Robot Dan Pencipta...

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Wa..dah lama biarkan blog ni bersawang, bersemut, berkulat...Ntah apa lagi..Kurang kelapangan masa untuk menari-narikan jari di atas keyboard ini untuk menaip posting baru. Kalau ada posting baru, itupun main copy paste sahaja dari web kesayangan, iluvislam.com..Biasa la, masuk ke Kursus Asasi, memang padat sangat. Memang diakui, masa kelas tidaklah padat sangat, tapi pembelajaran semuanya laju. Asyik bergilir dengan kuiz, test, assignment.. Hampir setiap minggu akan ada kuiz dan test.

Alhamdulillah, setakat ni, masih lagik boleh membahagikan masa antara taklif sebagai hamba Allah, anak, pelajar, moderator dan sebagainya..Selagi kita menolong agama Allah, Allah akan menolong hambaNya. Itu janji Allah dalam KitabNya..

Berbalik kepada tajuk posting di atas...Robot Dan Penciptanya...Kalau kita tengok dan baca dalam akhbar, Jepun contohnya antara negara yang maju dan canggih teknologinya. Banyak robot yang mereka hasilkan. Yang keupayaan fizikal mereka lebih daripada manusia. Ada yang boleh menterjemahkan pelbagai bahasa, yang membersihkan rumah, yang menjaga rumah, dan macam-macam jenis robot lagi.

MasyaAllah, mesti kagum sangat bila tengok, waaahh..robot ni boleh buat macam ni, macam tu, apa-apa lagik la. Sampaikan, pengguna dan yang memerhatikan robot tu sangat kagum dengan hasil ciptaan tu. Then berfikir, mesti tuan punya pencipta robot tu sangat genius, sampai boleh mencipta robot yang demikian canggih.

Tapi, setiap ciptaan mesti ada kelemahan kan. Siapa yang lebih tahu mengenai kelemahan robot tu?..Mesti lah pencipta robot tu yang lebih tahu dan arif mengenai kelemahan dan jugak kelebihan serta kemampuan yang ada pada robot tu kan? Pasal dia yang mencipta robot tu. Kalau robot tu salah fused ke apa ke, mesti la pencipta tu yang akan tahu tang mana robot tu rosak, ada problem apa.

Kenapa tetibe bercakap pasal robot pulak ni. Entah apa-apa je. Tak ada angin, tak ada ribut, bercakap pasal robot. Ish2..

Kita analogikan robot dan pencipta dengan antara kita dengan Allah..Kita sebagai hasil ciptaan Allah, dan Allah la yang menciptanya..Kerap kali kita dengar orang mengadu dengan dugaan dan musibah yang mereka dapat. Ada ramai yang katakan, "aku tidak mampu untuk hadapi musibah ni. kenapa Allah timpakan musibah ni pada aku?"..Nauzubillah..Ini macam telah menidakkan apa yang Allah timpakan padanya..

Allah sebagai pencipta kita. Allah la yang lebih tahu apa kelebihan, kelemahan dan kemampuan kita sebagai ciptaanNya. Macam robot tadi jugak, pencipta robot tu lah yang lebih tahu kelemahan, kelebihan dan kemampuan robot tu. Semuanya Allah dah aturkan cukup baik untuk hambaNya, cukup teratur. Itulah buktinya kasih sayang Allah kepada hambaNya..

Cuma...mana pulak bukti kita cintakan Allah?.Kalau robot tadi, memang akan patuh dan taat apa yang penciptanya arahkan. Itu robot...yang tiada akal. Namun kita? Bukan ke kita ni sebagai khalifah Allah, makhluk mulia di Bumi Allah?..Yang sudah pastinya, kita dikurniakan akal untuk kita berfikir, yang membezakan kita dengan makhluk lain.

Tapi, bagaimana cara kita gunakan dan manfaatkan akal kurniaan Allah itu sebagai kepatuhan kita kepada Dia?..Muhasabahlah balik diri kita semua, apa yang kita dah gunakan dengan nikmat akal yang Allah kurniakan. Adakah kita boleh dikatakan sama dengan robot?..yang sememangnya akan ikut dan buat apa yang penciptanya arahkan..Atau, kita sama dengan makhluk lain yang tidak patuh dan taat dengan perintah penciptanya?...

Namun, yang penting, kitalah makhluk sebaik-baik ciptaan oleh Tuhan yang Satu..Allah yang Maha Esa...Jom kita renung balik amal diri kita selama ini...

Wallahua'lam

Mahkota Untuk Ayah..

“Ayah, maafkan Udin. Andai Udin tahu hasrat ayah. Andai Udin tahu impian ayah. Andai Udin tahu rahsia hati ayah. Udin takkan bantah cakap ayah. Udin akan mengaji Quran sungguh-sungguh dengan Ustaz Naim. Udin akan tunaikan impian ayah kala ayah masih disisi,” sayu kedengaran suara Ustaz Saifuddin.

Jiwanya dibentur gundah. Dia baru usai menghadiahkan bacaan Yassin buat ayah. Ustaz Saifuddin mengusap-usap lembut batu nisan. Seakan-akan dia membelai kepala ayah. Raut wajahnya terpampang rasa terkilan.

“ Udin buka kelas Al-Quran untuk orang-orang tua sekarang. Udin mengajar sepenuh masa di situ. Ramai pakcik-pakcik dan makcik-makcik datang mengaji. Seronok Udin tengok semangat mereka. Bersungguh-sungguh benar mereka mahu belajar Al-Quran. Kalau ayah ada…,”

Udin tidak dapat meneruskan bicara. Kerongkongnya terasa perit. Air yang bertakung di tubir mata sudah lama berjujuhan.

“Ayah, semalam Udin mimpi. Udin lihat ayah dipakaikan mahkota yang sinarnya terang benderang. Lebih bercahaya dari sinar matahari. Wajah ayah berseri-seri. Ayah pandang Udin. Ayah senyum. Tak pernah Udin tengok ayah senyum semanis itu. Kalau boleh, waktu itu Udin tidak mahu celikkan mata. Biarlah Udin terus pejam dan menikmati senyuman ayah. Adakah ayah sudah ampunkan Udin? Ayah, Udin rindukan ayah,” Ustaz Saifuddin menyeka air mata yang kian tidak terbendung.


**********************************************

Wajah Udin berkerut menahan sakit. Rasa tidak puas hati menyembur-nyembur dari anak matanya. Dikerling betis yang kini berbalar. Kesan-kesan merah tampak jelas. Air mata ditahan. Tidak dibenarkan walaupun setitis gugur. Menangis ertinya lemah. Ayah tidak adil. Kenapa dia sahaja yang selalu kena marah. Kenapa dia sahaja yang selalu dirotan. Ayah memang tidak sayangkan dia. Ayah hanya sayangkan Kak Sarah.

Dia menjeling tajam ke arah Kak Sarah. Geram membuncah di hati melihat muka selamba Kak Sarah yang seolah-olah mengejek-ejeknya. Kak Sarah memang sengaja hendak kenakan dia. Kak Sarah memang gatal mulut. Kak Sarah tidak patut memaklumkan ayah tentang hal dia mandi di sungai hujung kampung sekaligus tidak menghadiri kelas agama. Kak Sarah memang menyibuk.

Muqaddam dan papan rehal di atas meja diregut kasar. Kakinya sengaja dihentak-hentak ketika berjalan. Berdetap-detup bunyi papan lantai dipijak.

“ Nanti!” Kak Sarah menahannya.

“Apa lagi!” sergah Udin. Mukanya merona merah.

“Tak mahu pakai kopiahkah?” Kak Sarah berlembut. Cuba menyiram api kemarahan adiknya.

Cepat-cepat Udin merabut kopiah lusuh di tangan Kak Sarah. Ternyata Kak Sarah gagal menyejukkan hati Udin. Udin lemas selalu dileteri ayah. Ayah selalu membanding-bandingkan dirinya dengan Kak Sarah. Ayah selalu memuji-muji Kak Sarah. Memang dia tidak nafikan Kak Sarah punya banyak kelebihan berbanding dirinya. Darjah tiga Kak Sarah sudah khatam Al-Quran. Setiap tahun Kak Sarah naik ke pentas menerima anugerah pelajar cemerlang.

Dengan keputusan yang memberangsangkan dalam UPSR Kak Sarah dapat melanjutkan pelajar di sebuah sekolah menengah sains. Memang Kak Sarah menjadi kebanggaan ayah dan emak. Sebaliknya, Udin masih membaca Muqaddam walaupun kini sudah berusia sepuluh tahun. Namanya kerap juga dipanggil waktu perhimpunan kerana tidak siap tugasan yang diberi oleh guru ataupun ponteng kelas.

Dia lebih suka menghabiskan sepanjang petang memancing ikan atau mandi sungai di hujung kampungnya daripada menghadiri kelas agama. Kadang-kadang dia berbasikal hingga ke kampung seberang semata-mata mahu bermain bola sepak. Pada malam hari, budak-budak lain terkocoh-kocoh pergi mengaji di rumah Ustaz Naim, Udin bersama-sama dua tiga rakannya yang lain seronok berlumba basikal di atas ban.

Ayah rungsing memikirkan tentang anak jantannya yang seorang ini. Degilnya bukan sedikit. Puas Udin dirotan dan dihukum oleh ayah. Pernah ayah mengikat Udin pada batang pokok rambutan di belakang rumah kerana ponteng kelas mengaji. Habis badan Udin merah-merah digigit kerengga. Pernah juga Udin dikurung di luar rumah kerana pulang dari bermain lewat petang. Namun, insafnya hanya bertahan beberapa hari sahaja. Kemudian Udin kembali dengan sikap bebalnya.

Lantaran itu, Udin acapkali dimarahi dan dileteri ayah. Tiada hari yang dilalui Udin tanpa bebelan dan jalur-jalur merah pada tubuh kecilnya. Mujur ada emak. Emaknyalah yang selalu mempertahankannya apabila dia dimarahi ayah. Ketika ayah mengangkat rotan, Udin cepat-cepat berlindung di belakang emaknya.

“ Esok kita akan bertolak selepas subuh. Pakaian dan barang-barang keperluan dah siap dikemas Udin?” suara garau ayah mengejutkan Udin. Lamunannya terganggu. Raut wajah ayu Fatimah, anak Haji Hussain yang bermain-main dalam anak matanya sebentar tadi pecah berkecai.

“ Sudah ayah,” Udin gugup. Matanya disapa sayu.

Esok Udin akan berpisah dengan Fatimah. Udin akan dihantar melanjutkan pelajar di sebuah pondok di Kelantan. Keputusan UPSR yang corot menyebabkan dia tidak berjaya menempatkan diri di mana-mana sekolah menengah berasrama penuh mahupun sekolah menengah sains. Ayah mengambil keputusan menghantar Udin mendalami ilmu agama. Itu memang impian ayahnya selama ini. Ayah tidak mahu Udin bergaul lagi dengan rakan-rakan yang biadap tingkahnya.

Pada mulanya Udin berasa tertekan amat. Udin terkongkong dengan pelbagai peraturan dan pantang larang sepanjang berada di pondok. Kebebasan bermain dan merayau-rayau bersama rakan-rakan yang pernah dinikmati suatu masa dulu tidak dapat dilaksanakan lagi kini. Setiap hari, Udin perlu menghadap Al-Quran. Bukan sekadar membaca, menghafal malah! Udin juga perlu mengulit pelbagai kitab-kitab tebal seperti Fathul Muin, Riyadhus Salihin dan Ihya Ulumuddin.

Segala kerja rumah harian seperti membasuh, melipat dan menyeterika baju terpaksa dilakukan sendiri. Udin agak ketinggalan berbanding sahabat-sahabat lain kerana Udin masih merangkak-rangkak membaca Al-Quran. Lantaran itu, dia tidak dapat menghantar banyak hafalan baru sewaktu tasmi dengan ustaz. Penguasaan bahasa arabnya juga lemah.

Pernah disuarakan pada ayahnya untuk berhenti belajar di pondok dan menyambung saja pengajian di sekolah menengah biasa. Namun ayah tidak ambil pusing. Mahu tidak mahu, Udin cuba menyesuaikan diri. Dia cium tangan, pipi dan dahi panas ayah seperti biasa pagi Jumaat itu sebelum bertolak pulang ke pondok selepas menghabiskan cuti beberapa hari di rumah.

Ketika usai solat asar petang hari yang sama, mudir madrasah, Ustaz Syukri tergesa-gesa berjumpanya. Dia terjelepuk longlai mendengar berita pemergian ayah. Petang itu juga dia pulang semula ke kampung halamannya. Bagai mimpi. Sabtu keesokan hari Udin mencium pipi dan dahi sejuk ayah yang tidak lagi bernyawa.

Kata emak ayah meninggal ketika menanti waktu asar menjelang. Tiba-tiba sahaja jantungnya gagal berfungsi.Wajahnya masih dibasahi titisan air wudhuk kala malaikat maut bertandang. Udin harapan ayah. Udin sandaran ayah. Suatu hari nanti, apabila Udin sudah pandai mengaji dan mahir ilmu Al-Quran ,ayah mahu belajar dengan Udin. Ayah tidak tahu baca Quran. Ibu hendak ajarkan dia tidak mahu. Ayah hendak Udin yang ajarkan dia.

Setiap hari dia panjatkan doa agar Allah lembutkan hati Udin dan mudahkan Udin belajar Quran. Ayah malu untuk berguru dengan Ustaz Naim. Katanya sudah senja sangat untuk berguru lagi. Bicara ibu beberapa hari selepas ayah dikebumikan bersimpongang di indera dengar Udin. Tiada air mata yang tumpah kala itu. Bukan Udin tidak sedih. Bukan Udin tidak tersentuh. Cuma segala-galanya berlaku tanpa diduga.

“Orang yang membaca Al-Quran sedangkan dia mahir melakukannya, kelak mendapat tempat di dalam Syurga bersama-sama dengan rasul-rasul yang mulia lagi baik. Sedangkan orang yang membaca Al-Quran,tetapi dia tidak mahir, membacanya tertegun-tegun dan nampak agak berat lidahnya yakni dia belum lancar, dia akan mendapat dua pahala. Hadis ini diriwayat oleh Bukhari dan Abul Husain Muslim bin Al-Hujjaj bin Muslim Al-Qusyaiy An-Nisabury dalam dua kitab Shahih mereka,” Ustaz Syukri menyejukkan hati Udin tika Udin mengadu kesukarannya membaca Al-Quran apatah lagi menghafalnya.

“ Ustaz, bagaimana mungkin saya lakukan untuk membantu ayah yang tidak mengenal huruf-huruf Quran jauh sekali membacanya?” udin melontar pertanyaan yang terbuku dalam hatinya. Ustaz Syukri mengelus-elus janggutnya yang kian memutih. Air mukanya tenang. Hati pasti akan damai memandang kejernihan wajahnya.

“ Udin ajarlah ayah. Di sini Udin belajar sungguh-sungguh ilmu Quran. Kemudian bila pulang ke kampung Udin kenalkan ayah dengan Kalamullah ini. Ingat, sebaik-baik kalian adalah yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya. Orang tua ini selalunya ego. Dia segan nak pergi belajar dengan orang lain. Tentu dia malu. Mungkin dia akan lebih selesa jika yang mengajarnya itu darah dagingnya sendiri,” Ustaz Syukri menepuk-nepuk lembut belakang badan Udin.

“Tapi ayah Udin sudah tiada lagi...”Udin bersuara. Perlahan.Dia menekur hamparan hijau yangdijadikan alas duduk. Angin yang menyembung dari ruang tingkap bertiup kasar menampar-nampar tubuh Udin. Angin seperti mengutuk Udin kerana dosa-dosa lampau pada ayah. Sedih mengasak-ngasak sukma.

“Barangsiapa membaca Al-Qur’an dan mengamalkan isinya, Allah memakaikan pada kedua orang tuanya di hari kiamat suatu mahkota yang sinarnya lebih bagus dari pada sinar matahari di rumah-rumah di dunia. Maka bagaimana tanggapanmu terhadap orang yang mengamalkan ini,” Ustaz Syukri memetik kembali hadis riwayat Abu Dawud yang pernah dibaca sewaktu dalam kelas Al-Quran.

Ketika itu mereka sedang menekuni kitab At-Tibyaan fii Aadaabi Hamalatil Quran karangan Imam Nawawi. Udin tertegun. Udin menyeka air matanya. Wajah Ustaz Syukri direnung. Ada semangat menyelinap dalam lipatan hatinya. Biar dia masih bertatih membaca Kalam Allah. Biar dia tidak hebat seperti Kak Sarah dalam pelajaran. Biar sahabat-sahabat jauh meninggalkannya di belakang. Dia tidak akan putus asa.Dia akan mendalami bersungguh-sunggguh ilmu Quran dan mengamalkannya.

Dia mahu hadiahkan ayah mahkota itu. Dia mahu ayah miliki mahkota itu dan menghuni syurga Ilahi walau ayah tidak pernah menyelak lembaran Quran apatah lagi membacanya. Angin kembali berpuput mesra. Seolah-olah memujuk udin. Seolah-olah merestui impiannya.

Sumber : www.iluvislam.com

Kasih Seorang Insan..

FEBRUARI 199.. Lahirlah aku ke dunia ini. Setelah sembilan bulan mak mengandungkan aku, akhirnya aku memijak di bumi ini. Aku ditatang bagai minyak yang penuh oleh kedua-dua ibu dan bapaku. Lagipun, aku merupakan puteri sulung dalam keluargaku. Sudah semestinya kelahiranku amat diraikan.

Aku masih ingat, ketika aku masih kecil, aku suka bergambar. Aku akan terus berdiri tanpa berganjak sehingga ayahku merakam fotoku. Jika tidak, aku akan merajuk sepanjang hari. Aku amat bertuah kerana mak dan abah tidak pernah lupa mengadakan sambutan menyambut tahun kelahiranku setiap tahun. Pening jugak mereka melayan kerenahku yang selalu menginginkan pelbagai jenis koleksi anak-anak patung.

Abahku akan mengadakan beberapa jenis pertandingan bagi memeriahkan lagi suasana sambutan tersebut. Ditambah pula hidangan makanan yang disediakan sendiri oleh ibuku yang sememangnya pakar di dapur. Segalanya amat sempurna!

Dalam menjalani kehidupan dalam sebuah keluarga yang hanya mempunyai bilangan ahli keluarga yang kecil, hubungan aku dan keluarga amat rapat. Aku boleh diibaratkan sebagai seorang anak yang manja. Ayahku seorang yang amat kelakar walaupun dari segi fizikalnya amat berlawanan sekali. Ibuku pula seorang yang agak garang tetapi penyayang orangnnya.

Pernah suatu ketika, aku hanya ditemani oleh ibu. Aku sedang menonton rancangan yang berbentuk drama dari kaca televisyen. Drama tersebut menceritakan tentang seorang anak yang kehilangan ibunya. Aku terus memeluk ibuku dan bertanyakan bahawa adakah ibuku akan meninggalkanku jua suatu hari nanti. Ibuku menjawab bahawa setiap yang hidup pasti akan meninggalkan dunia ini juga suatu hari nanti. Air mataku tidak dapat terus bertakung.

MAC 200.. Suatu hari, aku dikejutkan bahawa ibuku dimasukkan ke hospital ketika aku pulang dari sekolah. Susah untukku terangkan bagaimanakah perasaanku ketika itu.

Setibanya aku di hospital bersama adikku serta ahli keluargaku yang lain, ayahku segera memelukku dan adikku. Perasaanku berasa amat takut untuk mendengar tentang khabar ibuku. Aku tidak dapat melawat ibuku pada malam tersebut tetapi melihat keadaan ayahku, aku berasa takut untuk menduga.

Kira-kira pada pukul 5.00 pagi, aku mendapat panggilan menjemputku ke hospital dengan segera. Ketibaanku di hospital disambut dengan tangisan daripada nenekku serta ahli keluargaku yang lain. Pada pagi itulah, aku dapat melihat ibu.

Hati anak manakah yang tidak terusik melihat ibunya sedang terbaring lemah tanpa sedarkan diri?? Dengan ditemani oleh salah seorang ibu saudaraku, aku dibawa melihat ibu. Keadaan ibu yang dikelilingi oleh pelbagai jenis wayar amat menyayat hati. Aku melangkah lemah dan mencium kaki ibu. Air mataku mengalir tanpa dapat kutahan lagi..

Sudah menjadi rutin harianku untuk melawat ibu pada setiap hari. Aku melihat abah tidak lekang berada disisi ibu. Aku tahu bahawa abah turut bersedih melihat keadaan ibu tetapi dia tidak pernah menunjukkan kesedihannya di hadapanku dan adikku agar kami tidak terus menangis.

Kadang-kala, aku berasa berat hati untuk melawat ibu. Bukan kerana bosan mahupun letih, tetapi aku tidak sanggup melihat ibu terlantar di atas katil dengan tidak sedarkan diri.. Keadaan ibu tidak pernah kukongsikan kepada sesiapa kecuali beberapa orang teman rapatku setelah mereka menyedari akan ketidak hadiranku di sekolah.

Sebenarnya, aku lebih lebih suka berkongsi kegembiran bersama-sama mereka tetapi bukan kesedihanku. Tetapi, aku berasa terharu dengan keprihatinan mereka setelah dikhabarkan tentang ibu. Dorongan yang tidak putus-putus kuterima daripada mereka amat memberi kekuatan kepada diriku..

APRIL 200.. Hari demi hari berlalu sehingga pada suatu hari, aku mendapat panggilan daripada ayahku agar segera ke hospital kerana keadaan ibuku semakin tenat. Hati diulit rasa resah dan ingin segera tiba di hospital. Bagiku, perjalanan ke Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang pada hari tersebut merupakan perjalanan yang paling lama memakan masa bagiku.

Disepanjang perjalanan juga, ayahku menelefonku memberitahu bahawa ibuku dalam semakin tenat dan pernafasan ibu semakin lemah. Aku tahu, ketika itu ayah sebenarnya ingin memberitahuku supaya tabah dan bersedia kerana ibu akan meninggalkanku buat selama-lamanya..

Walaupun aku ditenteramkan oleh ibu saudaraku, tetapi air mataku tetap mengalir dengan lajunya.. Tiada apa lagi yang berada dalam kotak fikiranku ketika itu kecuali ibu.

Akhirnya aku tiba di hospital. Tetapi, malangnya ibu telah pergi menghadap Ilahi sebelum sempat kumenemuinya. Tidak dapat kugambarkan perasaanku ketika itu. Rasanya seperti duniaku telah menjadi sunyi dan gelap gelita..
Kini, 2009 Aku menjadi seorang insan yang semakin tabah mengaharungi liku-liku hidup bersama mereka yang masih menyayangi diriku dan sentiasa bersamaku. Aku percaya bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang tersirat di sebaliknya. Bukan simpati atau belas kasihan yang kuinginkan, tetapi aku hanya ingin berkongsi pengalaman hidupku ini bersama semua.

Sayangilah ibu dan bapa anda. Sesungguhnya, syurga adalah dibawah tapak kaki ibu dan tiada siapa yang dapat mengganti tempat mereka. Bagi mereka yang telah melaluinya, jadilah anak yang soleh dan solehah serta sentiasa mendoakan mereka yag telah tiada. Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman..



Source : www.iluvislam.com

Semakin Padat Dengan Kelas...

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Hampir sebulan merantau dan bermustautin di negeri Selangor, semakin padat dengan jadual kelas dan kerja-kerja semua. Hubungan dengan roomate pun sudah semakin rapat, sudah bermesra-mesra. Kalau sebelum ni hanya bertegur sapa macam biasa, sekarang dah pandai sakat menyakat. Alhamdulillah. Semoga ukhuwah ini terus berjalan lancar dan semoga dakwah berjaya. InsyaAllah..

Memandangkan kursus asasi sains atau dipanggil juga sebagai pra-degree mengambil tempoh pengajian hanya selama setahun, jadi kelas pun macam padat saje. Tapi rasanya, lagik padat kelas di sekolah dulu. Huhu. Bagi asasi sains ni, kitorang kena belajar 4 subjek, iaitu Biology, Physic, Mathematic and Chemistry. Semua subjek ni lebih kurang sahaja dengan syllabus SPM, tapi lebih banyak mendalam la. Lebih terperinci belajar mengenai satu-satu topik dan tajuk tu.

Walaupun baru hampir sebulan daftar masuk di sini, dan tiga minggu kelas bermula, tapi kuiz dan test dah beratur menunggu kami untuk menjawabnya..Huhu. Yang dah start ialah kuiz Mathematic, disusuli kuiz Biology hari Isnin ni, kemudian test Physic 30Jun dan test Chemistry 4 Julai ni. Waa..bersusun-susun la. Haha, tapi saya boleh lagik relax-relax. Stadi pun hanya stadi macam tu je. Just revise balik apa yang lecturer ajar dalam kelas, buat latihan yang diorang kasi, then tanya-tanya kawan apa yang tidak faham.

Assignments, report dan tutorial pun semuanya padat la. Memerlukan masa yang singkat sebelum dihantar kepada lecturer untuk diambil markah sebagai carry mark untuk final exam nanti. Jadi, semuanya tak bole dibuat main-main. Tak boleh sesuka hati mereka lab report macam kitorang selalu buat masa sekolah menengah dulu, banyak copy dari dalam buku rujukan. Haha, tapi sekarang, kena cari sendiri. Kena disscuss sendiri sesama kami. Kena pandai usahakan diri untuk mendapatkan jawapan. Biasanya hari Khamis, kami akan sama-sama stay di PTAR iaitu Perpustakaan Tun Abdul Razak yang bersebelahan dengan fakulti selama 3-4 jam untuk menyiapkan report tu. Sungguh memenatkan..

Uhh, apa hal dok cerita mengenai kelas-kelas, assignment, kuiz dan apa semua ni. Kesimpulannya yang nak disampaikan di sini ialah, walau sesibuk mana pun kita, walau sepadat mana pun kelas yang kita kena hadiri dan aktiviti yang wajib kita penuhi, jangan abaikan hubungan kita dengan Pencipta kita. Kalau tiada keberkatan daripadaNya bagi kita dalam menguruskan urusan seharian kita, maka, sia-sialah hidup kita. Kerana kita diciptakan oleh Allah, hanya untuk beribadah kepadaNya. Itu tujuan utama kita untuk hidup.

Jangan sampai jadi macam kisah seorang yang pandai dalam ilmu agama ni. Kerana sibuk dalam menguruskan satu program tu, dia memberitahu kepada seorang kawannya bahawa dia tidak sempat solat Zuhur kerana terlalu sibuk dengan urusan nak uruskan program tu. Nauzubillah..

Dalam menjaga hubungan kita dengan sesama manusia, kita juga wajib menjaga hubungan kita dengan Allah. Tiada hubungan kita dengan Allah, tiadalah keberkatan segala urusan kita dalam hidup ini..Saling-saling lah menjaga antara satu sama lain, saling menasihati. Antara seorang mukmin dengan seorang mukmin tu ibarat cermin.

Barakallahu lakum...
Wallahua'lam...

Miss My Little Bob...



Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Inilah tuan punya badan, empunya nama Bob tu..My little cousin, yang memang dari dia baby lagik dah pun rapat dengan saya.

Nama penuh Bob ni sebenarnya Tengku Ahmad Farid Amirul Bin Tengku Ahmad Zaidi. Macam mana boleh terlekat dengan nama Bob ni ye?..Hehe

Sebenarnya dari kecik lagik, dia ni seorang yang gemuk. cewah..Sesuka hati je, dia ni memang budak yang sangat sihat dan chubby dari kecik, tak padan dengan umur dia. Baru tiga tahun, tapi bentuk badan tak sama dengan kekanak yang sebaya dengan umurnya. Dengan tingginya, beratnya, memang berbeza dengan seusia dia. Budak yang mempunyai badan besar...

Waaa...sangat rindukan dia. Haha. Rindu pada keletah dia, dengan kepetahan dia yang bercakap, melawak dan kemanjaan dia. Baru sebulan tak jumpa dia, hehe. Tapi itulah, tak pernah berpisah jauh untuk tempoh masa yang lama dengan dia. Paling lama pun tiga hari la. Itu pun mesti dia melilau-lilau dan mengetuk pintu bilik saya kalau saya tak ada di rumah.

Semalam call mama, dia ada sebelah. So, berborak la dengan dia. Dia cakap, dia ambik satu tabung coklat dari bilik saya. Uwaaaa..Haha, habis stok coklat orang. Bila tanya dia, sapa suruh ambik? Dia jawab, Kak Long dia. Ish, pandai je salahkan orang, yang jadi mangsa tentu kakak-kakak n abang dia. Kalau tak Along, mesti Angah dan Abang yang jadi mangsa.

Bila call, selalu tanya saya, bila nak balik. Itu yang jadi tak tahan rindu kat dia tu. Huhu, siap cakap love u lagik sebelum letak call. Petah sangat bercakap. Alhamdulillah dah pandai mengira nombor dalam bahasa melayu, inggeris dan jugak arab, membilang abjad, menghafaz doa makan, surah al ikhlas, dan jugak doa-doa lazim..

Apa pun, 26 ni InsyaAllah balik Terengganu..yahoooo..Boleh jumpa dengan sepupu kesayangan.. Wait for me, adik..Tak tahu nak cerita apa lagi pasal dia. Pasal nanti jadi panjang sangat pulak entry kali ni kalau tak berhenti sekarang..Nak berehat pulak sebelum sambung stadi. Daaaa...Barakallahulakum fi rahmatillah...
Wallahua'lam..

Panggilan Hangit...

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Apa khabar kalian semua. Harap semuanya sihat walafiat agar selesa beribadah kepada Allah, sentiasa dalam naungan dan limpah rahmat daripada Allah. Amiiin...

Minggu ketiga berada di Shah Alam cukup buat rasa diri ini teramat rindu kepada keluarga. Rasa nak balik masa hujung minggu sangat kuat. Huhu. Tapi kena pendam dulu la, pasal duit banyak digunakan untuk membeli buku-buku rujukan yang kebanyakn berharga lebih daripada rm50 untuk satu buku. Belum campur dengan duit makanan, keperluan harian dan macam-macam lagik. Maklum lah di awal semester, banyak duit diperlukan untuk membeli buku, dan apa semua la. Jadi, duit yang ada dijimatkan untuk membeli mana yang lebih penting dulu. InsyaAllah dalam seminggu dua lagik nak mintak izin ngan mama abah nak beli tiket balik. Haha..

Minggu ni agak sibuk dengan jadual kelas dan urusan pembelian buku. Banyak jugak perkara menarik yang berlaku dalam minggu ni yang nak dikongsikan. InsyaAllah..

Masa hari Rabu baru ni, dalam perjalanan nak pergi ke kafe di fakulti untuk makan tengahari, dapat mesej daripada mama. Mesej mama, " Tadi terima panggilan hangit kata ain ( penaip blog ni la ) ponteng kuliah tanpa alasan munasabah. Macam nak luruh jantung sekejap, dah memang nombor dari UiTM. "......Aikk, terkejut saya dapat mesej dari mama macam ni. Siapa pulak yang pandai-pandai pass nama saya untuk mengenakan mama ni. Then terus call mama nak tanya cerita lebih lanjut. Masa call mama dah tak tahan rasa nak gelak pasal mama dah terkena macam tu. Tanya-tanya, rupanya, sepupu saya yang jadi pensyarah kat UiTM ni yang mintak staff di pejabat UiTM call mama, dan katakan yang saya telah ponteng kuliah. Padahal hari Rabu tu belum start apa-apa kuliah pun. Pasal kuliah start pukul 2.10 petang. Kesian mama terpinga-pinga nak jawab kenapa anak dia tak pergi ke kuliah, tambah dengan risau lagik memikirkan kalau betul apa yang orang tu cakap anak dia ponteng, apa yang dah jadi pada anak dia. Aishh. Hati seorang ibu kita tak dapat nak rasa sama macam yang kita rasa. Lastnya, si pemanggil tu cakap kat mama, anda terkena panggilan hangit. Orang yang suruh buat ialah anak saudara mama sendiri. Kak Mi, adoii, kesian kat mama..

Then pada hari yang sama, dah siap solat di surau di fakulti, bergerak dengan classmates yang lain nak pergi ke makmal fizik. Lokasi makmal ni kitorang tak tahu kat mana pasal ini ialah kali pertama kami menghadiri kelas makmal. Masa turun tangga menuju ke bangunan makmal ni, dushh, saya jatuh kat tengah-tengah tangga tu. Dengan kaki sebelah kanan terlipat masa tu, jatuh berapa anak tangga ntah dalam keadaan duduk. Innalillah. Tapi, tak ada rasa apa-apa masa tu, rasa pedih-pedih je sket. Tapi keesokan pagi, kaki dah mula rasa sakit. Tengok-tengok, kaki dah bengkak kat buku lali dan jugak kaki. Time ni dah rasa sakit nak jalan dah. Rasa sakit satu kaki, dari peha sampai ke hujung kaki kanan rasa sakit. Rasa urat tegang je kalau berjalan. Alhamdulillahi 'ala kulli hal. Mujur sekarang dah hujung minggu, tak perlu berjalan dan menaiki tangga, naik bukit untuk ke kelas. Haha. Macam adventure pulak rasa kalau nak pergi ke fakulti ni. Apa pun, belum lagik pergi ke tukang urut, lagipun mana la tahu kat mana tukang urut kat Shah Alam ni. Klinik pun belum pergi, malas je rasa. Pasal sikit je kot. InsyaAllah dua tiga hari lagik ok la ni. Amiiiin..

Classmates pun semuanya OK dan sempoi je. Dah jadi semakin rapat la sekarang, dah bergurau senda, makan sama-sama. Dan saya paling rapat dengan dua orang yang saya mula-mula kenal masa nak cari lokasi kelas pada hari pertama. Sorang nama Dyana tinggal di Klang dan sorang lagik Azreen yang tinggal di Bangi. Kami ke mana-mana dah bersama sekarang. Kira memang bertiga la untuk ke mana-mana. Yang classmates perempuan, insyaAllah dah ingat semua nama kot. Tapi yang laki, dua orang je yang saya tahu nama. Haha. Pasal dua orang tu sama group dengan saya untuk assignment dan presentation Biology. Kalau tanya yang mana sorang classmates saya yang lelaki, sure saya tak leh jawab. Tak cam pun yang mana sorang. Pasal tak bercakap dengan classmates lelaki kecuali hal penting.

Dan minggu ni jugak, program mentor-mentee yang dianjurkan oleh Sahabat Surau Melati telah pun dilancarkan. Dah dibahagikan group untuk program ni. Ni bukan program mentor-mentee yang dalam TV tu, tapi hanya pinjam nama sahaja. Ni sebenarnya program usrah. Alhamdulillah. Tambah lagik kenalan di surau, bertambah erat lagi ukhuwwah. Dalam program ni, saya sama group dengan orang Selangor dan dua orang Kelantan, negeri jiran. Hehe. Dapat pulak mentor Kelantan. Kesian yang orang Selangor tu, faham-faham jugak la apa kitorang cakap. Memang seronok dengan aktiviti yang diadakan di Surau Melati ( surau kolej )..Tiap-tiap hari ada aktiviti yang berlainan selain dari yang wajib dilaksanakan. Ada tayangan video, ada iftar, ada ceramah, ada riadhah dan macam-macam lagik. Apa pun, semoga semuanya istiqamah..

Dah tak tahu nak menaip apa lagik rasanya. Dah jadi blur pasal perut sudah lapar. Haha. Apa pun, doakan semuanya yang terbaik untuk kita semua. InsyaAllah..Barakallahu lakum fi rahmatillah.. Amiiin

Wallahua'lam

Suara Siswa...

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Ya Allah...sungguh kepenatan sekarang, habis sakit urat-urat badan terutama kaki. Sampaikan urat-urat di perut pun dah terasa sangat lenguh dan tegang..Haha..Inilah kesannya apabila dulu selalu exercise dan training stamina untuk taekwondo, tapi dah lama tak turun training. Jadi, diri pun dah tak terbiasa dengan aktiviti lasak, dah kurang stamina dah..

Aishh, apa kaitan stamina dengan tajuk kat atas plak.. Waaa, mungkin ada sesetengah dari kalian yang pernah dengar program di atas kan. Ala, program yang ada dalam RTM 1 tu, pengacara oleh Fazlee Yaakob. Program ni dibuat di Dataran Menara Sultan Abdul Aziz Shah UiTM Shah Alam. Jadi, penontonnya ialah kami la, pelajar-pelajar asasi yang masuk awal daripada pelajar diploma dan pelajar ijazah.

Pukul 7.30 malam kitorang dah digerakkan untuk menuju ke Menara SAAS, tapi dengan menaiki bas la. Memang ekspress dan cepat sangat perjalanan nak ke Menara SAAS tu pasal kemungkinan untuk mengejar masa dan persediaan bagi siaran langsung. Tajuk dibincangkan oleh para panel ialah " Patriotikkah Siswa Kita?"..Ahli-ahli panel pulak terdiri daripada VC UiTM sendiri, Tan Sri Dato' Seri Prof Dr. Ibrahim Abu Shah ( makkkk aihhh, panjangnya gelaran...), then YDP MPP UKM dan YDP MPP UM..Memang hangat jugak la kot perbincangan ni. Rasa lucu pun ada jugak berada dalam program siaran langsung, siap suruh kitorang acting, tepuk-tepuk tangan..huhu..

Yang berkaitan dengan staminanya, kitorang balik dengan kaki sendiri. Maksudnya berjalan la. Dari menara SAAS tu sampai lah ke kolej kitorang, Kolej Melati. Waa, lebih daripada 10minit berjalan baru sampai. Petang tadi pun dah berjalan jarak yang agak jauh dari fakulti untuk balik ke kolej. Memang penat sangat. Mujur la esok kelas start pukul 2 petang, tapi itupun tak tahu jadi ke tak makmal. Kalau tak jadi pun tak pe, really need rest. Haha. Ramai yang tak berapa puas hati, pasal nak pi ke tempat tu dijemput dengan menaiki bas, tapi pulang dengan berjalan kaki. Tapi, saya faham je. Bas dah tak gerak la jam 10.30 malam. Jadi menggagahkan diri yang dah tak berapa nak kuat ni untuk balik dengan berjalan kaki sebab YDP cakap, kalau nak tunggu bas boleh, dia boleh call, tapi dia tak boleh nak jamin sama ada bas tu ada ke tak. Jadi, daripada ambil risiko, kitorang ramai jugak balik berjalan kaki.

Alhamdulillah selamat sampai di kolej. Ini baru sedikit kesusahan dalam menuntut ilmu pada masa kini kan? Bayangkan ulama' pada zaman dahulu yang tiada kemudahan pengangkutan pun untuk pergi ke serata tempat di dunia ini untuk menuntut ilmu. Hanya ada unta, keldai dan kaki sendiri sebagai pengangkutan. Masya Allah, betapa kuat keinginan mereka untuk menuntut ilmu, betapa kuat iman mereka yang nak dibandingkan dengan kita. Setebal manakah iman kita? Cukup layakkah dikatakan iman kita se'tebal' kulit bawang yang nipis itu?

Astaghfirullah..Sama-samalah kita bermuhasabah dan merenung kembali amalan-amalan kita selama ni. Setinggi mana kecintaan kita kepada Allah melebihi kecintaan kita kepada duniawi..Allahu Rabbi..

" Ya muqallib al-qulub, thabbit qalbi 'ala di-nika, wa 'ala tho-atika..." amiiiin...

Wallahua'lam

Berhabuk Sudah..

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Lama dah saya membiarkan blog ni berhabuk, bersawang ( bak kata pakcik..hehe ). Dah kena sound blog bersawang, baru lah rasa terpanggil nak menari-narikan jari menaip untuk blog ni..Ishh..La la la..

Bukannya sengaja membiarkan blog ni tidak ter update dengan posting yng latest..Pasal walaupun dah dapat laptop, dan di UITM ni ada WiFi, tapi dalam bilik tak dapat jugak nak detect signal tu. Jadi tak dapat la nak online. Kalau nak online, kena turun ke tingkat satu, itupun kalau ada rezeki dan bernasib baik, dapat lah detect signal. Hehe. Tapi sekarang alhamdulillah dah pun memasang broadband. Boleh lah online di dalam bilik sahaja dengan keadaan yang selesa untuk membuat kerja nanti dan jugak melaksanakan amanah sebagai moderator forum di iluvislam.com...

Hari ni, dah genap dua minggu saya berada di negeri Selangor. Merantau dari negeri asal untuk menuntut ilmu yang menjadi kewajipan kita sebagai muslim. Belajar kerana Allah, untuk meningkatkan kecemerlangan diri, keluarga dan jugak syiar agama. Dengan ilmu, kita dipandang tinggi. Dengan ilmu, kita dapat mengembangkan dakwah kita. Tanpa ilmu, tiada yang menghormati kita dalam menguruskan sesuatu..

Ini first time saya tinggal di hostel. Haha. Semasa sekolah menengah dulu tinggal di rumah saje emandangkan sekolah menengah dulu hostel sekolah. Tapi, semuanya ok sahaja setakat ni, Tak ada lah homesick mana pun. Cuma rindu berjauhan dengan family tu agak terasa la. Di sini, semuanya tinggal kita bersendirian. Semuanya kita uruskan sendiri.

Dalam keadaan beginilah, ramai yang jadi hanyut kerana jauh daripada jagaan ibu bapa. Jauh daripada kongkongan dan bebelan ibu bapa kita. Kita terus hanyut dengan diri sendiri. Kita akan berasa ingin membuat semua yang kita tidak dapat buat semasa kita berada berdekatan dengan family. Sekarang, semuanya bergantung kepada diri sendiri untuk meneruskan hidup. Tambahan pulak tinggal di bandaraya besar macam Shah Alam ni. Ramai yang merasakan, apabila kita sudah berjauhan dengan family, kita bebas untuk membuat segalanya dengan hanya memikirkan keseronokan tanpa fikirkan kesan yang akan kita dapat di kemudian hari..

Di waktu remaja macam ini lah, fitrah untuk mencuba segala sesuatu yang baru masih berada dalam diri kita. Namun, semua tindakan kita haruslah difikirkan baik buruknya, pertimbangkan dahulu kelebihan dan kelemahan tindakan tersebut, barulah mengambil keputusan.

Masih ingat lagik satu persatu pesanan abah pada malam saya berada di rumah menonton tv bersama keluarga. Abah pesan, "apabila pergi ke sana nanti, janganlah berubah. Kita jadi diri kita yang sekarang, jangan berubah kepada yang lebih buruk. Kalau sekarang ain tampil berpakaian macam ini, jangan nanti ubah kepada pakaian yang lebih tidak sopan, yang ketat, sendat dan sebagainya. Kekalkan identiti sekarang, ubahlah kepada yang lebih baik. Biarlah kita dengan identiti kita sendiri."

Ini pesanan yang paling saya ingat dan agak melegakan jiwa saya yang resah. Resah apabila memikirkan diri sendiri yang akan menguruskan hidup di bandar besar macam ni, bimbang identiti diri yang belum ditemui sepenuhnya akan menjadi tunggang langgang. Bimbang pemakaian dan amalan harian semakin dilupakan, muamalah dan akhlak tidak terjaga dan sebagainya.

Tapi, bila dah sampai di sini..Memberikan satu gambaran bahawa tugas dakwah sudah menanti. Ambil yang positif. Alhamdulillah, kakak-kakak usrah banyak memberikan semangat dan nasihat sewaktu halaqah selepas maghrib. " Kita yang perlu ubah persepsi orang terhadap kesosialan pelajar kita, kawan-kawan kita." Tu antara kata Kak Ana..

Sampai sini dululah menaip blog ni. Nanti melalut lagik panjang pulak. Hehe..
Barakallahu lakum...