Feb
22

Ibu.............

Orang kata aku lahir dari perut ibu..Bila dahaga, yang susukan aku.. ibuBila lapar, yang suapkan aku..ibuBila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibuKata ibu, perkataan pertama yang aku sebut .. Ma!Bila bangun tidur, aku cari.. ibuBila nangis, orang pertama yang datang ..ibuBila nak bermanja.. aku dekati ibuBila nak bergesel... aku duduk sebelah ibuBila sedih, yang boleh memujukku hanya ibuBila nakal, yang memarahi aku ...ibuBila merajuk... yang memujukku cuma..ibuBila melakukan kesalahan ... yang paling cepat marah..ibuBila takut... yang tenangkan aku.. ibuBila nak peluk... yang aku suka peluk..ibuAku selalu teringatkan ..IbuBila sedih, aku mesti talipon... IbuBila seronok... orang pertama ...
Feb
20

Manusia...Malaikat...Syaitan...

Bismillahirrahmanirrahim...Subject: Manusia , Malaikat , Syaitan ...Manusia - Eh, dah subuh dah?Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu ....Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzzManusia - Nak makan, laparlah ??Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah...Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? .Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!Manusia - Alamak, dah lewat!Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?Manusia ...
Feb
18

Yahooo...Dapat Lesen Dah...

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... Huhu...penat seh baru balik dari driving school...hari ni, tanggal 18 Feb 2009, akhirnya selepas hampir 2bulan lebih dok ulang-alik ke driving school, hari ni sampai lah nak test ngan JPJ plak.. Awal pagi lagik jurulatih dah datang amik kat rumah, sebelum kul 8 pagi..huh...em, pagi kat rumah tak ada nervous pun, wat relax dah ar...dengan mama n abah pun dah pesan wat elok-elok dan jangan gopoh sangat, jadi hati jadi tenang lah sket...lagipun semua dah ready, tunggu nak test jek...heherasa macam tak sabar pun ada..berangan nak bawak kete pi jalan-jalan, huhu...test pun belum lagik, dah berangan nak bawak ...
Feb
13

Malas Beribadah...

Bismillahirrahmanirrahim...APAKAH kita pernah mengalami perasaan malas beribadah? Terasa berat untuk tilawah atau ada kenikmatan ketika membaca al-Quran atau solat?Atau mungkin berasa susah bangun malam untuk qiyamulail, padahal jam dikunci untuk mengejutkan kita atau telefon bimbit sudah dipasang tetapi ketika berdering, tetap terlelap dalam tidur.Apa yang kedengaran hanya seperti dalam mimpi dan akhirnya jam dan telefon bimbit mati sendiri atau bangun dengan setengah sedar. Selepas itu, tarik selimut dan tidur lagi. Padahal, biasanya dengan mudah boleh bangun.Jadi, apa yang sudah terjadi dengan diri kita? Atau mungkin kita pernah merasakan mulut ini terasa berat ketika melantunkan ayat-ayat ...
Feb
8

Kisah Anak Derhaka...

Bismillahirrahmanirrahim...Hairan saya melihat beberapa orang kampung berkumpul di kedai pada tengah hari itu. 1 September 1994. Serius mereka berbual hingga dahi berkerut-kerut. Lepas seorang bercerita yang lain menggeleng - gelengkan kepala. Pasti ada sesuatu yang 'besar' sedang mereka bincangkan, kata saya di dalam hati . Setelah injin motosikal di matikan, saya berjalan ke arah mereka." Bincang apa tu ? Serius aku tengok," saya menyapa." Haaa... Din, kau tak pergi tengok budak perempuan tak boleh keluar dari kubur emak dia ?" kata Jaimi, kawan saya." Budak perempuan ? Tak boleh keluar dari kubur ? Aku tak fahambah," jawab saya. Memang saya tak faham kerana lain benar apa yang mereka katakan ...
Feb
5

Test Kereta...Fuh...

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum wbt.. Macam mana nak intro nie? Adoi...Tak tahu lah intro nie nak cakap pasal apa...Huhu.. Tapi rasa jeles lah jugak bila tengok kawan-kawan rapat saya, dah 3orang yang dah dapat lesen P...Saya nie, hari nie baru gak test untuk kali yang pertama dengan pihak institut memandu..Kira macam lulus yang test nie, baru lah dapat teruskan test dengan JPJ pulak.. So hari nie...hari saya test yang pertama tue ar...test tue nama nya QTI, tapi tak tahu ar singkatan untuk apa...Mula-mula sampai kat tempat tunggu giliran tue, tengok tak ramai mana pun ar orang ada nak bandingkan dengan hari-hari lain..Rasa lega sket pasal fikir tak yah lah nak kena tunggu lama ...
Feb
3

It's Useless, Grandpa...

Bismillaihirrahmanirrahim...Ada seorang Muslim Amerika yang telah tua tinggal di sebuah ladang di pergunungan di timur Kentucky bersama-sama dengan seorang cucu lelakinya. Pada setiap hari, datuk ini akan bangun pada awal pagi dan duduk di ruang tamu rumahnya sambil membaca Al-Quran. Cucunya sangat berkeinginan untuk menjadi seperti datuknya dan dia cuba semampunya untuk meniru dan mencontohi setiap perbuatan datuknya.Suatu hari, cucunya bertanya, " Atuk! Saya cuba membaca Al-Quran sama seperti atuk tetapi saya tidak dapat memahaminya(tafsir Al-Quran) , dan apa yang saya faham saya akan lupa sebaik sahaja saya menutup mashaf ini. Jadi, apa kebaikan dan manfaat membaca Al-Quran seperti ini?Jadi, ...
Feb
2

Wah...Tag Yang Pertama Ku Terima....

Bismillahirrahmanirrahim...Assalamualaikum w.b.t...Wah...sekarang banyak ek kita dengar pasal boikot-memboikot barangan yang ada kaitan dengan Israel kan...Yeah, boikot tu boikot nie...Jangan sampai kita semua nie hanya dengan lisan jek kata perlu boikot barangan tu barangan nie, tapi kita sendiri pun tak boikot barangan tersebut...Maknanya hanya pandai menyebut dan menguar-uarkan pasal boikot nie, tapi kita tak laksanakan...Rasanya tak ada guna pun kan kalau kita hanya pandai menyebut tentang boikot, tapi kita tak amalkan dan tak laksanakan pun boikot...Sanggup ke duit yang kita belanjakan membeli barangan tersebut digunakan oleh Israel untuk membeli bahan senjata api digunakan untuk mengebom ...