Sanah Helwah 19

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Alhamdulillah Ya Allah, hari ini genap 19tahun usiaku. Genap 19tahun daripada waktu waktu mama bertarung nyawa untuk melahirkan Puteri ke dunia. Ya Allah, terasa begitu sebak hari ini mengingatkan pengorbanan dan jasa mama dan abah, melahirkan diriku ke dunia biiznillah, membesarkan diriku sehingga menjadi seperti sekarang, menjaga dan mengasuh diriku, dan menatang diriku seperti menatang minyak yang penuh. Begitu besar sekali pengorbanan mama. Berkorban dan bertarung dengan nyawa untuk melahirkan diriku.

Teringat cerita mama. Sewaktu mama mengandungkan diriku, pergi scan di klinik, Alhamdulillah kerana pada masa itu, doktor memberitahu bahawa insyaAllah anak yang bakal dilahirkan berjantina perempuan. Mama dan abah sangat gembira kerana ketika itu sudah ada dua orang putera. Sampaikan abah yang memang pandai menjahit, sanggup menjahit semua keperluan untuk menyambut bayi seperti cadar, sarung bantal, hias katil dan sebagainya sampaikan tak rehat mana pun. Hanya berhenti untuk solat, makan, mandi dan keperluan yang lain. Sangat terharu dengan cerita ini. Terima kasih mama dan abah.

Doakan anakmu ini menjadi anak yang solehah yang dapat membantu mama dan abah di akhirat kelak. Anakmu ini tidak mahu menjadi penambah dosa kepada mama dan abah. Aku mahu membuatkan kalian bangga dan gembira. InsyaAllah.

Terima kasih mama, abah atas ucapan ingatan ulangtahun kelahiran. InsyaAllah, anakmu ini akan terus menjadi tonggak kekuatan mama dan abah sepertimana yang mama dan abah ucapkan dalam ucapan itu. InsyaAllah, anakmu akan berusaha untuk mencapai cita-cita dan menggembirakan hati mama dan abah. InsyaAllah anakmu akan berusaha untuk menjadi anak yang solehah. Hanya memohon doa dan restu daripada mama dan abah agar dipermudahkan segala urusan anakmu ini, mendapat kejayaan di dunia dan akhirat.

Ya Allah. Hari ni rasa sangat terharu dan gembira. Kerana ramai sahabat-sahabat krew iLuvislam.com dan jugak sahabat-sahabat sekolah dulu yang tidak lupa untuk memberikan ucapan dan mendoakan diriku. Terima kasih semua atas ingatan kalian. Sungguh, hanya Allah yang boleh membalas untuk kalian dan semoga Allah memakbulkan doa-doa kalian.


Pagi tadi jugak, tetibe my little cousin, yang sangat rapat ngan dia, Bob, datang rumah dan kasi kek. Dia kata, untuk Besday Kak Ain.. Waa, baik hatinya dia. Alhamdulillah, mungkin dia ingat dan faham yang Puteri selalu berikan dia barang-barang, baju, seluar, kasut, pistol, senapang, puzzle dan sebagainya untuk dia. Sebenarnya, tak ada pun plan nak sambut ke apa besday kali ini. Cukup hanya sekadar ingatan dan doa. Tapi si Bob belikan kek pulak, ajak ayah dia belikan. Terima kasih Bob, walaupun Bob tak pandai lagi membaca, hanya pandai sebut huruf-huruf..Haha..Kat bawah ini ada gambar si Bob, dan kek yang dibelikan.



Dan entah siapakah hamba Allah yang telah bukak thread baru di forum iLuvislam.com untuk wish besday Puteri? Curious, pasal hamba Allah ini membuka thread tersebut dan membuatkan seolah-olah diri Puteri sendiri yang bukak thread tersebut dan wish untuk diri sendiri. Dan hamba Allah ini telah copy paste posting Puteri daripada dalam blog untuk posting semasa besday tahun lepas. Namun, dengan bantuan Akhi Lisam yang cuba kesan IP yang hamba Allah tu guna, hamba Allah itu dari Cairo, Egypt. Entah siapalah orang ini. Kalau ada yang nak mengaku, silalah contact dengan Puteri sendiri, baru dimaafkan. Haha.

Akhirul kalam, semoga Allah membalas segala kalian dengan pahala. Syukran awi. Barakallahu lakum.

Wallahu A'lam

0 komenan anda..la la: