Panggilan Hangit...

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Apa khabar kalian semua. Harap semuanya sihat walafiat agar selesa beribadah kepada Allah, sentiasa dalam naungan dan limpah rahmat daripada Allah. Amiiin...

Minggu ketiga berada di Shah Alam cukup buat rasa diri ini teramat rindu kepada keluarga. Rasa nak balik masa hujung minggu sangat kuat. Huhu. Tapi kena pendam dulu la, pasal duit banyak digunakan untuk membeli buku-buku rujukan yang kebanyakn berharga lebih daripada rm50 untuk satu buku. Belum campur dengan duit makanan, keperluan harian dan macam-macam lagik. Maklum lah di awal semester, banyak duit diperlukan untuk membeli buku, dan apa semua la. Jadi, duit yang ada dijimatkan untuk membeli mana yang lebih penting dulu. InsyaAllah dalam seminggu dua lagik nak mintak izin ngan mama abah nak beli tiket balik. Haha..

Minggu ni agak sibuk dengan jadual kelas dan urusan pembelian buku. Banyak jugak perkara menarik yang berlaku dalam minggu ni yang nak dikongsikan. InsyaAllah..

Masa hari Rabu baru ni, dalam perjalanan nak pergi ke kafe di fakulti untuk makan tengahari, dapat mesej daripada mama. Mesej mama, " Tadi terima panggilan hangit kata ain ( penaip blog ni la ) ponteng kuliah tanpa alasan munasabah. Macam nak luruh jantung sekejap, dah memang nombor dari UiTM. "......Aikk, terkejut saya dapat mesej dari mama macam ni. Siapa pulak yang pandai-pandai pass nama saya untuk mengenakan mama ni. Then terus call mama nak tanya cerita lebih lanjut. Masa call mama dah tak tahan rasa nak gelak pasal mama dah terkena macam tu. Tanya-tanya, rupanya, sepupu saya yang jadi pensyarah kat UiTM ni yang mintak staff di pejabat UiTM call mama, dan katakan yang saya telah ponteng kuliah. Padahal hari Rabu tu belum start apa-apa kuliah pun. Pasal kuliah start pukul 2.10 petang. Kesian mama terpinga-pinga nak jawab kenapa anak dia tak pergi ke kuliah, tambah dengan risau lagik memikirkan kalau betul apa yang orang tu cakap anak dia ponteng, apa yang dah jadi pada anak dia. Aishh. Hati seorang ibu kita tak dapat nak rasa sama macam yang kita rasa. Lastnya, si pemanggil tu cakap kat mama, anda terkena panggilan hangit. Orang yang suruh buat ialah anak saudara mama sendiri. Kak Mi, adoii, kesian kat mama..

Then pada hari yang sama, dah siap solat di surau di fakulti, bergerak dengan classmates yang lain nak pergi ke makmal fizik. Lokasi makmal ni kitorang tak tahu kat mana pasal ini ialah kali pertama kami menghadiri kelas makmal. Masa turun tangga menuju ke bangunan makmal ni, dushh, saya jatuh kat tengah-tengah tangga tu. Dengan kaki sebelah kanan terlipat masa tu, jatuh berapa anak tangga ntah dalam keadaan duduk. Innalillah. Tapi, tak ada rasa apa-apa masa tu, rasa pedih-pedih je sket. Tapi keesokan pagi, kaki dah mula rasa sakit. Tengok-tengok, kaki dah bengkak kat buku lali dan jugak kaki. Time ni dah rasa sakit nak jalan dah. Rasa sakit satu kaki, dari peha sampai ke hujung kaki kanan rasa sakit. Rasa urat tegang je kalau berjalan. Alhamdulillahi 'ala kulli hal. Mujur sekarang dah hujung minggu, tak perlu berjalan dan menaiki tangga, naik bukit untuk ke kelas. Haha. Macam adventure pulak rasa kalau nak pergi ke fakulti ni. Apa pun, belum lagik pergi ke tukang urut, lagipun mana la tahu kat mana tukang urut kat Shah Alam ni. Klinik pun belum pergi, malas je rasa. Pasal sikit je kot. InsyaAllah dua tiga hari lagik ok la ni. Amiiiin..

Classmates pun semuanya OK dan sempoi je. Dah jadi semakin rapat la sekarang, dah bergurau senda, makan sama-sama. Dan saya paling rapat dengan dua orang yang saya mula-mula kenal masa nak cari lokasi kelas pada hari pertama. Sorang nama Dyana tinggal di Klang dan sorang lagik Azreen yang tinggal di Bangi. Kami ke mana-mana dah bersama sekarang. Kira memang bertiga la untuk ke mana-mana. Yang classmates perempuan, insyaAllah dah ingat semua nama kot. Tapi yang laki, dua orang je yang saya tahu nama. Haha. Pasal dua orang tu sama group dengan saya untuk assignment dan presentation Biology. Kalau tanya yang mana sorang classmates saya yang lelaki, sure saya tak leh jawab. Tak cam pun yang mana sorang. Pasal tak bercakap dengan classmates lelaki kecuali hal penting.

Dan minggu ni jugak, program mentor-mentee yang dianjurkan oleh Sahabat Surau Melati telah pun dilancarkan. Dah dibahagikan group untuk program ni. Ni bukan program mentor-mentee yang dalam TV tu, tapi hanya pinjam nama sahaja. Ni sebenarnya program usrah. Alhamdulillah. Tambah lagik kenalan di surau, bertambah erat lagi ukhuwwah. Dalam program ni, saya sama group dengan orang Selangor dan dua orang Kelantan, negeri jiran. Hehe. Dapat pulak mentor Kelantan. Kesian yang orang Selangor tu, faham-faham jugak la apa kitorang cakap. Memang seronok dengan aktiviti yang diadakan di Surau Melati ( surau kolej )..Tiap-tiap hari ada aktiviti yang berlainan selain dari yang wajib dilaksanakan. Ada tayangan video, ada iftar, ada ceramah, ada riadhah dan macam-macam lagik. Apa pun, semoga semuanya istiqamah..

Dah tak tahu nak menaip apa lagik rasanya. Dah jadi blur pasal perut sudah lapar. Haha. Apa pun, doakan semuanya yang terbaik untuk kita semua. InsyaAllah..Barakallahu lakum fi rahmatillah.. Amiiin

Wallahua'lam

0 komenan anda..la la: