Ada Ke Couple Dalam Islam...?

Assalamualaikum. Kaifahalukum. Arju annakum fi sihhat wal a'fiyah. Al yaum, uridu an atahaddasu 'an "Ada ke couple dalam Islam?" Cewah..berbahasa Arab lah pulak...Tunggang langgang sekali nahu semua. Huhu...Asif...Maalish jika salah nahu tue..Al-an...kita sambung pasal tajuk tue ok..

Soutul Qalbi menulis " Sahabat mempunyai kedudukan yang begitu khusus dalam hati seseorang. Apa masalahnya apabila seseorang itu bersahabat dengan lawan sejenisnya? Bolehkan kita bersahabat dengan jejaka atau sebaliknya?

Apabila berlaku persahabatan antara lelaki dan wanita sesungguhnya tidak akan ada jaminan hubungan ini benar-benar tulus dan murni. Sekurang-kurangnya, pasti ada harapan dan rasa memiliki. Tidak kira pada si jejaka atau si wanita atau kedua-duanya sekali. Mesti ada kemungkinan walaupun pada kadar yang sedikit. Hubungan seumpama ini mempunyai batas atau dinding yang teramat nipis.

Terlalu sukar dan rumit untuk membezakan adakah hubungan ini benar-benar sekadar persahabatn atau sudah mula menjurus kepada saling mencintai yang mengharapkan wujudnya hubungan hati dan fizikal. Suatu yang amat sukar dihindari untuk suka yang lebih kepada sahabat.

Maka mulalah si jejaka atau wanita itu mengangan-angankan kalaulah dia menjadi pendamping dalam hidupku. Ketika inilah sesungguhnya tazyin syaitan telah berjaya memainkan peranannya. Nauzubillah. Bisikan indah dari musuh utama dan pertama ( syaitan ) telah merempuh masuk ke dalam hati yang telah sedia ada dalam keadaan lemah dan longgar pertahanannya. Wujudlah fitnah hati yang melalaikan seorang hamba daripada penciptanya. Hakikat cinta dan kasih sayang itu hanyalah untukNya...Namun, nafsu manusia seringkali melewati kemurkaanNya.

Hentikan Proses Seterusnya!!!

Oleh itu, para muslimin dan muslimat yang dihormati, jika perkenalan kita sudah berubah menjadi simpati segeralah disusuli dengan pernikahan jika mahu proses persahabatan berlanjutan. Inilah persahabatan yang ideal. Manakala persahabatan di luar akad nikah bukanlah 'persahabatan' ala Rasulullah SAW.

Sebagaimana yang terjadi antara Ali dan Fatimah. Setelah pernikahan antara Ali dan Fatimah, maka Fatimah pun berterus terang kepada Ali. "Wahai Ali, sebelum aku bernikah dengan engkau di Kota Mekah ini, ada seorang pemuda yang menjadi idola di hatiku. Aku sangat inginkan kelak dia menjadi suamiku. Tapi semuanya aku simpan di dalam hatiku," kata Fatimah. " Kalau begitu, engkau menyesali menikahi aku?" tanya Ali. " Tidak, kerana pemuda itu adalah engkau, " jawab Fatimah.

Oleh itu, dalam Islam kita dibenarkan menilai dan menyukai pemuda yang soleh namun ia tidak diluahkan dan memadai disimpan di dalam hati sahaja. Sesungguhnya cinta itu boleh menghinggapi sesiapa sahaja termasuk orang yang beriman atau para pendakwah.

Antara batas-batas pergaulan dan percampuran antara lelaki dan perempuan dilanggar, proses persahabatan sebegini akan terus bergulir dan tidak mungkin dihindari. Oleh itu, tidak mustahil jika para pendakwah lelaki dan perempuan juga terjebak untuk saling rindu merindui.

" Bila mata bertemu mata...akan mula rasa sayang...
Bila hati bertemu hati...akan terasa kebesaran Ilahi..."

Nie ada sedikit tontonan video untuk sahabat sekalian...




Sumber video : Adnan Bin Zakaria
__________________
* CINTA ILAHI *

4 komenan anda..la la:

artikel yang menarik dan video yg cukup menyentuh hati...:)

*rindu pd bakal zaujah yang entah bila akan hadir dlm diri ni..*

 

hehe...akhi..InsyaAllah bila tiba masa nanti, akan hadir lah srikandi bagi akhi.(^-^)

 

salam ziarah...
tertarik dengan video nih.
boleh tau macam mana nak dapat?
mungkin boleh nyatakan sumber

 

salam ziarah...
owh...ana dapat daripada sahabat ana melalui skype...