Kita Cintakan Allah Ke??

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Apa khabar sahabat sahabiah sekalian? Semoga semuanya dalam lindungan rahmat Allah. InsyaAllah..

Kalau ada seseorang yang bertanyakan kepada kita, adakah kita cintakan Allah? Adakah kita cintakan Rasulullah? Pastinya, tanpa berfikir panjang, kita akan jawab, sudah pasti cintakan Allah dan RasulNya.

Tapi sahabat sahabiah sekalian, adakah benar kita cintakan Allah dan RasulNya? Atau jawapan itu hanya sekadar meniti di bibir tanpa ada kebenaran yang haqiqi di hati dan kebuktian melalui amalan? Hanya diri sendiri yang boleh menjawab persoalan ini.

Kalau cinta antara manusia, lelaki dan perempuan yang tiada ikatan halal antara mereka, sudah pasti cepat masyuk dengan kecintaan sementara itu. Kalau yang perempuan tanya , " Sayang, you cintakan I tak?"..Mesti yang lelaki akan menjawab. " I sayang sangat pada you."..Yang perempuan seterusnya bertanya, " Apa bukti you cintakan I?"..Sudah pasti ada yang menjawab, " Buktinya, demi cintamu, lautan api sanggup ku redah, gunung ganang sanggup didaki, bara api akan ku harungi untuk berkorban demi cintamu." Dan bermacam-macam lagi lah.

Tapi, kalau ditanya, apakah bukti kecintaan kepada Allah dan RasulNya? Kalau benar jawapan tadi mengatakan cintakan Allah dan RasulNya, bagaimana caranya? Adakah cukup sekadar kita ni mengucap di bibir. Ya, aku cintakan Allah dan RasulNya.

Kalau benar-benar cintakan kepada Allah dan RasulNya, kenapa kita sering lupa kepada Pencipta kita dan Baginda junjungan besar SAW? Kenapa kita seringkali lupa untuk mengucapkan rasa syukur atas segala nikmat dan ujian daripadaNya? Kenapa seringkali kita dahulukan kepentingan dunia berbanding kepentingan agama dan akhirat? Kenapa kita jarang sekali menyebut nama mereka? Kenapa kita jarang sekali memohon dan merayu kepada mereka? Kenapa kita seringkali tinggalkan Al-Quran dan As-Sunnah?

Nahh..benar-benar cintakah kita kepada mereka? Kita seringkali alpa dengan kehidupan dunia yang sementara. Sedangkan kita dicipta untuk menjadi khalifah Allah di muka bumi, memakmurkan bumi, menyebarkan dakwah, memperjuangkan syiar Islam, tidak lain dan tidak bukan adalah untuk beribadah kepada Allah seperti dalam firman Allah dalam Al-Quran Al-Karim..

Apabila kita dilimpahi kesenangan, kita lupa kepada Dia. Kita bergelak tawa, berseronok, berhibur sehinggakan lupa kewajipan agama kita, lupakan Dia dalam hati kita. Tapi Dia tetap sayang kepada kita. Di waktu kita ditimpa musibah, barulah kita mengingati Dia. Tapi, selepas dilimpahi kesenangan semula, kita kembali alpa mengingatiNya. Layakkan kita dikatakan mencintai Dia?

Kita sering sandarkan harapan kita kepada makhluk. Tetapi kita tidak sandarkan harapan kita kepada Allah. Sedangkan hanya Allah yang mengetahui apa yang akan terjadi kepada kita, apa yang terbaik buat diri kita. Apabila harapan disandarkan kepada makhluk, andaikata harapan itu tidak kesampaian, kita pasti akan berasa kecewa dan lemah semangat. Tetapi, jika kita sandarkan harapan kita hanya kepada Allah, insyaAllah, apa-apa pun yang berlaku kita tidak berasa kecewa dan lemah semangat kerana kita yakin bahawa Dia pasti tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. Dia sudah aturkan segalanya terbaik buat diri kita.

Kalau bercinta sesama manusia, terutama dalam kalangan remaja yang asyik bercinta. Kata mereka, kalau tak berhubung, rasa rindu sangat-sangat, terbayang-bayang wajah si dia. Nah, itu cinta dunia. Kalau kita katakan kita cintakan Allah dan RasulNya, apa kita buat untuk salurkan rasa rindu kita itu? Berapa banyak masa yang dihabiskan untuk mengingati Allah dan RasulNya berbanding masa yang dihabiskan untuk mengingati si dia?


5 minit yang digunakan untuk berzikir dan berselawat, dirasakan sudah terlalu lama. Tetapi, jika kita berborak 5 minit dengan si dia, pasti tidak berasa puas. Belum cukup lagi untuk melepaskan rindu. Berapa banyak cinta kita kepada Allah dan RasulNya berbanding cinta kepada si dia?

MasyaAllah..Astaghfirullah..Banyaknya amalan kita yang salah di sisiNya. Malu rasanya untuk berjumpa dengan Rasulullah SAW sebagai umat baginda. Baginda sangat kasihkan umatnya sehinggakan ketika sakaratulmaut menjemput pun masih menyebut " Ummati, ummati, ummati.." Dalam kesakitan tiada tandingan itu pun, baginda tetap mengingati kita. Baginda sanggup untuk menanggung kesakitan sakaratulmaut bagi seluruh umatnya kerana tidak mahu kesakitan sebegitu dirasakan kepada umat baginda. Betapa kasihnya Rasulullah SAW kepada kita. Tapi, kita seringkali alpa menjalankan sunnah baginda, seringkali lupa berselawat kepada Baginda.

Tetapi, Allah tetap sayang kepada kita. Allah tetap menunaikan doa kita. Allah tetap mendengar rintihan dan rayuan daripada kita. Tapi kita, bagaimana? Allahurabbi...

Ya Allah, ampunkanlah segala dosa-dosa kami. Ya Fattah, bukakanlah pintu hati kami agar lebih dekatkan diri kami kepadaMu Ya Allah. Jangan lalaikan kami dengan keindahan dunia yang sementara ini. Terbitkan rasa rindu kami kepadaMu Ya Rahman...

0 komenan anda..la la: