Dec
9

KPO'09 Melabuhkan Tirainya...

Bismillahirrahmanirrahim...Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..Mencuri sedikit masa dari kesibukan diri sebagai pelajar untuk update cerita dan berita daripada program KPO'09. KPO'09 atau nama panjangnya, Kursus Pengurusan Organisasi 2009 iLuvislam.com berjaya diadakan di Asrama Anak Yatim Damai, Kuang, Sungai Buloh, Selangor pada 4 Dis - 6 Dis 2009. Alhamdulillah.Apa khabar semua??? HEBAT!!!!!!!!!Setelah 2 bulan ...
Nov
26

Raya..Balik Kampung !!

Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..Malam ni dah cukup 10 Zulhijjah, maka sudah masuk hari Eidul Adha. Sudah kedengaran di serata tempat, laungan takbir yang sangat bermakna..Semalam punya la resah pasal sepatutnya menurut jadual, kelas hari ni habis pada pukul 12.30 tengahari. Tapi lepas berjumpa dengan Prof, beliau benarkan balik awal. Yess, sukanya hati. Hehe..Hari ni rasa nak share pengalaman pertama balik kampung beraya dalam keadaan kesesakan jalan raya. Huhu..Hari tu Eidul Fitri, tak bersesak kerana pulang cuti raya awal seminggu daripada orang lain. heheHari ni, saya bertolak balik ke kampung dari Shah Alam dengan menaiki kereta bersama-sama sepupu dan ...
Nov
23

Dipotong Tangan Kerana Memberikan Sedekah

Dikisahkan bahawa semasa berlakunya kekurangan makanan dalam kalangan Bani Israel, maka lalulah seorang fakir menghampiri rumah seorang kaya dengan berkata, "Sedekahlah kamu kepadaku dengan sepotong roti dengan ikhlas kerana Allah SWT".Setelah fakir miskin itu berkata demikian maka keluarlah anak gadis orang kaya, lalu memberikan roti yang masih panas kepadanya. Sebaik sahaja gadis itu memberikan roti tersebut maka keluarlah ...
Nov
12

Sifat-Sifat Wanita Ahli Syurga

Siapakah wanita yang menjadi ahli Syurga? Apakah ciri-ciri atau sifat-sifat yang menjadi kunci bagi wanita memasuki syurga?Sebuah hadis Nabi menyatakan:Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia ...
Nov
12

Cuti Dah Nak Habis Pun!!

Bismillahirrahmanirrahim...Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..Cuti semester 1 masih tinggal lagi beberapa hari. Setelah hampir sebulan setengah bercuti daripada segala buku akademik, akhirnya sekarang sudah tiba masa untuk mengembalikan kekuatan daya otak kepada maksimum kembali.Semester 2 dan juga merupakan semester akhir saya dalam Asasi Sains, akan menjelma jugak pada 16 November 2009. Walaupun rasa macam ...
Oct
27

Berdakwah Kepada Kanak-Kanak : Sucinya Hati Mereka

Bismilahirrahimanirrahim..Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...Sudah lama tidak posting sendiri dalam blog ni. Pemalas betul empunya blog ni. Aish. Walaupun tengah cuti semester sekarang ni, tapi masih ada komitmen dan tugas lain selain daripada belajar untuk dibereskan. Apa pun, hari ni nak berkongsi kisah benar yang berlaku pada hari ni, tersentuh hati dengan apa yang berlaku hari ini. Jadi nak berkongsi bersama ...
Oct
25

Si Cacat Dan Si Kaya

Manusia dewasa ini semakin 'kabur' matanya dalam mengenal Penciptanya. Manusia kian alpa dalam sogokan kemewahan serta hiburan di dunia ini. Oleh itu, terpanggil rasanya diri yang hina ini untuk bertindak sebagai 'kaca mata' kepada pencipta Islam sekalian agar kita dapat melihat dengan lebih jelas tentang keindahan Deen'ul Jannah kembali.Kanta bagi kaca mata ini adalah berbentuk sebuah tamsilan. Tamsilan dimulakan dengan kisah seorang lelaki yang cacat sejak dari lahirnya. Dia tiada tangan dan kaki. Ibu bapanya meninggal dunia ketika dia masih kecil. Lantaran kemiskinan hidup, dia menjadi pengemis di lorong kaki lima. Dengan hasil sedekahnya itu, dia makan dan minum sekadar cuma. Sehinggalah ...
Oct
16

Remaja Berakhlak di Bawah Panji-Panji Nabi Yusuf as.

BismillahirrahmanirrahimAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Masa remaja adalah zaman yang penuh dengan cabaran. Golongan remaja dengan keadaan fizikal yang segar bugar, ketika inilah gelombang syahwat sangat bergelora. Tidak mudah untuk mengawal segala dorongannya, apatah lagi jika kehidupan mereka tidak terikat dengan keimanan dan batas-batas syariat. Kesempatan untuk bergaul bebas sentiasa terbuka, lebih-lebih ...
Oct
13

Pengajaran Kisah Tukang Kayu

Pada satu masa, terdapat seorang tukang kayu yang semakin dimamah usia. Dia bercadang untuk bersara daripada kerjanya sebagai tukang kayu yang bertanggungjawab membuat rumah di sebuah syarikat pembinaan. Dalam fikirannya lagi, dengan tenaga yang semakin kurang, dia ingin menghabiskan sisa-sisa hidupnya bersama keluarga tersayang. Tukang kayu ini tidak akan menerima upah lagi sekiranya beliau bersara. Tetapi, dia tetap dengan keputusannya. Lalu, tukang kayu itu memberitahu majikannya tentang hasratnya itu. Apabila majikannya mendengar luahan hati tukang kayu yang berpengalaman itu, dia merasa sedih dan memujuk tukang kayu tersebut agar menarik balik keputusannya. Akan tetapi, tukang kayu ...
Sep
22

Kisah Muslimah Agung: Fatimah RA

Gembira hatinya, gembiralah Rasulullah s. a. w. Tertitis air matanya, berdukalah baginda. Dialah satu-satunya puteri yang paling dikasihi oleh junjungan Rasul selepas kewafatan isterinya yang paling dicintai, Siti Khadijah. Itulah Siti Fatimah r. a., wanita terkemuka di dunia dan penghuni syurga di akhirat. Bersuamikan Sayyidina Ali bukanlah satu kebanggaan yang menjanjikan kekayaan harta. Ini adalah kerana Sayyidina Ali yang merupakan salah seorang daripada empat sahabat yang sangat rapat dengan Rasulullah s. a. w., merupakan kalangan sahabat yang sangat miskin berbanding dengan yang lain. Namun jauh di sanubari Rasulullah s. a. w. tersimpan perasaan kasih dan sayang yang sangat mendalam ...
Sep
20

Umurku Setahun??

Bismillahirrahmanirrahim...Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...Alhamdulillah..hari ni hari kegembiraan, hari kemenangan kita semua..Hari Raya Aidilfitri..Kenapa tajuk posting kali ni, Umurku Setahun??..Hehe, itu bukan bermaksud tuan punya blog ni berumur setahun. Kalau tuan punya blog ni berumur setahun, aish, memang bijak lagi canggih lagi apa ntah, budak berumur setahun boleh menaip2, bermain laptop, dan mengeja, membaca dan mengarang..Melalut sudah..Tajuk posting kali ini sempena blog ini sudah berusia setahun. Tanggal 2 Syawal 1429, blog ini dibina. Jadi, sekarang sudah genap berusia setahun. Tapi, masih banyak kekurangan dan kelemahan dalam blog ini. Apa pun, semoga kekurangan ...
Sep
19

Takbir Raya : Sayunya Hati...

Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..Sayunya hati mendengar takbir raya tadi. Pergi sudah Ramadhan 1430..Yang memang tidak mungkin akan kembali lagi kepada kita. Masih berpeluangkah kita untuk berjumpa dan menikmati keberkahan Ramadhan yang akan datang?..Ini hari kemenangan kita. Ini hari mulia kurniaan Allah kepada hambaNya setelah sebulan berpuasa. Berjihad melawan hawa nafsu dan sebagainya. Namun, sampai di akhir bulan ini sahajakah jihad kita melawan nafsu ini? Istiqamahlah wahai sahabat. Ramadhan ini bulan tarbiyyah Allah kepada kita semua..Apa pun..sebelum menghentikan taipan kali ini...Saya ingin memohon kemaafan daripada semua sama ada yang mengenali ...
Sep
17

Bersawang Sudah...

Bismillahirrahmanirrahim...Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...Lamanya tidak menjengah ke blog ni. Apa punya tuan kan?..Blog sendiri pun tak jenguk. Apa pun, itulah hakikatnya apabila diri sudah terlalu sibuk..Walaupun ada banyak perkara yang nak diperkatakan, tapi masa pulak tidak mengizinkan untuk menari-narikan jari atas keyboard ni..Banyak jugak tak update program2 iLuvislam yang saya sertai bulan ni dan bulan lepas. Antaranya ifthar krew di Shah Alam, ifthar krew bersama Oasis di Masjid Usamah, ifthar kat rumah Kak Asniza..Ish2...Dan umurku sudah genap 19tahun dalam tahun hijriah..iaitu pada 13 Ramadhan..AlhamdulillahRamai jugak yang sudah tegur..bloh dah bersawang tue, pergilah ...
Aug
31

Meriah Ramadhan @ iLuvislam.com

Meriah Ramadhan @ iLuvislam.com(Anjuran Event Team Malaysia@iLuvislam.com)Kategori A : Bawah 12 tahunKategori B : 13 - 18 tahunKategori C : 18 tahun ke atas Jenis-jenis Pertandingan1. Mencipta Komik Islamik (Kategori B dan C sahaja)2. Mengarang Esei (Semua Kategori)3. Melukis dan Mewarna (Kategori A sahaja)4. Persembahan Multimedia (Semua Kategori)Hadiah-hadiah untuk Pemenang1. Setiap Pemenang Utama bakal mendapat hadiah Langganan Majalah daripada Karangkraf.2. Setiap pemenang akan dijemput untuk menyertai BackToBasics@Raya (B2b@Raya) bersama Krew-krew iLuvislam.Com pada bulan Oktober.Syarat- syarat Umumi. Terbuka kepada semua ahli iLuvislam.com yang berdaftar sahaja. Klik sini jika belum mendaftar.ii. ...
Aug
20

Ahlan Wasahlan Ramadhan...

Bismillahirrahmanirrahim...Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...Ya Ramadhan...Tak sabar rasanya nak menyambut Ramadhan 1430 ni..Tapi sempat ke dan masih berpeluang ke kita nak merasai kenikmatan keberkatan Ramadhan Al Mubarak kali ni?..Semoga kita semua masih diberikan peluang oleh Allah untuk merasai nikmat Ramadhan pada tahun ini. Dan semoga amal ibadat kita akan diterima oleh Allah. Rebutlah segala ganjaran ...
Aug
19

Khas Buat Mama dan Abah...

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...Lagu dari kumpulan Aeman...Khas tujukan buat mama dan abah...Ampunkan segala dosa anakmu ini...Redhakan segala yang mama dan abah berikan kepada Ain selama ini...Doakan kejayaan Ain dunia dan akhirat...Anak solehah jadi impian Ain supaya doa ain dapat ain titipkan buat mama dan abah sebagai bekalan mama dan abah nanti...insyaAllah...Hanya Allah ...
Aug
11

Dialog Krew 1 iLuvislam.com

Bismillahirrahmanirrahim...Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...DK1 dah berlalu dua hari yang lepas, tapi baru hari ini boleh update blog mengenai DK 1 ini..Bila kelas dah bermula balik, jadi bermulalah kesibukan sebagai pelajar. Balik dari program, tumpu stadi pasal pada asalnya lecturer nak buat test Physic pada hari Selasa, tapi telah ditunda ke minggu depan pulak dah. Alhamdulillah, Allah tolong jugak selesaikan masalah yang membelenggu diri ini sama ada mahu pergi ke Forum Wacana Ilmu dan DK 1 ataupun stay di hostel untuk stadi.Kemudian ingat nak update malam tadi pasal DK 1 ni, tapi tak sempat jugak. Lepas balik dari usrah, ingat nak rehat kejap je, melelapkan mata untuk setengah ...