Sepagi Bersama Buddhist....

Assalamualaikum. Nia ada sedikit cerita yang saya kutip daripada seseorang yang sudah ada nama di bawah artikel ini. Semoga mendapat pengajaran...

"Kamu bersolat lima kali sehari, bukan?" Gadis Cambodia itu lancar berbahasa Inggeris.
"Ya, saya solat lima kali sehari" kututup buku yang menjadi agenda utama pertemuan santai pagi itu.
"Apa yang kamu buat ketika bersolat? Ada colok seperti kami?" Tanyanya, cukup innocent. Aku tersenyum, lantas menyatakan dengan bangga, "kami menurut perintah Tuhan dengan solat pada tiap-tiap waktu khusus seperti yang diarahkan. Ambil wudhuk dan solat, ketika itu hanya ada saya dan Tuhan"
"Kami ada sami yang bersolat setiap waktu di ‘pagoda', kami ada hari holy yang mengumpulkan kami sembahyang di pagoda, tetapi bukan wajib untuk semua, dan tentunya itu bukan menjadi agenda pilihan bagi yang muda-muda seperti kami. Itulah hari yang disediakan untuk orang-orang tua yang perlu bersedia untuk kehidupan seterusnya" dia menjelas, mengupas satu persatu. "Bagaimana kalau yang muda mati dulu? Contohnya, accident? Bukankah dia belum bersedia dengan amalan untuk mati?" Aku bertanya, benar-benar ingin membaca fikirannya. "Apa lagi yang mampu dibuat? Itu saja amalan yang kami mampu" jawabnya dengan riak sedikit cuak. Aku sendiri terasa agak kejam bertanyakan soalan begitu.

"...Ketahuilah, Islam agama sebenar. Allah itu Satu. Tiada Tuhan melainkan Allah, dan Muhammad S.A.W itu pesuruh Allah. Akhirat itu pasti. Kau kan rasakan nikmatnya berada dalam Islam. Ketahuilah! Ini agama yang benar..."
Itu yang ingin ku katakan, tetapi hanya hati yang berbisik kencang.

Terbayang ketika Saidina Abu Bakar yang baru beberapa lama memeluk Islam, bercerita terus menerangkan perkhabaran gembira pada Bilal. Perkhabaran tentang Islam. Seakan gembira mendapat ganjaran besar dan lumayan, lantas ingin dikongsikan pada semua supaya kemanisannya dapat juga dirasa.
"Ini hijab, bukan?" Jari-jarinya menyentuh hijabku. "Lembutnya" katanya, aku kemudian mengangguk dalam senyum.

"Kamu ada rambut?" tanyanya. "Sudah tentu" aku tersenyum, tak tersangkakan sampai begitu sekali kepelikannya pada yang berhijab. "Kamu tahu, saya sangat teringin melihat rambut kamu. Hitam kah? Panjang kah?" "-Aku menjawab sekadar yang boleh diberitahu tentang diskripsi rambutku-". "Pasti sangat cantik, rugi orang lain yang tidak dapat melihatnya".

Aku kira itu sudah menjadi pendirian masyarakat umum. Malah umat islam sendiri ada yang tidak mahu bertudung, lantas menggayakan rambut dengan hebat pada khalayak ramai. Kecantikan perlu dihebahkan dan ditayangkan pada semua. Untuk apa disimpan? Itu kata mereka yang tidak berpegang pada al-Quran.

"Keluarga saya, adik-adik lelaki saya, ayah saya, adik beradik lelaki kedua ibu bapa saya dan semua perempuan muslim yang lain diizinkan melihat rambut saya. "Rasanya, sudah cukuplah mereka saja yang menikmati kecantikannya, dan lelaki yang bukan dari family saya, hanya suami yang bakal melihatnya. Tiada yang lain dari itu" aku menjelas.

Dia menundukkan mukanya merapati wajahku, cuba mengintai rambut melalui bukaan tudung di atas wajahku, mengharapkan dapat melihat cebisan rambutku, walau sedikit. Aku menutup mulutku dengan tangan, menahan tawa.

"Apa yang kamu cuba lakukan?" aku tertawa, "Saya ingin melihat rambut kamu, malah anda juga punya "itu" (menuding ke arah serkup yang kupakai, yang membantu aku menutup auratku sehabis mungkin), sedikit pun tiada yang diizinkan dilihat?" Dia turut menunjuk ‘arm-socks' yang kupakai. "Kamu sangat tertutup" dia berkata. "Cukuplah sekadar kamu melihat riak muka saya yang ceria ini" saya berkata dengan nada gurau. Dia membalas dengan ledak tawa. Lantas kami menutup mulut kami sendiri, bila menyedari ada wajah yang berpaling. Baru teringat, kami berada di dalam library, yang tinggal hanya mata kami yang mengecil dan ketawa yang berdecit. "Baiklah, riak ceria dan ramah kamu sudah cukup untuk saya" ulasnya jujur.

"Dari mana kamu tahu perihal undang-undang ini?" Tanyanya pelik melihat aku yakin dengan guideline yang aku kemukakan.Seakan ada wujud akta yang menggariskannya. "Dari ayat-ayat Tuhanku, dari Al-Quran. Panduan utama hidup kami untuk menuju ke Syurga. Kamu tidak punya guideline?"
Dia terdiam menggeleng. "Kami hanya perlu berbuat baik kepada manusia. itu yang bakal menghantar kami ke syurga". Semudah itu untuk ke Syurga. Bukankah Syurga itu sesuatu yang terlalu indah untuk dicapai dengan mudah? Aku bermonolog sendiri.

"Apa maksud kamu dengan berbuat baik? Agama kamu terlalu umum. Tiada guideline tentang perbuatan baik itu?" Aku sendiri pelik, jika tiada kitab bagaimana mungkin mereka tahu apa yang mereka perlu lakukan? "Tidak melakukan kerosakan, tidak mencuri, tidak membunuh dan tidak mengganggu ketenteraman orang lain, itulah dia kebaikan. Rasanya semua sedia maklum pada terms berbuat kebaikan. Semua mesti tahu. Jadi, tidak perlukan guideline" aku tersenyum. "Kamu pasti mengagumi al-Quran kami yang penuh dengan guidelines, dan pasti kamu terkejut membacanya kerana apa yang kamu fahami tentang "kebaikan" itu hanyalah secebis dari al-Quran. Banyak lagi perkara "baik" yang tidak diketahui tanpa merujuknya" aku menjelas, tersenyum, bangga, bersyukur, dikurniakan hidayah atas agama Allah.

"Kamu ada sami yang duduk di tempat ibadah seperti kami?" Dia bertanya. "Apa yang dilakukan oleh sami kamu?" Aku meminta penjelasannya. "Menghambakan diri mereka pada Tuhan. Mereka tidak berkahwin, tidak bersuka ria," dia menjelas. "Oh, dalam Islam, semua Muslim memainkan peranan seperti sami kamu, cuma kami boleh menjalankan aktiviti seperti biasa. Kami boleh berkahwin, belajar, berhibur dalam jalan yang diizinkan Tuhan, dan membuat apa-apa aktiviti yang manusia lain buat. Tetapi dalam setiap perbuatan itu, kami tahu dan sedar bahawa kami ini hamba Tuhan. Malah dalam tiap ketika kami merasa kerendahan hati menjadi seorang hamba, tiada perbezaan dalam amalan setiap seorang Muslim itu. Al-Quran bukan hanya diturunkan untuk golongan tertentu. Semua Muslim wajib menurutinya" kadang-kadang aku sedikit terlost mencari ayat yang sepatutnya aku perkatakan. Sungguh! sangat susah, kini kurasakan betapa dhaifnya aku dalam berbahasa inggeris.

"Maknanya, dalam agama kamu hanya sami yang boleh masuk Syurga tertinggi?" Aku 'menembaknya' dengan tenang, dengan senyuman. Sungguh, dia terkedu lagi, "semua boleh masuk ke Syurga yang sama" jawabnya. Aku sekadar tersenyum, membiarkan dia berfikir. "Kami punya utusan yang membawa ajaran dari Tuhan, Muhammad S.A.W. Peranannya adalah untuk menyebarkan risalah Tuhan, al-Quran" aku sekadar membantunya berfikir. "Dan dia seperti manusia lain? Boleh berkahwin, bekerja dan sebagainya?" Dia bertanya. lantas aku mengangguk, mengiyakan."Dan kini, al-Quran dan segala ajaran Tuhan sampai kepada kami. Peranan Nabi Muhammad disambut dan diteruskan oleh semua Muslim. Menyampaikan risalah Tuhan. Jika tidak, pasti saya tidak memperoleh keyakinan dan keimanan pada agama saya seperti tika ini, dan kini, tanggungjawab itu, saya sendiri pikul.

Saya juga wajib meneruskan perjuangan Nabi saya. Menyampaikan" aku menarik nafas, memikirkan perkara yang perlu dicover lagi. "Kamu tahu, misi kami semua hanyalah membawa manusia kembali kepada al-Quran. Supaya manusia ada pegangan. Bukan hanya mengikut-ikut budaya persekitaran", dia diam mendengar dan kadang-kadang tersenyum. Kurasakan pandangannya agak sinis, tapi, husnuzzon.. as long as dia masih berminat mendengar, itu sudah cukup baik. Moga Tuhan melemparkan cebisan hidayah padaNya, dan keterusan hidayah buatku.

"Bagaimana hubungan kamu dengan lelaki?" Dia bertanya, lantas bercerita bagi pihaknya. "Kamu tahu, saya juga tidak bercakap kosong dengan mana-mana lelaki, dari kecil, hinggalah ke sekolah menengah dan sekarang saya baru belajar untuk berbicara yang penting sahaja". Aku sendiri kagum dengan kata-katanya, sememangnya nampak, dia seorang yang pemalu. "Apakah itu yang digariskan dalam agama kamu?" Aku bertanya meminta penjelasan. "Tidak, itu hanyalah budaya, adab dan kesopanan. Pada zaman dulu, perempuan-perempuan kami hanya duduk di rumah, tidak terdedah pada dunia luar, tidak bercampur gaul dengan lelaki-lelaki lain yang tidak berhak. Tetapi budaya itu telah makin hilang, tiada lagi budaya sepertinya, cuma keluarga saya masih menerapkannya" dia menjelas. Aku tersenyum, menghormati pendiriannya, tetapi, sudah menjadi tanggungjawabku untuk memperkatakan yang benar.

"Sungguh, saya kagum dengan kamu, kami juga dilarang untuk bercampur gaul dengan lelaki-lelaki tanpa tujuan penting. Tetapi, ini bukanlah budaya yang boleh diubah-ubah, itu adalah arahan Tuhan. Biar kami hidup dan dicampakkan di tempat semaju mana pun, pegangan itu tidak boleh diubah. Wajib untuk kami patuhi, sampai bila-bila pun". "Kamu sangat yakin dengan Tuhan kamu, dan dengan ketegasan ayat-ayat Tuhan kamu" dia pula seakan kagum mendengar hujah-hujahku. "Sudah tentu, sudah tentu kamu juga begitu terhadap agamamu, bukan?" Dia diam dan mengangkat bahu.. "well..." Itu saja yang terpacul keluar dari mulutnya.

"Bagaimana kamu boleh sangat yakin dan tidak sedikitpun merasa terbeban dengan aturan-aturan yang banyak dari Tuhan kamu?" Dia bertanya. "Setiap perbuatan kamu ada guideline. semua yang kami buat, tidak semua anda boleh buat. Tidakkah kamu berasa marah atau terpinggir?"

"Jika kamu mengucapkan kalimah syahadah, apa yang bakal kamu rasai, hanyalah keyakinanmu pada Tuhan, dan Muhammad S.A.W sebagai utusan. Al-Quran bakal mendidik jiwa dengan keimanan. Keyakinan dan keimanan pada Tuhan itulah yang membuatkan kamu tidak pernah ragu pada kata-kata-Nya. Tidak akan pernah rasa terbeban, malah sebagai satu keindahan. Kami tidak rasa terbeban, malah kami sangat takut dan berhati-hati jika kami ada melanggar perintah Tuhan, kerana kami sangat berharap mendapat keredhaan Tuhan dan akhirnya ke SyurgaNya. Dengan keyakinan inilah segala-galanya tumbuh menjadi amalan. Mungkin kamu merasa pelik, kerana kamu tidak pernah merasai sepertimana apa yang kami yakin pada Tuhan kami. Tetapi, bagi yang baru mengenal Islam, "kepercayaan" dan "keyakinan atas kepercayaan" itulah yang dididik dari awal. Bukan setakat do's and dont's" aku menjelas panjang lebar.

"Panjangnya kita bercerita, kamu masih mahu berbincang tentang kerja kita ini?" Dia bertanya seakan mahu pulang cepat. "Saya rasa sudah cukup untuk hari ini, kita sudah tahu apa yang perlu kita lakukan" Aku meraikan keinginannya itu. "Dalam masa dua minggu... heih.. kamu rasa, mampukah kita siapkan sebelum due date?" Dia bertanya, seakan tidak yakin kami mampu menyiapkan assignment "insyaAllah, kita mampu" terkeluar perkataan insyaAllah dari mulutku. "Apa itu insyaAllah?", "Oh, maaf, itu tadi telah menjadi kebiasaan saya dalam percakapan, itu seakan janji yang menyatakan kesungguhan saya untuk menghadapi kerja yang bakal kita lalui bersama. "In Allah's will" dengan izin Allah, pasti kita akan menyiapkannya", dia terkedu lagi. "Kamu ada Islam dalam setiap perbuatan kamu, ternyata kamu sangat yakin" dia mengomel sendiri. Saya sekadar tersenyum.

Dalam perjalanan pulang aku tidak lagi menyentuh soal agama, topik perbualan aku tukar kepada perihal keluarga dan holiday, risau juga kalau-kalu dia kurang selesa dengan kata-kataku, moga hidayah Allah menaungi kami. Amin...
-Muhasabah diri kita. kadang-kadang kita tak sedar, keyakinan dan kepercayaan kita kepada Allah, tidak setinggi taraf impian menggapai Firdausi. kadang-kadang, baru tersedar, rupa-rupanya, kita sama saja dengan mereka (non-Muslim), sedangkan bibir mengucap hebat, melaungkan title diri sebagai Muslim. Na'uzubillah. Ayuh kembali pada Islam dan Al-Quran-

Sumber : Raja Mohd Suffian bin Raja Abdul Rahman
______________________
* HIDAYAH ALLAH *

0 komenan anda..la la: