Picnic Di Masjid Terapung..


Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Yeahh..Nampak tak gambar masjid tu..Nama masjid tu Masjid Tengku Tengah Zaharah, beritahu nama ni mesti tak ramai yang kenal kan. Tapi, kalau sebut Masjid Terapung, barulah mengangguk-angguk kepala tanda kenal lah tu. Hehe. 

Lokasi di sini lah kitorang pilih untuk berkelah. Perjumpaan kali terakhir bersama kawan-kawan, sebelum masing-masing membawa haluan sendiri untuk mencapai cita-cita, namun ukhuwah tidak akan sesekali terputus. InsyaAllah. 

Dalam jam 10.30, kesemua kami seramai 9 orang akhirnya sama-sama tiba di tempat yang telah dijanjikan. Kemudian, bawak turun semua makanan yang ada dan ditempatkan di satu pondok di situ ( sengaja pilih berdekatan dengan taman mainan..hehe). Lepas dah habis punggah barang, nak buatkan air dulu. Lastnya, ada sorang hamba Allah ni lupa nak bawak gula. Aishh. Terpaksa lah tukang bawak kereta tu drive kereta pergi ke Mydin untuk membeli gula. 

Masa ni lah, yang tinggal kat pondok tu seramai 5 orang, pergi ke taman mainan tu, then main buaian. Haha, main buaian lagik.  Kemudian, apabila diorang balik dari beli gula tu, saya dan Amalina pun dengan rajinnya membuat air. Ceh, macam susah sangat. Ina, berapa senduk gula yang kita letak? 10 senduk kan? Huhu, mujur gak kawan-kawan cakap sedap.

Lepas dah siap buat air dan aturkan makanan, duduk dalam halaqah, kemudian teruskan dengan rancangan awal kami untuk membaca Ma'thurat. Alhamdulillah, dimulai saya sebagai ketua, erm, rasa macam nak menitis air mata membaca doa Rabitah. Terasa sangat dengan indahnya ukhuwah kami keranaMu ya Allah. Allahuakbar, Subhanallah...Sesungguhnya, sudah sukar untuk saya temui ukhuwah yang sebegini selepas ni, dengan kengkawan yang sebegini. 

Sambil makan, kami berbual-bual, sambil sakat menyakat. Dah puas makan, sesi bergambar plak. Hehe, biasa lah. Untuk dibuat kenangan. Kemudian, dah masuk waktu Zuhur, kami semua gerak ke Masjid Terapung untuk solat Zuhur la, tak kan solat Asar plak. 

Sekali lagik, kamu buat satu halaqah sambil berpegangan tangan dan berpelukan ( semua perempuan ye ). Untuk kali terakhir sebelum kami semua pulang, masing-masing menyampaikan pesanan kepada kengkawan yang lain. Yang paling ditekankan ialah penampilan kami selepas ini agar kami tidak terus lagha. Saling ingat mengingati sesama sendiri andai kata ada yang terlagha.. InsyaAllah..

Tak tahu apa dah nak menaip kali ini. Badan dah penat sangat, kepala pun dah agak pening. Hehe. Inilah gambar kengkawan saya. Sorang sahaja yang tiada dalam gambar, sudah tentulah tukang snap gambar. Haha.

    

 Mahu diperkenalkan? ..Hehe. Bukan mengikut turutan dalam gambar ye..Yang ada dalam gambar tu ialah...

Aina ( Noneng ) , Afina ( Pina ) , Amalina ( Ina ) , Najwa ( Wawa ) , Nadiah ( Nad ) , Siti, Sarah, dan Syaffiyyah ( Epy )..

Di manakah gambar tuan punya blog ni? Haha.. Dia ada di depan gambar ni, tengah snap gambar kengkawan dia..dan perhatikan perbezaan gambar di bawah..haha..

Saat aku kesunyian,

Kenangan lalu terimbau,

Masih segar dalam ingatan,

Saat kita sama-sama kehujanan,

Saat kita sama-sama ketawa gembira,

Saat kita sama-sama merintih kesedihan,

Saat kita sama-sama menuruni lembah & ranjau berduri...

Teman, 

Andai aku bisa mengubah waktu,

Akan ku putar kitaran Bumi,

Agar detik manis mampu berulang kembali,

Dan kekal selamanya...

Teman,

Ketahuilah bahawa aku terlalu rindukan kemesraan bersama..

Sedetik indah bersama membawa kerinduan berpanjangan...

Wallahua'lam...

CERITA UNTUK SUAMI / BAPA / LELAKI

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Cerita yang dicopy daripada website halaqah.net..

Mat...mat....


Mat tidak pernah membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah. Malah dia sering bersungut sendirian kerana telah merasa bosan setiap hari pergi kerja, sedangkan Nab isterinya hanya tinggal di rumah. Kalau boleh, dia mahu isterinya tahu betapa penat dan letihnya dia bekerja setiap hari untuk menanggung keluarga.

Satu malam ~~~~ Mat berdoa,"Ya Tuhanku. Aku bekerja 8 jam sehari sedangkan isteriku hanya tinggal di rumah bersama anak-anak. Aku mahu supaya dia tahu betapa letihnya aku bekerja setiap hari. Tolonglah ya Tuhan, tukarkanlah aku dan isteriku. Biar aku yang menjadi isteri untuk sehari sahaja supaya dia pula dapat merasakan betapa letihnya aku bekerja. Biar aku pula yang berehat di rumah"

Tuhan Yang Maha Mengetahui telah mengkabulkan permintaan Mat. Pagi besoknya, dia bangun dari tidur, dan pastinya sebagai seorang isteri. Bangun saja dari tidur, dia bergegas ke bilik air, cuci gigi dan terus ke
dapur menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak. Pastu bangunkan anak-anak dan melayan mereka bersarapan, pada masa yang sama melayan suami
bersarapan. Pastu menghantar suami yang nak pergi kerja ke pintu, kembali membetulkan baju anak-anak yang nak ke sekolah dan menyediakan air yang anak-anak nak bawa ke sekolah. Pastu panaskan injin kereta dan bergegas hantar anak-anak ke sekolah.

Balik dari sekolah terus ke pasar untuk membeli ikan dan keperluan dapur yang lain. Dekat dua jam baru sampai balik ke rumah. Simpan barang-barang dapur ke dalam almari dapur dan ikan simpan dulu dalam peti ais. Komdian....... kutip kain busyuk untuk dicuci dengan mesin sehingga
selesai dan dijemur. Pastu baru mula memasak untuk anak-anak yang akan balik sekolah nanti.

Selesai masak, jam dah pukul 12.45 tengahari. Terpaksa pula bergegas ambil anak dari sekolah. Selesai ambil anak, beri pula mereka makan sebelum mengatur anak-anak
supaya membuat kerja sekolah. Pastu terpaksa pula kemas rumah supaya jangan bersepah sangat. Komdian angkat kain di jemuran. Tiba-tiba anak bongsu menangis kerana terjatuh. Dah nak kena beri rawatan dan pujuk supaya
tangisan tidak berlarutan. Dah selesai, kain-kain yang baru diangkat perlu pula dilipat dan disusun dalam almari. Sedar tak sedar, waktu Zohor dah tinggal tak berapa minit saja lagi. Terpaksa bergegas pulak tunaikan Zohor sebelum tertinggal. Selesai salam, azan Asar kedengaran.

Selesaikan pulak solat Asar sebelum menyambung apa-apa kerja yang belum siap.

Belum sempat rehat, terpaksa pula balik ke dapur untuk menyiapan makan malam. Lepas Maghrib, terpaksa layan suami dan anak-anak makan, pastu cuci pinggan mangkuk, pastu mandikan anak yang ma! sih kecil, pastu uruskan
supaya anak-anak masuk tidur.... dan macam-macam pastu lagi. Dekat pukul 11.00 malam barulah semua kerja rumahtangga selesai. Badan pun dah longlai lohe...

Bolehlah rasanya nak berehat sikit.

Opps.... belum boleh rehat rupanya. Suami juga mahukan layanan. Berdosa isteri kalau tak melayani kemahuan suami. Tambahan pulak malam ni malam Jumaat. Maka suami dilayani dengan sewajarnya sehinggalah dia terkulai
dua kali lohe dan langsung tertidur....... tak pasti pukul berapa.

Setelah terjaga sebelum dinihari, Mat segera bangun dan berdoa semula,"Ya Tuhanku. Barulah kini aku tahu.... Aku dah tak sanggup lagi jadi isteri. Aku keluar bekerja seharian pun tak penat macam ni. Ada juga masa berehat, minum kopi dan berbual dengan kawan-kawan. Tolonglah kembalikan aku sebagai suami semula. Tobat aku tak sanggup dah jadi isteri. Salah sangkaanku selama ini bahawa kerja-kerja isteriku di rumah begitu mudah. Biarlah
isteriku terus di rumah dan aku keluar bekerja"

Sekonyong-konyong Mat terdengar satu suara ghaib berkata,"Wahai Mat, kamu belum boleh kembali menjadi suami sebab persetubuhanmu malam tadi telah menjadi benih. Kamu kenalah tunggu 9 bulan 10 hari lagi untuk
melahirkan anak sebelum kamu dapat menjadi suami kembali...."

Whatttt???... 9 bulan 10 ari??? ....Beranaaak???.......Waaaaaa.. tak nak,,,,,,,,,,tak nak, tak naaaaaaaaaaaaaaaaaaakkkkk...!!!

~~~~~ "Bang, bang... Abangggg... apasal niii.....??" Sergah satu suara di sisinya. Mat melompat bangun dari katilnya dan terus memegang isterinya sambil bertanya,"Nab, Nab kah yang jadi suami atau abang yang jadi suami??? "Laaaaa... tebiat apa pulak abang ni. Kan Nab ni pompuan..
Tentulah abang yang jadi suami..... Appa punya lawak pagi-pagi rabun ni....."

Hari tu Mat mengambil cuti emergency dan sehari suntuk ! membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah..... Nab terkedu beghok, terlopong dan jadi bisu seharian melihat gelagat suaminya.........

Moral cerita : Isteri perlu disayangi dan lindungi kerana ia adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai.

KEK....Bestnya..


Happy anniversary 26th to my mum n dad...Saje je nak letak gambar kek ni dalam blog, nak buat kenangan..Hehe..

Sekadar Renungan...

Mungkin kerana kita leka,
Seringkali pena terlepas dari genggaman,
Ucapan Opss!! mendahului kalimah Allahuakhbar..
Tatkala perut yang lapar sudah terisi,
Haaa...kenyangnya..mengatasi Alhamdulillah..
Bila diri terpegun oleh keindahan dunia,
Subhanallah tertutuplah oleh cantiknya!!..
Ada masanya berita kematian mengunjungi,
Kasihannya..terucap jua
Kerana kita lupa pada Innalillahhiwainnailaihirajiun..
Kadangkala kita lupa..
Kadangkala kita sengaja..
Mungkin kerana telah biasa..
Namun teman,
Walau kita lupa,suka,sengaja atau terbiasa..
Berhati-hatilah,
Bilamana Izrail datang membawa berita..
Ucapan Lailahaillallah tetap menjadi juara..
Mengatasi segala kata-kata..

Kahwin Lagik...

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Adoiii...Kalau dapat komen untuk posting, mesti ada kaitan dengan kahwin. Haha..Sikit-sikit kahwin. To uncle sam ( tuan punya badan perasan tak nama dia )..Haha, tahu lah orang dah cukup umur 18, janganlah sebut lagik pasal kahwin. Dah sampai seru den, den kahwin la. Haha, bak kata kak nisa, gelak guling-guling..haha.. Kalau akhi tak sabar nak kahwin, silalah, boleh ana pi makan nasi minyak nanti..

Untuk kawan den, khairatul huwaina ( bukan nama sebenar )..Jangan lah doakan sangat den kahwin awal. Haha. Tunggu habis belajar dulu. 26 ekk...tengok lah dulu budak ni...Chowwww

Inilah Sejarah Kami ( ISK )...26 April..

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Inilah sejarah kami..Haha, macam apa pulak tajuk posting kali ini. 26 April...Ada dua sejarah dalam diri saya sendiri dan jugak pada kedua insan yang sangat saya cintai dan kasihi pada tarikh ini. 

26 April, pada 26 tahun yang lepas merupakan tarikh yang sangat bermakna buat mama dan abah saya, lafaz ijab dan qabul pada tarikh ini. Tahun ini, sudah genap mama dan abah menjadi pasangan suami isteri buat selama 26 Tahun, Alhamdulillah. Happy anniversary buat mama dan abah, semoga keluarga kita sentiasa dalam keadaan bahagia, aman, sakinah, dan berada dalam lindungan dan rahmat daripada Allah Taala. Amiiiin.

26 April tahun ini jugak merupakan satu sejarah buat diri saya sendiri. Cewahh, macam melebih-lebih pulak. Haha. Sudah genap setahun, saya joined iLuvislam.com setelah diperkenalkan oleh ustaz saya sendiri yang sekarang sedang belajar di Universiti Al-Azhar. Dulu, bermula sebagai user biasa, tapi sekarang sudah mendapat taklifan  dan bertugas sebagai moderator forum di iLuvislam.com. Waahh, hepi sangat berada dalam family iLuvislam, terasa sangat dengan ukhuwah yang dijalinkan. Walaupun tidak pernah ketemu dengan family iLuvislam yang lain, tapi rasa macam keluarga. Rasa macam dah lama kenal dan pernah berjumpa sahaja sebelum ni. Inilah nikmatnya ukhuwah fillah.

Sekadar tu sahaja coretan buat kali ini, rasa malas pulak nak menaip hari ini. Huhu. Setiap saat yang berlalu, semakin jauh kita dengan masa lampau kita. Tetapi, semakin dekat kita dengan kematian dan ajal kita yang telah ditetapkan oleh Allah. 

Wallahua'lam..

Warkah Buat Hawa..

HAWA , andai engkau masih remaja, jadilah anak yg solehah bt kedua ibubapamu, andai engkau sudah bersuami, jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din ALLAH...

HAWA, andai engkau belum berkahwin, janganlah kau risau jodohmu, ingatlah janji tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrimmu, kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam sekaligus disusuli dengan pertemuan, takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri...

HAWA, lelaki yang baik tidak melihat pada paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keayuannya, lelaki yang warak, tidak menilai wanita melalui kemanjaannya serta kemampuannya mengoncang iman lelaki, tetapi, lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya, dan yang paling penting pegangan agamanya. Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya, kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya, lelaki yang warak juga, tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita, yakni sebuah perkahwinan.

Oleh itu HAWA, jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta daripada adam untukmu, cukuplah hanya cinta ALLAH, yang memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik, serta keluarga yang membahagiakan dirimu.

HAWA, cintailah ALLAH dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai ALLAH. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan ALLAH, cintailah keluargamu kerana kau tidak akan jumpa cinta yang bahagia selain daripada cinta keluarga. Janganlah sesekali tangan yang mengoncangkan dunia, juga mengoncangkan iman lelaki.

Aku Tanpa CintaMu...

AKU TANPA CINTAMU Lirik lagu nasyid, juga lagu layar keinsafan mungkin amat sesuai menggambarkan rasa keinsafan di hati Zayanah sekarang. Zayanah sering meratapi kekhilafannya dan merenung masa depannya yang gelap hasil perbuatannya sendiri.Tanpa diduga gadis yang selama ini amat menjaga batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan, prinsipnya yang dipegang teguh selama hidup di bumi Allah, hancur begitu sahaja kerana amat rapuhnya iman seorang perempuan yang bergelar remaja.

Tawaran untuk ke sebuah universiti awam di tanah air sedikit melegakan hatinya yang luluh kerana tidak dapat melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Mesir. Zayanah tetap teguhkan hatinya untuk terlibat dalam bidang kejuruteraan. Dalam bidang kejuruteraan, sudah semestinya kaum adam lebih mempelopori bidang ini. Hati Zayanah sedikit cemas dan tidak selesa dengan keadaan barunya kini, kerana dia terpaksa bercampur dengan kaum adam untuk mencari ilmu. Namun dia percaya, selagi niat untuk mencari ilmu Allah dipegang, Allah akan melindunginya. Memang Zayanah mengakui, dia amat mudah tertarik dengan lelaki yang berpewatakan alim. Walaupun selama ini, Zayanah tidak pernah bergaul dengan lelaki, malah tidak pernah bercakap dengan lelaki, kerana dia memang dikenali dengan sifat pemalunya dan amat pasif semasa di alam persekolahan lagi, membuatkan ramai yang tidak berani untuk mendekatinya. Tetapi jauh di sudut hati seorang perempuan, dia inginkan kasih sayang seorang lelaki kerana dari kecil dia tidak pernah merasai kasih sayang seorang ayah malahan adik beradik lelaki kerana Allah lebih menyayangi abinya dan tiga orang abangya , yang meninggal akibat terlibat dalam sebuah kemalangan semasa Zayanah masih dalam kandungan umminya.

Perkenalannya dengan seorang senior lelaki atas dasar ingin menolong dalam pelajaran memusnahkan segalanya. Sidqi merupakan pelajar tahun akhir di universiti tersebut , berperwatakan amat alim dan banyak memberi nasihat kepada Zayanah, sedikit sebanyak telah menambat hati seorang mar’atus. Namun ketahuilah jalan menuju kepada perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita melalui mana-mana jalan perzinaan. Iblis akan memerangkap anak cucu Nabi Adam as. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya sangat halus. Ia telah menipu moyang kita yang pertama, Adam dan Hawa. Iblis amat licik. Ingat, pesanan Rasulullah : Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali yang ketiganya, syaitan(Tabrani) . Kita amat lemah menghadapi tipu daya Iblis, lebih-lebih lagi pada zaman remaja. Memang pada awalnya tidak bersua muka, hanya bertanya khabar melalui internet, kemudahan teknologi kini banyak disalahgunakan pelajar sekarang, contohnya seperti Skype, YM, Gtalk dan sebagainya,

Tapi perasaan pasti bergelora, lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan Iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti disitu sahaja. Percayalah, ia akan berlanjutan. Tidakkah itu boleh membawa kepada perzinaan akhirnya? Inilah yang terjadi kepada kedua-dua mereka. Dimulakan dengan senyuman pertama semasa pertemuan pertama mereka di perpustakaan, telah menyulam kuntuman cinta dalam hati kedua-dua mereka. Perwatakan sopan dan lembut Zayanah telah menambat hati Sidqi. Hampir dua bulan perkenalan mereka, Sidqi telah memberanikan dirinya menyatakan hasrat cinta kepada Zayanah, mudah sekali syaitan telah meruntuhkan keimanan dihatinya, Zayanah pula yang sudah lama menantikan putera agamanya itu, dengan mudahnya menerima hasrat hati Sidqi. Maka bergembiralah syaitan kerana telah dapat meruntuhkan iman mereka. kononnya dengan harapan dapat menyemai cinta Islamik. Mereka telah berjanji untuk saling mengingatkan dan menjaga batas perhubungan mereka. Zayanah telah berkali-kali mengingatkan Sidqi untuk mengikat tali pertunangan jika benar-benar ikhlas terhadap dirinya, namun Sidqi memberi alasan untuk menghabiskan semester akhirnya dahulu barulah dia akan meminang Zayanah. Zayanah yakin dengan kata-kata Sidqi. Perhubungan mereka berjalan lancar sepanjang semester dan dengan bantuan Sidqi, Zayanah telah dapat sedikit minat untuk meneruskan pengajiannya dalam bidang kejuruteraan yang amat tidak disukainya dulu. Dengan bantuan Allah, mereka telah dapat menjawab soalan peperiksaan untuk semester itu dengan cemerlang.

Syaitan amat bijak dan pelbagai cara digunakan untuk meruntuhkan niat suci mereka, bercinta untuk mencari keredhaan Allah. Maka, terjadilah satu detik hitam dalam hidup kedua mereka, kerana mereka berasal dari negeri yang sama, Sidqi telah mengajak Zayanah untuk balik cuti semester ke kampung dengan menaiki keretanya. Pada mulanya Zayanah menolak pelawaan Sidqi, tapi apabila Sidqi memberi alasan hanya untuk teman berbual dan menghilangkan rasa mengantuk semasa memandu kereta, Zayanah menerima pelawaan buah hatinya itu, sayanglah katakan. Bila berdua-duaan, maka muncullah yang ketiganya, iaitu syaitan laknatullah, memujuk nafsu mereka. Maka terperangkaplah dua insan yang berkasih-sayang. Zayanah dan Sidqi telah hanyut ditelan nafsu . Sejak kejadian itu, Sidqi yang telah tamat pengajiannya di universiti itu telah menjauhkan diri daripada Zayanah dan meninggalkan Zayanah tanpa khabar berita, dengan alasan menyesal dan ingin bertaubat.

Bermula semester baru, Zayanah yang pada masa itu baru sahaja tahun dua pengajiannya, terpaksa menangguhkan pengajiannya selama setahun kerana mengandung hasil daripada perhubungan kotor mereka. Namun sesalan tidak berguna lagi, keluarganya tidak dapat menerimanya lagi dan tinggallah Zayanah terkapai-kapai dalam penyesalan seorang diri. Dengan jasa baik sahabat karibnya, Amilah, Zayanah menumpang di rumahnya sehingga dia melahirkan seorang cahaya mata lelaki. Zayanah sentiasa tertanya-tanya, masih adakah insan yang dapat menerima dirinya yang sudah tidak suci. Kerana dia tahu, penzina hanya untuk penzina, lelaki yang baik untuk wanita yang baik, dan sebaliknya. Kini Zayanah berada dalam tahun akhir pengajiannya di universiti tersebut, memang perit untuk Zayanah kerana dalam masa yang sama, dia terpaksa bekerja untuk menyara anak lelakinya, satu-satunya buah hatinya kini. Penyesalan tidak berguna lagi. Begitulah kita jika tanpa cinta kepada Allah, jika hanya mengharapkan cinta insani, mudah hanyut dan termakan pujuk rayu syaitan. Nau’zubillah..

PENGAJARANNYA(TAZKIRAH SEORANG SAHABAT) Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab kabul, cinta selepas kahwin. Itulah cinta sacral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan Islam. Apabila Islam menegah sesuatu perkara, tentu ia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Jika ia menegah cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa perkahwinan sebagai ganti yang lebih baik. Sabda Rasulullah : Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah. (Ibnu Majah). Cinta adalah maruah manusia, ia telalu mulia. Kalau begitu, adakah cinta remaja semua menghampiri kepada penzinaan? Ya, kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian diatur pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru, bukankah mereka ini semakin hampir dengan penzinaan? Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun!

Ohh..Rindunya Sama Kamu..

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Uwaaa...So sad today..Kenapa la laman web kesayangan tu tak boleh nak bukak hari ni. Sudah rindu nak baca forum, apa semua. Nak buat kerja, nak search link thread, nak edit posting, nak moved thread, nak delete thread, nak apa lagik. Entah...udah rindu sama iluvislam.com..

Baru gak setengah hari tak boleh nak masuk iluvislam.com  kerana ada masalah dengan server. Server tak dapat nak tampung jumlah pengunjung iluvislam.com yang ramai. Alhamdulillah, satu berita baik, kerana semakin ramai yang mengunjungi laman web ni. Semoga semuanya mendapat manfaat daripada laman web ni, insyaAllah..

Apa pun, kepada pengunjung yang lain, harap bersabar ye dengan masalah yang timbul ni. InsyaAllah, kita akan dapat mengunjungi iluvislam.com dalam masa yang terdekat..

Aku Jatuh Cinta..

Aku jatuh cinta.. Jatuh cinta pada seorang lelaki..
Dan lelaki itu aku tidak pernah berjumpa dengannya..
Aku hanya biasa mendengar melalui orang sahaja..
Tapi yang pasti.. lelaki itu.. lelaki mulia..
mulia sesangat..
lelaki itu berbudi luhur..
dan keluarga lelaki itu semua baik-baik belaka...
haih~ rasa malu pada diri...

Aku semakin jatuh cinta..
Dia begitu penyayang dan pengasih orangnya..
Malah begitu penyabar sungguh..
huhu.. Dan kecintaanku padanya semakin bertambah..

Aku tahu, x layak rasanya diri ini untuk pemuda sepertinya..
memang tak layak..
tapi aku akan tetap mencintainya..
dan berharap cintaku ini biar sampai ke akhirat..

Akan ku cuba memperbaiki diri ini..
tapi yang ku tahu.. dia sungguh menyukai wanita solehah..
dan dia gembira melihat orang2 Islam bersatu padu..
dan dia begitu menitikberatkan kedamaian..

Dia juga seorang pemimpin yang berwibawa,
dia laa pemimpin yang unggul..
sekarang nie.. terlalu sikit rasanya pemimpin seperti dirinya..
Ah! Aku semakin jatuh cinta..

terlalu indah budi dan akhlaknya..
rajinnya dia beribadah..! masyaAllah...
semakin kerdil rasanya diri ini...
aduh! aku semakin malu..



sebenarnya belom habis lagi nie.. nie sambungannya..

aku hanya dapat memendam perasaan ini..
tika berhadapan denganNya..
aku memanjatkan kesyukuran kepadaNya..
terima kasih Ya Rabb..!

ada yang berkata..
"kita umat akhir zaman bertuah dan mencintai
dan menyayangi dia walaupun tak pernah bersua"
dan memang di akui.. bertuah sangat2..

~~~~~~ 

aku rindu.. rindu yang amat..
terkadang..
di kala terdengar dan terbaca kisah2 perjuangannya..
hati ini bersemangat.. dan pada satu masa pulak..
akan menitis air2 jernih dari kelopak mata..

sungguh! aku merinduimu..
aku merinduimu..
aku mencintaimu..
dan aku mencintaimu Ya Rasulullah..!

ya Rasulullah..
aku tau,aku mungkin tidak akan bertemu mu di dunia..
tapi aku yakin janji Allah..
di akhirat sana pasti bertemu..
insyaAllah..!

aku menyanjungi..
aku mengasihimu..
aku mencintaimu..
dan aku mengingatimu..

semoga perjuangan2 mu
terus mekar di dalam hati ini..
dan menjadikan ia sebagai pembakar semangat..
untuk menjadi khalifah Allah swt di muka bumi ini..

Once Again..Outing Bersama Kawan-kawan...

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Pagi semalam, dok membeli kat pasar, tetibe ada SMS masuk. Tengok-tengok, SMS daripada Ina yang inform. Yang esok ( hari ini ) nak jumpa Raihan dan kengkawan yang lain. Rancangan asal, nak serbu rumah Raihan je. Haha, tapi dia marah plak. Dushhh.. Then kitorang berkumpul kat tempat famous kitorang berkumpul sebelum gerak ke tempat lain, kat Pustaka Awam Negeri. Pasal pustaka ni dekat ngan area bandar..Memang lucu sangat perjumpaan kitorang hari ni. Dah baca posting ni sampai habis, baru tahu kenapa sangat lucu. Jeng..Jeng..Jeng

Lepas sedikit rindu saya kepada kawan-kawan saya yang dapat saya jumpa. Terutama Raihan(  dah lama tak jumpa..since dapat result SPM ) , Wawa, Epy, Ina, Pina dan jugak Siti. Fine, kali ini berjumpa, cukup geng kitorang. Haha. Baru rasa perfect buat perjumpaan ni..

Pagi tadi, around 10.. Ina sampai dengan membawa Kancil nya. Ada 5 orang dalam kereta tu, biasalah tu kan.  Then, gerak ke tempat perjumpaan tu. Sampai kat library, pusing la nak cari tempat nak park kereta tu. Aish...penuh pulak. Biasanya tak ada orang, mesti ada function nie. Dua kali pusing, dapat lah parking kereta. Tu pun, kat hujung belakang, atas line kuning. Haha. Tak apa, tak kena saman lah dalam tempat ni. Park je la. Pina sudah pun sampai di library ni. Pakat gerak masuk dalam library kejap, pasal Ina nak pinjam buku ( ulat buku dia ni.. Haha ). Masuk dalam, semua pakat serbu kat Raihan, lamanya tak jumpa dia ni. Macam jejak kasih pulak. Then bincang pasal arah tuju kitorang lepas ni. Kongsi tawaran yang dah dapat, dan saling nasihat dan beri semangat antara satu sama lain. Alhamdulillah, suasana yang sangat indah, memori yang tidak akan dilupakan.

Lepas tu, tanya Raihan, datang dengan apa. Biasanya, dia bawak kereta. Aish, dia tak bawak kereta pulak. Pina pun datang dengan ayah dia. Habis, macam mana kitorang nak gerak pi kedai makan dengan geng kitorang seramai 7 orang?..Hahaha..Apadan. Lama jugak kitorang duduk bincang, macam mana nak gerak dengan jumlah orang seramai tu dengan sebuah kereta Kancil je yang ada.  Ada yang kasi cadangan, hantar dengan dua trip. Tapi, lokasi nak pergi pun belum tahu. Uitt..Habisnya...kitorang amik keputusan..........................

Sumbat tujuh orang dalam kereta Kancil. Lima orang berhimpit kat belakang. Mujur saya nie kecik je, lepas masuk lima orang kat belakang, risau jugak kalau tak boleh tutup pintu. Memang macam ikan sardin je. Ya Allah.. Haha, tergelak kitorang dalam kereta masa tu. Gerak je lah. Berhenti kat lampu isyarat, ramai lah yang melihat dua tiga kali kat kitorang. Malu sangat la. Tak berani saya nak pandang kat luar. Mesti ramai yang tengok. 

Dah sampai kat lokasi spontan yang kitorang pilih dalam kereta, parking keretanya, aishh, punyalah jauh nak berjalan pusing bandar. Lepas makan dan enjoy dengan ice blended, mana nak pergi lagi ni? Masuk duit dalam meter parking, untuk tempoh dua jam. Makan, baru setengah jam. Then naik atas stesen bas, sebab Pina nak beli baju dan tudung. After that, gerak masuk kedai buku. Nak tahu kenapa? Pasal kitorang dah kepanasan, saje masuk kedai buku untuk sejukkan diri dengan aircond dalam kedai tu. Haha. Tapi, ada jugak lah yang membeli alat tulis dan buku. Lama kitorang pakat tengok-tengok novel yang ada, intai yang Habiburrahman, tapi tak ada. Kecewa.

Kemudian, Raihan mintak tolong saya untuk bank-in duit guna Maybank-2-u. Dia tak reti nak bank-in duit untuk bayar kepada kedai buku, yang dia beli secara online. Jadi, dah saya selalu bank-in duit kepada abang saya, jadi, bolehlah saya tolong dia. Duduk dalam bank tu, dah siap, tapi duduk lama skit. Sejuk je rasa. Rasa malas nak keluar dari bank, kerana cuaca yang sangat panas kat luar. Tekak pun dah terasa haus semula. Tengok jam, dah pun tinggal dalam 15 minit lagik untuk meter parking tu habis tempoh. Dah la kawasan parking ni tempat yang JPJ dan jugak MBKT selalu ronda. 

Berkejar lah kitorang ke tempat parking kereta. Dalam 2 KM jugak lah. Haha. Mak aih, penatnya. Dengan cuaca yang panas, kitorang terkejar-kejar. Lagi sekali nak masuk 5 orang kat ruang belakang kereta tu. Aish.. Dah la baru lesen P, bawak lebih penumpang. Kalaulah jumpa dengan JPJ or polis trafik, sure kena tahan. haha.

Apa pun, ukhuwah kami kerana Allah. Sangat indah, gembira, bersyukur sangat dengan ukhuwah kami. Walaupun dah habis bersekolah, lima tahun bersama, tapi ukhuwah kami masih terjaga. InsyaAllah, semoga ukhuwah kita tetap terjalin, sehinggalah ke akhir hayat.

SMS daripada Raihan yang diterima. 

  " Ya Allah, sahabatku buah hatiku. Mesra kami penawar duka. Rindu kami menambah cinta. Rajuk kami membuah ceria. Ya Allah, silaturrahim kami ukhuwah fillah. Bermusuh kami nauzubillah. Berpisah mati insyaAllah. Pengubat hati doa robitah. Ya Allah, rahmati kami meniti usia. Terpisah kami di alam nyata. Temukan semula di Taman Syurga. Amin ya Rabbal 'Alamin.."

~ Menitis air mata baca SMS ni. Sayang korang semua, Wawa, Epi, Pina, Ina, Raihan, Siti, dan semua sahabiah ~ 

Book Fair 2009..

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z..Haha..Pandai korang dok belajar bilang huruf. Dah boleh baca lah posting cerita lepas ni. Jeng..Jeng...Jeng..

Tak dop idea pun nak mengarang apa tengah-tengah malam ni. Badan sudah penat, mata sudah mengantuk. 

Tengok dalam iluvislam.com, kalau bahagian forum team atau iluvislam crew, banyak bincang pasal book fair. Huh. Jeles betul lah diorang boleh pergi, then berjumpa then krew-krew iluvislam yang lain. Bestnyaa. Kalaulah duduk area KL atau Selangor, setiap hari turun booth iluvislam. Haha. Tapi nak buat macam mana, walaupun duduk kat KL jugak ( Kampung Losong )..Haha, tapi tak ada rezeki lah nak pergi sana.

First time and last time saya pergi ke book fair tu, masa darjah enam dulu. Enam tahun yang lepas dah. Itupun pergi sebab ada pertandingan NILAM dan Khemah Membaca peringkat kebangsaan, yang julung kali diadakan juga bersempena dengan Pesta Buku tersebut. Seminggu menyertai pertandingan tu, setiap hari mengunjungi PWTC pasal most of the programme and activity tertumpu di situ.  Lagipun hotel yang kitorang menginap tu dekat sahaja, hanya jalan kaki dan lintas jalan, sampailah PWTC.

Rindu nak pergi lagi ke book fair tu. Dah lah jenis suka masuk kedai buku. Ada je idea datang dalam kepala ni nak beli buku apa pulak. Tapi memang best la. Hehe. Mujur mama dan abah tak berkira kalau bab nak beli buku ni. Uhukk, sukanya..

Dah, tak nak mengarut dah. Dah lewat malam dah. Karang, tak pasal ada hantu mari kacau. Haha. Nonsense. Selamat malam semua. Jaga diri, jaga hati, jaga iman, jaga kesihatan, jaga akhlak, jaga segalanya lah. Ok.

Sendu Seorang Adik..

Mak, Kenapa adik tak ada ayah? Kenapa ayah tinggalkan adik?"

Emak bingung, soalan itu sering adik ungkapkan. Macam mana emak nak jawab. Adik faham ke kalau emak katakan yang emak dan ayah dah berpisah dan ayah dah kahwin lain. Nanti adik mesti tanya Kenapa emak dan ayah berpisah? Kenapa emak dan ayah Ee tak berpisah? Kenapa emak dan ayah Najlah tak berpisah? Kenapa emak dan ayah Fifi pun tak berpisah? Kenapa mesti emak dan ayah adik berpisah? Emak usap kepala adik.

"adik, ayah tak tinggalkan adik, ayah ada, satu hari nanti ayah balik.." emak pujuk adik lembut-lembut. Adik senyum, tak sabar rasanya nak menunggu 'satu hari' itu. Selama ingat adik, adik Cuma lihat wajah ayah di gambar yang tergantung dibilik emak. Penat adik menggelamun, akhirnya adik terlelap.

Sedar saja adik dengar laungan azan subuh. Merdu dan mendayu-dayu. Adik bingkas bangun. Lama adik termenung. "sedapnya…satu hari nanti adik pun nak nyanyi nasyid macam tu.." adik tersengih dibelakang emak yang sudah siap bertelekung.

"itu bukan nasyid sayang, itu azan, laungan untuk menyeru semua umat islam menunaikan solat", emak membetulkan pengetahuan adik.
Emak memimpin adik ke bilik air. Emak mengajar adik berwuduk. Mula-mula adik kena basuh tangan. Moga-moga dosa-dosa kecil yang dilakukan oleh tangan gugur bersama air sembahyang. Lepas tu adik berkumur dan begitulah seterusnya.

Adik cari telekung, nak pakai cantik-cantik macam emak pakai. Emak tersenyum, tapi adik lelaki..
Emak mengajar adik bersolat. Bila selesai, adik tersenyum.
"mak, mesti Tuhan sayang kat adik kan?" emak menggangguk. "mesti lepas ni Tuhan bagi balik ayah kat adik kan?" emak mengangguk lagi. Adik tersenyum puas. Wahh..Tuhan sayang kat adik, Tuhan tak sayang kat Ee, Tuhan tak sayang kat Najlah, Tuhan tak sayang kat Fifi. Tuhan sayang kat adik seorang saja. Adik tersenyum bangga.

Pagi itu, seperti biasa adik ikut emak menjaja kuih. Keliling kampung adik berjalan mengikut emak. Ketika emak berhenti di kedai Long Gayah meletakkan kuih muih, adik berlari mendapatkan Ee, Najlah dan Fifi yang sedang bermain di tepi longkang.

"nak main jugak," adik tersengih menegur kawan-kawannya. "boleh, tapi kami main rumah-rumah. Najlah jadi emak, Fifi jadi kakak.Adik jadi ayah ye.." Najlah memberi cadangan. Adik tersengih dapat jadi ayah. Tapi macam mana nak jadi ayah, Adik tak tau apa peranan ayah.

"tak boleh…tak boleh..Adik tak boleh jadi ayah, sebab Adik tak ada ayah. Biar Ee jadi ayah, Ee ada ayah..", Ee mula memberontak. Adik sekadar menggangguk. Jauh disudut hatinya, Adik sedih. Adik nak menangis, tapi cepat-cepat Adik teringat, pagi tadi Adik solat subuh, Tuhan sayang kat Adik, Tuhan tak sayang kat Ee.

"Adik jadi mamak roti, sebab Adik hitam macam mamak roti," Ee memberi cadangan. "Adik tak mahu jadi mamak roti, Adik nak jadi orang laung azan".
"mana boleh!" Ee memberontak. Ee tolak Adik. Bedebukkk!! Adik jatuh ke tanah. Adik tak mengalah, Adik bangun tolak Ee kuat-kuat. Bedebukkk!!! Ee jatuh. Ee menangis teresak-esak.
"Ee bagitau kat ayah!" Ee gertak Adik. Adik diam. Adik nak bagitau siapa? Adik hanya boleh bagitau emak, tapi emak Adik tak boleh lawan ayah Ee. Ayah Ee kuat.

"Adik bagitau mak!" Adik melawan.
"ayah Ee kuat, mak Adik tak kuat!" Ee mengamuk
"Adik Bagitau Tuhan! Mak kata Tuhan kuat tak ada siapa boleh lawan Tuhan!" Adik berlari meninggalkan Ee termanggu sendiri.

Adik menangis teresak-esak.
"Kenapa?" soal emak lembut.
"mak, Kenapa adik hitam macam mamak roti?"
"mana ada hitam, kulit adik kan sama macam kulit mak.., kalau Adik hina kulit Adik maknanya Adik hina kulit emak juga, Tuhan marah tau.." Emak memujuk Adik. Memanglah kulit Adik macam kulit emak sebab emak, emak Adik dan Emak bukan orang melayu, Emak orang bangsa lain. Emak tinggalkan keluarga dan amalan nenek moyangnya demi sayangkan ayah. Sebab itu, emak tak pernah membenci ayah biarpun ayah meninggalkan emak sendiri. Kerana ayahlah, emak kenal agama Islam. Kerana ayahlah emak kenal Allah. Kerana ayahlah emak keluar dari kegelapan. Dan kerana ayahlah, emak ada Adik. Biarlah ayah tinggalkan emak tapi emak tidak akan meninggalkan Allah. Allah Yang Satu.

"mak, Kenapa Adik tak ada ayah?"
Emak pening. Soalan itu lagi diulang-ulang. Emak Cuma diam merenung tanah.
"Adik..," Long Gayah menghampiri Adik dan Emak.
" walaupun Adik tak ada ayah, tapi Adik ada emak, betul tak?, Emak boleh jaga Adik lebih baik dari ayah Ee jaga Ee, kan??", Long Gayah pujuk Adik. Airmata Adik disapu. Wajah Adik dielus lembut. Kepala adik diusap penuh kasih sayang.
"mungkin kalau Adik ada ayah, Adik tak ada emak. Mana satu adik nak", Long Gayah sambung lagi.
"Adik nak dua-dua sekali", jawab Adik tersekat-sekat.
Long Gayah terdiam. Tak tau nak jawab apa lagi. Adik ternganga menanti jawapan Long Gayah.
"Adik tau ayah tak sayang Adik, tapi Adik tau Tuhan sayang Adik sebab Adik sembahyang subuh pagi tadi, kan Long?"

Long Gayah mengangguk. Tersenyum dengan linangan airmata. Berlinang airmata mengenangkan Adik, anak kecil yang terlalu rindukan kasih ayah. Mengenangkan emak, saudara baru yang ditinggalkan terkontang-kanting menempuh ranjau hidup sendirian. Mengenangkan segala-gala rencah hidup manusia zaman sekarang. Memikirkan bagaimana agaknya emak akan membesarkan Adik untuk menjadi seorang muslim sejati.

"Adik nak balik, Adik nak sembahyang subuh lagi, nak sembahyang banyak-banyak kali, biar Tuhan sayang Adik banyak-banyak." Lamunan Long Gayah terhenti dengan suara kecil Adik. Long Gayah ketawa kecil dengan teletah Adik. Adik mengheret tangan emak. Nak balik rumah lekas-lekas.
Sedang Adik dan emak mahu melintas jalan, sebuah kereta menderu laju memintas lalu berhenti betul-betul dihadapan emak dan Adik. Adik kaget. Emak memeluk Adik erat-erat. 3 lelaki berkulit lebih kurang emak keluar dari kereta. Dengan wajah garang, suara garang dan segala-gala garang, 3 lelaki berkulit lebih kurang emak mengheret emak masuk ke dalam kereta. Emak menjerit dan meronta dengan bahasa yang adik tak faham. 3 lelaki itu juga turut bercakap dalam bahasa yang adik tak faham sepatah haram. Dengan kudrat yang ada, emak melawan bersungguh-sungguh. Adk menangis dalam pelukan emak. Rangkulan emak makin erat. Raungan Adik semakin kuat. rasa takut, marah dan benci dengan 3 lelaki itu menyerang seluruh jiwa Adik. Allah Maha Penyayang.

Ketika itu Adik nampak Long Gayah berlari keluar dengan batang penyapu ditangannya. Ayah Ee turut serta sambil menggenggam parang panjang. Dibelakangnya diikuti beberapa orang pakcik yang sedang makan digerai Long Gayah.
Apalagi, 3 lelaki berbahasa pelik itu membuka langkah seribu meninggalkan emak terjelepok ditanah. Emak menangis teresak-esak. Merintih-rintih dalam bahasa yang Adik tak faham. Adik menendang-nendang angin melepaskan geram pada lelaki yang menyebabkan emak bertukar bahasa itu. Hampir sejam emak mengumpul kudrat untuk pulang ke rumah.
Adik tanya emak siapa lelaki berbahasa pelik itu. Tapi emak tak jawab. Long gayah tanya, emak jawab pula. Emak kata mereka mahu emak balik. Balik ke mana? Balik ke pangkuan keluarga dan amalan asal nenek moyang emak. Mereka mahu emak meninggalkan cahaya Allah. Emak bertekad tidak akan meninggalkan agama Allah. Tidak akan meninggalkan cahaya Allah yang sentiasa menyinari hidup emak.

"kalau ada ayah, mesti ayah lindungi kita kan emak..," Adik merungut lagi.
"Tak apa Adik, Allah ada, Allah akan lindungi kita, Allah lagi kuat dari ayah"
Adik menggangguk lemah. Emak merangkul Adik dengan penuh kasih sayang.
"Adik, biarlah kulit kita hitam, asalkan hati kita putih
Adik, biarlah hidup kita miskin, asalkan amal ibadat kita kaya
Adik, biarlah ayah tak sayangkan kita, asalkan Allah sentiasa kasihkan kita.."
Adik terlelap dipangkuan emak.

"Adik..bangun", Adik terkejut apabila emak menepuk-nepuk tubuh adik. Kenapa emak kejut Adik? Adik tak dengar pun azan subuh. Yang adik dengar hanyalah bunyi pintu kayu rumahnya diketuk bertalu-talu. Emak mencium Adik bertalu-talu, kelam kabut Emak menolak tubuh adik masuk ke bawah katil. Berkali-kali Adik tanya Kenapa, tapi emak tidak menjawab. Emak pesan kepada Adik supaya tidak keluar selagi Emak tak panggil. Adik menggangguk.

Selepas itu, Adik tak nampak apa yang berlaku. Yang Adik dengar hanyalah suara lelaki bercampur baur dengan tangisan emak. Sekali lagi mereka berbicara dalam bahasa yang Adik tak faham. Yang Adik dengar hanyalah suara Emak menyebut kalimah Allah. Itu sahaja yang Adik faham.
"Allah..Allah..Allah..." emak terus menyebut kalimah itu biarpun suara lelaki berbahasa pelik itu menjerit menenking kepada emak. Emak terus menyebut kalimah suci itu tanpa rasa gentar.
Adik menggigil dibawah katil. Adik nak keluar, nak tengok apa yang berlaku pada emak. Nak tolong emak. Adik kan lelaki! Tapi Adik ingat pesan emak. Adik perlu patuh kepada emak, kalau tidak Tuhan marah.
"Allahuakbarrr!!!!!!!!!!!!" suara jeritan emak memecah suasana. Adik menggigil lagi. Adik cuba mengamati apa yang berlaku.
"Allah...Allah...Allah.." kalimah suci itu kedengaran semakin perlahan. Lama kelaman Adik tak dengar lagi kalimah itu. Suara emak telah terhenti.

Begitu juga suara lelaki-lelaki berbahasa pelik. Kenapa emak diam? Adik terus menunggu emak memanggil Adik keluar. Menunggu dan terus menunggu.
Sehinggalah, laungan azan subuh kedengaran. Adik serba salah. Tapi Adik perlu keluar untuk sembahyang subuh supaya Allah sayang Adik. Mahu tak mahu, Adik merangkak keluar. Ketika Adik teraba-raba, tangan Adik tersentuh cecair. Adik diam. Seingat Adik, Adik tak tumpahkan air semalam. Adik tersengih, mungkin adik kencing malam. Habislah emak marah Adik. Adik merangkak berhati-hati.
Tatkala adik mengangkat kepala, Adik kaget lagi. Didepannya, tubuh emak kaku berlumuran darah dengan pisau panjang tercacak didadanya.

Namun Al-Quran di tangan emak, tetap erat digenggamannya.
Dunia Adik terasa berpusing, gelap.masa terhenti. Emakkkkk!!!!!!!
Laungan Adik memecah keheningan subuh.

"Adik, biarlah kulit kita hitam, asalkan hati kita putih
Adik, biarlah hidup kita miskin, asalkan amal ibadat kita kaya
Adik, biarlah ayah tak sayangkan kita, asalkan Allah sentiasa kasihkan kita.."

Selepas ini tak ada lagi emak yang akan wudukkan Adik. Tak ada lagi emak yang akan bentangkan sejadah untuk Adik. Tak ada lagi emak tempat Adik mengadu dan tak ada lagi emak, satu-satunya manusia dalam hidup Adik. Adik memandang sayu pusara emak melangkah longlai meninggalkan harum seroja yang seharum kasih emak pada Adik.

Pesanan Buat Arrijal Dan Annisa'

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Ini hanya perkongsian yang saya ambil daripada laman web kesayangan deh..iluvislam.com.

Semoga kita semua dapat mengambil iktibar dan pengajaran daripada perkongsian ini, InsyaAllah..Barakallahu lakum.

____________________________________________________________________

"Allah telah menjadikan setiap kejadian ni berpasang-pasangan. Malam pasangannya siang, rajin pasangannya malas, tidur pasangannya jaga manakala lelaki pasangannya perempuan. Disebabkan perempuan pasangannya lelaki, maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita itu dapat memikat hati lelaki. Bila berkata tentang terpikat sesungguhnya ini ada hubungkaitnya dengan nafsu. Ia ada pula perkaitannya dengan bisikan syaitan. Jadi, untuk mengawal nafsu mestilah dikawal dengan iman.Maka, untuk mendapatkan iman mestilah menurut perintah ALLAH dan RASUL serta menjauhi segala kemungkaran.


Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol. Simbol apa ye?? Ana pasti anda juga tahu maksudnya. Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika tidak di kawal dengan iman. So, mata lelaki ni selalu menjalar apabila terpandang seorang wanita. Setiap bentuk badan wanita akan dihayati oleh seorang lelaki dengan pelbagai tafsiran nakal nafsu. Apabila seorang lelaki melihat seorang perempuan, maka perkara pertama yang akan dilihat oleh seorang lelaki adalah rambut perempuan itu. Sebab itulah wanita berkewajipan untuk menutup rambutnya.

Apabila rambut wanita itu dah ditutup, maka mata lelaki ini akan turun ke bawah melihat lehernya, maka wajiblah wanita itu menutup lehernya. Seterusnya mata lelaki ini akan turun lagi melihat bentuk payudaranya, sebab itulah wanita berkewajipan untuk menutup dadanya dengan melabuhkan tudung. Setelah itu, mata lelaki ini akan turun lagi melihat bentuk ramping pinggangnya, sebab itulah wanita perlu dan wajib untuk melabuhkan pakaian supaya tidak ternampak bentuk pinggangnya. Kemudian, mata lelaki ini akan turun lagi melihat pula bentuk punggungnya, maka wajiblah wanita itu untuk membesarkan pakaiannya agar bentuk punggung tidak kelihatan dan lelaki ni seterusnya akan melihat bentuk pehanya. Maka, janganlah sesekali wanita ini memakai kain yang agak ketat hingga nampak bentuk pahanya.

Mata lelaki ini akan turun lagi, melihat kepada kaki perempuan. Oleh itu, wajiblah seorang wanita itu memakai stoking yang warnanya tak sama sekali dengan warna kulit kita. Tolonglah..agar mata-mata lelaki ni tak berdosa. Sesudah tu, mata lelaki ni akan kembali semula ke atas. Menengok pula bentuk tangan yang cantik pada pandangan mata lelaki. Maka, tolonglah wahai muslimah semua, labuhkanlah tudung kita menutupi bentuk tangan kita.Tak pun, pakailah sarung lengan yang ada sekarang ini lebih afdal..kat mydin banyak jual.

Wahai lelaki, janganlah pula kamu melihat mukanya kerana ia akan menimbulkan fitnah kecualilah jika kamu nak meminangnya. Dan kalau wanita tu sangat soleh, takut muka yang cantik tu akan menimbulkan fitnah..maka berpurdahlah jika itu lebih baik buat kamu. Tetapi, mata lelaki ni ada satu jenis penyakit lagi iaitu mata lelaki ni akan tertangkap secara spontan bila ternampak warna yang terang. Oleh itu, wanita sekalian janganlah pakai pakaian yang warnanya terang sangat, kalau nak pakai pun pakailah untuk suami kat rumah. Lebih selamat.

Itulah wahai sahabiah semua berkenaan dengan mata lelaki ini. Bila dah tutup aurat tu jangan pulak ingat tugas kita dah selesai. Kenalah pula kita menjaga kehormatan diri kita. Jangan keluar seorang diri. Keluarlah dengan mahram. Mata lelaki pula janganlah menjalar langsung kepada muslimah walau muslimah tu dah menutup aurat. Insya Allah selamat duniawi ukhrawi.

Ingatlah, apa yang ada pada seorang wanita tu tiada pada lelaki. Itulah specialnya wanita, maka peliharalah ia sebaik mungkin dan serahkan saja itu semua kepada yang halal iaitu untuk suami kita. Ingatlah, huqum Allah tu adalah untuk kebaikan kita jua. Tiada ruginya pada Allah tapi amat malang jika kita melanggarnya. Dan pada kaum lelaki, mata kamu tu wajib untuk tak mencuri melihat wanita ajnabi dan dilarang sangat sangat oleh Allah dan Rasul.

Sesungguhnya pandangan antara lelaki dan wanita yang ajnabi adalah salah satu daripada panahan syaitan. Ingat, wanita dijadikan dari rusuk lelaki, bukan dari kepala sebagai atasnya dan bukan dari kaki sebagai alasnya. Tetapi dekat dengan lengan untuk dilindungi dan dekat dengan hati untuk dididik dan dikasihi.

Berkorban kerana Allah membuatkan kita tak terasa kehilangan harga diri malah mendapat ketenangan dan kebahagiaan hakiki"

Rahsia Kejayaan??..

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Selamat bertemu kembali. Erm, susah betul nak online dua tiga hari kebelakangan ini memandangkan internet nie buat hal pulak. Internet ni senget. Hehe. Kejap OK, kejap KO. Kejap beres, kejap rebes. Haha, mari mana ntah ayat tu. Hari ni, alhamdulillah, internet ni dah agak ok, tak senget mana dah. Jadi, bolehlah saya menaip untuk blog kesayangan ni. 

Ye, bercakap mengenai kejayaan. Tanya saja kepada siapa pun, siapa yang tidak mahu berjaya kan? Semua insan mahu berjaya. Tidak kira berjaya dalam apa segala bidang. Mahu cemerlang dunia dan akhirat. InsyaAllah. Dalam kalangan pelajar, sudah tentu mahu berjaya dalam pelajaran dan masuk ke tempat belajar yang terkemuka. Kepada yang sudah bekerja pula, sudah tentu mahu naik pangkat, gaji nak besar. Ewahh. Tetapi, semua ini haruslah dititikberatkan dengan nilai keredhaan Allah, keikhlasan hati kita, dan ketulusan niat kita.  Sesungguhnya hidup kita ini hanyalah diciptakan untuk beribadah kepadaNya. 

Dalam kita nak mengejar kejayaan dalam bidang masing-masing, seringkali kita dengar, ramai yang menggunakan cara yang salah. Ada yang menggunakan wang ( rasuah ) untuk mendapatkan sesuatu yang dihajatinya. Nauzubillah. Dan pelbagai cara lagi yang menyalahi ajaran agama Islam. Astaghfirullah.

Seringkali juga kita dengar dalam kalangan pelajar atau sesiapa sahaja yang menggunakan pihak dalaman dan jugak pihak atasan untuk mendapatkan tempat masuk ke sesebuah tempat belajar. Dengan kata senang, guna kabel la. Yang tiada kelayakan nak masuk pun, jadi boleh tersenarai disebabkan kuasa yang ada pada pihak atasan dan pihak dalaman tu. Adakah berkat ilmu yang akan kita perolehi nanti. Fikir-fikirkan.

Namun, dalam nak mengejar kejayaan, tidak kira dunia mahupun akhirat, semua manusia sebenarnya mesti menggunakan pihak atasan dan jugak pihak dalaman. Tidak dapat dinafikan, sememangnya, peranan pihak atasan dan jugak pihak dalaman la yang banyak membantu kita semua untuk berjaya. Ahaa.. ada yang tidak setuju ke? Sila angkat mulut anda. Haha..Erk, boleh ke angkat? 

Ok, dalam konteks ni. Pihak atasan yang dimaksudkan ialah Allah Taala yang Maha Tinggi manakala pihak dalaman pula ialah hati kita, maksudnya, keihlasan kita.  Jika kita tidak menggunakan pihak atasan ini, sejauh mana pun usaha kita, sekuat mana pun tenaga dan daya kita untuk mencapai kejayaan tersebut, jika tiada keizinanNya, maka tidak mustahil kita tidak akan dapat mengecapi kejayaan tersebut. Dan jika tiada keikhlasan dalam hati kita, kita jugak tidak akan dapat kejayaan tersebut.

Khulasoh nya, kita hendaklah seiringkan usaha kita dengan keizinan Allah Taala. Formulanya...

USAHA + DOA + TAWAKKAL + REDHA = KEJAYAAN BIIZNILLAH...

Wallahua'lam..

Anak Soleh Di Zaman Nabi Musa AS..

Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.

Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?".

Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya.. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.

Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.

Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.

Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.

Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa.

"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodohrupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menajdi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya.

"Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi.

Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. “Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepada kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."

Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga."

Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi.. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.

Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa.

Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah S.W.T.

Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.

Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah.

Tangisan Nabi Muhammad SAW Di Hari Kiamat..

Dari Usman bin Affan bin Dahaak bin Muzahim daripada Abbas ra, bapa saudara Rasulullah SAW dari Rasulullah SAW telah bersabda, yang bermaksud:

“Aku adalah orang (manusia) yang paling awal dibangkitkan dari kubur (bumi) pada hari kiamat yang tiada kebanggaan. Bagiku ada syafaat pada hari kiamat yang tiada kemegahan. Bendera pujian di tanganku dan nabi-nabi keseluruhannya berada di bawah benderaku. Umatku adalah umat yang terbaik. Mereka adalah umat yang pertama dihisab sebelum umat yang lain. Ketika mereka bangkit dari kubur, mereka akan mengibas (membuang) tanah yang ada di atas kepala mereka. Mereka semua akan berkata: “Kami bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan kami bersaksi bahawa Muhammad itu Rasulullah. Inilah yang telah dijanjikan oleh Allah Taala serta dibenarkan oleh para rasul.”

Ibnu Abbas ra berkata: “Orang yang pertama dibangkitkan dari kubur di hari kiamat ialah Muhammad SAW. Jibril as akan datang kepadanya bersama seekor Buraq. Israfil pula datang dengan membawa bersama bendera dan mahkota. Izrail pula datang dengan membawa bersamanya pakaian-pakaian syurga.”

Jibril as akan menyeru: “Wahai dunia! Di mana kubur Muhammad SAW?”
Bumi akan berkata: “Sesungguhnya, Tuhanku telah menjadikan aku hancur. Telah hilang segala lingkaran, tanda dan gunung-ganangku. Aku tidak tahu dimana kubur Muhammad SAW.”

Rasulullah SAW bersabda: “Lalu diangkatkan tiang-tiang dari cahaya dari kubur Nabi Muhammad SAW ke awan langit. Maka, empat malaikat berada di atas kubur."Israfil bersuara: “Wahai roh yang baik! Kembalilah ke tubuh yang baik!”

Maka, kubur terbelah dua. Pada seruan yang kedua pula, kubur mula terbongkar. Pada seruan yang ketiga, ketika Rasulullah SAW berdiri, baginda SAW telah membuang tanah di atas kepala dan janggut baginda SAW. Baginda SAW melihat kanan dan kiri. Baginda SAW dapati, tiada lagi bangunan. Baginda SAW menangis sehingga mengalir air matanya ke pipi.

Jibril as berkata kepadanya: “Bangun wahai Muhammad! Sesungguhnya kamu di sisi Allah Taala di tempat yang luas.”
Baginda SAW bertanya, “Kekasihku Jibril! Hari apakah ini?”
Jibril as menjawab: “Wahai Muhammad! Janganlah kamu takut! Inilah hari kiamat. Inilah hari kerugian dan penyesalan. Inilah hari pembentangan Allah Taala.”
Baginda SAW bersabda: “Kekasihku Jibril! Gembirakanlah aku!”
Jibril as berkata: “Apakah yang kamu lihat di hadapanmu?”
Baginda SAW bersabda: “Bukan seperti itu pertanyaanku.”
Jibril as berkata: “Adakah kamu tidak melihat bendera kepujian yang terpacak di atasmu?”
Baginda SAW bersabda: “Bukan itu maksud pertanyaanku. Aku bertanya kepadamu akan umatku. Di mana perjanjian mereka?”

Jibril as berkata: “Demi keagungan Tuhanku! Tidak akan terbongkar oleh bumi daripada manusia, sebelummu?”Baginda SAW bersabda: “Nescaya akan, kuatlah pertolongan pada hari ini. Aku akan mensyafaatkan umatku.”

Jibril as berkata kepada baginda SAW: “Tungganglah Buraq ini wahai Muhammad SAW dan pergilah ke hadapan Tuhanmu!”
Jibril as datang bersama Buraq ke arah Nabi Muhammad SAW. Buraq cuba meronta-ronta. Jibril as berkata kepadanya: “Wahai Buraq! Adakah kamu tidak malu dengan makhluk yang paling baik dicipta oleh Allah Taala? Sudahkah Allah Taala perintahkan kepadamu agar mentaatinya?”

Buraq berkata: “Aku tahu semua itu. Akan tetapi, aku ingin dia mensyafaatiku agar memasuki syurga sebelum dia menunggangku. Sesungguhnya, Allah Taala akan datang pada hari ini di dalam keadaan marah. Keadaan yang belum pernah terjadi sebelum ini.”Baginda SAW bersabda kepada Buraq: “Ya! Sekiranya kamu berhajatkan syafaatku, nescaya aku memberi syafaat kepadamu.

Setelah berpuas hati, Buraq membenarkan baginda SAW menunggangnya lalu dia melangkah. Setiap langkahan Buraq sejauh pandangan mata. Apabila Nabi Muhammad SAW berada di Baitul Maqdis di atas bumi dari perak yang putih, malaikat Israfil as menyeru: “Wahai tubuh-tubuh yang telah hancur, tulang-tulang yang telah reput, rambut-rambut yang bertaburan dan urat-urat yang terputus-putus! Bangkitlah kamu dari perut burung, dari perut binatang buas, dari dasar laut dan dari perut bumi ke perhimpunan Tuhan yang Maha Perkasa.

Roh-roh telah diletakkan di dalam tanduk atau sangkakala. Di dalamnya ada beberapa tingkat dengan bilangan roh makhluk. Setiap roh, akan didudukkan berada di dalam tingkat. Langit di atas bumi akan menurunkan hujan dari lautan kehidupan akan air yang sangat pekat seperti air mani lelaki. Daripadanya, terbinalah tulang-tulang. Urat-urat memanjang. Daging kulit dan bulu akan tumbuh. Sebahagian mereka akan kekal ke atas sebahagian tubuh tanpa roh.

Allah Taala berfirman: “Wahai Israfil! Tiup tanduk atau sangkakala tersebut dan hidupkan mereka dengan izinKu akan penghuni kubur. Sebahagian mereka adalah golongan yang gembira dan suka. Sebahagian dari mereka adalah golongan yang celaka dan derita.”
Malaikat Israfil as menjerit: “Wahai roh-roh yang telah hancur! Kembalilah kamu kepada tubuh-tubuh mu. Bangkitlah kamu untuk dikumpulkan di hadapan Tuhan semesta alam.”

Allah Taala berfirman:

“Demi keagungan dan ketinggianKu! Aku kembalikan setiap roh pada tubuh-tubuhnya!”

Apabila roh-roh mendengar sumpah Allah Taala, roh-roh pun keluar untuk mencari jasad mereka. Maka, kembalilah roh pada jasadnya. Bumi pula terbongkar dan mengeluarkan jasad-jasad mereka. Apabila semuanya sedia, masing-masing melihat.

Nabi SAW duduk di padang pasir Baitul Maqdis, melihat makhluk-makhluk. Mereka berdiri seperti belalang yang berterbangan. 70 umat berdiri. Umat Nabi Muhammad SAW merupakan satu umat (kumpulan). Nabi SAW berhenti memperhatikan ke arah mereka. Mereka seperti gelombang lautan.Jibril as menyeru: “Wahai sekalian makhluk, datanglah kamu semua ke tempat perhimpunan yang telah disediakan oleh Allah Taala.”


Umat-umat datang di dalam keadaan satu-satu kumpulan. Setiap kali Nabi Muhammad SAW berjumpa satu umat, baginda SAW akan bertanya: “Di mana umatku?”
Jibril as berkata: “Wahai Muhammad! Umatmu adalah umat yang terakhir.”

Apabila nabi Isa as datang, Jibril as menyeru: Tempatmu!” Maka nabi Isa as dan Jibril as menangis.

Nabi Muhammad SAW berkata: “Mengapa kamu berdua menangis.”
Jibril as berkata: “Bagaimana keadaan umatmu, Muhammad?”
Nabi Muhammad bertanya: “Di mana umatku?”
Jibril as berkata: “Mereka semua telah datang. Mereka berjalan lambat dan perlahan.”

Apabila mendengar cerita demikian, Nabi Muhammad SAW menangis lalu bertanya: “Wahai Jibril! Bagaimana keadaan umatku yang berbuat dosa?”Jibril as berkata: “Lihatlah mereka wahai Muhammad SAW!”


Apabila Nabi Muhammad SAW melihat mereka, mereka gembira dan mengucapkan selawat kepada baginda SAW dengan apa yang telah Allah Taala muliakannya. Mereka gembira kerana dapat bertemu dengan baginda SAW. Baginda SAW juga gembira terhadap mereka. Nabi Muhammad SAW bertemu umatnya yang berdosa. Mereka menangis serta memikul beban di atas belakang mereka sambil menyeru: “Wahai Muhammad!”

Air mata mereka mengalir di pipi. Orang-orang zalim memikul kezaliman mereka. Nabi Muhammad SAW bersabda: “Wahai umatku.” Mereka berkumpul di sisinya. Umat-umatnya menangis.

Ketika mereka di dalam keadaan demikian, terdengar dari arah Allah Taala seruan yang menyeru: “Di mana Jibril?”
Jibril as berkata: “Jibril di hadapan Allah, Tuhan semesta alam.”
Allah Taala berfirman di dalam keadaan Dia amat mengetahui sesuatu yang tersembunyi: “Di mana umat Muhammad SAW?”
Jibril as berkata: “Mereka adalah sebaik umat.”
Allah Taala berfirman: “Wahai Jibril! Katakanlah kepada kekasihKu Muhammad SAW bahawa umatnya akan datang untuk ditayangkan di hadapanKu.”

Jibril as kembali di dalam keadaan menangis lalu berkata: “Wahai Muhammad! Umatmu telah datang untuk ditayangkan kepada Allah Taala.”Nabi Muhammad SAW berpaling ke arah umatnya lalu berkata: “Sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk dihadapkan kepada Allah Taala.

Orang-orang yang berdosa menangis kerana terkejut dan takut akan azab Allah Taala. Nabi Muhammad SAW memimpin mereka sebagaimana pengembala memimpin ternakannya menuju di hadapan Allah Taala. Allah Taala berfirman: “Wahai hambaKu! Dengarkanlah kamu baik-baik kepadaKu tuduhan apa-apa yang telah diperdengarkan bagi kamu dan kamu semua melakukan dosa!”

Hamba-hamba Allah Taala terdiam. Allah Taala berfirman: “Hari ini, Kami akan membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan. Hari ini, Aku akan memuliakan sesiapa yang mentaatiKu. Dan, Aku akan mengazab sesiapa yang menderhaka terhadapKu. Wahai Jibril! Pergi ke arah Malik, penjaga neraka! Katakanlah kepadanya, bawakan Jahanam!”

Jibril pergi berjumpa Malik, penjaga neraka lalu berkata: “Wahai Malik! Allah Taala telah memerintahkanmu agar membawa Jahanam.”

Malik bertanya: “Apakah hari ini?”
Jibril menjawab: “Hari ini adalah hari kiamat. Hari yang telah ditetapkan untuk membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan.”
Malik berkata: “Wahai Jibril! Adakah Allah Taala telah mengumpulkan makhluk?”
Jibril menjawab: “Ya!”
Malik bertanya: “Di mana Muhammad dan umatnya?”
Jibril berkata: “Di hadapan Allah Taala!”

Malik bertanya lagi: “Bagaimana mereka mampu menahan kesabaran terhadap kepanasan nyalaan Jahanam apabila mereka melintasinya sedangkan mereka semua adalah umat yang lemah?”Jibril berkata: “Aku tidak tahu!”

Malik menjerit ke arah neraka dengan sekali jeritan yang menggerunkan. Neraka berdiri di atas tiang-tiangnya. Neraka mempunyai tiang-tiang yang keras, kuat dan panjang. Api dinyalakan sehingga tiada kekal mata seorang dari makhluk melainkan bercucuran air mata mereka (semuanya menangis).

Air mata sudah terhenti manakala air mata darah manusia mengambil alih. Kanak-kanak mula beruban rambut. Ibu-ibu yang memikul anaknya mencampakkan mereka. Manusia kelihatan mabuk padahal mereka sebenarnya tidak mabuk.

Tempatkan Bilikku di Neraka...

"Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walaupun tinggal di bumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan daripada pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.

Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu, ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya: "Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki.... " nasihat orang tua itu.

Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan yang mengejek: "Siapalah kamu hai orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?" Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu, gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata-kata yang lebih dahsyat. "Ambil handphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahannam untukku," katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan daripada si gadis manis. Sayang sekali, wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam malah ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis muda yang tidak menghormati hukum-hakam agama itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.

Sepuluh minit kemudian bas pun tiba di perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut di dapati tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu. Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah-olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat. Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu.

Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Na'uzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan iktibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai Muslim sejati. Jangan sesekali kita mempertikaikan hukum Allah mahupun sunnah RasulNya s.a.w. dengan mempersendakan atau mengejek. Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata-kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam.

Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi kepada kita. Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh. Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodoh itu? Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul 'alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan.

Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang dilakar oleh majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu sehingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undangi tersebut . Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang pemilik yang menjadikan bumi ini.

Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah s.w.t. taman laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini. Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yang benar dan agar Dia memberikan kekuatan agar kita sentiasa dapat menjaga lidah kita, amin.


Source :www.iluvislam.com

Awak Sudi Jadi Isteri Kedua Saya?

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Syazni tegas dan yakin.

Tiba-tiba mata Fulanah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.

"Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!" pekik Fulanah dengan suara tersekat-sekat.

Mata Syazni liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fulanah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fulanah langsung tidak selari dengan penampilannya.

"Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya… " Fulanah mula sebak.


"Tak. Maksud saya…"

"Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!" potong Fulanah dengan kasar.

"Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?" suara Fulanah semakin tinggi, setinggi egonya.

Syazni diam seribu bahasa. Dia sudah tahu `Fulanah' di sebalik Fulanah yang dia kenal selama ini. Fulanah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Syazni seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu. Syazni muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.

"Ada hikmah," bisik hati kecil Syazni, sekecil pandangannya terhadap Fulanah.

Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Syazni sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak. Keyakinan serta keaktifan Syazni berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam persatuannya. Malah, Syazni dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama.

Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fulanah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Syazni. Bagi Fulanah, Syazni seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Syazni melamarnya menjadi isteri kedua. Syazni masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fulanah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik dengan Fulanah, namun sikap Fulanah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Syazni tersebut.

Bagi Fulanah, Syazni tak ubah seperti lelaki lain. Gerak kerja dakwah Syazni berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu kehilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Syazni semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya. Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Syazni – sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Syazni.

Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Syazni dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Syazni sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Syazni menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fulanah atau tidak? Syazni bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut. Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Syazni berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya.

Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Syazni mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fulanah.

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Syazni tanpa segan silu.

"Sudi," jawab Nusaibah ringkas.

"Er, betul ke ni?" tergagap Syazni menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.

Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Syazni."Kenapa saya?" tanya Syazni ingin tahu.

"Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak," jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.

"Baiklah," jawab Syazni tersenyum.

Akhirnya, Syazni dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini. Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Syazni terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Syazni semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Syazni membawa Nusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya. Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Syazni. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.

"Abang, saya nak tanya boleh?" sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.

"Ye sayang?" jawab Syazni sambil memandu.

"Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang," luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.

"Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa," Syazni menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.

"Yeke? Dia datang program tu rupanya," jawab Nusaibah riang.

Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Syazni dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Syazni yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Syazni aktif dalam dakwah sebelum ini.

"Kita dah sampai," Syazni membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail di tangannya.

Syazni berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.

"Itu isteri pertama abang," Syazni menuding jari ke arah khemah tersebut

"Mana bang?" Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Syazni.

"Tak nampak pun," Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.

"Siapa nama isteri pertama abang?" Nusaibah sangat berdebar.

Syazni tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.

"PERJUANGAN, " jawab Syazni.
***************

Sedarlah semua wahai muslimah serikandi dan perwira Islam ... kalian akan dimadukan!

Source : www.iluvislam.com

Sepagi Bersama Kengkawan...

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

P/S : Special dedication for Wawa, Ina, Pina, Rehan, Epy dan Kinah... 
Terkenang sebuah memori lalu,
Kisah persahabatan kita bersama,
Di dalam satu pengajian,
Menimba ilmu dan pengalaman....
Erm, pagi tadi, kita jumpa ramai-ramai. Terasa hepi sangat dapat jumpa, bergurau senda, main sama-sama...Waa..Bila lagi lah kita akan berjumpa macam itu ya? Walaupun tak cukup geng kita tadi, Raihan. Kenapa rehan tak nak datang tadi? Terasa kehilangan tau, tak cukup sorang. Nanti kalau kita buat perjumpaan lagi, kalau rehan tak datang, saya pergi ambik rehan kat depan pintu rumah awak tau. Haha
Best kan pagi tadi. Kita pergi taman mainan kanak-kanak. Haha, bertukar menjadi kanak-kanak sekejap. Padahal, korang semua dah layak jadi ibu kepada anak-anak. Haha. Jangan gelak ek. Tak apa ar kan, sekali sekala kita kembali ke zaman kanak-kanak. Lagipun, tak ramai orang, boleh ar kita enjoy. Main buaian ramai-ramai sambil bergambar. Semua pakat dok posing, senyum-senyum. Hehe. Erm, seronok sangat. Bila lagi kita boleh ejoy buat aktiviti macam ni sama-sama?

Lepas puas kita main buaian, kita pergi dekat spider web pulak. Dari tadi, kita asyik cakap nak panjat spider web tu jugak. Tapi tak kan lah kita nak panjat, tak pasal-pasal kita terlekat tak boleh nak keluar nanti. Haha. Tapi lepas gian jugak, kita berposing depan spider web tu kan. Naik segan pulak rasa, ada makcik-makcik yang pandang kat kita semua. Tapi, buat tak layan sahaja. Kalau makcik tu semua jeles, kita ajak diorang main-main dan posing sama-sama. Peace!!Haha

Wawa yang dari mula-mula sampai lagi, dah tanya, kita nak makan kat mana? Haha, aktiviti pun tak jalan lagik, dah pun tanya pasal kedai makan. Disebabkan A&W yang paling dekat, kita lah jadi pelanggan pertama masuk A8W hari ni kan? Makan sikit sahaja, tapi minum air float banyak. Huhu. Bestnya, sampai dah tak jadi nak makan aiskrim. Pina pun dah tak jadi nak makan banana split kan? 

Ini lah serba sedikit cerita aktiviti pagi tadi. Tapi apa yang nak ditekankan di sini, UKHUWAH. Lepas ini, semua akan membawa haluan masing-masing. Ada rezeki dan jodoh, kita berjumpa di universiti yang sama pulak lepas ini. Tapi, sekiranya tidak, ingatlah, UKHUWAH kita ini tidak akan terputus buat selamanya. Ukhuwah yang kita jalinkan di SHAMS, akan kita simpulkan dan ikat kemas dengan FISABILILLAH. Walaupun ke negara mana sekalipun kita sambung pelajaran nanti, jangan kita terputus hubungan, kerana ukhuwah kita sangatlah indah..
Pesanan buat kengkawan...
Wawa : ( Wa, cover dulu ni, nak guna saya..Haha)..Wa, kita dah kenal sejak dari Form 1. Walaupun tak rapat mana masa Form 1, tapi di kelas 1 Furqan lah kita kenal. Naik form 2, kita dah mula rapat sampailah sekarang. Banyak rahsia puteri yang wawa simpan, yang wawa tahu. Wawa banyak beri nasihat, semangat dan dorongan kat puteri. Wawa jugak suka sangat usik puteri, tak patut. Haha, tapi gurauan itulah yang menjadikan kita lebih rapat dan mesra. Kita rapat macam adik-beradik, kebanyakan masalah puteri, wawa tahu. Tapi, kebanyakan masalah wawa, puteri tak tahu. Haha. Kidding. Wa, puteri harap kita terus rapat macam sekarang. Sayang sangat kat wawa. Wa, ada jodoh ngan dia, ada la. I will pray for you, insyaAllah..
Ina : Ina, ina nak tahu? Dulu, puteri selalu tengok ina bawak buku. Fikir, ina ni, aish, memang tak kena dengan perangai puteri. Ina kuat stadi, jauh berbeza dengan puteri. Haha. Masa form 3, barulah kita duduk sekelas. Tapi masa tu, kita tak sempat nak rapat mana sebab ina sakit. Ina jarang dapat datang sekolah masa tu. Naik form 4, baru kita duduk sekelas. Meja ina belakang puteri. Masa tu kita baru rapat. Ina banyak kena usik ngan puteri kan? Ina banyak ajar puteri pasal pelajaran dalam kelas, pasal ina sangat bijak. Huhu. Ina pun banyak kasi nasihat kat puteri, kita rehat sama-sama dalam kelas. Tu pun, kena usik dengan puteri kan? Puteri suruh kucing pergi dekat ina, pasal ina takut dengan kucing. Haha. Masa kita rapat, barulah kita dapat cope sama-sama. Rupanya, ina pun lebih kurang jugak dengan puteri. Haha. Ina, kalau ina dapat pergi mesir ke UK ke nanti, ina jangan lupakan puteri ek. Ina kan comeyyy, jangan bawak balik orang arab dah ar nanti ek. Haha, tapi kalau dah jodoh, jauhnya nak pergi makan nasi minyak. 
Pina : Pina, jaga kucing tu molek-molek ek. Tak ada adik pun, jaga kucing jadi lah ye? Hehe. Tahu dah pina pi Kuantan, pi cari ketenangan. Weeii la, kawan-kawan aku. Semua tak sabar nak kahwin. Haha. Gurau je. Pina, kerana dakwah, kita banyak bersama dan sebab ini jugaklah, kita jadi rapat. Saya ingat lagi, pina selalu suruh saya baca doa wahdah, pasal saya je yang ingat, yang lain semua tak ingat. Adoi..Berkejar ke sana sini kalau hari Khamis masa Majlis Sahsiah Pelajar sebab ramai nak suruh baca doa wahdah jugak. Apa pun, saya hepi dapat membantu awak. Kita selalu bincang pasal tazkirah, pina selalu tanya saya pasal hafazan. Ye, kerana dakwah Islam, kita banyak bersama dan jadi rapat. Apa pun pina,  saya harap awak selesai dari masalah awak ( walaupun tak pasti apa masalah sebenarnya )..Semoga pina dapat capai cita-cita pina.
Raihan : Raihan, gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya. Allah sengaja memberikan musibah kepada kita untuk menguji sejauh mana kesabaran kita dalam menghadapi musibah itu. Innalillah. Jangan kecewa dan jangan berputus asa daripada rahmat Allah.Sekali jatuh, jangan jadikan sebagai penyebab untuk terus jatuh, tapi jadikan sebagai penyebab untuk kita terus tingkatkan usaha dan jugak terus berjaya lepas ni. InsyaAllah..Firman Allah dalam surah Ibrahim..
"Dan jika kamu menghitung nikmat yang Allah kurniakan, nescaya kamu tidak akan mampu menghitungnya."
Epy : Epy plak, aish kamu ni. Suka sangat gelak kat orang. Kahkahkah. Haha. Tak tahu deh nak kata apa pada epy. Hehe. Gud luck untuk interview MARA nanti. Memang sah jadi cikgu dah kamu Epy. Buat yang terbaik ya. Nanti jadi cikgu, jangan garang-garang sangat ek. Selalu sahaja nak pok orang. Hehe. 
Kinah : Kinah plak, selalu sahaja suka marah-marah. Haha, tetapi sangat tegas dalam tugas. Bagus betul budak kinah ni. Dah lah comeyy, cute. Hehe. Berpegang teguhlah kepada jalan dan tali Allah, nescaya kita akan selamat. 
Tak tahu dah eden nak cakap apa lagik. Huhu.. harapnya, semua kawan-kawan, ukhuwah kita tidak akan terputus. Sayang sangat sama kamu semua