Dedah Aurat..Impaknya...

Sekarang saya nak kongsi plak tentang satu artikel nie. Amat sesuai dibaca oleh kaum hawa. Jom kita baca. Hehe...

Menjaga maruah diri menjadi kewajipan bagi setiap individu Muslim. Islam menekankan soal maruah diri kerana ia adalah gamabaran sebenar keperibadian Muslim yang mengikut prinsip syarat Islam sejati.

Segala tingkah laku, tindak-tanduk, pergaulan, tutur kata, dan cara berpakaian selari kehendak Islam menjadikan maruah diri seseorang itu berada di temoat tinggi serta terhormat, seperti yang terhias pada diri Rasulullah SAW.

Maka tidak hairanlah jika tujuan Rasulullah SAW diutuskan adalah untuk memperbetul akhlak manusia, supaya dengan itu maruah diri tidak tercalar. Hal ini ditegaskan Baginda dalam
sabda: " Bahawasanya aku diutuskan Allah untuk menyempurnakan keluhuran akhlak ( budi pekerti )." Hadis riwayat Ahmad.

Dalam hal berpakaian ternyata umat Islam terutama remaja atau muda-mudi meremehkan panduan yang diberikan. Kita dapat lihat mereka mengenakan pakaian mengikut fesyen terkini tetapi tak memenuhi ciri Islam. Pakaian mereka mendedahkan aurat, ketat, dan jarang menampakkan susuk tubuh.Inilah akibatnya terpengaruh dengan budaya barat. Mereka tidak gentar dengan larangan agama dan ancaman Allah kerana kejahilan.

Apabila keyakinan terhadap agama tipis, maka akhlaknya ikut terhakis. Benarlah seperti pernah diungkapkan oleh Muhammad Quthb dalam buku Jahiliah Abad 20: ".... apabila akidah menyeleweng, lambat laun moral pasti turut menyeleweng."

Golongan remaja yang seharusnya memimpin masa depan nanti bukan mustahil akan mundur dan hancur kerana kejahilan agama. Nauzubillah. Seharusnya kita insaf hikmah Allah memerintahkan supaya berpakaian mengikut syariat.

Memakai pakain yang indah ukan bertujuan bergaya, bermegah, dan menyombong diri, sebaliknya nampak bersih, sopan dan menutup aurat. Ini menjadikan seseorang itu ada harga diri, dan terpelihara maruahnya.

Firman Allah yang bermaksud, " Wahai Nabi, suruhlah isterimu dan anak perempuanmu yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya ( semasa keluar )..."
-Surah al-Ajzan, ayat 59.

Sesungguhnya, agama sudah menetapkan batas aurat yang perlu ditutup bagi lelaki iaitu antara opusat hingga lutut...Bak kata ustaz saya, bukan pusat dan lutut. ahaks. Dan perempuan seluruh tubuhnya kecuali muka dan kedua tapak tangannya.

Mereka yang selalu menjaga maruah diri menampilkan ciri sangat mengagumkan sperti taat perintah Allah, berakhlak mulia dan terpuji, tawaduk, pemaaf, baik dalam pergaulan serta lunak tutur kata....
_____________________
* TUTUPLAH AURAT *


0 komenan anda..la la: