak dapat melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Mesir. Zayanah tetap teguhkan hatinya untuk terlibat dalam ...
Apr
23

Ohh..Rindunya Sama Kamu..

Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..Uwaaa...So sad today..Kenapa la laman web kesayangan tu tak boleh nak bukak hari ni. Sudah rindu nak baca forum, apa semua. Nak buat kerja, nak search link thread, nak edit posting, nak moved thread, nak delete thread, nak apa lagik. Entah...udah rindu sama iluvislam.com..Baru gak setengah hari tak boleh nak masuk iluvislam.com  kerana ada masalah dengan server. Server tak dapat nak tampung jumlah pengunjung iluvislam.com yang ramai. Alhamdulillah, satu berita baik, kerana semakin ramai yang mengunjungi laman web ni. Semoga semuanya mendapat manfaat daripada laman web ni, insyaAllah..Apa pun, kepada pengunjung yang lain, ...
Apr
22

Aku Jatuh Cinta..

Aku jatuh cinta.. Jatuh cinta pada seorang lelaki..Dan lelaki itu aku tidak pernah berjumpa dengannya..Aku hanya biasa mendengar melalui orang sahaja..Tapi yang pasti.. lelaki itu.. lelaki mulia..mulia sesangat..lelaki itu berbudi luhur..dan keluarga lelaki itu semua baik-baik belaka...haih~ rasa malu pada diri...Aku semakin jatuh cinta..Dia begitu penyayang dan pengasih orangnya..Malah begitu penyabar sungguh..huhu.. Dan kecintaanku padanya semakin bertambah..Aku tahu, x layak rasanya diri ini untuk pemuda sepertinya..memang tak layak..tapi aku akan tetap mencintainya..dan berharap cintaku ini biar sampai ke akhirat..Akan ku cuba memperbaiki diri ini..tapi yang ku tahu.. dia sungguh menyukai ...
Apr
22

Once Again..Outing Bersama Kawan-kawan...

Bismillahirrahmanirrahim...Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...Pagi semalam, dok membeli kat pasar, tetibe ada SMS masuk. Tengok-tengok, SMS daripada Ina yang inform. Yang esok ( hari ini ) nak jumpa Raihan dan kengkawan yang lain. Rancangan asal, nak serbu rumah Raihan je. Haha, tapi dia marah plak. Dushhh.. Then kitorang berkumpul kat tempat famous kitorang berkumpul sebelum gerak ke tempat lain, kat Pustaka Awam Negeri. Pasal pustaka ni dekat ngan area bandar..Memang lucu sangat perjumpaan kitorang hari ni. Dah baca posting ni sampai habis, baru tahu kenapa sangat lucu. Jeng..Jeng..JengLepas sedikit rindu saya kepada kawan-kawan saya yang dapat saya jumpa. Terutama Raihan(  dah ...
Apr
21

Book Fair 2009..

Bismillahirrahmanirrahim...Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z..Haha..Pandai korang dok belajar bilang huruf. Dah boleh baca lah posting cerita lepas ni. Jeng..Jeng...Jeng..Tak dop idea pun nak mengarang apa tengah-tengah malam ni. Badan sudah penat, mata sudah mengantuk. Tengok dalam iluvislam.com, kalau bahagian forum team atau iluvislam crew, banyak bincang pasal book fair. Huh. Jeles betul lah diorang boleh pergi, then berjumpa then krew-krew iluvislam yang lain. Bestnyaa. Kalaulah duduk area KL atau Selangor, setiap hari turun booth iluvislam. Haha. Tapi nak buat macam mana, walaupun duduk kat KL jugak ( Kampung Losong )..Haha, ...
Apr
19

Sendu Seorang Adik..

Mak, Kenapa adik tak ada ayah? Kenapa ayah tinggalkan adik?"Emak bingung, soalan itu sering adik ungkapkan. Macam mana emak nak jawab. Adik faham ke kalau emak katakan yang emak dan ayah dah berpisah dan ayah dah kahwin lain. Nanti adik mesti tanya Kenapa emak dan ayah berpisah? Kenapa emak dan ayah Ee tak berpisah? Kenapa emak dan ayah Najlah tak berpisah? Kenapa emak dan ayah Fifi pun tak berpisah? Kenapa mesti emak dan ayah adik berpisah? Emak usap kepala adik."adik, ayah tak tinggalkan adik, ayah ada, satu hari nanti ayah balik.." emak pujuk adik lembut-lembut. Adik senyum, tak sabar rasanya nak menunggu 'satu hari' itu. Selama ingat adik, adik Cuma lihat wajah ayah di gambar yang tergantung ...
Apr
17

Pesanan Buat Arrijal Dan Annisa'

Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..Ini hanya perkongsian yang saya ambil daripada laman web kesayangan deh..iluvislam.com.Semoga kita semua dapat mengambil iktibar dan pengajaran daripada perkongsian ini, InsyaAllah..Barakallahu lakum.____________________________________________________________________"Allah telah menjadikan setiap kejadian ni berpasang-pasangan. Malam pasangannya siang, rajin pasangannya malas, tidur pasangannya jaga manakala lelaki pasangannya perempuan. Disebabkan perempuan pasangannya lelaki, maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita itu dapat memikat hati lelaki. Bila berkata tentang terpikat sesungguhnya ini ada hubungkaitnya dengan ...
Apr
17

Rahsia Kejayaan??..

Bismillahirrahmanirrahim...Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..Selamat bertemu kembali. Erm, susah betul nak online dua tiga hari kebelakangan ini memandangkan internet nie buat hal pulak. Internet ni senget. Hehe. Kejap OK, kejap KO. Kejap beres, kejap rebes. Haha, mari mana ntah ayat tu. Hari ni, alhamdulillah, internet ni dah agak ok, tak senget mana dah. Jadi, bolehlah saya menaip untuk blog kesayangan ni. Ye, bercakap mengenai kejayaan. Tanya saja kepada siapa pun, siapa yang tidak mahu berjaya kan? Semua insan mahu berjaya. Tidak kira berjaya dalam apa segala bidang. Mahu cemerlang dunia dan akhirat. InsyaAllah. Dalam kalangan pelajar, sudah tentu mahu berjaya dalam pelajaran ...
Apr
15

Anak Soleh Di Zaman Nabi Musa AS..

Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?".Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya.. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya ...
Apr
15

Tangisan Nabi Muhammad SAW Di Hari Kiamat..

Dari Usman bin Affan bin Dahaak bin Muzahim daripada Abbas ra, bapa saudara Rasulullah SAW dari Rasulullah SAW telah bersabda, yang bermaksud:“Aku adalah orang (manusia) yang paling awal dibangkitkan dari kubur (bumi) pada hari kiamat yang tiada kebanggaan. Bagiku ada syafaat pada hari kiamat yang tiada kemegahan. Bendera pujian di tanganku dan nabi-nabi keseluruhannya berada di bawah benderaku. Umatku adalah umat yang terbaik. Mereka adalah umat yang pertama dihisab sebelum umat yang lain. Ketika mereka bangkit dari kubur, mereka akan mengibas (membuang) tanah yang ada di atas kepala mereka. Mereka semua akan berkata: “Kami bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan kami bersaksi bahawa ...
Apr
14

Tempatkan Bilikku di Neraka...

"Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walaupun tinggal di bumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan daripada pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu, ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya: "Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini ...
Apr
12

Awak Sudi Jadi Isteri Kedua Saya?

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Syazni tegas dan yakin.Tiba-tiba mata Fulanah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah."Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!" pekik Fulanah dengan suara tersekat-sekat.Mata Syazni liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fulanah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fulanah langsung tidak selari dengan penampilannya."Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya… " Fulanah mula sebak."Tak. Maksud saya…""Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!" potong Fulanah dengan kasar."Awak nampak macam alim, tapi ...
Apr
11

Sepagi Bersama Kengkawan...

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh... P/S : Special dedication for Wawa, Ina, Pina, Rehan, Epy dan Kinah...  Terkenang sebuah memori lalu, Kisah persahabatan kita bersama, Di dalam satu pengajian, Menimba ilmu dan pengalaman.... Erm, pagi tadi, kita jumpa ramai-ramai. Terasa hepi sangat dapat jumpa, bergurau senda, main sama-sama...Waa..Bila lagi lah kita akan berjumpa macam itu ya? Walaupun tak cukup geng kita tadi, Raihan. Kenapa rehan tak nak datang tadi? Terasa kehilangan tau, tak cukup sorang. Nanti kalau kita buat perjumpaan lagi, kalau rehan tak datang, saya pergi ambik rehan kat depan pintu rumah awak tau. Haha Best kan pagi tadi. Kita pergi ...