Wacana Ilmu : Monyetnya Cinta Kita...

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Sudah agak lama tidak hantar posting dan update blog ni.. Dek kerana kekangan masa sekarang yang agak sibuk dengan study memandangkan final exam dah semakin tiba, sebab itulah tiada masa untuk mengupdate blog ni. Tambah pulak dengan letih dan perasaan malas tu..Ish2..Tapi sekarang rasa rajin sket nak update blog menceritakan tentang program yang saya sertai hujung minggu ni...( Atas permintaan..Hehe..)

Semalam..08/09/09 program yang dianjurkan iLuvislam dengar kerjasama Majalah i dan jugak ESQ Training serta INSPEN, berjalan dengan lancar, yakni Wacana Ilmu Mahasiswa Monyetnya Cinta Kita. Program ini merupakan forum yang ingin membincangkan tentang barah yang semakin parah dalam remaja sekarang iaitu CINTA...Antara ahli panel yang terlibat dalam forum ini semalam ialah panelis yang tidak asing lagi namanya di alam maya ini tuan punya Saifulislam.com, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil ( Abu Saif / Saifulislam )..Yang kedua ialah Ustaz Ahmad Zahiruddin Mohd Zabidi pemilik zahiruddin.net yang merupakan Penasihat iLuvisam.com dan jugak Pak Firdaus Djamaris iaitu trainer dari ESQ...

Kupasan daripada keseluruhan dari apa yang Ustaz Hasrizal sampaikan dalam 3 pusingan tersebut agak panjang, insyaAllah akan dikongsikan bersama..Cinta itu sudah lama wujud sebenarnya, sejak dari Adam dan Hawa. Kita jugak sebagai generasi yang jugak pewaris kepada cinta tersebut. Cinta ini fitrah dalam kehidupan semua orang. Cinta jugak menjadi alat untuk seseorang yang mengalami perasaan cinta ini untuk tunduk dan patuh kepada sesuatu arahan. Permasalahan cinta yang sering berlaku dalam kalangan remaja sekarang tidak dapat dinafikan antara puncanya ialah kurang kasih sayang dan perhatian daripada keluarganya sendiri kemudian menyebabkan anak-anak ini mencari perhatian dan kasih sayang daripada orang luar yang ajnabi dengannya..Dan sebab kasih sayang dan cinta jugak kita akan mendapat kekuatan dan semangat untuk bekerja dan beribadah kepada Allah.

Dan kita dapat tengok betapa besarnya kuasa cinta dan kasih sayang ni daripada beberapa kisah teladan yang telah ditunjukkan oleh para sahabat dan Rasulullah SAW itu sendiri. Kisah yang pertama ialah apabil seorang daripada para sahabat baginda, Jaafar telah mati syahid dalam peperangan Mu'tar. Keluarga Jaafar bersedih dan sibuk dalam menguruskan kesyahidan beliau dan menguruskan jenazah beliau. Lantas, Baginda SAW bersabda agar jiran-jiran semua dan jugak yang ada agar menyediakan dan memberikan makanan kepada keluarga Jaafar. Jika sekiranya tiada kasih sayang dan cinta antara para sahabat jugak jiran-jiran, agaknya sanggupkah mereka menyediakan makanan tersebut?..Jika lihat dalam konteks sekarang, fenomena ini sudah menjadi terbalik. Keluarga si mati yang menyediakan makanan kepada pelawat yang hadir. Bayangkan kehidupan di bandar misalnya, hidup di apartment, kemudian, hubungan antara jiran sesama jiran pun tidak rapat. Bahkan ada yang tidak kenal siapakah jirannya, kemudian mendapat berita yang jirannya meninggal dunia. kemudian disuruh menyediakan makanan untuk keluarga jirannya tersebut. Sanggupkah kiranya dia untuk berbuat demikian ekoran daripada tidak wujudnya mahabbah antara sesama jiran. Inilah pentingnya mahabbah sesama manusia..

Contoh kedua pula ialah daripada persaudaraan kaum Muhajirin dan Ansar. Yang saya kira umumnya sudah tahu dan faham cerita yang berlaku pada kira-kira 1430 tahun yang lalu. Disebabkan rasa cinta dan kasih sayang antara dua kaum ini, maka kaum Ansar sanggup menceraikan isteri mereka untuk diberikan kepada kaum Muhajirin yang datang dengan tanpa membawa apa-apa harta sekalipun. Begitulah tingginya rasa cinta dan kasih sayang yang mereka ikatkan antara mereka sehingga sanggup menceraikan isteri mereka untuk dikahwinkan dengan kaum Muhajirin.

Menurut Ustaz Hasrizal yang pernah terbaca pasal rahsia kejayaan Sepanyol muncul juara bola sepak ( dalam kejohanan apa entah...)..Jurulatih pasukan Sepanyol tersebut memberitahu bahawa cara yang beliau gunakan untuk melatih anak buahnya ialah dengan menggunakan kasih sayang. Kasih sayang yang akan menghubungkan antara sesama anak buah dan jugak jurulatih sehinggakan berjaya muncul juara.

Adakah kejatuhan sesebuah tamadun disebabkan oleh cinta?..Kita amik kisah daripada kejatuhan kerajaan Andalusia. Kira lewat kurun ke 15, ada mata-mata daripada pihak musuh yang datang ke negara Andalusia untuk mengintip keadaan di Andalusia. Tiba-tiba mata-mata ini ternampak seorang pemuda sedang menangis di bawah pokok. Mata-mata ini bertanyakan pemuda tersebut mengapa pemuda tersebut menangis. Pemuda tersebut menjawab bahawa dia tersangat sedih kerana pada hari tu semua panahannya hanya terkena satu sasaran sedangkan kebiasaannya akan terkena dua sasaran. Walaupun berkali-kali mencuba, hanya terkena satu sasaran sahaja, sebab itulah dia bersedih. Mata-mata ini pulang ke negaranya dan memberitahu bahawa ini bukan waktu sesuai untuk menyerang Andalusia. Pada satu tempoh masa selepas itu, mata-mata ini datang lagi mengintip di Andalusia. Dan jugak ternampak seorang pemuda sedang menangis di bawah sepohon pokok. Mata-mata ini mendekati dan bertanyakan sebabnya. Pemuda itu menjawab bahawa dia bersedih kerana kekasih hatinya telah melarikan diri. Mata-mata itu terus pulang ke negaranya dan mengatakan bahawa sekarang adalah waktu sesuai untuk menyerang Andalusia dan akhirnya Andalusia tewas. Begitulah jadinya apabila pemuda-pemuda telah hanyut dalam cinta.

Kalau teori Darwin yang mengatakan manusia itu asalnya daripada monyet memang ternyata tidak benar dan salah sama sekali...Tapi sekarang, adakah manusia telah bertukar menjadi monyet lantaran daripada terkena biusnya cinta? Lepas terkena biusan cinta, mulalah bertukar jadi gatal dan menggaru-garu macam monyet. Then bila dah terkena bius, mulalah hilang pertimbangan dek kerana khayal dalam cinta tersebut..

CINTA ini KEHENDAK ATAU KEPERLUAN??
Contoh yang Ustaz Zahiruddin berikan amat bagus dan jelas. Cinta ini adalah fitrah dan jugak anugerah oleh Allah kepada hambaNya.. Jangan pulak kita tukarkan daripada fitrah kepada fitnah. Nauzubillah.. Sama ada cinta ini kehendak atau keperluan, ia mengikut pada kitaran masa tersebut..Contohnya semasa bayi..Cinta daripada ibu bapa itu satu keperluan. Jika tiada cinta daripada ibu bapa, maka akan terabailah penjagaan bayi tersebut. Kemudian, berubah kepada dewasa. Disebabkan biah persekitaran, pengaruh media massa, rakan sebaya dan sebagainya maka cinta ini telah ditukar definisinya daripada keperluan kepada kehendak. Daripada inilah cinta telah disalah tafsirkan...

Betul ke cinta ini boleh menjadi sebagai pembakar semangat?..Ada yang akan menjawab ya, cinta menjadi pembakar semangat dalam nak capai kejayaan dalam sesuatu perkara. Dan ada jugak yang mengatakan tidak.Persoalan ini subjektif. Kita perlu tengok jawapannya pada sejauh mana atau ramai mana yang berjaya kesan daripada cinta ini? Dan berapa ramai pulak yang gagal dan kecewa kerana cinta ini?..Jawapan terletak pada diri sendiri..Padahal tidak cukupkah Allah sebagai pembakar semangat dan motivasi kepada kita?. Tidak cukupkah kasih sayang dan cinta Rasulullah sebagai api perjuangan kita?..Tidak cukupkah pengorbanan dan jasa ibu bapa kita sebagai semangat kita?..

Menurut Pak Firdaus pula, cinta dan kebahagiaan boleh dibahagikan kepada 3 kategori. Iaitu physical yakni dari segi kecantikan dan penampilan sahaja. Yang kedua ialah emosional dan yang ketiga ialah spiritual. Dari spiritual la datangnya kebahagiaan. Kisah penjaga tol yang diceritakan oleh Pak Firdaus boleh memberikan contoh yang jelas kepada kita. Ada seorang doktor dari ESQ tak silapnya yang sedang memandu kereta. Kemudian kena melalui tol. Apabila doktor ini mahu membayar kepada penjaga tol terbabit, penjaga tol terbabit memberikan resit sambil berkata, " Alhamdulillah. Semoga selamat sampai." dan kelihatan penjaga tol ini sangat bahagia dan ceria sahaja. Doktor itu memberhentikan keretanya di bahu jalan dan keluar menemui penjaga tol tersebut dan bertanyakan kepadanya mengapakah dia kelihatan sangat bahagia?. Jawab penjaga tol tersebut, setiap tiket di tol yang dia berikan trsebut dianggap sebagai ibadahnya kepada Allah. Setiap tiket yang dia berikan disertai dengan zikir dan tahmid kepada Allah dan diiringi dengan doa agar pemandu tersebut selamat sampai di destinasi yang dituju. Kerana dia tahu bahawa ada antara dalam kalangan pemandu tersebut yang ingin pulang berjumpa dengan anaknya, mungkin ada lecturer yang bergegas mahu sampai ke kelas untuk menyampaikan syarahan dan sebagainya..Inilah contoh spiritual yang nak disampaikan...

Inilah serba sedikit yang boleh dikongsikan dulu setakat ini mengenai Forum Wacana Ilmu Mahasiswa Monyetnya Cinta Kita..Update menyusul mengenai DK 1 iLuvislam.com insyaAllah


Barakallahu lakum..
Wallahua'lam...

0 komenan anda..la la: