Lahirnya Ke Dunia...

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Salam juang untuk semua sahabat-sahabatku semua. Apa khabar iman? Apa khabar diri semua? Semoga kalian sentiasa dalam rahmat Allah, insyaAllah.

Alhamdulillah, setelah 19 hari mak saudara Puteri dimasukkan ke wad, baru hari ni dibenarkan keluar. Mak saudara dimasukkan ke wad lebih awal untuk bersalin kerana doktor mengesan ada sedikit masalah pada jantung makcik. 14 Mac 2010, lahirlah anak kelima beliau, merangkap sepupuku. Dengan nama Tengku Ahmad Fahmi Alauddin B Tengku Ahmad Zaidi. InsyaAllah semoga nama yang diberikan dengan maksud Kefahamanku Ketinggian Agama, semoga Fahmi Alauddin menjadi seorang yang alim dan tinggi ilmu agama, amiiiin. Setelah berusia 10 hari, baru Puteri berpeluang melihat muka comel baby ni, sempat mendukung dan mendodoi si Fahmi petang tadi. Hehe.

Apabila lahirnya anak adam ke dunia, disunatkan untuk azan di telinga bayi supaya si bayi ini mendengar kalimah suci sebagai kalam pertama yang didengari di dunia. Teringat cerita yang Ustaz pernah ceritakan sewaktu di sekolah dulu. Ustaz pernah berebut dengan nurse di hospital apabila isteri beliau melahirkan anak tersebut. Nurse berebut untuk membersihkan bayi tersebut, tapi Ustaz berkeras mahu mengazankan anaknya terlebih dahulu. Alhamdulillah, anak tersebut diazankan terus di dalam bilik bersalin tersebut. Kata ustaz, sepatutnya, terus mengazankan bayi tersebut supaya terus mendengar kalimah suci Allah, bukannya dah mendengar banyak percakapan, perbulan dan gelak tawa daripada orang lain baru diazankan. Ustaz cakap, memang nampak kelainan pada anak tersebut apabila sudah besar. Lebih islamik la.

Kenapakan seseorang hamba itu diciptakan? Untuk tujuan apa seseorang itu dilahirkan? Manusia itu diciptakan tidak lain dan tidak bukan adalah untuk beribadah kepada Allah. Apa-apa sahaja yang kita lakukan dalam hidup ini merupakan ibadah kita kepada Allah jika melengkapi syarat apa semua. Contohnya, kalau kita bermain bola, boleh dikatakan ibadah sekiranya kita berniat kerana Allah, mendapat kesihatan fizikal dan mental untuk mempersiapkan diri kita untuk solat dengan lebih khusyu'. Kalau lakukan perkara dengan ikhlas kerana Allah, insyaAllah akan mendapat pahala. Lakukanlah kebaikan walaupun sekecil mana, sekiranya tidak mendapat apa-apa manfaat pun di dunia, insyaAllah manfaat yang besar kita akan dapat di akhirat kelak. Jangan takut dan berkira untuk menyumbang tenaga, masa, wang dan segalanya untuk membangunkan dakwah Allah, kerana nanti semuanya akan menjadi saham untuk kita masuk ke syurga.

Sebelum berundur diri kali ni, nak ambil kesempatan nak mengucapkan Eid Milad, Selamat Hari Lahir yang ke-23 kepada Bro Imran Koyube, Presiden iLuvislam.com pada 24 Mac 2010. Semoga Bro Im sentiasa sihat walafiat, berada dalam lindungan rahmatNya sentiasa, mendapat kejayaan di dunia dan akhirat, dipermudahkan segala urusan dalam menggerakkan dakwah kepada ummah serta diberikan kekuatan dalam segala gerak kerja dan mendapat keberkatan daripadaNya. Semoga segala pengorbanan yang Bro Im lakukan dicatat sebagai pahala. Amiiiin. InsyaAllah, terus komited mencapai visi kita, " To be the world's leading Islamic media of choice "." May Allah reward us Jannatul Firdaus "..Kata semangat daripada beliau..."Together WE make history for OUR ummah.."InsyaAllah, biiznillah...

Barakallahulakum..
Wallahu A'lam

0 komenan anda..la la: