Kisah Muslimah Agung: Fatimah RA

Gembira hatinya, gembiralah Rasulullah s. a. w. Tertitis air matanya, berdukalah baginda. Dialah satu-satunya puteri yang paling dikasihi oleh junjungan Rasul selepas kewafatan isterinya yang paling dicintai, Siti Khadijah. Itulah Siti Fatimah r. a., wanita terkemuka di dunia dan penghuni syurga di akhirat.

Bersuamikan Sayyidina Ali bukanlah satu kebanggaan yang menjanjikan kekayaan harta. Ini adalah kerana Sayyidina Ali yang merupakan salah seorang daripada empat sahabat yang sangat rapat dengan Rasulullah s. a. w., merupakan kalangan sahabat yang sangat miskin berbanding dengan yang lain.

Namun jauh di sanubari Rasulullah s. a. w. tersimpan perasaan kasih dan sayang yang sangat mendalam terhadapnya. Rasulullah s. a. w. pernah bersabda kepada Sayyidina Ali,"Fatimah lebih kucintai daripada engkau, namun dalam pandanganku engkau lebih mulia daripada dia."(Riwayat Abu Hurairah)

Wanita pilihan untuk lelaki pilihan. Fatimah mewarisi akhlak ibunya Siti Khadijah. Tidak pernah membebani dan menyakiti suami dengan kata- kata atau sikap. Sentiasa senyum menyambut kepulangan suami hingga hilang separuh masalah suaminya. Dengan mas kahwin hanya 400 dirham hasil jualan baju perang kepada Sayyidina Usman Ibnu Affan itulah dia memulakan penghidupan dengan wanita yang sangat dimuliakan Allah di dunia dan di Akhirat.

Bukan Sayyidina Ali tidak mahu menyediakan seorang pembantu untuk isterinya tetapi sememangnya beliau tidak mampu berbuat demikian. Meskipun beliau cukup tahu isterinya saban hari bertungkus-lumus menguruskan anak-anak, memasak, membasuh dan menggiling tepung, dan yang lebih memenatkan lagi bila terpaksa mengandar air berbatu-batu jauhnya sehingga kelihatan tanda di bahu kiri dan kanannya.

Suami mana yang tidak sayangkan isteri. Ada ketikanya bila Sayyidina Ali berada di rumah, beliau akan turut sama menyinsing lengan membantu Siti Fatimah menggiling tepung di dapur. "Terima kasih suamiku," bisik Fatimah pada suaminya. Usaha sekecil itu, di celah-celah kesibukan sudah cukup berkesan dalam membelai perasaan seorang isteri.

Suatu hari, Rasulullah s. a. w. masuk ke rumah anaknya. Didapati puterinya yang berpakaian kasar itu sedang mengisar biji-biji gandum dalam linangan air mata. Fatimah segera mengesat air matanya tatkala menyedari kehadiran ayahanda kesayangannya itu.

Lalu ditanya oleh baginda, "Wahai buah hatiku, apakah yang engkau tangiskan itu? Semoga Allah menggembirakanmu."

Dalam nada sayu Fatimah berkata, "Wahai ayahanda, sesungguhnya anakmu ini terlalu penat kerana terpaksa mengisar gandum dan menguruskan segala urusan rumah seorang diri. Wahai ayahanda, kiranya tidak keberatan bolehkah ayahanda meminta suamiku menyediakan seorang pembantu untukku?"

Baginda tersenyum seraya bangun mendapatkan kisaran tepung itu. Dengan lafaz Bismillah, Baginda meletakkan segenggam gandum ke dalam kisaran itu. Dengan izin Allah, maka berpusinglah kisaran itu dengan sendirinya. Hati Fatimah sangat terhibur dan merasa sangat gembira dengan hadiah istimewa dari ayahandanya itu. Habis semua gandumnya dikisar dan batu kisar itu tidak akan berhenti selagi tidak ada arahan untuk berhenti, sehinggalah Rasulullah s. a. w. menghentikannya.

Berkata Rasulullah s. a. w. dengan kata-kata yang masyhur, "Wahai Fatimah, Gunung Uhud pernah ditawarkan kepadaku untuk menjadi emas, namun ayahanda memilih untuk keluarga kita kesenangan di akhirat." Jelas, Baginda Rasul mahu mendidik puterinya bahawa kesusahan bukanlah penghalang untuk menjadi solehah.

Ayahanda yang penyayang terus merenung puterinya dengan pandangan kasih sayang, "Puteriku, mahukah engkau kuajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kau pinta itu?"

"Tentu sekali ya Rasulullah," jawab Siti Fatimah kegirangan.

Rasulullah s. a. w. bersabda, "Jibril telah mengajarku beberapa kalimah. Setiap kali selesai sembahyang, hendaklah membaca 'Subhanallah' sepuluh kali, Alhamdulillah' sepuluh kali dan 'Allahu Akbar' sepuluh kali. Kemudian ketika hendak tidur baca 'Subhanallah', 'Alhamdulillah' dan 'Allahu Akbar' ini sebanyak tiga puluh tiga kali."

Ternyata amalan itu telah memberi kesan kepada Siti Fatimah. Semua kerja rumah dapat dilaksanakan dengan mudah dan sempurna meskipun tanpa pembantu rumah. Itulah hadiah istimewa dari Allah buat hamba-hamba yang hatinya sentiasa mengingatiNya


Source : www.iluvislam.com

Umurku Setahun??

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Alhamdulillah..hari ni hari kegembiraan, hari kemenangan kita semua..Hari Raya Aidilfitri..

Kenapa tajuk posting kali ni, Umurku Setahun??..Hehe, itu bukan bermaksud tuan punya blog ni berumur setahun. Kalau tuan punya blog ni berumur setahun, aish, memang bijak lagi canggih lagi apa ntah, budak berumur setahun boleh menaip2, bermain laptop, dan mengeja, membaca dan mengarang..Melalut sudah..

Tajuk posting kali ini sempena blog ini sudah berusia setahun. Tanggal 2 Syawal 1429, blog ini dibina. Jadi, sekarang sudah genap berusia setahun. Tapi, masih banyak kekurangan dan kelemahan dalam blog ini. Apa pun, semoga kekurangan dan kelemahan ini dapat ditampung pada masa akan datang. Dan semoga, teladan, pengajaran dan segala yang baik dapat diambil untuk dijadikan contoh..

Speechless to say..Lain kali plak update posting. Nak pi sambung beraya pulak. Aishh. Bila masa entah nak stadi, sedangkan final exam hanya tinggal lagi seminggu lebih kurang.

Barakallahu lakum..
Wallahu Taala A'lam

Takbir Raya : Sayunya Hati...

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Sayunya hati mendengar takbir raya tadi. Pergi sudah Ramadhan 1430..Yang memang tidak mungkin akan kembali lagi kepada kita. Masih berpeluangkah kita untuk berjumpa dan menikmati keberkahan Ramadhan yang akan datang?..

Ini hari kemenangan kita. Ini hari mulia kurniaan Allah kepada hambaNya setelah sebulan berpuasa. Berjihad melawan hawa nafsu dan sebagainya. Namun, sampai di akhir bulan ini sahajakah jihad kita melawan nafsu ini? Istiqamahlah wahai sahabat. Ramadhan ini bulan tarbiyyah Allah kepada kita semua..

Apa pun..sebelum menghentikan taipan kali ini...Saya ingin memohon kemaafan daripada semua sama ada yang mengenali diri ini atau tidak mengenali. Maaf jika ada keterlanjuran kata, terlajak bicara, terkasar perbuatan dan bahasa, terlebih gurau senda, dan sebagainya yang telah menyinggung hati kalian, mengecewakan kalian, menyedihkan kalian, memarahkan kalian ( ada ke perkataan ni ) dan sebagainya, asif jiddan minkum..Walaupun ada yang hanya kenal dalam rakan blogger, namun kalam bisu ini mungkin telah ada yang menyinggung hati kalian semua. Maaf Zahir dan Batin..Selamat Hari Raya Aidilfitri..Semoga kita meninggalkan Ramadhan dengan berlipat kali ganda pahala...InsyaAllah...

Barakallahulakum...
Wallahu Taala A'lam

Bersawang Sudah...

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Lamanya tidak menjengah ke blog ni. Apa punya tuan kan?..Blog sendiri pun tak jenguk. Apa pun, itulah hakikatnya apabila diri sudah terlalu sibuk..Walaupun ada banyak perkara yang nak diperkatakan, tapi masa pulak tidak mengizinkan untuk menari-narikan jari atas keyboard ni..

Banyak jugak tak update program2 iLuvislam yang saya sertai bulan ni dan bulan lepas. Antaranya ifthar krew di Shah Alam, ifthar krew bersama Oasis di Masjid Usamah, ifthar kat rumah Kak Asniza..Ish2...Dan umurku sudah genap 19tahun dalam tahun hijriah..iaitu pada 13 Ramadhan..Alhamdulillah

Ramai jugak yang sudah tegur..bloh dah bersawang tue, pergilah update..hehe..tapi itulah, kekangan masa dengan aktiviti lain yang buatkan blog ni bersawang..tambahan pulak, final exam just around the corner...lagi dua minggu sahaja lagi

Ramai yang cakap, final lepas raya, tak boleh raya mana la tahun ni. Saya jawab, raya is raya, exam is exam, book is book, study is study..haha...Maknanya, semua tu berbeza kan..Lagipun raya tu kan satu nikmat daripada Allah..Kenapa nak biarkan berlalu dengan begitu saja kan? Cuma kena beraya dalam bersederhana la..Tak perlu kepada kemewahan, nanti akan wujud pembaziran..Pembaziran itu adalah syaitan..nauzubillah..

Sekarang jugak sudah bertambah bz..Pasal dah kena pegang jawatan lain dalam iLi..Satu sebagai moderator forum dan lagi satu event crew..dua jawatan yang job scope berbeza..Satu tugas secara online dan lagi satu tugas secara offline..Hehe..

Dan jugak dijemput jadi admin di satu web baru. Iaitu di www.deriaislah.ning.com, web yang diasaskan oleh ustaz saya di maahad tahfiz dulu..Mintak pertolongan untuk uruskan bahagian akhawat. Risau nak terima, banyak sangat amanah.

Ini baru yang tugas online. Belum tugas offline..hehe. Ke mana test, ke mana assignment, ke mana report, ke mana kuiz dan sebagainya. Tu sebagai pelajar..Aihh..merepeknya la posting kali ni..Tak tahu apa nak cakap.

Ramadhan dah semakin berlalu. Bakal meninggalkan kita. Adakah kita akan menemui lagi Ramadhan akan datang? Atau ni Ramadhan terakhir kita? Bagaimana amal ibadat kita pada Ramadhan kali ni sahabat-sahabat? Atau Ramadhan hanya berlalu begitu sahaja tanpa kita ambil peluang merebut gandaan pahala yang Allah janjikan berlipat kali ganda pada bulan barakah ini? Atau kita dalam golongan yang hanya penat berpuasa tanpa mendapat apa-apa ganjaran?..Nauzubillah..

Satu pandangan yang saya terfikir, kenapa apabila di bulan Ramadhan, walaupun syaitan-syaitan diikat oleh Allah, tetapi masih ada manusia yang melakukan kemungkaran? Selalu terfikir pasal hal ini. Apa yang saya boleh buat konklusi, bukan sebagai alim ulama' jauh sekali, ustazah pun jauh sekali..Tapi pendapat dari akal sendiri..Kenapa sedemikian?..Mungkin kerana telah lama syaitan berada dalam diri kita. Telah lama syaitan menguasai diri kita. Sampaikan ia sudah sebati dalam diri manusia itu. Walaupun tanpa kehadiran syaitan laknatullah, hawa nafsu kita masih dikuasai oleh syaitan. Dalam diri manusia itu sudah bersyaitan. Itulah kemungkinan sebabnya, walaupun syaitan telah diikat, manusia masih melakukan kemungkaran. Diri manusia itu sudah terkesan dengan perangai syaitan yang sering melakukan kemungkaran..Nauzubillahi min zalik..

Marilah kita muhasabah balik diri kita..Adakah kita tergolong dalam golongan tersebut atau bagaimana?..Mari kita lipatgandakan amalan kita di malam-malam terakhir Ramadhan ni..

Doakan kejayaan saya dalam Final Exam pada 29 September hingga 5 Oktober ni..InsyaAllah..

Barakallahu lakum..
Wallahu Taala A'lam...